Sunday, January 11, 2009

Palestin: Malaysia menyokong siapa sebenarnya?

KUALA TERENGGANU, 11 Jan: Kerajaan Malaysia dipersoal menyebelahi pihak mana dalam isu serangan Israel ke atas Palestin ekoran perkembangan terbaru melibatkan tangkapan terhadap peserta himpunan aman di Dataran Merdeka.

Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu yang mempersoal tindakan tersebut berkata, kerajaan dilihat seperti tidak menyebelahi Palestin dan mula memperlihatkan wajah sebenar mereka.

"Mereka (pemimpin kerajaan) bercakap seolah-olah membenci apa yang dilakukan oleh Israel termasuk membenarkan para pelajar universiti menyertai perhimpunan-perhimpunan mengutuk Israel.

"Tetapi apabila rakyat turun menyatakan bantahan ke atas Isreal, 21 orang telah ditangkap. mungkin selepas ini kerajaan akan memberikan alasannya menangkap peserta himpunan itu tetapi kenyataanya 21 orang telah ditangkap," kata beliau mengulas perkembangan tersebut dalam ketika berkempen membantu calon PAS dalam satu ceramah di Losong.

Mohammad juga menyifatkan tindakan itu sebagai 'terbongkarnya wajah sebenar kerajaan BN' yang tunduk dan lebih takut kepada tekanan Amerika tetapi cuba untuk menunjukkan mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk Israel kerana sebab-sebab politik khususnya untuk memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu.

"Biasanya penipuan itu tidak lama," kata beliau.

Justeru beliau menggesa pengundi Kuala Terengganu menyatakan bantahan terhadap sikap kerajaan itu melalui undi pada 17 Januari ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua turut membidas tindakan pihak berkuasa menangkap peserta himpunan aman di Dataran Merdeka itu.

"Pihak kerajaan khususnya Umno sebelum ini mengajak rakyat bersatu termasuk parti-parti politik diminta mengenepikan berbezaan untuk bersama-sama mengutuk keganasan Israel. tetapi bila rakyat turun mereka ditangkap," katanya dalam ceramah di Cabang Tiga.

Kata Tian Chua, jika kerajaan benar-benar mahu bersatu dalam isu Palestin PAS, PKR dan DAP akan mengembeling ahli-ahlinya untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap Israel.
Dalam kejadian di Dataran Merdeka, polis telah menahan 21 peserta perhimpunan aman yang menamakan diri sebagai Gabungan Anti Perang (GAP). Penahan tersebut melibatkan 13 lelaki termasuk seorang remaja berumur 15 tahun dan lapan perempuan.

Antara yang turut ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam.

Polis telah menahan kumpulan tersebut yang berarak dari perkarangan bangunan Majlis Peguam ke Dataran Merdeka kira-kira pukul 8 malam kerana dikatakan degil dan enggan beredar setelah diarahkan berbuat demikan.

Sementara dalam isu berkaitan, Mohammad turut mempersoalkan wang derma yang dikutip oleh kerajaan melalui masjid-masjid di seluruh negara atas nama bantuan kepada Palestin akan diagihkan kepada pihak mana.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengarahkan wang derma dimasjid-masjid pada hari Jumaat selama tiga minggu berturut diserahkan kepada pihaknya untuk tujuan membantu rakyat Palestin.

Bagaimanapun kata Mohammad, Malaysia selama ini dilihat tidak mengiktiraf kerajaan Palestin dipimpin oleh Hamas yang memenangi pilihan raya negara itu sebaliknya lebih dekat dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Fatah).

Antaranya sebelum ini Malaysia sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut.

Justeru kata Mohammad, walaupun 10 sen didermakan oleh rakyat ia perlu dibantah jika disalurkan kepada kumpulan Mahmoud Abbas yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi.


"Kerajaan perlu jelaskan ke mana wang derma itu akan disalurkan, kalau kepada kumpulan Mahmoud Abbas maknanya wang umat Islam dari Malaysia diberi kepada kumpulan yang tidak berjuang," ujar beliau kepada hampir 1000 penduduk sekitar Losong yang hadir mengikuti ceramahnya itu.

