Tuesday, November 10, 2009

Kerajaan BN Tidak Hormati Amanah Rakyat


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain membidas kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang membidas tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinayatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi.

Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.

Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh, Profesor Rajah Rasiah (UM), beliau menyatakan Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.

Memetik ucapan beliau ” Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura.”

"CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor
yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.) ” ini fakta yang tidak didedahkan pada rakyat jelasnya.

Menurut beliau lagi, Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0.64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?, soalnya.

Tambah beliau apa yang lebih membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia, dicelahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ.

Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga membidas tuduhan pimpinan BN yang sanggup mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.

Lihat sahaja ” Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral.

Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral ” katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menyedari betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini.

Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas
label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung, tegasnya lagi.

23 comments:

asyMok_ambo said...

Najib Razak sedar...
Perkhidmatan Awam PERSEKUTUAN di dalam GENGGAMAN ERAT Para DAI'E FISABILILLAH.
ALLAH MAHA BESAR.

ambo_AsyMok said...

Sila ambil PERANAN KALIAN masing-masing!
TASBIH.
TAHMID.
ISTIGHFAR.
ALLAH MAHA BESAR!

Proton Saga said...

alah ustaz itu apa tahu nak cakap bab ekonomi pula pelah....

abe MIE 'TERJAH' said...

Proton Saga-

Betul kata kamu.

Ustaz cakap ekonomi tapi tak tahu mengemukakan cara-cara mengatasi masalah defisit. yang dia tahu, UMNO dan BN punca Malaysia alami defisit sedangkan sejak angkat tangan menyambut merdeka, UMNO lah yang menerajui negara.

Ustaz berkenaan ibarat kera yang cuba mengajar itik berenang.

Defisit juga kerana pembangkang yang buat huru-hara..siapa nak melabur di Malaysia? Tetapi mereka salahkan kerajaan.

pkrpasdap.blogspot.com

Ibanez_Swk said...

Saya rasa tidak salah CUEPACS nak minta bonus,berapa saja la gaji kakitgn awam ni,bonus pun bkn selalu juga,mungkin suatu ari nti kakitgn kerajaan akan bagi "Bonus" pd Najib waktu PRU 13.

ironseven said...

ada ustaz aku cakap masa aku sekolah tadika dulu, org yg tak berpegang pada amanah, org yg mungkir janji dan org yg suka bohong ni MUNAFIK.

dan ustaz aku kata lagi, org yg suka buat perjanjian tapi suka juga akan dia melanggar perjanjian tu adalah ORANG YAHUDI.

tu ustaz aku bagitau masa aku tadika dulu la. maybe dia dah rujuk kitab2 masa dia berkata2 tu. tak tau le pulak dalil2 yg dia baca tu dah tak relevan di malaysia la ni..

tu ustaz aku kata...dan aku percaya 100% apa yg ustaz aku kata tu.

ironseven said...

mee goreng kata,
"Defisit juga kerana pembangkang yang buat huru-hara..siapa nak melabur di Malaysia? Tetapi mereka salahkan kerajaan."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..imf, perwaja, agusta, pkfz, laporan audit 2007, laporan audit 2008, duit kwsp RM5billion, scorpene, royalti minyak terengganu, correct..correct..correct.., yg terbaru landasan keretapi berkembar.

berapa le defisit dek kerana pembangkang buat demo yg polis saja haramkan tu..

nak type tu pakai akai le mee. jgn main goreng jer..

Anonymous said...

Betul..

Pesuruhjaya PAS Perak nak bercakap pasal ekonomi...

Lawak-lawak...

Semua rakyat dan kakitangan kerajaan sudah maklum dengan masalah ekonomi negara.

Tak perlu tuan nak jadi hero... blogger siasah ni saje je nak buat gempak..

Hmm.. hakikatnya, PAS langsung tak reti nak urus ekonomi.

hik2... bagai tikus mahu membaiki labu. Labu tak diperbaiki, makin teruk pula rosaknya..

