Timbalan presiden PAS itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada ahli parlimen
PAS dari Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.
Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.
Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi ke IJN.
Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata Nasharuddin "pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya."
Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.
Pegawai khas timbalan presiden PAS itu, Mior Isfandy Mior Azizan, berkata Nasharuddin berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan keluar pada Rabu.
Beliau dijangka menjalani pemeriksaan rapi pagi esok, katanya.
Mior Isfandy enggan mengulas ketika ditanya sama ada Nasharuddin diserang sakit jantung.
6 comments:
Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dialaminya.....
tanda2 nak ada prk lah tuuuu
orang yang senyum memanjang pastilah....nik ajis
Semoga Nasharuddin Mat Isa cpt sembuh sihat seperti sedia kala. . . amin
lepas nih dewataawan berapi jangan la sakit jantung pula ye.. prk mo iadi kali nih.. pas akan menang lagi.. dan lagi.. ha..! ha..!
Doa kami - Biarlah burung merak & dewata kojol/manpus pula selepas ini. Biar dia tahu benarnya alam barzah/akhirat, kerana suka sangat persendakan Islam.
Salam.... semoga Ustaz Nasharuddin sembuh seperti sedia kala. Untuk Abe Mie Terjah kalau nak diadakan PRK pun tak apa tak ada banyak undi pos disini. Kalau di Dun Kok Lanas dan Perlimen Ketereh banyak Undi Pos boleh AMANO menipu. AMANO kalau tak dapat menipu panas buntutnya.
Post a Comment