Kerja keras bantu Abdul Wahid

Sementara itu kehadiran Mohammad menarik perhatian ramai ekoran beliau merupakan bekas calon PAS bagi kawasan parlimen tersebut dalam pilihan raya umum tersebut.

Kehadiran beliau sekali gus melangsaikan janjinya sebelum ini yang berikrar akan terus bekerja untuk membantu kempen pilihan raya walaupun tidak dipilih sebagai calon.

Beliau yang berkampung di Kuala Terengganu sejak semalam (9 Januari) sehingga 13 Januari ini dilihat bekerja keras untuk memastikan kemenangan PAS dengan memenuhi program-program yang disusun oleh jentera kempen parti kepadanya dan dijadualkan akan berceramah dibeberapa lokasi setiap malam selama beliau disini.

Mengulas mengenai calon PAS, Abdul Wahid Endut, Mohammad berkata calon yang diletakkan oleh PAS merupakan seorang yang berani, lantang dan pandai berhujah berdasarkan potensinya di Dewan Undangan Negeri.

"Abdul Wahid pernah dicabar bertumbuk oleh Ahmad Said (sebelum menjadi menteri besar) kerana tidak mampu berlawan hujah.

"Saya percaya Abdul Wahid ini kalau orang Kuala Terengganu hantar dia ke parlimen, mungkin kurang sedikit sahaja untuk setanding dengan Karpal Singh. Abdul Wahid ada ciri itu dan PAS tidak akan pilih wakil sekadar untuk panaskan kerusi sahaja," kata beliau.

Dalam pilihan umum raya lalu, Mohammad mewakili PAS sebagai calon parlimen Kuala Terengganu telah tewas kepada Datuk Razali Ismail dengan mejoriti kurang daripada 1000 undi.

Setelah Datuk Razali meninggal dunia akibat serangan jantung nama Mohammad turut disenaraikan sekali lagi sebagai calon dalam pilihan raya kecil bersama beberapa nama lain untuk dipilih oleh Presiden PAS. Bagaimanapun, Presiden PAS memilih Abdul Wahid dalam satu pengumuman di Stadium Kuala Terengganu 1 Januari lalu. - Foto: Azrul Edham

16 comments:

perunding said...

ikut cakap bos tu.
amerika dah gertak lah tu.

perunding said...

bukan setakat persidangan NAM menyaksikan mereka mengenepikan Hamas,malah masa Syed Albar kata Hamas taknak bersatu.
Lagi satu yang lebih menyedihkan ialah ketika lawatan PakLah sebagai negara pengerusi OIC ke Darfur.
Sekembali dari sana beliau berkata takde apa2 disanakan melainankan gembur pihak media.
Saya lihat banyak buahan dan sayuran segar di pasar Darfur.!!

What do u expect?
Oh please,Malaysia ku.

TEKONG DARAT said...

stuju nan perunding...
dan aku stuju ngabn saranan azhar dalam artikel baru dia...jgn bagi bantuan kat boneka amerika...iaitu team mahmud abas

kayemsee said...

kebanyakan negeri dibwh pr telah mengadakan piket bantahan dan kutukan terbuka terhadap Israel dibwh anjuran PAS bahagian tetapi tiada dilaporkan langsung oleh media...tetapi BN & Umno tiada langsung anjurkan bantahan terbuka seumpama itu...siap tangkap lagi org yg buat...ini secara tak langsung dpt menunjukkan sikap puak2 nie ke atas isu palestin ini...

TEKONG DARAT said...

Allah nak tunjuk...
sapa sebenarnya geng yahudi...
ada sorang makhluk otak udang tu yg suka sangat main fitnah pasal ni...sekarang gi laa kl sana nun tanya apa citer...hehe...tok guru laa konon kat BPN...

dewatawanberapi said...

tokong berok kata...

stuju nan perunding...
dan aku stuju ngabn saranan azhar dalam artikel baru dia...jgn bagi bantuan kat boneka amerika...iaitu team mahmud abas

Tak perlulah kita nak pertikaikan bantuan yang dihulurkan...baik Hamas mahupun Fatah...

