Friday, January 16, 2009

Tiga isu akhir lonjakkan moral PAS

KUALA TERENGGANU, 16 Jan: Tiga isu terakhir yang berlaku sekitar pilihan raya kecil Kuala Terengganu melonjakkan moral petugas PAS.

Ketiga-tiganya adalah perletakan jawatan pegawai pengurus pilihan raya (RO), Datuk Mat Rozali Kassim, kemarahan keluarga Allahyarham Datuk Razali terhadap calon BN dan kenyataan tertuduh kes perbincaraan pembunuhan Altantuya Shariibuu.

"Ketiga-tiga isu ini benar-benar menaikkan semangat penyokong PAS dan dipercayai menyukarkan kem BN," kata seorang penganalisa.

Semalam, Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan digantikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Perletakan jawatan ini dipercayai ada kaitan dengan bantahan PAS terhadap kelakuan beliau.

Pada jam 1.30 15 Januari PAS menghantar satu surat bantahan kepada SPR berkaitan dengan empat program yang menjejaskan reputasi Mat Rozali selaku RO pilihan raya.

Antaranya berkempen untuk calon BN dan yang paling teruk mengugut kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan hilang pekerjaan jika mengundi calon selain BN.

"Perletakan jawatan beliau adalah kemenangan untuk kita. Kita juga akan mengkaji implikasi perlantikan Setiusaha MBKT sebagai RO baru kerana kalau Mat Rozali terlibat, apakah Setiausahanya tidak terlibat dalam kempen untuk BN?" kata Wan Mutalib dalam sidang medianya.

Isu yang kedua adalah hubungan yang sangat tidak baik antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid (gambar atas) dengan keluarga dan penyokong bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.

"Kalah di tangan abang Wan Farid untuk merebut jawatan naib ketua bahagian dan selepas itu tidak terpilih sebagai perwakilan ke mesyuarat agung Umno Mac nanti adalah satu yang menekan Razali menjelang kematian mengejutnya.

"Sehingga kini, Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian Kuala Terengganu dikatakan masih belum dapat mendekati keluarga Allahyarham Razali," kata satu sumber.

"Ini menunjukkan betapa ketika hayatnya Razali tidak mendapat pengiktirafan dari Wan Farid dan Umno Kuala Terengganu. Baru sekarang selepas kematiannya, Umno cuba meraih simpati keluarga Razali dengan meletakkan nama beliau kepada maktab perguruan dan sekolah di Kuala Terengganu," kata Tengku Hassan Tengku Omar, Adun PAS Ladang dalam ceramahnya malam tadi.

Sementara itu, isu ketiga yang kini menghantui kem BN adalah pengakuan Chif Inspektor Azilah Hadri yang berkata dia mendapat arahan dari ADC (juru iring polis) Datuk Seri Najib untuk menguruskan Altantunya Shariibuu yang menganggu Abdul Razak Baginda.

"Jika begitu, kini orang ramai tertanya-tanya, siapa yang arahkan ADC Najib itu. Apakah Najib perlu bersumpah sekali lagi dia tidak membuat arahan itu di Kuala Terengganu ini," kata seorang pemerhati.

Sebelum ini, Najib berkali-kali membuat sumpah termasuk di masjid bagi menafikan penglibatannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

59 comments:

zali said...

wahai kuda...

nak lonjak kemana gerangannya kalau ekor kau masih ditambat dek dap...

menolak pas = menolak dap

aisal said...

cam nyeng rapik jer nih....senyum jgn x senyum tok!

bn@umno said...

boringlah aku dgn hukum hudud yg dibawa pas ni.hukum hudud ni hanyalah main politik Pas je utk mendpt sokongan.dr segi realitinya hukum hudud ni tak mampu dilaksanakan oleh Pas.Pemimpin Pas sedar yg hukum hudud ni tak mampu dilaksanakan cuma ini hanyalah mainan kotor politik Pas.AKU RASA TAK ADA PERLUNYA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD NI KERANA UNDANG-UNDANG SEKARANG NI PUN DAH CUKUP LENGKAP UNTUK MENGHUKUM SESEORANG YG BERSALAH.

unanjaga said...

