Wednesday, November 11, 2009

Rahsia tiga projek didedah MB Selangor

Kerajaan Selangor akan mendedahkan mulai esok tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

Katanya, peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA.


Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelasnya.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya di luar sidang DUN selepas membentangkan belanjawan negeri hari ini.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

"Satu berkaitan projek penghutanan semula. Satu lagi mengenai kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan. Ketiga adalah laporan mengenai Bukit Cerakah," tambah Abdul Khalid.

Beliau berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," katanya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang DUN.

"Bila kita tahu mengenai perkara ini, kita akan dapat membincangkan dengan baik dan produktif dengan mangsa-mangsa projek ini," katanya.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA.

"Sebab di bawah perlembagaan (negara), undang-undang persekutuan boleh melebih undang-undang negeri," jelasnya.

14 comments:

Ibanez_Swk said...

Sokong Tan Sri Khalid dgn membuat pendedahan ini,supaya ketelusan boleh dinilai dgn sebaiknya.tidak seperti kerajaan terdahulu. yang kaya terus kaya,yang miskin makin miskin.

Anonymous said...

aku dah penat dgn politik dedah mendedah ni..

jgn lah sibuk nak dedah saja...rakyat nak tengok juga apa benda baru yg boleh bangunkan negeri selangor.

ironseven said...

dedah jgn tak dedah. bagus le dedah supaya semua org tahu penyelewengan yg telah berlaku. danmengelak dari berlakunya lagi penyelewengan. kalau main sorok2 bawah karpet sapa pon tak akan tau penyelewengan tu. dan yg menyeleweng akan berterusan buat penyelewengan sbb dia tau orgtakkan tau kerna dia dilindungi.

yanguntung adalah rakyat yg bijak berpikir untuk keuntungan rakyat. bukan mcm mamat kat atas tu yg nampak mcm tak setuju jer mb tu nak buat pendedahan. ada share same ker...

dedah kena dedah. tapi membangunkan negeri pon kena buat jugak. baru le steady pemerintahan sesuatu negeri tu...

Adi Satria said...

Projek yang akan didedah ialah...

Projek hubungan sulit Eli wong dgn adun BN...

Projek kedua...ialah tontonan gambar2 eli yang terdedah sana-sini.

Projek ketiga ialah pengakuan MB bahawa beliau ialah sesorang yang gaa...gaa...p.

ironseven said...

hehe..wolf cuma menunjuk dan membuktikan kecetekan dan kedangkalan akal fikirannya hasil didikan dan asuhan umno-bn....

abe MIE 'TERJAH' said...

Dedah...
Elizaberth dah dedah...
Tian Chua dah dedah yang dia ada gigi untuk gigit orang...
Ronnie Liu dah dedah-biayai Komunis

dedah khalid tapi jangan gagap..

sokong wolf

pkrpasdap.blogspot.com

ironseven said...

hehe..mee goreng pon cuba menjadi spt wolf kerana mereka semua ketakutan takot ditelanjangkan dgn penyelewengan2 yg dah dibuat. elok sangat le OSA tu dikaji dan diperkemaskan. takot ade yg salahguna pulak kan? relax le bro...

andy said...

KIta tengok sapa yang kena!!

haneco said...

Bukit Botak yang menjadi dalang adalah pemimpin UBN. Setinggan lopong, mana tak nya angguk, sabar...angguk..sabar....peghut rakyat dah buta dek mainan ubn....tapi duhai org2 bn jgn plak dok baca paper utusan meloya & brita hairan saje..pi sendiri tanya rakyat nun..... betui ka tidak apa yang angguk...sabar..angguk...sabar. wassalam

ironseven said...

ye betol. botak terus botak segalanya. kalau tak percaya tanya lawyer yg handle kes tu. diorg pon dah naik botak...

tabuan said...

kah.kahkah..kah..kah.."Selipar saya pon orang ambik, buke curi tapi ambik kerana nak ambik berkat"
kahkah..kahkah...

Jangan takut tok guru, lepas ni bukan sahaja ambik selipar, tok guru berak pon depa tunggu, tunggu nak ambik taik tok guru..kahkah...

ironseven said...

kahkahkahkah...

depa kata depa nak ambik berkat. bukan tok guru kata dia bagi berkat..

hehe..

dewatawanberapi said...

nak ambik berkat?..memang jauh dah terpesong puak2 nih...

kalau TUAN GURU mintak anak bini...rasa2nya sanggup serah untuk mbik berkat...hahaha

Ibanez_Swk said...

Pewittttttt!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...