Monday, November 9, 2009

PAS Parti Dominan Untuk Menggantikan Umno dan BN


Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan optimis PAS akan menjadi sebuah parti dominan bagi menggantikan Umno dan Barisan Nasional(BN)dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Menurut beliau lagi Seminar Memperkasakan PAS yang telah diadakan baru-baru ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang baik bagi memperkasakan parti dan memperbetulkan kepincangan dan kekhilafan yang ada.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Selangor berkata,pandangan yang diberikan oleh dua tokoh akademik seperti Dr.Aziz Bari dan Dr.Abu Hassan Hasbullah harus dijadikan sebagai titik tolak untuk kepimpinan PAS muhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan supaya apa yang dihasratkan untuk menjadikan PAS sebagai parti dominan selepas Umno dan BN itu menjadi realiti.

"Seminar ini juga adalah keterbukaan dimana terdapat ruang yang luas untuk memperkatakan apa sahaja yang dilihat mampu dan boleh diperbaiki untuk kebaikan bersama.

PAS juga dilihat oleh rakyat sebagai salah sebuah parti yang akan menjadi pemangkin kepada mereka dalam mencapai aspirasi kehidupan yang sejahtera sekiranya Umno dan BN itu tidak lagi menjadi pilihan mereka.

"PAS bukan sebuah parti yang melampau atau ekstrim.Pandangan dan pendapat yang berbeza bukan satu platform kearah perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.Ia juga berlaku dalam BN dan Umno serta parti komponen mereka.Oleh kerana itu saya optimis kecelaruan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara dan tidak akan menggugat kesepaduan yang telah sedia ada dalam PAS."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal terbuka bagi merebut Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.

35 comments:

tabuan said...

Kalau lah BN kecundang dalam pru-13 nanti orang Melayu /islam yang sebelum ini bergantung harap kepada UMNO akan bergantung harap pula kepada PAS.

Tetapi persoalan nya adakah PAS mampu,sedangkan sekarang PAS yang baru sahaja memerintah beberapa negeri dengan bersekedudukan dengan DAP dan PKR di lihat sangat lemah barisan Kepimpinan Nya.

Baru memerintah beberapa negeri PAS dilihat lebih condong kepada memperjuangkan nasib orang bukan Melayu/Islam.Malah kalau ada para pemimpin PAS yang cuba bersuara ketika Hak-hak umat melayu/islam di pertikaikan oleh rakan sekedudukan seperti DAP/PKR, akan ada pemimpin PAS yg lain akan Menyalak pemimpin tersebut.

Setelah kita melihat contoh yang terjadi adakah kita boleh berharap kepada PAS? memang langsung tak boleh di harap

Mungkin banjir yang besar di Kelantan ini adalah waktu terbaik untuk PAS. sewaktu air BAH yang melimpah dari sungai Kelantan eloklah kita sama-sama memperhanyutkan PAS bersama sampah sarap yang hanyut di dalam sungai tersebut.

Kapak Batu said...

pas nk jadi dominan dalam PR!!?. rentikanlah klu muka muka lemah dan puak UG masih ada dalam pimpinan pas..

cicitHJHASSANu said...

penerangan kepada rakyat kena jelas dan meyakinkan...
ianya kena bermula dari sekarang oleh gerakan bersepadu daripada sokongan pkr dan dap,bukan hanya pas...
umno dan bn sentiasa akan cuba meracuni pemikiran rakyat dengan retorik pembangunan dan kemajuan,kerana mereka memiliki harta kekayaan dunia semata..
umno cuba mengalihkan isu 'boneka dap' untuk menutup kejahatan mereka selama 50 tahun dengan menggadai hak rakyat dan melayu khususnya kepada toke-toke dan cukong-cukong yang mereka bela untuk mendapat habuan poket mereka...

insyallah jika pas berjaya menjadi dominan kepada PR dan terus memimpin rakyat Malaysia,banyak permasalahan boleh selesai...
tapi ianya memerlukan pengorbanan yang besar,dan pas secara umumnya perlu membuat perubahan drastik bagi meyakinkan rakyat..meyakinkan rakyat.

ketika itu umno dan bn akan menjadi pelarian entah ke mana..

wallahua'lam.

keris panjang said...