Nampak benar kehabisan idea untuk membahaskan tajuk ini secara matang,apa yang dikomen jauh tersasar dari tajuk nya...

aisal said...

SUBHANALLAH....


bn@umno said...


AKU RASA TAK ADA PERLUNYA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD NI KERANA UNDANG-UNDANG SEKARANG NI PUN DAH CUKUP LENGKAP UNTUK MENGHUKUM SESEORANG YG BERSALAH.

................................

saudara nilai lah sendiri kata-kata ini....

" sungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Taala"

(doa iftitah ketika solat )

bn@umno said...

aisal,

ape yg aku komen tu mmg betul pe.aku tak nampak ada cacat celanya komen aku ni.mmg betul pe undang-undang sekarang ni sudah cukup utk menghukum orang bersalah.takkanlah disebabkan kesalahan kecil spt curi gula-gula yg berharga sekupang pun nak kena potong tangan.

perunding said...

astarghfirullah al'azim.

TokBatinSenoi said...

bn@umno said...

aisal,
takkanlah disebabkan kesalahan kecil spt curi gula-gula yg berharga sekupang pun nak kena potong tangan.

Mcm betul jer U ni!!!

tekong darat said...

yer, undang2 sekarang dah cukup utk adik berdik ngko lahirkan anak luar nikah......

aisal said...

mak oiiii....sesatnya pengetahuan,

tak nk berusaha blaja mendalami ke ttg hukum islam ni...jgn la pulak kalau kita tak tahu pastu malas blaja serta nk menakut-nakutkan org len ye...

pelaksanaan hukum ada tahap nya mcm juga qisas..ada syarat2 dia..ada tatacara pelaksanaan dan hakim2 yg syarie agamanya.

manusia,.... Tuhan tak kn suruh laksanakan hukum dia tu, kalau hukum dia tu ada cacat celanya.

Kamu pun dia yg cipta, x kan la hukum tu pun kamu kata membawa kesengsaraan pd manusia.

pda oorg len , kamu kata tak suka BeeEnd keluar drp malaysia , skrg bagaimana jika kamu pula keluar dri dunia Tuhan ini..boleh...cuba cari dunia selain daripada dunia dia...bawalah seberapa banyak duit kerajaan kamu tu...cepat2 pergi yer..

sahabat yg dimuliakan,

nk bercakap pun, pandang2 lah malaikat sama..kot2 x sempat bertaubat.....jgn hina hukum Tuhan, jgn sampai Tuhan laknat saudara...cukup2 la tu...

Fendy2177 said...

Beginilah akibatnya apabila sijahil bersuara. Dia ingat senang-senang je nak laksanakan hukuman hudud ni pada pesalah. Bertaubatlah sedara BN@umNO, jangan ghairah memberi ulasan hingga tergelincir akidah.

Secara peribadi, aku menyatakan bahawa hukuman yang ada sekarang belum cukup menggerunkan hati penjenayah. Buktinya, ramai penjenayah yang ditangkap adalah penjenayah berulang (pernah melakukan jenayah dan dijel). Aku setuju hukuman sebat kepada pesalah minum arak spt di Pahang.

Harap-harap, mahkamah syariah di negeri lain mengikut langkah tersebut. Kita mulakan dulu dengan kesalahan minum arak, GRO-GRO, judi, makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan dan lain-lain.

TokBatinSenoi said...

e.. eh.. Ta' betul ker hukum Tuhan tu?, sampai na' dipinda2. Tuhan itu ta' berilmu kot, sebelum Dia mencipta.. Itu sebabnya kelangkabut2 ni.

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...

Fendy2177 said,

Secara peribadi, aku menyatakan bahawa hukuman yang ada sekarang belum cukup menggerunkan hati penjenayah. Buktinya, ramai penjenayah yang ditangkap adalah penjenayah berulang (pernah melakukan jenayah dan dijel). Aku setuju hukuman sebat kepada pesalah minum arak spt di Pahang.


hey, kalau macam tulah komen ko, jadi negara tak payahlah ada Polis kalau hukum hudud dilaksanakan maklumlah dgn perlaksanaan hukum hudud ni maka penjenayah tak berani nak melakukan jenayah.betul tak?ape punya lembu punya otaklah koni.

aku tak setuju soal hukum sebat ke atas pesalah minum arak.lantak pilah dorang nak minum arak ke tak.nape nak kenakan hukuman sebat ke atas peminum arak pulak?kalau dorang nak minum arak, biar dorang yg tanggung di akhirat nanti jgn kita nak memandai-mandai mengenakan hukuman sewenang-wenangnya ke atas orang lain.biar tuhan jelah mengadili kesalahan mereka diakhirat nanti asalkan dorang tak melakukan jenayah.jgn kita nak menyibuk atau mencampuri urusan orang lain.

khairul said...

bn@umno said...

