Monday, January 5, 2009

Halau pelajar Tadika Kemas: Zahid dicabar tunjukkan bukti

IPOH, 5 Jan: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak (BBC Perak) Drs Khalil Idham Lim (gambar) mencabar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan bukti bilakah kerajaan negeri Perak menghalau pelajar Tadika Kemas dari premis kerajaan negeri.

"Sekiranya beliau bertanggung jawab saya mencabar beliau mendedahkan secara specifik siapakah, dan dimana kejadian yang didakwa itu berlaku. Tunjukkan sifat haji mabrur yang diperolihi semasa Datuk Seri mengerjakan haji baru-baru ini," kata Khalil dalam kenyataannya.

Khalil merujuk kepada berita kononnnya "kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu."

Menurut berita itu, Zahid mendakwa, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

"Saya menafikan tohmahan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi. Sesungguhnya apa yang didakwa oleh beliau saya anggap dakwaan yang tidak berasas dan kerana takut kan kepada "bayang-bayang" sendiri," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong yang juga Timbalan Exco Agama kerajaan negeri Perak.

Menurut Khalil, pihaknya tidak ada masa untuk menganggu Tadika KEMAS, Nasihat saya teruskan kerja lama anda walaupun nampak sangat double standard.

"Contohnya tanyalah di Parit Buntar berapa Tadika Kemas yang kami ganggu khususnya dalam DUN Titi Serong. Apa yang saya sedang rancang kan ialah akan pergi melawat semua tadika tersebut kalau mampu di awal persekolahan ini, sekadar bertanya khabar kepada guru dan ibubapa dan anak-anak yang bersekolah di situ," katanya.

12 comments:

zali said...

kalau tak halau...ok

tapi mengikut 'dakwaan' : beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

ini sudah lebih...
apapun siasatan perlu dijalankan segera.

perunding said...

saya menahan diri dari buat komen keatas Ezam,ShahrirSamad,ShaberyRtm,dan Zahid Hamidi.
orang baik.

apa2 pun isu panas dibawa media perdana selalunya bertahan 3 hari je.

nanang said...

Isu-isu yang burukkan PAS sengaja ditaja terutamanya adanya pilihanraya kecil.

Bagitulah UMNO dan BN, semua boleh dirancang. Apatah pula kalau sumber itu dari Pegawai KEMAS. Semuanya bisa diatur dong !

mat_terab said...

Peg Dearah pun dulu pernah jadi balaci UMNO bukan Pakatan Rakyat yang lantik begitu juga dengan Pegawai Kemas ni lagi la UMNO karat punya Bini aku orang kemas juga aku tahu la perangai busuk depa......
Ni semua tak lain tak bukan kerana dah bangkrap Isu menjelang PRK KT la tu..........
Aku cadangkan Elok la Kerajaan Perak Saman ja depa ni pandai-pandai buat cerita...........

anakkancil said...

zali said...
kalau tak halau...ok

tapi mengikut 'dakwaan' : beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

ini sudah lebih...
apapun siasatan perlu dijalankan segera.

January 4, 2009 6:21 PM

Relex le zali....ambil kunci tu bukannya nak halau...nak duplicate...kunci lama (time Umno memerintah dulu) Tajol Rosli bawa balik rumah buat CINTA KENANGAN SILAM....

KOMUNITI ISLAM TAMAN BESTARI INDAH 1/1 said...

Cari pegawai kemas tersebut dan siasat samada cerita rekaan atau betul-betul terjadi. Jika rekaan buat sidang akhbar dan suruh pegawai kemas tersebut bertaubat dan insaf. Jika betul awas, Allah akan menolong mereka orang-orang yang dianayai dan sebagai seorang muslim saya sungguh kecewa kerana mereka yang menjunjung Al Quran dan hadis sebagai panduan hidup sanggup melakukan demikian.

perunding said...

tunggu,3 hari je.

fadlah said...

kite tggu ramai2 3 ari pas ni senyap ler...cam cite hudud aritu,ketandusan isi wat citer lak umno nih,haji konon...

anakkancil said...

Islam pada baka je tapi diri tak betul Islam

maxxim said...

salam.. aku suka tonton csi dan conan. mari kita perhatikan. sorotan cerita ini yang diberitakan oleh tv3. pertama.. bagaimana mohammad taib berada dilokasi kejadian, kedua.. bagaimana pula wartawan degan pantas berada di tempat kejadian... cuba saudara fikir.. dirancang atau kebetulan. Allah beri kita akal dan pedoman. manfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan.. yang lebih tahu Hanya Allah.. solat hajat dan istiharah untuk dapat pentunjuk.

unanjaga said...

Setelah buat dakwaan mesti buat pertuduhan dimakhamah,jangan tuduh dimedia masa saja(untuk Zahid)..dan juga menjadi kesalahan bila hak orang ramai(dewan) diguna untuk sesuatu kepentingan sebelah pihak saja(kemas).Harap maklum yang dewan itu kepunyaan orang ramai.

ainy said...

halau atau tak hanya Allah je yg tau,

Apapun MB Perak boleh dakwa di mahkamah akhbar yg sebar fitnah tu dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...