PAS...PAS.

ironseven said...

taming kata
"hik2... bagai tikus mahu membaiki labu. Labu tak diperbaiki, makin teruk pula rosaknya.."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..tengok le laporan audit terbaru. jgn komen kosong...

aiman said...

yes,umnobn memang cekap tentang ekonomi.(ekonomi songlap)lihat lapuran audit.negeri di bawah PR menunjukan perningkat hasil.negeri di bawah UMNOBN menunjukan peningkatan hasil utk MB,KM dan pemimpin umnobn.memang cekap

Anonymous said...

Wow... audit?

Bila pulak yg negeri PR baik?

Belum sepenggal pegang negeri huru-hara jadinya.

Kononnya, pembawakan dari BN dulu..

Porahh... Jadi pembangkang bolehlah...

Bila dah jadi pemerintah... baru terketar-ketar lutut

andy said...

Bonus tak diberi pun tak pe. Kakitangan awam adalah golongan yang paling ramai berhutang kerana kemudahan kredit yang cukup tinggi sehingga RM200,000 pun boleh pihak bank boleh bagi.

Kakitangan awam adalah golongan yang berwibawa menjalankan dasar-dasar kerajaan di samping boleh meminjam untuk buat rumah, belanja anak untuk melanjutkan pelajaran, beli kereta baru dll. Jadi, masa nak raya ‘beraya sakanlah’ kamu.

Para kakitangan awam, kamu perlu sedar.. kamu adalah golongan bernasib baik dan perlu bersyukur dengan kenikmatan yang telah diberi.

Bagi Pembangkang tak usah la cakap Politik.Di Negeri PR pun tak ada bonus.!!

Unknown said...

tumpang lalu

Unknown said...

kedah sejahtera, nikmat utk semua.
syabas kepada mb kedah ust. azizan diatas kecekapan dan kebijaksanaan mentadbir negeri kedah walaupun pada mula mengambil alih kuasa hutang kerajaan kedah berjumlah lebih 2bilion ringgit namun berjaya dikurangkan sehingga tinggal 150 juta ringgit sahaja. juga bijak memanfaatkan hasil negeri yang juga merupakan hak rakyat sehingga lebih 200%. jika ketelusan dan kecekapan ini dipraktikkan dari 50tahun yang lepas pasti kedah sudah menjadi negeri termaju di malaysia...

ironseven said...

tamingsari hujah kosong,
"Porahh... Jadi pembangkang bolehlah...

Bila dah jadi pemerintah... baru terketar-ketar lutut"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..aku dah tengok laporan audit. kau dah tengok? jgn le jadi mcm tong kosong. bunyi je kuat tapi hampehhhh....so, tengok2 le laporan audit tu ye. danpanjangkan sikit akal tu buat analisa.

ironseven said...

ady kata...
"Bonus tak diberi pun tak pe. Kakitangan awam adalah golongan yang paling ramai berhutang .."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..ayat penyedap hati. padahal dlm hati tu bukan main kutuk kerajaan sbb felda dpt bonus, yg pekerja gomen ni telan ayaq lioq jer. kesian...

kan ke bagus kalau dapat duit jual agusta dulu, atau RM5 billion kwsp dilabor pada tempat yg menguntungkan, pkfz tak mentekedarah duit, landasan berkembar tak bazirkan duit, atau tak payah buang berjuta2 nak jadi hero F1 1malaysia...

begitu efisyennya umno bn gunaurus duit kan? hehe...

ironseven said...

ady kata lagi...
"Bagi Pembangkang tak usah la cakap Politik.Di Negeri PR pun tak ada bonus.!!"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..kalau dah kata pembangkang punya state takde bonus, kunun tak pandai tadbir, negeri umno bn dan negara yg umno bn perintah ni ape ke halnya takde bonus jugak? terlebih pandai mentadbir ke?

hehe..kesian..

fitflex said...

latest di blog zul kulim...

nasib le mamat ni x bai'ah mcm ahli pas....

dan kepada yg mempertahankan bai'ah adun2 pas,apa yg adun2 buat utk islam lepas bai'ah???

org yg x bai'ah pun releks je pertahan islam.

org2 pas memang dah bg telo kat dap.sapa sorg pun x berani lawan kafir...