AKU RASA TAK ADA PERLUNYA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD NI KERANA UNDANG-UNDANG SEKARANG NI PUN DAH CUKUP LENGKAP UNTUK MENGHUKUM SESEORANG YG BERSALAH.
-----------------------------------

Astarghfirullahalazim...
Bawa mengucap BN@UMNO..
Dah jauh tuh, anda dah terpesong.. mana mungkin samakan hukum Allah dgn hukum manusia.. Nauzubillah..
Tapi jika KAU teruskan juga, nyawamu HALAL untuk UMAT ISLAM bunuh, spt halalnya utk memerangi ISRAEL.. Wahai BN@UMNO..

Fendy2177 said...

Ternyata jahilnya user BN@umNO. Tak perlu lagi aku terangkan apa-apa. Buat rakan-rakan seperjuangan BN@umNO, nasihatkanlah kawan anda, nilai sendiri tahap pemikiran mangkuk@ayun sorang ni. Kepada yang dah sanjung BN@umNO, siap bagi ranking tu, tolong bg komen sikit.

khairul said...

Ingat sedara2 yang memberi komen dalam ruangan ini, jgn biadap sgt dlm percakapan dan penulisan. HATI-HATI.

KAU ni sapa BN@UMNO, dah rasa diri tu tuhan ke? Hingga sanggup mengatakan hukum manusia lebih hebat. Kesian mak bapak KAU, lahirkan MANUSIA berfikiran sempit dan tidak percaya RUKUN IMAN yg pertama.

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
khairul said...

Eh marah pulak.. OK cuba tenung balik ayat KAU!!!

AKU RASA TAK ADA PERLUNYA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD NI KERANA UNDANG-UNDANG SEKARANG NI PUN DAH CUKUP LENGKAP UNTUK MENGHUKUM SESEORANG YG BERSALAH.

apa maksud KAU dgn ayat yang bold tu?

bn@umno said...

khairul,

hey mangkok, aku tak cakap pun yg Hukum Manusia ni lebih hebat drpd Hukum Tuhan.ko jgn cuba nak menibai fakta yg salah. Aku pun TAK CAKAP pun yg aku menyamakan Hukum Allah dgn Hukum Manusia. cuma bagi pandangan aku undang-undang yg ada sekarang ni sudah cukup untuk menghukum pesalah.tolong jaga sikit mulut ko tu sebelum nak mengata sesuatu.

khairul said...

Astarghfirullah...

Bagi nasihat x nak dgr.. Wahai sedara seislamku, sbb tu saya bagitau hati-hati dalam penulisan. Cuba KAU rujuk Ustaz berkenaan ayat kau tuh.. Apa hukumnya kalu ayat mcm tu..

bn@umno said...

ape yg aku cakap tu mmg betul pe.Hukum Manusia ni dah cukup untuk menghukum pesalah kerana malaysia ada undang-undang untuk menghukum seseorang pesalah lagipun Hukum Tuhan ni terlalu berat untuk ditanggung oleh manusia.sebab tu aku cakap sudah memadai menghukum pesalah dgn undang-undang yg sedia ada.

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS menang banyak kilang2 babi akan didirikan..insya allah kerja banyak lah tu untuk orang Melayu...

khairul said...