Aku langsung tidak ada keyakinan. Menang dulu pun bukan atas faktor kekuatan tetapi lebih kpd sebab undi protes org melayu kerana bosan kpd kelemahan kepimpinan seseorang didalam umno. Kemenangan ini adalah kemenangan rapuh yg boleh runtuh pada bila2 masa. Tak lucu ke, mereka sendiri panik, kerana tidak menyangka keadaan itu berlaku dgn tidak disangka2.

keris panjang said...

pengundi2 bn yg beralih arah dulu, skg sedar, "hempedu" yg mereka beri untuk menjadi ubat mujarab kpd umno dan bn amnya mg berkesan. matlamat meeka telah tercapai untuk mengajar bn. maka kini kita dapati byk perubahan telah dibuat untk kebajikan rakyat.perubahan ini akan berlaku beransur2 secara berterusan. jika bn masih mengamalkan "budaya" lama, kita akan beri mereka hempedu yg lebih pahit lagi siap dgn busuknya sekali! tapi kita rasa pengalaman pahit yg telah dilalui oleh bn, akan menjadi pengalamn yg cukup berharga buat mereka dan mereka tidak akan mahu kecundang sekali lagi.

dewatawanberapi said...

Mamat ni mimpi ke..buat statment bodoh macam tu???

Tu lah pasal kuat sangat tonggeng arak di selangor tu...gilo

fitflex said...

PAS MEMANG PARTI DOMINAN PALING LAYAK GANTI UMNO/BN PUN.IKUT PECAHAN PR SKRG JE.PAS DPT LE DLM 30%,BALANCE BG DAP DGN PKR.BUAT MALU ORG PENANG JE MAMAT NI...

fitflex said...

PAS MEMANG PARTI DOMINAN PALING LAYAK GANTI UMNO/BN PUN.IKUT PECAHAN PR SKRG JE.PAS DPT LE DLM 30%,BALANCE BG DAP DGN PKR.BUAT MALU ORG PENANG JE MAMAT NI...

fitflex said...

MANA PUAK2 PAS DAH ILANG NI???KE TGH SIBUK TRAINING LAFAZ BAI'AH TAAT SETIA KAT PAS.MAKLUM LE PAS KAN SKRG DAH HILANG SOKONGAN ORG MUDA....

fitflex said...

maka berkatalah si mahfuz hg tidak pernah ada bai'ah talak 3.yg mungkin ada nak tambah bini.hehe.bagus le mcm tu.
tp bertindik pulak artikel beliau dgn si zul kulim tu.so jln paling mudah mereka berdua pulak berbai'ah.sapa2 yg menipu jatuh talak 3 pulak.bukan salah pun bai'ah jadikan bini cagaran ni...

blue_dream said...

takde umno BARUa pun rasenya orang melayu boleh hidup.ada takde sama je.jangan percaya la Umno je bole jaga orang melayu.rethorik je lebih......mane dia biasiswa bumiputra....podahh

Perawi said...

UMNO kaki rasuah boleh perbodohkan melayu. Inikan PAS yg dah sebati dgn ugama. Lagi dipercayai oleh rakyat, terutamanya genarasi baru yg benci dadah dan dedah. balasah dan rasuah. tahu buat dan melarat. Haprak dan merepat. Jahat dan kianat. Kaki perempuan dan jelet.

Malaysia baru, bebas dari mengkianati hasil khazanah negara. Pembentukkan tercapai kearah negara Maju bersama - PR for all

Perawi said...

tabuan/MAZA ...nasib baik terlepas dari kena cengkup oleh BN/Polis, itu pun celupar lagi...memang tak sedar dirinya binatang ini...gulungan WAHABI/Hadhari

Anonymous said...

GILA KE APA PENULIS BLOG CELAKA NI..

PAS NAK GANTIKAN UMNO?

Oiii... CERMINKAN LE DIRI TU SIKIT. AKU LE ORANG PERTAMA AKAN JADI PENENTANG PARTI SESAT INI.

MARI KITA BAKAR BENDERA HIJAU TOYOL NI.

ironseven said...

tamingsari kate..
"AKU LE ORANG PERTAMA AKAN JADI PENENTANG PARTI SESAT INI.."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..parti yg sesat adalah parti yg mengaku islam tapi menolak hukum islam dan menghina ayat2 allah. dan menghalalkan rasuah yg diharamkan oleh allah dan rasulnya. kerana parti itu meragui rukun iman yg mengajak org islam percaya kepada allah, kitab dan rasulNya. umno amalkan islam sekerat2 suku ikot suka hati kepala mak bapak dia..

ironseven said...

pas sejak 1952 memperjuangkan islam dan bercita menjadikan msia negara islam yg menjlnkan hukum islam.

umno sejak 1946 menolak undang2 islam malah menghina ayat2 allah dan hukum hudud.

aku rasa penyokong umno yg 2juta org tu patot sokong pas la kalau yakin dgn islam. dan jika tak mau di kata bersubahat menolak dan menghina islam.

