Monday, November 30, 2009

Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim Soo Nee


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, Pekerja Ladang Perpaduan, Lim Soo Nee menafikan arak dijual secara terbuka di negeri Kedah seperti mana yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Menurut beliau lagi penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka termasuk di kedai 7 Eleven tidak berlaku kerana ia turut dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim berkata, masyarakat harus tahu membezakan antara bir dan arak yang dijual.

"Oleh kerana isu ini merupakan isu yang menyentuh kesensitiviti masyarakat maka pemantauan sering dibuat di lokasi-lokasi terbabit.Malah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah juga boleh membuat aduan sekiranya terdapat mereka yang menjual minuman keras ini yang membabitkan orang Islam kerana ia juga terletak dalam bidang kuasa mereka.Namun begitu kerjasama akan diberikan bagi menangani isu ini supaya ia adil kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam."

Menurut Lim lagi terdapat perbezaaan dalam isu bir dan arak ini.
"Sehubungan itu perkara ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pihak Berkuasa Tempatan dan ianya bukan tertakluk kepada Eksais.Oleh itu masyarakat harus tahu membezakan perbezaan ini supaya ia tidak menjadi satu isu yang kontroversi apabila disalah tafsirkan." katanya lagi.

2 comments:

masjid tinggi said...

Barisan Nasional / UMNO tok sah dok kepoh la pasai bir, arak lah.

Masa hampa memerentah dulu apa yang hampa buat pasai bir, arak tu semua??

Orang nak buat baik hangpa dok sabotaj sini sana.

Tak dak kerja lain ka.

Jangan lah balin batu sorok tangan.

Kita kenai sapa kaki mengampu dan belakang mengutuk.

AbeXcvc said...

Salam.... Harap negeri diperintah oleh UMNO-BN buat macam Kelantan dan Kedah. Haramkan penjualan arak secara terbuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...