Memang ler berat jika difikir menggunakan akal, akal kita ni terhad, jadi panduannya adalah al-quran dan hadis. Allah telah pun menyuruh kita berhukum dengan hukum yang telah ditetapkan dan tujuannya adalah utk mencegah dan memberi peringatan kpd manusia yang berNIAT utk melakukan kejahatan.

setiap pesalah yang telah menerima hukuman hudud ini maka tiada hukuman utknya dihari akhirat kelak. (baik hilang tangan sekali (sakit pon sekali) dari dibakar bertahun-tahun dalam neraka)

bn@umno said...

khairul

Ko ni Tuhan ke?cara ko ni cakap ni dah macam ko ni tuhanlah pulak.macam mana pulak ko boleh gerenti yg pesalah tidak akan dikenakan hukuman di akhirat nanti selepas terkena hukum hudud.aku tak sangka ko begitu bodoh pasal agama.nak nasihatkan orang konon tapi sendiri yg bodoh.sermin-cerminlah muka tu dulu sebelum nak menasihati orang.piirah

tekong darat said...

khairul tak yah layan mangkuk@ayun ni...bukan nak reti...dari dul macam ni...bulan posa pun cakp camni...

khairul said...

Iye ke Tekong... Harap2 bukan semua org BN@UMNO bukan mcm ni. Patutlah PAS pernah mengkafirkan ahli UMNO, gara-gara percakapan sebeginilah. Barulah aku paham.
Kesian, lahir Islam tp x tau pape.

Muzafar said...

Kepada semua,
Kalau anda nak anti PAS ke, nak anti ABIM ke, nak anti TABLIGH ke, itu tak apa. Tapi jangan sampai kamu memperkecil-kecil, memperlekeh dan menghina hukum Allah dan Sunnah Rasulullah saw.
Kamu boleh kutuk PAS, setakat tu aje, janganlah sampai kamu kutuk hukum hakam yang termaktub di dalam al Quran.

Wassalam

zali said...

betul la cakap bn@umno tu...

bn@umno kata : boringlah aku dgn hukum hudud yg dibawa pas ni.hukum hudud ni hanyalah main politik Pas je utk mendpt sokongan.

bn@umno bukan menolak hudud cuma dia boring dengan penggunaan hudud sebagai mainan politik oleh pas.

saya menyokong kenyataan bn@umno.

yang sengaja nak putar belit ayat bn@umno tu...mintak maaf secara terbuka.

kan ustaz awak semua ajar...dosa dengan orang kena kemaafan dari orang tu sendiri...

TokBatinSenoi said...

khairul said...

Ingat sedara2 yang memberi komen dalam ruangan ini, jgn biadap sgt dlm percakapan dan penulisan. HATI-HATI.

KAU ni sapa BN@UMNO, dah rasa diri tu tuhan ke? Hingga sanggup mengatakan hukum manusia lebih hebat.

MENGAPA, TAK HEBAT KER HUKUM MANUSIA TU? Kalau ta' hukum manusia , na' pakai hukum siapa lagi?

Manusia kan kah Khalifah Allah dibumi..

Ta' betul ker cakap Bn@UMNO ?

TokBatinSenoi said...

Blogger khairul said...

setiap pesalah yang telah menerima hukuman hudud ini maka tiada hukuman utknya dihari akhirat kelak. (baik hilang tangan sekali (sakit pon sekali) dari dibakar bertahun-tahun dalam neraka)

FATWA SAUDARA NI MCM BUAT2 SENDIRI JER... camner sdr tahu dan adakah sdr 105% yaqin ?

Semoga Allah mengampunkan saudara dan bn@umno dan para komentar sekelia... Amin

Islam itu bersaudara.

Abu Anas said...

Kita kena ingat, hukum yg manusia cipta ni terbatas fikirannya dan ada kepentingannya.

Mcm kita buat peraturan, kalau boleh kita yg lepas, org lain biar dia susah.

Sebab tu hukum tuhan tu adil. sebab Allah takde kepentingan seperti kita ni. Yg tamak haloba, dengki, khianat dan riak.

Kalau bukan parti isllam yg bawa isu dan perkara ini, takkan kita nak harap parti sesuatu bangsa yg bawak. Sebab islam itu adil berbanding bangsa yg pastinya iri hati kpd bangsa lain.

Kalau kita taknak ikut, jangan lah pulak kita nak hina dan kutuk.

TokBatinSenoi said...

Abu Anas said...

Kita kena ingat, hukum yg manusia cipta ni terbatas fikirannya dan ada kepentingannya.

