Friday, January 16, 2009

Calon PAS berada di depan, kata Wan Mutalib

KUALA TERENGGANU, 16 Jan: PAS yakin calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut boleh memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu esok jika tidak ada sebarang kejadian luar biasa berlaku hari ini atau malam ini.

Pengarah Operasi pilihan raya ini, Datuk Wan Muatlib Embong berkata, tanpa mengambil kira undi bukan Melayu, calon PAS mendahului sedikit calon BN dan jika ada sokongan dari undi Cina, PAS akan menang pilihan raya ini dengan baik.

"Jika tidak ada apa-apa 'bom' selepas ini, insya Allah kita akan menang," kaea Wan Mutalib dalam sidang media hariannya di Kuala Ibai.

Sementara itu, beberapa pihak memberikan majoriti undi sebanyak 2,000 kepada calon PAS.

Namun begitu, Ng Chai Hing, ketua DAP Terengganu bimbang dengan sokongan pengundi Cina yang boleh berubah ekoran serangan bertubi-tubi MCA terhadap isu hudud.

"Sebelum ini, kita sudah melebihi 50 peratus undi namun semalam turun sikit kepada 40 lebih," katanya kepada Siasah.

Namun Ng berkata, beliau yakin pilihan raya ini PAS akan mendapat jumlah undi terbaik dari pengundi Cina di Kuala Terengganu.

Sebelum ini, paling tinggi PAS pernah mendapat 35 peratus dari undi Cina untuk calonnya.

Kali ini, sokongan terbuka jelas kelihatan di kalangan orang Cina terhadap PAS sehingga ada anggaran, PAS akan mendapat 70 peratus undi Cina.

6 comments:

Fendy2177 said...

Mudah-mudahan kemenangan berpihak kepada calon PAS. Kemenangan yang akan memberi seribu erti kepada Pakatan Rakyat serta pejuang-pejuang hak rakyat keseluruhannya.

perunding said...

amin

TokBatin X said...

Kalu PAS ta' menang ta' bolih ker?

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS menang banyak kilang2 babi akan didirikan..insya allah kerja banyak lah tu untuk orang Melayu...

perunding said...

kalu Pas ta' kalah ta' boleh ker?

KERInGG said...

klau B end kalah skali skala ta bleh ke?? alaaa skali skala jerr....tak luak punnn.. :pu287

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...