atau kalau berani dan betol2 rasa diri tu islam yg beriman, cadangkan le di perhimpunan umno supaya umno menukar dasar kepada islam dan mendesak kerajaan menjalankan hukum islam di msia ni.

pas pernah kata, bubar pas bubar umno buat parti baru berteraskan islam, atau umno tukar dasar kepada islam, insyaallah pas sokong.

adakah pencacai umno di blog ni berani? i dont think so...sbb ape? sbb pencacai2 ni menyalahkan pas dgn niat hanya sekadar berhibur, bukan ikhlas. niat sekadar mencari salah org walhal salah sendiri begitu serious iaitu MENOLAK HUKUM ISLAM secara total.

my advise again and again. jgn sedap type je. bezakan persoalan aqidah dgn yg lainnya. utamakan yg patut diutamakan.

insyaallah akan tiba masa pas akan jadi dominan utk melenyapkan ego umno dan bn. amin.

tabuan said...

Melihat kepada sepang peranang dan raban teben nya keadaan PAS menguruskan barisan kepimpinan nya ternyata rakyat terutama orang melayu islam amat hilang keyakinan terhadap kemanpuan Parti PAS untuk mentadbir urus negara.

Cuba kita bayangkan kalau PAS memerintah, semua kakitangan awam akan di suruh Bai'ah untuk taat setia kepada Kerajaan PAS, mereka akan di suruh undi Parti PAS sahaja, sekiranya tak undi jatuh talak 3, begitu juga bagi semua anggota keselamatan.

keris panjang said...

"..mane dia biasiswa bumiputra..."

....................................

ini kena fight le bro. org umno ke, pas ke, pkr ke, semua kena fight. ini kepentingan melayu!! jgn jual melayu demi kerusi baik, umno, baik pas, baik pkr! hak kita buat apa bagi pulak. inilah salah satu peranan pembangkang, jgn bangkang buta saja. yg tak betul, kita pegi bangkang!

ironseven said...

kepentingan islam sepatutnya di atas kepentingan melayu. kuatkan islam maka kuatlah melayu dan lain2 bangsa yg menerima islam. jauhi rasuah dan penyelewengan, maka majulah islam dan melayu dan negara. takde agama yg menghalalkan rasuah dan penyelewengan. baru le agama2 dan bangsa2 lain hormat pada islam dan melayu...

keadilan (bukan parti keadilan ye)menurut syarak bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. bila semuanya adil mengikut islam dan perlembagaan, maka semua akan menerima hak masing. kalau perlembagaan kata biasiswa 70% bumi 30% non-bumi maka ikot le. kalau 100% bumi maka ikot le.

ironseven said...

keris nasihat...
"inilah salah satu peranan pembangkang, jgn bangkang buta saja. yg tak betul, kita pegi bangkang!.."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..ade ke selame ni pembangkang bangkang bende yg tak betol. umno je kot yg bangkang bende2 yg betol mcm tegakkan hukum islam, haramkan rasuah, jgn khianati perjanjian minyak..

hehe..

ironseven said...
This comment has been removed by the author.
ironseven said...

keris nasihat...
"inilah salah satu peranan pembangkang, jgn bangkang buta saja. yg tak betul, kita pegi bangkang!.."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..ade ke selame ni pembangkang bangkang bende yg betol. umno je kot yg bangkang bende2 yg betol mcm tegakkan hukum islam, haramkan rasuah, jgn khianati perjanjian minyak..

hehe..

roslisalem said...

PAS mempunyai rangkaian gerakerja dan pengikut lebih kuat dari UMNO, DAP , PKR atau parti lain.

Tanpa duit datang dari atas, semua pengikut PAS sanggup berkorban, hinggakan ada cerita/pengakuan baiah talak isteri jika lari dari perjuangan.

Itu bagi mereka yang anggap PAS bukan sekadar parti dan politik. Tetapi PAS sebagai Jamaah dan Gerakan Perjuangan Islam.

Tapi bagi ahli yang menganggap PAS sekadar parti dan politik semata-mata, perlu baca semula asas dan dasar perjuangan PAS.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tapi asas dan dasar perjuangan tetap tidak berubah. Sebab PAS menjunjung dan mengikut asas dan perjuangan Rasul SAW.

Jika ada pemimpin atau orang PAS yang tersasar, maka itu antara dia dengan ALLah.