Sdr,
Al 'Aklu min nurillah.. Akal itu cahaya Allah.

Cahaya Illahi tidak terbatas seperti yang saudara jangkakan.

Akal tidak terhad untuk memikirkan apa2 jer, kerana akal adalah hak Allah.

Kalu sekiranya Allah berkehendakan kepda penglaksanaan hukum hudud.. susah sangat ker?

amern sultan said...

kerana mulut badan binasa...
kerana ade hati tak guna, ade telinga tak guna.. ade akal pun takgune..
sebab tu dipenuhkan neraka jahannam dengan manusia dan jin dalam kuantiti yang besar..
semoga kita semua termasuk dalam golongan yang menggunakan dan memahami ayat2 Allah. astaghfirullah...

perunding said...

untuk rujukan yang mudah dan ringkas untuk difahami..

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
ditulis oleh bekas pensyarah Dr Abdul Wahab Arbain.
Hukuman Potong Tangan: Hukuman Had Potong Tangan hanya dikenakan ke atas pencuri yang sabit kesalahannya dengan pensyaratan berikut:

1. Mencuri harta milik orang lain;
2. Mencuri harta tersebut tanpa pengetahuan dan keizinan pemiliknya ketika pencurian itu berlaku;
3. Mencuri secara sukarela;
4. Pencuri itu berakal waras, sedang baligh dan mengetahuwi bahawa harta yang diambilnya itu bukan miliknya;
5. Harta yang dicuri itu dikeluarkan atau dipindahkan dari tempat simpanan atau dari jagaan yang sepatutnya; dan
6. Harta yang dicuri itu sampai nisobnya.

________perunding
per 6. sampai/cukup nisob.
setakat gula gula...tak lah potong jawapanya.
hukum Allah ini sudah lengkap.
belajarlah teknikal perlaksanaannya.
potong tangan secaranya umumnya.
pelajarilah prosedure nya.

perunding said...

tok batin,
hudud susah dilaksanakan sebagai ujian kepada hamba Allah.
siapa(badan/empunya diri) yang berusaha dapatlah pahala.
akal perlukan pahala tak tok?

perunding said...

tok batin
khalifah Allah lebih hebat dari malaikat apabila.....
khalifah Allah yang lebih buruk dari binatang apabila...

perunding said...

tok batin akal itu benar cahaya Allah,
Allah tak boleh hukum ke akal yang diberi kepada makhluknya.

perunding said...

tok,
lelaki setubuh perempuan,
jadi anak,
'anak' itu 'lelaki' itu ke?

perunding said...

tok batin,
anda baru sampai brussel,
nak guna akal yang tak terhad,
nak pegi beli buku peta,
nak naik teksi yang betul?

TokBatinSenoi said...

perunding said...

untuk rujukan yang mudah dan ringkas untuk difahami..

Kita hanya berhak melaung2kan hukum diatas kertas jer.. Apakah sdr pasti hukum hudud ini semudah na' dilaksanakan diMalysia, yang penduduk Islam cuma lebih kurang 60% jer?

Di Saudi Arabia.. Penduduknya 100 % Islam. Hukum hudud tidak terlaksana 100%. Bahkan sistem perniagaan tetap dibawah telunjuk Amerika.

Hukum hudud 'potong tangan' diSaudi sekarang telah masuk keera zaman modern. Pemotongan tangan dibuat mengikut kaedah 'amputation' dengan bius. Mengapa Saudi tidak melakukannya lagi mengikut zaman Muhammad s.a.w?

zali said...

indahnya mimpi perunding...sebagai pembela bangsa dan agama gitu...

layann....

Pemuda PAS said...

Peluang PAS menang adalah cerah 70%:30% . Barisan Nasional menghadapi masalah besar. Sehingga pagi tadi masih ada ahli UMNO yang kecewa dengan pemimpin mereka sendiri.Mereka tidak akan keluar mengudi hari ini.Ada juga ahli yang bersungut kerana tak dapat duit ehsan awal pagi tadi. Ada ahli ambil kesempatan pergi ke beberapa markas untuk ambil duit itu.Setiap markas boleh dapat RM100 seorang.

TokBatinSenoi said...

