Wednesday, November 11, 2009

Husam jelaskan kekeliruan berita Adun pembangkang jadi timbalan Exco


Oleh MAZLAN JUSOH

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.

Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.

“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.

Malah katanya, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco dengan Menteri Besar (nada seloroh).

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun.

Oleh itu, kata Husam, peluang yang dimaksudkan tersebut apabila mereka menyertai PAS, biar pun perkataan itu tidak disebut secara terus terang ketika menggulung perbahasan.

Katanya, peluang yang dimaksudkan tersebut tidak ada sekarang kalau mereka masih lagi Adun Barisan Nasional tanpa menyertai PAS.

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

nak jadi EXCO untuk 3 tahun aje, lepas ini PAS akan lingkup di Kelantan dan Kedah.

pkrpasdap.blogspot.com

ironseven said...

hehe..dia tak sedaq lepas ni umno-bn akan lingkop satu malaysia...

Ibanez_Swk said...

susah juga mau ramal sapa yg lingkup,Rakyat nak menumbangkan sebuah kerajaan yg sombong,angkuh, mementingkan kroni UMNO-Be End.

andy said...

Kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam.

Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir. Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka.

Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...