Penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin baru-baru ini disifatkan sebagai satu konspirasi jahat yang dirancang oleh pihak yang tidak mahu melihat Islam itu didaulatkan sebagai satu wadah perjuangan.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS kawasan Sik, Ustaz Abu Bakar Baikalani Abu Hassan tindakan penahanan Dr Asri itu adalah suatu tindakan yang telah dirancang sebelum serbuan dilakukan.
"Daripada pengalaman saya sebelum ini sebagai seorang pegawai agama setiap pertuduhan haruslah mempunyai bukti yang kukuh sebelum suatu tindakan serbuan atau penangkapan dilakukan.Namun begitu dalam kes yang melibat bekas mufti Perlis ini ia dilihat seperti suatu konspirasi kerana tindakan mengepung tempat kuliah diadakan dengan anggota polis yang begitu ramai seolah-olah menggambarkan penyampai kuliah itu adalah seorang penjenayah.
"Bukan ini caranya untuk bertindak keatas seorang ilmuan dan penceramah berilmu yang juga seorang ulama bagi menghalang beliau dari menyampaikan kuliah.Penggunaan anggota keselamatan yang begitu ramai sudah dapat memberi satu gambaran kepada masyarakat bagaimana tindakan ini telah dirancang bagi menjatuhkan imej Dr Asri yang dilihat tidak berpihak kepada mana-mana parti politik itu."
Manakala Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Alias menyifatkan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)itu adalah suatu tindakan terdesak yang didalangi oleh Barisan Nasional untuk mengekang kemaraan alim ulama bagi menyampaikan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat.
Menurut beliau lagi penahanan tanpa tuduhan keatas Dr Asri itu adalah suatu perkara yang amat memalukan.
"Terdapat banyak kaedah penahanan yang boleh dilakukan dengan cara terhormat dan lebih sopan.Bukannya ini kali pertama kuliah diberikan oleh Dr.Asri.Malah beliau juga adalah seorang bekas mufti yang masih lagi aktif dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat dan tidak bercanggah dengan kehendak agama."
"Sekiranya ada pertuduhan sekalipun cara dan tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan polis itu sudah dapat melambangkan betapa kesukaran yang mereka hadapi apabila melihat Islam itu sudah mulai mendapat sokongan dan dokongan daripada masyarakat negara ini.
Dalam pada itu Naib Yang Dipertua II, Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin kesal dengan tindakan yang telah diambil keatas Dr Asri.
Menurut beliau terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah guru-guru agama atau penceramah yang tidak diberikan tauliah ini.
"Sebagai sebuah organisasi yang menegakkan makruf dan nahi mungkar sudah pasti sebagai penguasa mereka mempunyai cara yang terbaik untuk bertindak.Bukannya dengan cara mengepung dengan begitu ramai anggota keselamatan yang membawa imej seolah-olah Dr Asri itu adalah orang yang amat merbahaya sedangkan yang mengikuti kuliah beliau adalah juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor."
13 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
Dulu ketika menjadi Mufti Perlis, Dr. Asri pun melarang orang berceramah di sana...sekarang asri adalah 'bekas' mufti...
konspirasi siapa kalau tidak hassan ali...
"..Manakala Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Alias menyifatkan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)itu adalah suatu tindakan terdesak yang didalangi oleh Barisan Nasional..."
...................................
Aku dh kata dulu dh. Kita akan lihat pelbagai lakonan selepas dr asri ditangkap. macam2 lakunan akan kita lihat. tak kurang yg menangguk diair keruh. dulu kondem dr asri, skg defend dia pulak dah, nampak sgt amik kesempatannya. Bodoh tak bole ajar. Cuba tguk posting kat atas tu, senang2 jer dia tuduh BN tanpa bukti. Inilah yg dikatakan "Parti Islam" yg tidak ada sifat2 islam yg diajar Rasulullah saw. Main tuduh, ikut sedap mulut jer, takkan tak tau itu berdosa? Inilah islam pas. islam dilacurkan semau2nya demi karat2 dunia, bukan nk agungkan Allah sgt!! Bukan semualah, siapa yg makan cili tentu rasa pedasnya.
