Wednesday, January 14, 2009

BN membazir peruntukan dana bas


KUALA TERENGGANU, 14 Jan: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mempertikaikan pembaziran kerajaan BN Terengganu yang memperuntukan RM1 juta kepada syarikat bas untuk membeli bas baru.

Ujarnya, dana tersebut lebih bersifat pembaziran sedangkan sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14 juta kepada Cas Ligas Sdn Bhd bagi tujuan pengangkutan awam.

Sementara RM11.3 juta telah diperuntukkan untuk 28 buah bas bandar di kawasan Kuala Terengganu, katanya.

Namun dengan peruntukan tersebut dilihat tidak mendatangkan kesan besar kepada rakyat apabila hanya tiga buah bas sahaja mampu beroperasi untuk kemudahan di bandar raya ini.

Beliau menyatakan bahawa pihaknya ada menimbulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini bahawa RM14 juta diperuntukkan untuk Cas Ligas Sdn Bhd iaitu anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan RM11.3 juta diperuntukkan untuk membeli sebanyak 28 buah bas.

“Sebanyak 28 bas yang dibeli tidak berfungsi duduk tengah panas macam itu sahaja di tengah padang. Saya tanya sebab apa, dia kata tidak boleh berfungsi kerana tidak ikut peraturan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan," katanya yang juga Adun Wakaf Mempelam.

Perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan gagal menguruskan wang dengan baik dan memastikan keperluan hak rakyat, katanya.

Beliau melahirkan kebimbangan akan kesungguhan sebenar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah pengangkutan bas sambil melihat pembaziran duit rakyat terus mengalir begitu sahaja.

10 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Mana lebih membazir?

Tukar Camry atau bas selesa untuk rakyat!

mat_terab said...

Mercedes C200 kompresor kerajaan terangganu lagi menbazir tok gajah oi...dah la tak leh pakai simpan buat pekasam lama-lama rosak gak..........

mat_terab said...

projek jambatan bengkok lagi membazir....masjid kristal juga menbazir...monsun cup juga untuk rakyat ka tok gajah....?
tak menbazir ka.....?
kalau nak di hitung pembaziran kerajaan umno kamu tu tok gajah sampai kiamat pun tak habis.....

Fendy2177 said...

Deiii Tok Gajah, tara baca abis ka. Beli bas juta-juta letak tgh padang jadi tukun buat apa. Selesa betul rakyat terengganu melihatnya. Juta-juta bukan sikit tok. Jawabla kalau pandai, kenapa beli lps tu tersadai. Siapa untung, siapa rugi.

Banjar Sungai Tungku said...

Rabu, 2009 Januari 14

Karpal: DAP keluar Pakatan jika hudud dilaksana

KUALA LUMPUR: DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

"Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Dis lepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.BERNAMA
Posted by pasbangi at 23:23

Anonymous said...

tok_gajah said...
Mana lebih membazir?

Tukar Camry atau bas selesa untuk rakyat!

January 14, 2009 5:48 AM


Tok Gajah,

Yang paling selesa bagi rakyat bukannya tukar Camry or bas, tapi tukar kerajaan yang korup.Bukan setakat rakyat selesa, terasa aman dan bahagia sekali yuu... ;)

fadlah said...

tu la lain kali bace perabih.badan je beso mate kecik

unanjaga said...

Bas yang dimaksudkan adalah bas persiaran itu,yang tersadai tanpa dapat kelulusan untuk berfungsi(berada dijalan raya)..membazir tu sebab bas tu tak digunakan langsung.

aisal said...

kalau bas mcm rumah hantu yg tersadai tu mmg lebih dri membazir.wt tukun ikan lagi baik....

atau jadikan bas tersebut sbgai kenderaan rasmi mb dan exco negeri terenganu...agak2 nak naik ker depa..???

kalau sekadar beli bas untuk dijadikan alat dptkan projek segera tu la jadinye...

kn dh jelas tu,...

aisal said...

mulai hari ini semua penyokong parti masing2 mulalah solat hajat...minta petunjuk dan pertolongan agar parti yg kita dokong akan berjaya dalam prk kt nanti....doakan juga semoga pilihanraya itu akan dpt dijalankan dgn adil dan dlm suasana yg kondusif.

tidak lupa bakal wakil rakyat nanti tidak kiralah dari BN atau PAS akan tidak lupa pd rakyat dan meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara...insyaalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...