Rahsia said...

Pakatan Reput yang melingkupkan agama Islam dan Melayu apa citer ?

Rahsia said...

Orang PAS,
Tolong beritahu di manakah letaknya dasar & agenda untuk ISLAM dan MELAYU dalam Pakatan Rakyat ?

bagan pinang said...

Duit Malaysia habis masuk poket Rosmah, itulah dasar syok sendiri BN. Pelabur lebih suka keThailand & china, bebas dari membayar pelbagai duit gincu Rosmah.

Tak salah Ustaz bincangkan hal duit, Nabi pun mengajarkan kita berzakat, bagi membantu fakir miskin. 1Msia patut yg kaya dgn hasil Negara hendaklah menyumbang kpd negeri yg miskin. Perlis, Kedah dsb. tetapi tidak kini yg miskin tanggung yg kaya. Itulah bodohnya Najib Altantuya, dok sibuk dengar permitaan bini aje.

Hasil negeri yg miskin pula yg diminta dgn penahanan royality minyak, sedangkan cukai kastam diambil oleh perintah setiap hari.

Rakyat Msia yg hendak mewah terpaksa hijrah dinegera lain...Pelajar Msia menjadi Doctor dibritain dibayar gaji RM8,000.00 seminggu sebulan RM32, sebab itulah Msia kekurangan doctor.

Yg kerja PETRONAS mendapat tawaran RM40K keatas peringkat engineer. Technician RM20K...tawaran dari negara Arab.

Msia kita Chairman TNB - RM600 sebulan. Datuk Loe Moggie...RM6000, yang lain kena tanya staff TNB. Rakyat tahu setiap tahun TNB rugi, taarif akan naik....Pengundi BN (Barua Najib) juga yg bodoh.

Ibanez_Swk said...

sokong pendapat ionseven hehehe. .
pendapat kena bernas dan mesti berfikiran lebih terbuka,bkn kerana terlalu fanatik sgt.

andy said...

Pembangkang semua dia nak bangkang!! tapi bila Projek PR dia lingkup buat2 diam je...
Duit Kutip Derma pun tak tahu kemana? audit? Pun tak buat.. nasib baik la Kerajaan BN ada Audit dr dulu & selamanya.

Bendahari PAS kata Duit Derma jihad tak perlu audit konon.. hahahaha.. duit Tabung Haji pun org sapu.Rasuah,pecah amanah
bukan salah BN tp salah org yg di amanahkan.

BN buat projek Mega punya banyak tak larat nk sebut!! Litar Sepang.. KLCC.. LRT.. ERL.. buat TH.. KWSP tubuh kesatuan,CUEpacS,PROTON.tu pasal la DSAI berangan2 nk ke PUTRAJAYA.Semuanya telah BN siapkan..

Hampir semua projek mendatangkan keuntungan pada Negara & Rakyat. Meninggkatkan Sosial Ekonomi bagi kawasan yg dibanggunkan

Bila negara huru hara sapa nk labur/datang ke Msia lagi??
bila rakyat sendiri buat Demo di shahAlam,apa kata PR? ini keja UMNO.. tiada penyelesaian tokong tetap di bina..tp yg buat Demo bagi peniaga rugi di KL tu sapa? buat jelah kt Stadium..

Penyokong2 PR diminta berfikir Rasional sket.. Membina negara umpama berniaga la jugak ada untung & rugi.. jgn asyik nak untung ja.. bersyukur kita hidup mewah.. ada sapa2 tak mkn? bgtau aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...