Blogger perunding said...

tok batin,
hudud susah dilaksanakan sebagai ujian kepada hamba Allah.
siapa(badan/empunya diri) yang berusaha dapatlah pahala.
akal perlukan pahala tak tok?

sdr,
Allah tu memiliki sifat Kemaha2an dalam setiap perkara. Apakah Tuhan ini tidak mengetahui/ berilmu sebelum sesuatu itu dicipta? Apakah perlu ia menguji 'hamba2Nya' yang bersifat lemah dalam serba serbinya? Hamba2nya cuma tong2 kosong jer= tidak 'ada sekali2

Allah taala tidak pernah menguji sesiapa pun. 'Insan' adalah bayangan Allah. (Kholif ertinya bayangan)

Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan.. Jadi berhak kah akal itu kepada pahala?

TokBatinSenoi said...

Blogger perunding said...

tok,
lelaki setubuh perempuan,
jadi anak,
'anak' itu 'lelaki' itu ke?

sdr,
Perlu ker saya menjawab soalan yang begini? Islam itu begini ker?

TokBatinSenoi said...

Blogger perunding said...

tok batin,
anda baru sampai brussel,
nak guna akal yang tak terhad,
nak pegi beli buku peta,
nak naik teksi yang betul?

sdr,
Adakah sdr anggap ini fakta? atau ia hanya rumusan2 orang yang sedang bermimpi?

sdr gunaka apa sekarang? unta kah kaldai?

Sekarang zaman canggih.. kereta, telipon.. roket.. kapal terbang..bom sinar x.. komputer yang sedang anda hadapi.. Bukankah ini akal manusia yang tidak terbatas. Melainkan sdr ta' gunakan apa2. Apakah sdr tidak menyaksikan 'TUHAN' itu sentiasa berfikir?

TokBatinSenoi said...

Blogger perunding said...

tok batin akal itu benar cahaya Allah,
Allah tak boleh hukum ke akal yang diberi kepada makhluknya.

sdr,
Akal itu Hak Mutlaq KeTuhanan.. Pekara yang sesimple begini pun sdr ta' faham.. Bagaimanakah kita na' meneruskan hujah2 ini?

TokBatinSenoi said...

perunding said...

untuk rujukan yang mudah dan ringkas untuk difahami..

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
ditulis oleh bekas pensyarah Dr Abdul Wahab Arbain.

sdr..
Siapakah Dr Abdul Wahab Arbain ni? Anda lebih mempercayai pensyarah ini dari beriman kepada kuasa mutlaq Ilahi.

perunding said...

tunggu sat tok batin saya nak pkrp36 kejap

tekong darat said...

tok batin invite laa perunding masuk ker blog kamu...tak payah dok bahas kat sini...bn@umno tu tak se'pandai' kamu utk paham benda2 camni...dia bercakap ttg hukum yg dia tak tau...

perunding said...

bagus tok,
'anak' itu 'lelaki' memang tak perlu jawab.
jika jawab yang tak betul.

akal tak berhak kpd pahala..betul..
___
Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan...benar
bersyukur saya kerana Allah menjadikan saya sukakan kebaikan,sukakan hukum Allah,sukakan melakukan perintah Allah,suka melakukan suruhan Rasul Allah.

perunding said...

ahh cantiknya ciptaan Allah,
ujian itu sendiri ciptaan Allah untuk menjadi nikmat kepada yang dapat merasakan ujian itu dari Allah.
biarpun ciptaan nikmat tidak perlu kepada Allah kerana ilmu Alllah sudah mengetahui seawalnya lagi.
Ahh..siapa yang mencipta masa?
masa itu mahkluk Allah...
berapa banyak mahkluk bernama masa telah dicipta Allah..

perunding said...

ahh siapa kah Hamba Allah Arbain ini..
oh..handphone ku boleh call dia.
ohh..tulisan nya ringkasan dari pemahaman kalam Allah..
ahh mudah pula hamba Allah lain untuk faham..
ahh dapat pula khalayak ramai memahami nya.

perunding said...

kenapa sudah kenal Allah,reluctant pula kepada hukum Allah?
sudah canggih kah hukum fizik penemuan manusia kini?

TokBatinSenoi said...