Bukan setakat isteri, malah hidup dan mati kita telah kita serah untuk Allah dan perjuangan Islam. Bukan kata baiah 5 tahun sekali, bahkan setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita telah baiah depan ALlah Taala.

ironseven said...

ustaz aku cakap, ada satu golongan yg bila berjanji dia tak tepati, diberi amanah dia khianati, bila cakap dia berbohong iaitu katanya golongan munafik...

lagi satu golongan katanya bila buat perjanjian dia selalu taknak ikot ape yg dijanjikan dlm perjanjian iaitu katanya golongan yahudi israel...

tuustaz aku kata le. surely dia dah refer quran dan hadis before dia berkata2...

Anonymous said...

Seminar PAS Gagal Rungkai Isu Kedudukan Parti Dalam Pakatan.

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Mengikuti perjalanan seminar politik sehari PAS yang diadakan Sabtu membawa satu persepsi bahawa impian untuk parti itu bergabung secara rasmi dalam pakatan pembangkang tidak direstui semua pemimpin PAS.

Ini kerana apa yang kedengaran berkumandang di Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar di sini, ialah suara-suara yang mempertikaikan 'tahaluf' (kerjasama politik) antara parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ada perwakilan yang mahu pucuk pimpinan parti menyatakan secara jelas sempadan kerjasama itu dan tidak kurang pula ada yang berkata sanggup menggugurkan pemimpin mereka asalkan tidak wujud sistem dua parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Namun, rata-rata perwakilan yang hadir dilihat dapat menerima pandangan agar PAS sekadar menjadi anggota bersekutu.

Situasi itu dapat dilihat ketika pembentangan kajian mikro kepercayaan politik Malaysia oleh ahli akademik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah yang merumuskan responden dari kalangan muda mahu PAS menjadi anggota bersekutu sahaja.

Kenyataan itu disambut dengan laungan takbir yang kuat daripada perwakilan.

Ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hanya menyatakan parti itu mahu mengukuhkan kerjasama dan pada masa yang sama membayangkan PAS sebagai sebuah parti yang mampu berdiri sendiri.

PAS menurut Abdul Hadi paling berpengalaman dan bukan saja mampu menjadi pembangkang secara bersendirian tapi juga mentadbir negeri bersendirian.

Pandangan sedemikian boleh ditafsir sebagai mesej tersirat kepada rakan dalam pakatan bahawa PAS sebenarnya tidak memerlukan DAP dan PKR untuk menang pilihan raya.

Namun ucapan Abdul Hadi itu tidak seiring dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini, pernah menyatakan parti itu tidak mempunyai halangan untuk menyertai pakatan sebagai satu gabungan rasmi.

Seminar pada hari Sabtu yang sepatutnya menjadi medan untuk PAS memperkasakan parti bertukar menjadi platform bagi sebahagian perwakilan membidas pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut hadir atas undangan parti.

Mereka jelas tidak berpuas hati dengan kritikan yang dibuat Abdul Aziz menerusi sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bulan lepas, yang antara lain menyentuh kegagalan pucuk pimpinan parti menyelesaikan beberapa isu khususnya berkaitan PAS Selangor.

Ironinya, undangan kepada Abdul Aziz adalah atas dasar pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu dapat berkongsi pandangan beliau dalam usaha pucuk pimpinan memperkasakan parti.

Tindakan sesetengah perwakilan itu mendorong seorang lagi pemerhati politik yang diundang Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menegaskan bahawa mereka sekadar memberi pandangan dan tidak sewajarnya dibidas.

"Kenapa marah kepada pembentang? Ini primitif. Yang nak dibincangkan hari ini kecerdikan politik, sekarang bukan kurun ke-17. Kenapa kita anggap penulisan yang melukakan kita sebagai fitnah bukan informasi?" katanya.

Penulisan Abdul Aziz itu sebenarnya berkisar tindakan pucuk pimpinan tertinggi parti yang seolah-olah merestui PAS Selangor sekali pun sering mengambil pendirian bertentangan dengan rakan mereka dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

Apabila diteliti perbahasan oleh perwakilan yang terdiri daripada pemimpin akar umbi, tidak keterlaluan jika dirumuskan masih ramai di antara mereka yang tidak jelas dengan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang dan sehingga kini juga Abdul Hadi dan pemimpin tertinggi parti itu belum memberikan kepastian menerusi isu tersebut.

Malah, seminar hari ini juga tidak menghasilkan resolusi yang dapat memberi jawapan kepada isu itu sekalipun menegaskan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Barangkali seperti pandangan beberapa pemerhati politik sebelum ini, PAS sebenarnya terikat dengan asas penubuhan parti iaitu menegakkan perjuangan Islam yang sudah pasti tidak diterima oleh DAP dan PKR.

