Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal terhadap sikap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Seri Muhyiddin Yasin kerana tidak membenarkan Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai KAUKUS yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat kerana dibentuk oleh parti Pembangkang.
Tindakan yang diambil oleh Tan Seri Muhyiddin tidak melambangkan sikap 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh pimpinan Umno/BN.
KAUKUS perlu dibentuk kerana ia melibatkan soal maruah dan perundangan negara yang mengamalkan konsep Persekutuan. Negeri Kelantan perlu diberi hak untuk menguruskan wang royalti, bukan wang ehsan yang akan diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Kenapa kerajaan Kelantan masih di anak tirikan lagi dalam soal wang royalti Petronas. Apakah di negara kita ada dua perlembangaan.
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalti, bukan wang ehsan. Ini bermakna perjanjian tidak terpakai dan berubah kalau sebuah negeri jatuh ke tangan pembangkang, walaupun melalui proses demokrasi.
PAS penuh yakin bahwa wang ehsan ini akan digunakan untuk kepentingan politik umno dan kroni di Kelantan, akhirnya rakyat Kelantan dapat kuah. Ini dibuktikan di Terengganu di bawah BN di mana rakyat Terengganu terus dihimpit dengan kemiskinan nombor dua selepas Sabah, walaupun negeri tersebut mendapat wang ehsan. Sedangkan sewaktu Terengganu di bawah pemerintahan PAS kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan kepada tangga keempat walaupun royalti ditarik.
Persetujuan Pakatan Rakyat menubuhkan KAUKUS adalah tepat demi kepentingan rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka dengan melibatkan juga daripada wakil dari Sabah dan Sarawak. Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno/BN dalam isu wang royalti di Kelantan, adalah lanjutan “Tradisi Menindas Rakyat” slogan 1 Malaysia hanyalah retorik semata-semata.
15 comments:
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..hehe..
rakyat yg bernama kroni didahulukan, pencapaian kroni2 ini diutamakan...
teringat doa laknat ke atas yahudi, nasrani dan musuh2 islam masa solat jumaat. 'allahumma alaika bil yahudi wan nasara...', dan dihancurkan musoh2 islam tersebut...
hehe..
Cuba fikir
1. Kenapa suruh KULI menganggotai desakan berkenaan sedangkan perjanjian dilakukan oleh KULI dengan Petronas bukan Najib. Salahkan KULI sahaja...
2. Kenapa Anwar Ibrahim tidak pernah memberi wang Royalti Kelantan semasa dia jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? 18 tahun dalam kabinet UMNO, Anwar tidak pernah bangkit perkara sedemikian.
SIAPA BOLEH JAWAB?
pkrpasdap.blogspot.com
mee tanya..
"SIAPA BOLEH JAWAB?
pkrpasdap.blogspot.com
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
hehe..sbb KULI lebih pandai mengeja dan mengerti maksud perkataan ROYALTI dan apa itu WANG EHSAN...
adapon dulu mmg anwar bersalah. maka skrg dia sudah sedar akan kesalahan itu. UMNO dari dulu kini dan selamanya tak mengaku salah dan terus menindas rakyat..
hehe..dulu saidina umar bunuh anak pompuan masa dia jahiliyah. bila dah islam dia tak bunuh dah. boleh mee jawab kenapa?
hehe..
abe mie walaupun anwar pegang menteri keewangan siapa jadi perdana menteri...mahathir lagi besar...lainla kalau anwar jadi pm..kita boleh salahkan beliau...bodohnya abe mie terjah ni...
abe mie tolong cover sikit pasal najib dgn altantuya tu semua org dah tahu/...dah pecah lubang coverla sikit...sama dgn rosmah tu yg tak mengaku sedara mara kat seremban tu....cover line sikit
Ketika diminta mengulas isu doa TG Nik Aziz terhadapnya, maka berkatalah Datuk Seri Najib yang kini sedang menghadiri sidang CHOGM di Port of Spain:
"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain."
