Monday, November 16, 2009

Azmin saman Vigneswaran

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan bahawa beliau telah memulakan prosiding undang-undang ke atas bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran kerana memfitnahnya.

Minggu lalu, Vigneswaran mendakwa beliau telah menerima satu dokumen yang ditinggalkan di kediamannya di Kota Kemuning yang mengandungi butiran-butiran mengenai pembelian saham-saham oleh Azmin serta isteri dan adik iparnya bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990an.

Vigneswaran kemudiannyamemanggil satu sidang akhbar dan mendedahkan butiran-butiran tersebut dan meminta Azmin menjelaskan bagaimanakah beliau memperolehi wang untuk membeli saham-saham tersebut.

Azmin ketika itu masih berkhidmat dengan kerajaan sebagai setiausaha sulit kepada menteri kewangan.

“Rabu ini satu notis akan dikemukakan ke atas Vigneswaran kerana membuat dakwaan palsu ke atas saya yang merupakan satu fitnah dan pembohongan,” kata Azmin.

Azmin berkata, Vigneswaran gagal mendapatkan menjelasan berhubung kesahihan dokumen tersebut sebaik sahaja menerimanya.

“Sesiapa sahaja wajar memahami bahawa tindakan Vigneswaran itu adalah satu tindakan yang terdesak untuk menghidupkan semula nyawa politiknya tetapi malangnya beliau terlalu terdesak sehingga sanggup meletakkan dirinya di bawah sekali bagi mencari publisiti murahan,” kata Azmin ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Selangor.

2 comments:

hurry said...

kepada azmin
saman je..pelik benda2 mcm tu...pandainya korek oleh reban(rejim barisan nasional)..ingat lagi masa anwar pergi us tu ada karpet merah..berkali2 di ulang tayang oleh bn dalam tv...yg bini najib pergi shopping tu tak lak mereka tayang....dan pasal penyiasat persendirian(bala) dapat cek rm50 sebulan seperti di kupas oleh raja petra tu yg di biayai oleh karpet raya syarikat rosmah senyap lak...ni dok kupas pasal nik azizla x layak itu tak layak ini....aku rasa setuju pendapat tu...yg layak benda2 baik ni adalah rosmah tu dan najib...tengok luaran pun dah warak...pakai tudung labuh lagi...setakat nik aziz tu...jauh langit dan bumi....rosmah tak ade pulak akhlak2 yg pelik..rajin baca quran..mcm kes makan duit komisen..beli kapal selam..dan kes altantuya tu...hidup rosmah

Ibanez_Swk said...

Saman je jgn x saman hahaha!!!
Tulah nak mencari publisiti murahan saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...