Friday, January 16, 2009

UMNO diseru bersama himpunan 100,000 Gerakan Mansuh PPSMI

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Gerakan Mansuh PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris) atau singkatannya GMP telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Terengganu pada 15hb Januari 2009.

Memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi GMP Dato’Dr Hassan Ahmad telah diserahkan oleh Timbalan Pengerusi GMP yang juga pakar matematik dan fizik Dr. Shahrin Md Zain kepada calon PR bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Demikian kata Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS dalam satu kenyataannya.
katanya, respon yang baik telah ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah berjanji akan memansuhkan PPSMI jika PR diberi kuasa memerintah negara ini. Selepas ini GMP akan berusaha menyerahkan memo ini kepada Perdana Menteri pula, tambah beliau.

Setakat ini lebih 30 NGOs dan parti politik bersetuju bersama dalam GMP yang akan mengadakan Himpunan 100 Ribu di hadapan Istana Negara. Terbaharu NGOs pendidikan cina dan tamil akan bersama dalam GMP. Parti-parti pembangkang seperti PAS dan PKR telah lama memberikan sokongan kepada GMP.

Tokoh-tokoh pejuang bahasa seperti bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dato’ Dr Hassan Ahmad, Peyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-Cina, Universiti Pengajian Asing Beijing Prof Dr. Awang Sariyan, bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, pakar matematik dan fizik Dr. Sharin Md Zain, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Abdullah Hassan dan ramai lagi telah menunjukkan bantahan terhadap PPSMI.

Bagi beliau, walaupun GMP yang berusia bawah setahun jagung, tetapi ia telah mendapat sambutan luar biasa.

Sebenarnya NGOs, kata Suhaizan, parti politik dan pejuang-pejuang bahasa ini telah lama memendam rasa terhadap kesombongan pihak kerajaan.

Segala usaha melalui rundingan seperti persidangan dan resolusi tidak dindahkan langsung oleh pihak kerajaan. Oleh itu mereka berpendapat tekanan kepada pihak kerajaan perlu ditingkatkan melalui himpunan ala Bersih.

"Persoalannya, ditengah-tengah kegairahan NGOs, parti politik dan pejuang-pejuang bahasa membantah PPSMI, dimanakah suara-suara keramat pemimpin politik Melayu bernama UMNO.

"Pihak Sekretariat GMP masih belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana bahagian atau cawangan UMNO.

"Setakat ini hanya UMNO Johor sahaja yang menunjukkan bantahannya terhadap PPSMI. Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman seperti yang tersiar dalam Utusan Malaysia pada 27hb Disember 2007 dengan tegas menyatakan batahannya terhadap PPSMI,"katanya.

Bagaimana pun batahan setakat kenyataan media dan persidangan-persidangan seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Johor telah terbukti tidak mampu mendesak pihak kerajaan persekutuan mengubah pendirian mereka.

"Oleh itu saya menyeru kepada saki baki ahli dan pemimpin UMNO yang ada perasaan sayangkan bangsa melayu sepertimana matlamat perjuangan asalnya, marilah bersama menganggotai GMP. Marilah kita bersama dalam Himpunan 100 Ribu Mansuh PPSMI. Marilah kita jayakan," katanya.

2 comments:

Fendy2177 said...

Kita lihatlah setakat mana egonya pemimpin umNO menangani isu tersebut. Desakan bukan sahaja dibuat oleh Pakatan Rakyat, tetapi turut disertai oleh pejuang Bahasa dan golongan professional. NGO-NGO yang menentang papan tanda jalan dulu patut turut serta membantah kerana inilah isu sebenar yang lebih besar dan memberi kesan jangka panjang.

Patut juga disertai oleh MP-MP dari BN yang lantang dalam parlimen mempersoalkan isu papan tanda di Penang seketika dulu. Tidak lupa kepada pencacai yang terikut-ikut rentak membantah papan tanda jalan di Penang dulu, tunjukkan bukti bahawa anda semua benar-benar pejuang bahasa yang sebanar. Bukan pejuang bahasa untuk kepentingan politik.

aisal said...

depa ni mana ada bahasa, depa ada bangsa sahaja....

menyalak siang malam, perjuangan bangsa la, pertahankan melayu la...tapi bab bahasa...hancur...

ini lah satu2nya bangsa dlam dunia ni yg tidak mencintai bahasanya...

sya syg bangsa melayu bisu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...