Blogger perunding said...

kenapa sudah kenal Allah,reluctant pula kepada hukum Allah?
sudah canggih kah hukum fizik penemuan manusia kini?

Sdr,
No one is reluctant to the Hududullah .. no one is reluctant my bro. perunding. Segala2nya sujud kepada Allah setiap saat.. ‘Bertasbih kepada Allah apa yang ada diantara langit dan bumi’.

Rukun iman yang keenam menjelaskan ‘QADAR BAIK DAN BURUK’ itu tetap dari Allah taala… Tiap2 sesuatu tetap dari Allah dan besifat baik, kerana keseluruhannya terbit dari Yang Baik (ALLAH). Ta’ baiknya ’ Kejahatan’, kerana datang syariat mencelanya.

Sdr Nik Aziz dan sdr. Hadi Awang sangat mahir tentang ilmu2 rahsia ini… kalau tidak manakan beliau2 mampu berpolitk. Tanyalah kepada yang berhormat ni.. Mungkin sdr ta' dapat kesempatan bertanya kot?

Setiap Ilmu Allah jelas canggih sdr.. walau pun ia diunkapkan ilmu fizik.

perunding said...

baiklah tok,
saya mengundur diri.

dariana said...

Inilah forum yang haru/kacau dan lari dari topik asal akibat egoisma dan jahilisma. ada yang mengguna emosi tanpa dasarkan iman, ilmu dan maklumat hakiki. igat perbahasan yang melulu jahil dan takabur akan mengkufurkan dri sendiri bagai iblis. iblis selain enggan menerima perintah Allah, ia bersifat angkuh..makanya iblis jadi kafir. orang beriman berbicara hendaklah berlandas nas al-quran dan hadith. ijmak dan qias..kena bertaqwa..jangan kerana fanatik politik kepartian mengimpakkan tergelincir akidah dan menolak syariat..akibatnya jadi kafir. kena ingat Allah dan istighfar banyak2 dengan jiwa cool dan minda yang waras. moga kita dirahmati Allah.

ajkumno.. said...

Fendy2177 said,

Secara peribadi, aku menyatakan bahawa hukuman yang ada sekarang belum cukup menggerunkan hati penjenayah. Buktinya, ramai penjenayah yang ditangkap adalah penjenayah berulang (pernah melakukan jenayah dan dijel). Aku setuju hukuman sebat kepada pesalah minum arak spt di Pahang.
------------------------------------

BN@UMNO TOLOL said...

hey, kalau macam tulah komen ko, jadi negara tak payahlah ada Polis kalau hukum hudud dilaksanakan maklumlah dgn perlaksanaan hukum hudud ni maka penjenayah tak berani nak melakukan jenayah.betul tak?ape punya lembu punya otaklah koni.

ajkumno menyampuk..
(aku rase otak bn@umno nie otak org tak ada pendidikan agama..) pemimpin umno sendiri pun tak berani pertikai kan hukum hudud terang2.. si mamat nie main bantai jer bgi fakta&*%^$%$@#$

aku tak setuju soal hukum sebat ke atas pesalah minum arak.lantak pilah dorang nak minum arak ke tak.nape nak kenakan hukuman sebat ke atas peminum arak pulak?kalau dorang nak minum arak, biar dorang yg tanggung di akhirat nanti jgn kita nak memandai-mandai mengenakan hukuman sewenang-wenangnya ke atas orang lain.biar tuhan jelah mengadili kesalahan mereka diakhirat nanti asalkan dorang tak melakukan jenayah.jgn kita nak menyibuk atau mencampuri urusan orang lain.

January 16, 2009 8:33 A---

----------------------------------

lihat la pencacai bn.. ini ker sikap umat islam zaman paklah???????????? kalau kiter tengok saudara umat islam kiter tersesat.. kiter biar kan saja.. kalau mak ayah BN@UMNO minum arak biar lantak pii.... hahaha.. kalau mak ayah dia buat parti sex bebas lantak piii la... kalau tu kalu nii semua nak pii lantak dia org... hancur la malaysia nie.. makin banyak la kerosakan ahklak mcm BN@UMNO nie.. cukup la sorang jer org gila mcm bn@UMNO ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...