HEHE...AGAKNYA DOA TGNA DAH ALLAH MAKBULKAN KOT. TU YG NAJIB TERSASAU TAK TAU MAKSUD ROYALTI DAN WANG EHSAN. DAN BUAT2 BENGONG TENTANG ISI PERJANJIAN MINYAK TU.
SETAU AKU LA, ADE SATU BANGSA YE YG BILA DIA BUAT PERJANJIAN LEPAS TU DIA ENGKARI PERJANJIAN TU. IAITULAH...YAHUDI....
KITA DOAKAN NAJIB TERBUKA HATI MENERIMA HIDAYAH. KALAU NIAT DIA TETAP JUGAK JAHAT MAKA KITA LAKNAT LE NIAT JAHAT DIA TU..HEHE..
Al Quds Travel Welcome You :-
"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
Pasal minyak, Sabah dan Sarawak yang diberi oleh kerajaan pusat di panggil apa ya...
Maklum lah kita ni orang kampong bodoh bodoh belaka.
Boleh siapa siapa tolong huraikan dengan cara yang lebih senang dan mudah untuk difahami oleh kami orang orang kampong ni.
o selama ni rakyat sarawak terima royalti minyak ye. takde rasa apa-apa pun. mana pegi agaknye duit royalti tu ye
" Duit didahulukan,Kroni diutamakan"
Ubahlah kepada yang positif
Mereka Halal pada mereka,
Nikmat Rakyat pilih UMNOBN @ RAKYAT MELAYU Kelantan /Terengganu
Bagaimana Ramai Rakyat sendiri susah,
Kalau Merompak tak nampak...TUTUP
Rakyat nak makan merangkak-rangkak,
Demokerasi di war-warkan,Kuasa al-Yahudi,Rakus macam Komunis
iron7 kata:
hehe..dulu saidina umar bunuh anak pompuan masa dia jahiliyah. bila dah islam dia tak bunuh dah. boleh mee jawab kenapa?
..................................
Abe mie, apsal tak jawab?
Nak jugak dngar golongan munafik sejenis BN ni belitkan lidah mereka.
Perjanjian yang di mungkari....MUNAFIK namanya. Mungkin Najib dan Barisannya akan merasa bangga dengan gelaran itu selamanya.
Pemuda BN Perak kesal dengan tindakan DAP Perak memijak gambar 3 ADUN PR yang melompat parti.
ia adalah suatu perbuatan yg tidak bermoral.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang Pemuda UMNO BN PP membakar gambar Lim Guan Eng di Pulau Pinang tu bermoral juga ka? Polis hanya melihat sahaja! tapi klu PR yang buat dah kena sembur gas pemedih mata,kena pukul...
Daripada pengamatan kawe, Kerajaan Pusat gobar kalu duit royalty diberi teruh kpd kerajaan negeri yang ditadbir parti non-bn, pembangunan jauh lebih pesat dari negeri ditadbir bn..tu yang depa gobar tuh. Nampak le gomen bn pulun duit banyak, nampaknya nak cari pemimpin yang ahli syurga ni payah,, tabik Tun Razak.
Doa supaya terbuka pintu hati najib pakat masuk parti islam
Masjid Tinggi..
Duit utk sabah swk mcm kami bkn wang ehsan @ Royalti..tapi duit "Belas Kasihan" saja lor,tulah napa sabah swk miskin mundur,ada hasil byk pun tapi bkn dpt memajukan juga,fhm2la bila kroni dah mengatasi segalanya.
"Yang Kaya Bertambah Kaya,Yang Miskin Terus Miskin"..klu setakat Projek Elektrik,jalan raya tar,Bekalan Air tak payahlah nak di bangga kan oleh BN,Tu tak kira sapa2 yg memerintah kemudahan yg harus disediakan samaada BN @ PR.
Post a Comment