Monday, November 16, 2009

Klinik Bantuan Guaman di Kedah bela nasib masyarakat - Ahli Parlimen Si


Cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mewujudkan Klinik Bantuan Guaman kepada penduduk setiap daerah di sambut baik oleh Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik.

Menurut beliau lagi dengan wujudnya klinik tersebut ia akan memberi peluang khususnya kepada masyarakat yang berada di kawasan pedalaman untuk mendapat khidmat berkaitan undang-undang.

"Kewujudan klinik ini akan dapat membantu penduduk untuk mendapat khidmat nasihat mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan undang-undang.Ini termasuklah undang-undang syariah yang membabitkan tuntutan harta, kes perceraian dan juga undang-undang sivil.

"Dengan pendedahan yang diberikan nanti ia akan dapat memberi pembelaan kepada mereka yang berhak dibela.Malah bagi merealisasikan aspirasi Menteri Besar itu maka Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sik akan menyediakan tempat bagi memastikan projek ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.."

Adalah difahamkan dengan wujudnya Klinik Bantuan Guaman tersebut, khidmat nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan undang-undang sivil dan syariah akan dapat diberikan secara tepat kepada masyarakat setempat bagi membantu masalah yang sering dihadapi sebelum ini.

1 comment:

tabuan said...

Semua telah ditentukan Allah nama TGNA dan keluarganya tidak tersenarai sebagai tetamu Allah pada tahun ini.

Siapalah TGNA disisi Allah sama saje seperti umat Muhamad yang lain sama ada dari orang PAS atau UMNO.TGNA perlu musabah diri dah bersihkan hati dan dendam kesumat terhadap orang Islam dari UMNO sebelum membuat haji.

Sudah minta maaf ke dengan ulamak-ulamak lain yang TGNA cerca dan hina kerana tidak menyokong dan menghalalkan cara fahaman TG.

TG menggunakan agama dengan taksiran sendiri dan sering mencerca sesama sebangsa dan seagama kerana berlainan parti.

Kita di Mekah sama saje samada orang UMNO ke PAS ke adalah umat Muhamad bukan lagi pengikut parti TG.

Kalau ia pun TG nak ke tanah suci seeloknya gunalah duit sendiri untuk menunaikan haji supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat di negara ini kerana TG adalah Orang Politik dan Ketua Kerajaan.

Biasalah permainan politik akan mencari kesalahan orang lain seperti juga TG mencari ayat suci untuk menyokong dakwaan kesalahan lawan.

Namun, dari segi moralnya apa diterima adalah salah dan ia tetap rasuah. Itulah takdir ALLAH, perkara yang tak diduga berlaku sebagai balasan dari Allah.

Janganlah kita mencari kesalahan orang lain dalam hal ini lagi. Walaupun, kita tidak mau perkara ini berlaku tapi akal kita telah dimatikan dan kita melakonkan episod kejadian itu.

Mulut kita dengan sendiri mengakui perbuatan kita sedang kan perkara itu perlu didiamkan. TG sendiri yang membuat pengakuan itu samada sedar ataupun tidak. Itulah kuasa tuhan ke atas diri kita.

Di sini TG telah diduga dengan pelbagai halangan belum sampai lagi ke tanah suci untuk bertaubat. Itu sebagai tanda supaya TGNA perlu meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa yang disinggung dan dicerca oleh TG selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Oleh itu berbanyak-banyaklah bersabar,berisytifar dan solat taubat selalu untuk membersihkan hati.

Sebenarnya TGNA telah muflis di dunia kerana dosanya segala amalannya telah diserahkan kepada orang yang dicerca dengan hinanya di depan umum.

Janganlah TG takbur dan bongkak akan kelebihan ilmu yang TG ada kerana kita tak tahu akan kelebihan ilmu orang lain kerana itu adalah anugerah dari ALLAH.

Kenallah diri sendiri dulu sebelum mengenali Allah dan rasulnya Nabi Muhamad. Kalau TG pengikut syaitan tak perlulah pergi ke Mekah kerana syaitan memang nyata tidak pergi ke rumah ALLAH dan bertaubat.

Politik- Politik juga dosa pahala tetap diambil kira jika melakukan dosa. Tak taulah mungkin jadi orang politik parti PAS dikecualikan dari dosa sekiranya membuat fitnah, berbohong, mencerca, mengaibkan orang dan sebagainya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...