Yg tangkap tu JAIS kan. JAIS dibawah kawalan siapa!
salam. sukar ingin saya perkatakan. tetapi lihatlah sejarah. lagakan pihak A dengan pihak B. kemudian sokong pihak A. belasah pihak B. hanya kita tidak sedar permainan pihak yang berkuasa atas segalanya. yang jadi mangsa rakyat. inilah cara mengekalkan kuasa. lihatlah bagaimana kuasa besar dunia mengawal politik dunia. mudah mudahan kita terbuka hati, mennyucikan hati dari segala kekotoran yang melekat selama ini. kembalilah pada Allah. mintalah pertolongan.
JAIS bukan kawalan sesiapa. Bukan setakat JAIS, tapi seluruh Jabatan Agama seantero MALAYSIA menerima pelbagai laporan dek KEBIADAPAN sebegitu ramai anak didik dr.Asri. ambo sendiri pernah kuliah subuh di masjid bandar baru uda. Betul, kita usahakan tajdid tempoh hari, TERNGANGA para pak cik dan mak cik di bandar baru uda. seolah-olah hilang sudah FATANAH. MEREKA TERLALU KERAS dan LASER. memang, wahabi itu FITNAH BESAR. Malah sesetengah kuliah maghrib MEMFITNAH Muhammad abd wahab. KITA KENA BETUL HIKMAH. RAKYAT MALAYSIA TIDAK RAMAI IKHLAS DALAM MENGAMALKAN ILMU TUAN...
Yang dapat untung adalah UMNO... nak cemarkan nama Pakatan Rakyat Selangor.
Moga Allah SWT "kudungkan" tangan-tangan ghaib tu. Yang jahat mesti dihukum di dunia...termasuklah yang rasuah, salahguna kuasa, perompak hak rakyat (UMNO/BN)
betul...puak dacing akan MENANGGUK DI AIR YANG KERUH.
apapun... inilah RANJAU PERJALANAN KITA PARA DAI'E FISABILILLAH....
Ayuh RAKYAT MALAYSIA
Bersatu Menegakkan Keadilan dan Kebenaran bersama WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT dan TOK GURU ABDUL HADI AWANG!
Kita KARAMKAN TERUS Ajaran Sesat REJIM ZIONIS PERIKATAN DONGENG umno-bn LAKNATULLAH!
ALLAH MAHA BESAR.
Awey Kelate said...
Yang dapat untung adalah UMNO... nak cemarkan nama Pakatan Rakyat Selangor....aku sokong.
Tabuan adalah Dr. Asri, penyokong kuat UMNO. Ianya akan dilantik utk terajui YADIM yg kini dibawah Ust Nakie ....dimana kakitangan sekarang YADIM tidak bersetujui diatas lantikan ini oleh Najib Altantuya...kenapa??? contact sendirilah YADIM. Mungkin org sayang Utz Nakie.
Mie Terjah...betul juga kata kau tu, Dulu MAZA larang ceramah tanpa permit, sekarang giliran kau pula tabuan....rasakan.
PR perintah tidak buang kakitangan, walaupun staff itu pembodek BN. Maka dalam JAIS itu puak siapa? BN/PR.
Sematanya tiada lain kerohkan sausana.
- Bunuh TBH oel SPR
- Isu kepala lembu
- sembaran Gambar
- akhir sekali MAZA - tujuan apa? BN nak ambil alih kuasa macam Perak
MAZA adalah Tabuan....memang patut dibunuh. Pengasas ajaran sesat WAHABI (Menolak mazhab 4 - bijak sangat ke dia ini...setanding ke Iman Shafie)
saya tidak percaya seorang yang mengaku ulama sanggup menyokong seorang yang suka mengkafirkan orang lain(wahabi)..pada saya yang memberi komen tersebut bukan ulama tapi ular dalam semak..Dr asri kafirkan imam arabi dengan mengatakan imam hajar asqolani mengkafirkannya sedangkan imam hajar wafat 135 tahun sebelum imam arabi.macam mana orang mati boleh kafirkan orang hidup???.dia juga kata imam assyaari puji ibnu taimiyya sedangkan imam asyaari wafat 400 tahun seblum ibnu taimiyyah.wahabi haramkan boikot israel,kafirkan assyairah dan maturidiyyah termasuklah imam ibnu hajar asqolani.laknat dan celaka lah bagi wahabi.
Kesian tgk kamu org ni hehehe!!
Sarawak Bebas Tanpa UMNO!
yAHoooooo!!!!
Post a Comment