Monday, November 2, 2009

MB Selangor minta penjelasan dari Jais berhubung penangkapan Dr Mohd Asri


Oleh MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN


Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penjelasan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Ini adalah kerana pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini.


Oleh kerana itu beliau menggesa Jais memberi penjelasan yang munasabah kepada masyarakat awam berkenaan dengan kejadian itu.


Dr Mohd Asri telah ditangkap oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Dr Mohd Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Kelang malam tadi.


Turut berada ditempat kejadian ketika Asri ditangkap ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.


Kerajaan Selangor prihatin terhadap pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.


Beliau berharap Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga kepada Dr Mohd Asri.


Jais memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sedang menyiasat perkara tersebut dan setakat ini tiada sebarang dakwaan atau pertuduhan yang dikenakan terhadap Dr Mohd Asri.

27 comments:

Perawi said...

Tabuan/MAZA sudah kena tangkap, fahaman ajaran WAHABI, yg menolak mazhab syafie.

ironseven said...

Apabila berlakunya tangkapan terhadap Dr. Asri oleh JAIS kerana mengajar tanpa tauliah, beberapa blogger UMNO mengambil kesempatan menabur fitnah bahawa :

Kerajaan Pakatan Selangor Melampau ...
Dr Asri Bagaikan PENJENYAH: Tindakan JAIS Melampau
mereka lupa melihat bahawa kuasa Kerajaan Negeri keatas MAIS/JAIS amatlah kecil sehinggakan Exco Agama islam - Dr. hassan Ali untuk membuat press statement mengenai Agama Islam di Negeri Selangor pun tidak boleh..

Mereka tidak melihat fakta bahawa didalam majlis kuliah dimana Dr. Asri ditangkan terdapat ADUN/MP PR daripada PKR dan PAS.

Sebelum ini Dr. Asri telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya ada kaitan dengan cadangan perlantikannya di YADIM dimana ada pihak di YADIM berasa terancam jawatan mereka dan cuba menyekat beliau. (YADIM dibawah pengaruh UMNO menerusi Us. Nakhaie)

Oleh itu kita mestilah menolak perbuatan blogger UMNO ini yang cuba menggambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menerusi kes penangkapan Dr. Asri ini... Desperate sangatkah mereka...????

BTW... adakah beliau menerima tekanan dari YADIM dan JAIS kerana baru baru ini terdapat jemputan untuk beliau menyertai PAS???

dari blog - http://anakperelihblog.blogspot.com

HEHE..BOS JAIS ORG UMNO KE PAS KE PKR? NAK ATTACK SGOR PON JGN LE SAMPAI GITU....

Mesra Sokmo said...

kedaung said...
apa lagi!!

ajaklah asan ali tu....

takan tak tau apa2 kot?

November 2, 2009 5:22 PM

bagan pinang said...
Tabuan kena tangkap, baru padam & kenal sikit dengan diri itu...nak tunjuk hero sangat....hero mengampu UMNO

November 2, 2009 7:29 PM


cicitHJHASSANu said...
pasai apa semua orang nak bela dia,dari bapak one malaysia sampai ke anak biaknya...
lepas ni pesan kat Dr Asri ke sesapa nak ceramah agama ke,pergi tanya toke genting camna dia bleh dapat tauliah 'seumur anak cucu hidup'....

November 2, 2009 8:00 PM


bagan pinang said...
MAZA/tabuan mengamalkan fahaman WAHABI & menolak fahaman sunnah wal jamaah spt qunut, batal wudud bila bersentuh dgn perempuan halal kahwin.

Anak muridnya Marina Mahathir....hehhh. Malu aku.

Tabuan menolak kitab karangan iman nawawi.

Itulah yang sempat ditulis dari berita bernama TV...

Walau pun PHD (Puak Hasad Dengki) tetapi pengampun BN (Barua Nazak) ..... tabuan..tabuan...bunuh pun tak apa...hehhh

November 2, 2009 8:17 PM


Perawi said...
MAZA/Tabuan, penyebar ajaran sesat. Tangkap sumbat dalam ISA. Pinjam kunci dgn Hishamuddin...hehhh.

Menyesat rakyat dgn menolak mazhab Syafie....

November 2, 2009 8:22 PM


Perawi said...
Tangkap wolf sekali, ke ISA dgn Tabuan...heeee

Menyesat Ummat & rakyat Malaysia

November 2, 2009 8:25 PM


aiman said...
tangkap WOLF sekali,jangannnn.biarkan dia terus menyalak sampai terkeluar anak tekak

November 2, 2009 9:00 PM


Perawi said...
Najib nak lantik tabuan jadi pengarah YADIM.....

