Friday, January 9, 2009

Tambah suara rakyat di Parlimen

KUALA TERENGGANU, 9 Jan: Pengarah Operasi Jentera Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong menyeru pengundi supaya memberikan sokongan kepada PAS untuk membolehkan suara rakyat dapat disampaikan di Parlimen.

Katanya, PAS bukan sekadar bertanding untuk untuk memenangi kerusi politik sahaja pada pilihan raya kecil itu tetapi untuk menyampaikan seruan rakyat di Dewan Rakyat.

“Insya Allah, 17 haribulan ini, bukanlah kita sekadar bertanding untuk memenangi kerusi politik, tetapi seruan yang akan kita sampaikan di Parlimen,” ujarnya pada satu majlis di Masjid Hiliran, di sini.

Beliau yang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada PAS menggunakan premis itu menambah, ia digunakan untuk menyampaikan perkara yang amat penting.

“Yakni seruan untuk menyempurnakan fitrah kejadian kita sebagai khalifah di muka bumi ini ialah mengabdikan diri untuk memerintah, membentuk keimanan dan akhlak umat Islam, yang telah pun dicemari pada hari ini, dengan budaya-budaya dan ajaran yang menyesatkan pada hari ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri mengambil contoh bagaimana sambutan yang dilakukan sempena menyambut Hari Natal oleh masyarakat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang baru-baru ini bukan sahaja memalukan umat Islam tetapi memalukan masyarakat yang bertamadun.

“Dan inilah suatu contoh yang kita lihat, kenapa kita mesti menambahkan suara kita di parlimen, yang boleh menyedarkan bahawa kegagalan pemerintahan di Malaysia selama 50 tahun ini, yang menghancurkan harapan ummah, yang menghancurkan harapan untuk menegakkan agama Allah di bumi yang kita hidup pada hari ini,” ujarnya.

Justeru, katanya adalah menjadi kewajipan setiap individu Islam dan bukan Islam untuk melihat keadilan Ilahi kerana ianya melintasi etnik kaum, bangsa dan agama. Ini, tambahnya selaras dengan diutuskan Nabi Muhammad untuk membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa, keturunan dan apa sahaja sehingga unggas dan binatang yang melata di bumi juga akan mendapat rahmat daripada Islam.

“Dan inilah untuk kita menjadikan panduan, kewajipan diri individu untuk melihat keadilan Islam, keadilan Ilahi itu akan dinikmati oleh seluruh penduduk bumi ini, apa sahaja kaum, apa sahaja agama, yang ada nada bersama-sama kita,” ujarnya.

14 comments:

perunding said...

very good motif.

Ihya said...

jayyid..jayyid..

unanjaga said...

Kita perlu pada kelantangan suara dalam parlimen untuk menegakan yang hak,memerangi apa jua bentuk kebatilan dan salah guna kuasa,juga apa jua bentuk rasuah..dan yang utama nya dari pemimpin yang taqwa itu akan melahirkan negara yang tetap dalam rahmat Allah.

mat_terab said...

Dengan bertambah suara pembangkang di Parlimen Kerajaan tak leh suka hati nak mempermainkan suara rakyat..........

slyderrose said...

Ada juga yg menang atas tiket pembangkang tapi suara macam BN aje. Tak guna juga. Haprak. Dah lupa di mana langit dijunjung.

jahut said...

Slyderrose!

Yang satu tu hidup dua alam, panas terjun ke air, sejuk naik ke darat, duduk di tebing meneriak ... ong ong ong. Orang kampung aku panggil Katak Ong! Dari dulu tak boleh pakai. Cakap merapu macam orang gila talak!

meon_peon said...

terbukti berkesan kewangan Islam,

menanti perlaksanaan perundangan Islam,

bersama membangun menurut Islam,

hidup ADUN Wakaf Mempelam!

zali said...

kalau umno...tak dapat menyampaikan seruan rakyat ke?

ini satu lagi 'kueh' untuk warga kt semata...

telah terbukti sebelum ni yang umno cukup prihatin dengan suara rakyat kt dan itu juga lah yang akan diteruskan umno...

bersama meneruskan kecemerlangan yang ada dan bersama menerajui kt.

zali said...

seronok tengok gambar dalam thread ni...

masa penamaan calon hari tu...pro umno dituduh macam-macam dan salah satunya :

pro umno boleh di beli hanya dengan sekaki payung...

sekalinya gambar ni keluar...ada dapat payung juga rupanya...

statusnya bagaimana pula?
rasuah ke apa tu?

Fendy2177 said...

Zali, pernah tak dengar ahli parlimen dari BN bangkitkan ISU rakyat Terengganu di parlimen. Saya pernah dengar wakil rakyat (MP) dari Sabah berbuat demikian. Yang lain tak tau la pulok.

Mereka hanya dapat payung kerana bertugas. Ni pengalaman aku. Aku pernah terlibat dalam membantu jentera PAS dlm PRU tahun 1999. Kami beramai-ramai berkumpul untuk memasang poster dan menyediakan kain rentang. Habuan kami hanyalah kopi O serta kuih muih. Namun,, kami betugas dengan penuh ceria serta bersemangat. Apa yang saya pelajari dari sini ialah, semangat bekerjasama dalam satu pasukan dan paling penting, mengajar kami untuk bekerja secara IKHLAS dengan hanya mengharapkan balasan dari Allah. Kami juga belajar erti pengorbanan dalam perjuangan.

Dalam umNO, setiap kerja ada habuan. Setiap kali tiba musim pilihanraya, ramai yng nak melobi untuk membuat kerja-kerja menampal poster kerana imbuhannya agak lumayan. Budaya ini telah secara sedar atau tidak, telah menghakis sikap perjuangan tulen umno. Semuanya berganjaran kebendaan dan sukar mencari mereka yang bekerja secara sukarela.

Amalan tersebut telah menyebabkan umNO akan karam kerana WANG telah menjadi KEUTAMAAN dalam setiap yang dilakukan mereka. Nak kumpulkan orang dengar ceramah kena bayar, nak pasang poster kena bayar, nak dapatkan undi kena bayar dan macam-macam lagi.

Fakrul said...

payung tu bini aku sibuk suh beli kat nufair, bawah opis siasah..masa PRU ari 2.. yg bagusnya banyak budak2 muda kat situ dok beli baju2 pas dan keadilan..duit sendiri beb..kami sanggup keluar duit sendiri, bkn dpt free macam geng saudara Zali..

Ihya said...
This comment has been removed by the author.
Ihya said...

Salam..

Ada masa..singgah sebentar di www.dzulhaqq.blogspot.com . Cerita terbaru sudah di kemaskini!!

Woi Orang Islam !!! BANGKIT!!! Mimpikah dikau??

peluru sesat said...

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri mengambil contoh bagaimana sambutan yang dilakukan sempena menyambut Hari Natal oleh masyarakat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang baru-baru ini bukan sahaja memalukan umat Islam tetapi memalukan masyarakat yang bertamadun.

BOLEH TANYA SIKIT?

APA TINDAKAN YG PAS DAH BUAT UNTUK MENGHALANG PERKARA YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM ITU?

TAKKAN TENGOK AJE KOT...TAKPUN TUMPANG SEKAKI...

PP TU KAN KE TEMPAT KAUM KERABAT PAS JUGA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...