Wednesday, November 4, 2009

PAS tidak malap selepas kemenangan - Mahfuz


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menafikan dakwaan bahawa gerakan yang dilakukan selepas kemenangan oleh Pakaran Rakyat(PR)di Kedah semakin malap dan kepimpinan yang ada sudah tidak mempunyai ruang lagi untuk berdamping dengan ahli PAS dan penduduk kampung.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, ahli PAS dan penduduk memahami kekangan masa yang sedang dihadapi oleh kepimpinan bagi menyelesaikan komitmen dan juga kebajikan masyarakat.

"Jika sebelum ini kepimpinan mempunyai ruang masa yang lapang untuk mendekati masyarakat namun begitu dengan kekangan masa yang ada sekarang kita akan cuba dengan sedaya mungkin untuk turun padang dan memenuhi kehendak masyarakat.

"Ahli PAS dan juga penduduk kampung serta masyarakat sekeliling melihat fenomena ini sebagai satu kelainan namun begitu setelah menjadi pemerintah di negeri ini maka sudah pasti pembahagian masa ini akan menjadi satu perkara yang amat penting bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri ini."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengukuhan Usrah dan Taklimat Isu Semasa PAS kawasan Parlimen Pokok Sena.

9 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Buat kerja untuk rakyat BUKAN buat bising untuk rakyat...

Kita lantik YB bukan untuk buat kecoh atau buat huru-hara negara.

PAS sebenarnya tidak malap tetapi kecewa sebab sanggup ketepikan Islam semata-mata menjaga sahabat kafir.

dan satu lagi janji PAS melaksanakan HUdud akan dilaknati oleh Allah...kita jangan lupa itu

keris panjang said...

Bagilah pelbagai alasan, tp hakikatnya semua org tahu!

tabuan said...

Mahfuz bukan malap tapi bulan gelap....

cicitHJHASSANu said...

bersabarlah dan istiqamah dalam perjuangan menentang penguasa zalim...
usaha kena dilipat gandakan,jangan jadi seperti negeri-negeri najib,bukannya yb amenoo tapi hujan lagi kerap turun padang.

AsyMok_ambo said...

ISLAM PASti MENANG!

Rahsia said...

ISLAM pasti Menang
tapi PAS belum tentu Menang

Unknown said...

Apasal dok diam,
melalaklah lagi

Kalau tak melalak
maka bukan yb mahpus lahjawabnya.

jiwakita said...

salam....

mengakupun..ingatkan tak sedar diri!
bukan mudah untuk bekerja untuk rakyat
bila ada kuasa dan PR berkuasa..
bila komintmen semakin bertambah
(kekangan masa) sebab sibok berpolitik
memanjang....

lain kali jangan mengata orang tak
turun padang kerana tiada masa..
kini rasakanlah sendiri!

Anonymous said...

abe mie nmpky dah setaraf cybertrooper umno...

yg bising tu adalah media..

media la tentukan ahli politik tu bising atau senyap...

dan yg buat kecoh ni org mcm abe mie ni la..

lagi satu, setara mana sangat kuasa PAS nak buat hudud..

ingat buat hudud mcm buat budu ka?

ibarat bagi seposen suruh beli roti canai... dapat ka??

bagi MP PAS menang dua tiga kerusi, kemudian canang suruh buat itu ini...

rasanya dah mudah perumpamaan tu.. klu tak paham lagi... memang saja buat tak paham la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...