November 2, 2009 9:34 PM


Perawi said...
Selamat mengampu BN, wahai Tabuan/MAZA

November 2, 2009 9:35 PM


Mesra Sokmo said...
Syabas JAIS menangkap WAHABI Malaysia...kalau tidak PAS saja yg kena dibantai Asssobiyah...hehhh

November 2, 2009 9:38 PM

Mesra Sokmo said...

Satu lagi perancagan BN (Babi Najib) utk mengambil selangor...

1) Pembunuhan Teong beng hock - isu salah guna duit

2) kiranya SPRM tak bunuh TBH banyak lagi ADUN ditangkap atas salah guna duit selangor

3) Dun Port Klang masuk UMNO

4) Gejala untuk kecoh selangor dgn tangkap MAZA/tabuan. Bagi memberi gambaran buruk PR kpd rakyat selangor.

Tetapi yg aku tahu MAZA fahaman WAHABI menolak mazhab syafie yg diamalkan diMsia. Spt tiada qunut dalam Subuh, tak ape sentoh perempuan yg sah kahwin, tanpa batal wudud...sebab ketika itu bukan bernafsu. Kentut tak batal wudud dll.

Bagi aku semua Mazhab 4 - adalah betul. Asalkan kita pandai tahu cara hukum ambil & batal sesuatu utk beribadat. Kecuali ajaran HADHARI - yg tentu confirm salah

Tabuan WAHABI heee3

Unknown said...

Matlamat 1Najib adalah kacau Selangor supaya BN (Buas Nafsu) asalkan dapat merintah Selangor dengan apa cara sekali pun.

Unknown said...

Kuatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat demi menjahanan musuh no.1 kita iaitu BN (Barua Najib) serta kuncunya. Awasilah gerakan utk mengambil Selangor dari PR.

Disamping itu bersedia untuk hadapi PRU13, sebab sudah ramai dari DUN & Parlimen berani menentang naluri Buasnya Najib (BN).

Dijangka PRU adalah awal bagi membuang kroni Pok Loh dan melantik puak najib altantuya pulak.

ayamgebu said...

Buat malu kaum.....
cilakakkk....
bee end....

Haddy Haswyra said...

Kenapa kita suka melabelkan orang tu wahabi, orang tu kafir...siapalah kita ni..

Kalau boleh la aku nak tau jugak secara terang-terangan MAZA ni fahaman wahabi. Cuba buktikan dengan beri penjelasan, panggil la seluruh mufti malaysia ni cakap dikhalayak ramai kata MAZA ni Wahabi.

Kenapa orang tgk tak baca Qunut tu salah, ish,,pelik benor orang yang pandai hukum agama ni.

Tak baca Qunut tu batal solat ke..cuba check balik syarat sah solat n rukun solat.

Kalau nak tgk betul2 wahabi, cuba baca lebih sikit tentang wahabi terutama kat ARAB SAUDI.

Camana kita diimamkan dengan Imam Wahabi?

ironseven said...

pm najis nak salahkan kerajaan sgor konon arah jais tangkap maza. bangsat punya statement dari pm laknatullah. jais umno yg control. yadim umno yg control. ikim umno control jugak. jakim pon umno yg control. hatta maipp kat penang yg dap perintah pon umno yg control. laknatullah punya pm.

maka sekonyong2 pencacai umno yg bodoh bengong pon mengiyakan kata2 pm laknatullah tu.

so stupid...

ironseven said...

hakikatnya benda2 yg dipertikaikan tu bukannya rukun solat pon. qunut bukan rukun. baca yasin mlm jumaat bukan wajib. tahlil bukan wajib.

come on la. byk lagi benda wajibul wajib yg wajib dibuat. arak itu wajib dijauhi. rasuah wajib dihindari. zina wajib dijauhi. kezaliman wajib dijauhi. ini benda wajibul wajib. wajib dipatuhi larangan dan arahan allah tanpa maslahah.

sah isu maza kena tangkap tak lain tak bukan hanya isu politik murahan. sama ada taktik umno nak rampas selangor, atau umno2 dlm yadim takot berketuakan maza.

Rahsia said...

JAIS tu urusan kerajaan negeri Selangor.Exco Agama negeri pun mulut dah kene kunci...
Korang jgn nak kutuk orang lain tak tentu pasal. Ilmu agama kita nie tinggi sgt kah ? MAZA tu nak bagi minda umat Islam berubah. Pikir dan bandingkan minda agama orang UMNO dan PAS. Bila nak bersatu atas perpaduan ISLAM !!!

Mesra Sokmo said...

Cayalah dalam jabatan ugama 100% org lama dikekalkan walau PR perintah...kebanyakkan UMNO punya geng...Najib lempar batu sembunyi tangan, tujuan satu utk porak peranda negeri dibawah pembangkang...Barua Najis Nazak

bagan pinang said...