BERNAMA.

Jupiter said...

sy xkan komen pasal "PAS Parti Dominan Untuk Menggantikan Umno dan BN"..tidak ada kesudahanya....

sy nk komen pasal 'Melayu/Islam'


perkataan 'Melayu/Islam' sudah x leh guna....kwn2 semua kena ingat yg kes murtad yg mengemparkan malaysia hr tu...semuanya melayu...
memang dr segi sejarah, melayu semestinya islam....tp keadaan dah lain.tanpa kita dan pemimpin sedari cara pemerintahan malaysia yg telah mengubah segalanya....ape tindakan karajaan malaysia kerajaan UMNO khususnya (sebab dia yg memerintah malaysia sekian lamanya)tentang org murtad...dalam islam sekiranya 3 x kita ajak balik masuk islam dia tolak, hukuman seterusnya ada lah bunuh...kata kita negara islam....mana islamnya? setakat mengucap, puasa, zakat, solat, haji itu semua tidak cukup....

uncle nano said...

PAS la ni dah kecut telok..dulu bukan main lagi puji-puji ngan adanya blog-blog ni..dah puas sumpah seranah orang n maki orang..la di ni batang idung PAS lak kena sumpah maki n laknat..
nape lak nak takot?mana hero2 n blogger2 pengecut PAS,dah tak berani nak pertahankan parti?
ni plak leh wat cite PAS nak gantikan UMNO..pira..pakai seluar sendiri pun tak pandai lagi , ada hati nat wat kenyataan busuk macam ni.

1malaysia...teruskan usaha anda najib. rakyat menyokong apa yang anda usahakan.

terima kasih.

uncle nano said...

November 9, 2009 11:36 PM

TAMING SARI said...
GILA KE APA PENULIS BLOG CELAKA NI..

PAS NAK GANTIKAN UMNO?

Oiii... CERMINKAN LE DIRI TU SIKIT. AKU LE ORANG PERTAMA AKAN JADI PENENTANG PARTI SESAT INI.

MARI KITA BAKAR BENDERA HIJAU TOYOL NI.

...................

AKU SETUJU NGAN TAMINGSARI..MARI KITA BAKAR BENDERA TOYOL2 NI..HANCURKAN PARTI YANG BIJAK MEMPERDAYAKAN RAKYAT.

Adi Satria said...

PASngok ni mana boleh perintah negara....

Keluarga sendiri pun dipergadaikan ini kan pula kerajaan....abis nanti digadaikan negara Malaysia....

PASngok parti sesat yang tak boleh diharap walau sebesar taik idung pun!

asyMok_ambo said...

ini PERSOALAN ILMU. Demi MENEGAKKAN ISLAM, bukan setakat ISTERI dan anak, DIRI an NYAWA ini PARA DAI'E FISABILILLAH WAQAFKAN untuk ISLAM. Kita ini HAK MILIK MUTLAQ ALLAH SWT.

asyMok_ambo said...

PAS bukan Ganti...
PAS wajib MEMERINTAH!
ALLAH MAHA BESAR.

Ibanez_Swk said...
This comment has been removed by the author.
Ibanez_Swk said...
This comment has been removed by the author.
Ibanez_Swk said...

Saya lebih rela klu PAS yg memerintah daripada UMNO,Islam memberi keadilan kpd semua bangsa.
Tidak seperti UMNO yg hanya mementingkan kaum dan kroni je,sy harap UMNO x akan bertapak di sarawak seperti yg berlaku d sabah.
Perpecahan sengaja di timbulkan pada DAP dan PKR,PR kena berhati2 niat buruk yang tersembunyi oleh agenda UMNO-Be End.

notalk said...

Uncle Nano kata:

ni plak leh wat cite PAS nak gantikan UMNO..pira..pakai seluar sendiri pun tak pandai lagi , ada hati nat wat kenyataan busuk macam ni
---------------------------------

Aku bukan nak sokong memana...
Tapi jangan berkata SOMBONG, ANGKUH DAN TAKBUR, seolah hidup menongkat langit selamanya. Allah benci......... Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kuasa UMNO sementara sahaja. Lupakah kau uncle Nano dengan kun fayakun Allah.

Peringatan aku dah sampaikan, maknanya amanah Allah untuk aku ingat mengingatkan sesama manusia dah aku lakukan. Terpulang pada kau lah pikirkan.

SOMBONG DAN TAKBUR LAH YANG TELAH MENJADI FAKTOR UTAMA RUNTUHNYA KERAJAAN TERDAHULU SEPERTI KERAJAAN FIRAUN DAN LAIN2.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...