Orang bantu...bagus
Kau bantu...dipersilakan

Yang kau sibuk kempen larang orang nak bagi bantuan tu apasal??

Kau...apa yg kau dah bantu?
Setakat menyalak macam anjing kurap baik toksah..

Baik kau jaga kandang babi moden puak pakatan kau tu..

Aku cadangkan kau diam2 macam babi lagi bagus...

dewatawanberapi said...

aku kurang stuju Mat Sabu kempen kat kt...takut nanti 'sialnya' akan menjangkit nanti

Hang baliklah kat kedah sana? Orang kt tak perlukan hang kat sini...

Ini untuk kebaikan dan menjamin kemenangan kita nanti..

zali said...

sebenarnya himpunan aman atau apa saja perhimpunan tak membantu palestin...

beberapa hari lepas kat tv3 macam grand sangat...semua pakai muffler petak ala pejuang palestin gitu dan sumbangan yang dihulurkan cuma 10k...

rasanya nak anjur yang grand siap dengan muffler petak tu pun dah lebih dari yang di sumbangkan.

apa maknanya?

tak payah buat perhimpunan...salurkan derma pada yang berkenaan dah bagus...

TEKONG DARAT said...

hehe...
ada yg berminat guna nama aku rupanya...tak nak laa cakap sapa2...bisa sangat ker nama tu?...

TEKONG DARAT said...

peluru sesat tu team 'khairi jamaludin' ker 'kopi janda'?....
suker panggil orang beruk...
sedangkan aku tak panggil pun ngko camtu...gelaran bodoh memang sesuai ngan orang ada otak tapi buat perkara sama, malangnya harapkan hasil yg lebih baik...
sama macam ngko yg dari awal citer hal babi...babi...babi...pastu mengharap kami ni nak sokong puak kamu yg bodoh...
bodoh bermaksud...
ORANG YG BUAT PERKARA SAMA TAPI MENGHARAP HASIL YG LEBIH BAIK...

Hamba Miskin said...

Salam ziarah..

Lihatlah video serangan yahudi di palestine sejurus sambutan asyura!! Saya Letakkan link video tersebut di bawah bendera panji islam mujahideen.

lawati www.dzulhaqq.blogspot.com

SEBARKAN!!

aisal said...

tekong darat said...

aku kurang stuju Mat Sabu kempen kat kt...takut nanti 'sialnya' akan menjangkit nanti

Hang baliklah kat kedah sana? Orang kt tak perlukan hang kat sini...

Ini untuk kebaikan dan menjamin kemenangan kita nant

-------------------------------

tekong darat said...

hehe...
ada yg berminat guna nama aku rupanya...tak nak laa cakap sapa2...bisa sangat ker nama tu?...

January 10, 2009 9:03 PM


* sampai gitu sekali kempunan nk menang ye....matlamat menghalalkan cara...

TEKONG DARAT said...

biasa laa cikgu...
orang terdesak...
ada hati nak berpolitik...
hujah dibalas serangan peribadi...
nasihat, bahaskan tajuk2 dgn ilmiah...nama2 kat sini hanya samaran...

perunding said...

tekong,
itu lah fitnah namanya.
pembunuhan karektor.

kau bongkarkan sapa melaunnnya.

TEKONG DARAT said...

alah..
ngko tahu laa sendiri...
ada 2 orang jer yg suker bunuh karektor orang dalam blog ni...

hamba_hina said...

kita duk sebok2 kempen boikot israel ngn amerika kerana kekejaman dan penindasan ke atas ISLAM dan palestin...

tp kenapa kita xboikot TALI BARUT AMERIKA anwar ibrahim yg menerima dana dan perhatian yg mencurigakan dari amerika...

CONTOH

MAHMOUD ABBAS(fatah)boneka amerika
JALAL TALABANI(presiden iraq selepas saddam)

dari sejarah,semua yg amerika pilih mst X BOLE PAKAI PUNYA...

pikir2 kan lah dgn hati terbuka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...