Pelik kenapa Nakhie menentang sangat Tabuan/MAZA, mungkin ada sesuatu yg tersembunyi...kok.

Tabuan dah kena tangkap, tak menulis dalam blog ini. Senyap aje.

Kenapa menentang sangat Mazhab Shafie. Kita rakyat Msia sudah berkurun mengamalnya....Hah MAZA.

Selagi yang Allah haram dihalalkan oleh UMNO. Rakyat tak akan bersatu....UNDI BN ADALAH HARAM

Rahsia said...

Undi Pakatan Rakyat lebih byk membawa MUSIBAH kepada umat Islam Malaysia berbanding undi BN

jiwakita said...

salam....

Puak PAS sebenarnya mintak nyawa...dengan
memainkan isu dengan tindakan menangkap DR Asri...(serampang tiga mata- cuba mendapatkan political mileage)..

1-konon menjadi pelindung.
2-menuduh BN dengan perancangan jahat.
3-diharap DR Asri 'tersentuh' dengan PAS.

***tapi kenapa sampai sekarang pihak JAIS tidak menangkap penyeleweng membaca
khutbah jumaat di Subang Jaya tempoh hari?

Tiada nilai berharga kot....

hah! said...

Bukan dr asri shj tak mahu ikut imam shafei, kerajaan kedah demi nak nak ambik duit rakyat, rela tukar ke mazhab imam hanafi untuk kutip duit zakat pendapatan! Mana ada zakat pendapatan dalam mazhab shafei!

tabuan said...

saya fikir sebelum tuan-tuan mendapat dosa kering dengan menabur berita fitnah terhadap Dr.Maza, elok lah kiranya tuan-tuan pergi baca apa yang Dr.Maza tulis dalam blog nya. Dengar ceramah-ceramah beliau dalam you tube.

www.drmaza.com

P/s ada sapa-sapa boleh ajar tabuan macam mana niat nak masuk mazhab.

Jupiter said...

BUKAN SENANG NK MEMPERTAHANKAN ISLAM....ITU BR SIKIT CUBAAN ALLAH BG...KITA NI MANUSIA BIASA KENALAH FIKIR SECARA MENDALAM YG MANA SATU BETUL N SEBALIKNYA...NABI PUN BERDAKWAH BERPULUH2 TAHUN...KL BN KATA DIA HEBAT SGT APE SUMBANGAN ANDA PADA ISLAM.....CUBA KITA FIKIR APAKAH KEUNTUNGAN KEPADA ISLAM DGN PROJECT MEGA YG SEDIA ADA? CONTOH...
1- KLCC
2- SICC
3- TAMAN TAMADUN ISLAM
4- MASJID YG JUTAAN RINGGIT
5- DLLN.

ISLAM TIDAK PERLU ITU SEMUA UNTUK BERJAYA....
ISLAM TAK AKAN TERTEGAK DGN SOLAT, PUASA, ZAKAT, SAHAJA..
ANDAI KITA TIDAK MAMPU DUDUK DI BARISAN DEPAN MEMEGANG PANJI2 ISLAM CUKUP LAH SEKADAR ANDAI MENYOKONG @ MENGUNDI MEREKA YG BERANI..

KEPADA PEJUANG2 ISLAM
- TETAPKAN IMAN MU
- TAMBAHKAN USAHA MU

Kacang Pendek said...

Isu agama pon di politikkan..nampak sgt org yg selalu bg komen kat sini hanya komen ikut suka hati..tanpa selidik dan arif tentang agama pon senang2 lempar tuduhan..nilah kelemahan zaman kebebasan bersuara skang..fitnah merata2..klau politik blehla komen, hal agama pon belagak tau..dua2 pihak sama je..

Kacang Pendek said...

Isu agama pon di politikkan..nampak sgt org yg selalu bg komen kat sini hanya komen ikut suka hati..tanpa selidik dan arif tentang agama pon senang2 lempar tuduhan..nilah kelemahan zaman kebebasan bersuara skang..fitnah merata2..klau politik blehla komen, hal agama pon belagak tau..dua2 pihak sama je..

keris panjang said...

"Tabuan/MAZA sudah kena tangkap, fahaman ajaran WAHABI, yg menolak mazhab syafie."
.....................................

Tabuan kat blog ni adalah org menyamar. blog ini bukanlah medan bagi dr asri untuk berhujah!! Fikir sendirilah, lojik ke taraf macam beliau tu sebagai bekas mufti nak berbahas dgn "cicak2 kubin" yg belajar agama pun tak sudah mcm yg byk terdapat kat sini!! Beranganlah korang!

ironseven said...

hah! said,
"kerajaan kedah demi nak nak ambik duit rakyat, rela tukar ke mazhab imam hanafi untuk kutip duit zakat pendapatan! Mana ada zakat pendapatan dalam mazhab shafei!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ait...kerajaan kedah je ke? selama ni aku di KL byq zakat pendapatan hukumnya ape? yg PPZ dok buat promosi zakat pendapatan tu haram le ye?

adepon masalah itu adalah masalah furu' dan maslahah ke empat2 mazhab berpandukan ayat allah;

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya untuk diderma atau dijadikan zakat - al-baqarah 267.

Kata sesetengah ulama, perbezaan pendapat antara imam-imam mazhab itu, bukannya perbezaan antara benar dan salah, tetapi antara benar dan yang lebih benar, antara afdal dan yang lebih afdal.

hehe...cukai pendapatan yg org kena byr tu ape pulak hukumnya hah! nak kena protes jugak ke ni?

keris panjang said...

Blogger Mesra Sokmo said...

keris panjang said...
Pok Loh saja bertaraf nabi, bagi penganut ugama UMNO Hahdari, rasul pun ada bekas staff zoo...Khahar
.....................................
Anda ini terang2 munafiq, memutar belitkan kata2. Bila masa aku ada bina ayat mcm yg ko angan2kan tu. Bawalah bertaubat, ada sedikit ilmu agama pun, tidak tahu nk gunakan. Lebih baik mcam aku yga tahu asas sahaja ni, tak sanggup aku nk buat kerja mcam yg ko buat,bro!! Aku tgok byk posting ko yg "merujuk" posting tp ko sanggup ubah ayat nk kelirukan org. Inilah kalo semua org nk tahu "pekerjaan: kebanyakan balaci2 PAS spt yg sekor ni.

hah! said...

Sdr ironseven,
Kalau "antara afdal dan lebih afdal", kenapa WAJIBKAN sesuatu yang IKHTILAF! Nasib baik tak wajibkan makan katak berpandukan mazhab/qaul lain!
Fikirkan cara lain mendapatkan wang, jangan gunakan agama untuk menambahkan pendapatan negeri!
Rakyat tiada pilihan lain kerana perintah AMIR walau berat WAJIB diikuti!
Apa yang terjadi masa sekarang menepati sungguh apa yang dikhabarkan oleh RASUL S. A. W. tentang alamat qiamat, iaitu
(i) zakat dianggap cukai!
(ii) fitnah bermula dari ulama' dan yang kena pun ulama juga ( JAIS vs DR. MAZA).........orang lain tepuk tangan!
SHADAQA RASULULLAH!

AsyMok_ambo said...

WAHABI itu apa?
satu fitnah...
Tinggal lagi biar JAIS buat kerja dia.
سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا (٨١)
And say: "Truth (i.e. Islâmic Monotheism or this Qur'ân or Jihâd against polytheists) has come and Bâtil (falsehood, i.e. Satan or polytheism) has vanished. Surely! Bâtil is ever bound to vanish." (81)
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81)
ada rakan beritahu ambo, kononnya dr. asri pun selalu HENTAM SYIAH. Lintasan hati ambo menyatakan... mungkin ini BAYARAN TUNAI-NYA.
INI PERSOALAN ILMU.

AsyMok_ambo said...

dahulu, semasa Para pendakwah SYIAH datang jumpa WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, dengan penuh hormat Tuan Guru minta mereka balik ke Iran kerana di MALAYSIA budaya ILMU tidak subur.
Hanya Jauhari Mengenal Manikam.
ya, niat dr.Asri baik. Tajdid katanya. NAMUN SELAGI REJIM ZIONIS PERIKATAN SESAT umno-bn LAKNATULLAH pegang PUTRAJAYA... usaha anda kan SIA-SIA.

PERCAYALAH.
in the name of ALLAH SWT kita WAJIB JATUHKAN dacing!
Sila ambil peranan masing-masing wahai Rakyat malaysia.
ALLAHUAKBAR!

romeo said...

Mazhab syafie ke Wahabi ke,yg penting tunaikan sembahyang Zakat,Puasa dan buat kebaikan taat kpd Allah Swt dan Rasul Allah.Yg Puak Umno Sesat sial Laknattullah yg jais jd barua.Dulu surau d Jublee Perak di robohkan.Pemimpin umno Selangor Khir Toyoil,Najis Mathir Kuty (hina hukum hudud)Perasuah perompak duit haram,tak d tangkap.Inilah muka2 sial & saitan yg bertopeng manusia.Apakah org melayu bangga pemimpin perangai mcm seitan.Tanyala mufti Perak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...