Sunday, November 22, 2009

Kenyataan Media Ketua Umum Keadilan


Parti Keadilan Rakyat telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta. Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Parti, Dato' Salehuddin Hashim melalui edaran e-mel.

Biro Politik KEADILAN sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN). Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip-prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik.

E-mel Setiausaha Agung hanya untuk edaran dalaman sahaja dan ianya merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor berhubung isu tersebut. Perlu ditegaskan di sini Setiausaha Agung KEADILAN tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kami berpuas hati dengan penjelasan awal oleh YAB Menteri Besar berkenaan perkara dasar yang menyangkut transasksi tersebut. Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, malah Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

7 comments:

Mesra Sokmo said...

Semua negeri begitulah, bila Pakatan Rakyat merintah, sibuklah kena bayar DAM kepada Kerajaan Pusat. Yang banyak berhutang org lama Khir Toyol, pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor suatu masa dahulu dgn Kerajaan Pusat. Kini terpaksa mengambil alih hutang Talam Corp Bhd kepada anak syarikat PKNS yang berjumlah RM391Juta. Kesian.

Macam Kedah juga, dahlah negeri miskin, kena jelaskan hutang kePusat pulak. Yang kaya golongan depa, keluarga Mahathir Khalid

AsyMok_ambo said...

takpe..slow2

bagan pinang said...

http://mail.google.com/mail/?ui=1&view=att&th=1251c4ff56dcd8dc&disp=imgs

Perkampungan one Malaysia, lihatlah sendiri - Najib Altantuya

bagan pinang said...

Mesra Sokmo said...Macam Kedah juga, dahlah negeri miskin, kena jelaskan hutang kePusat pulak. Yang kaya golongan depa, keluarga Mahathir Khalid

November 23, 2009 12:58 AM

Gulongan BN - Pinjam dgn kerajaan Pusat masuk poket sendiri > yg kena bayar rakyat Kedah dibawah pimpinan Azizan Razak (kesian rakyat kedah, dok bayar banglo/hutang persendirian penganut hadhari UMNO)

bagan pinang said...

Seorang ustaz dari Malaysia telah berkunjung ke Indonesia (Sumatera) di atas jemputan salah seorang penduduk kampung disana utk memberikan ceramah di salah sebuah masjid.beliau berasa terkejut apabila terlihat kawasan perkuburan di kampung berkenaan. beliau pernah bertanya pada penduduk kampung berkenaan"mengapa kubur islam dan kafir di semadikan bersama?"

Jawab penduduk kampung di sana dgn selamber:-

-"Takkan MALAIKAT tak tau nak bezakan mana islam mana kafir"
Astagfirullahhalazim..One Msia

http://mail.google.com/mail/?ui=1&view=att&th=1251c4ff56dcd8dc&disp=imgs

Ibanez_Swk said...

Yang kaya bertambah kaya yg miskin terus miskin,kesian masa kena perintah oleh BN dulu,begitulah klu dah jadi Barua Negara.Janji masuk poket byk,untung byk,senang byk.

AbeXcvc said...

Samalah dengan Kelantan semasa mula-mula TGNA memerintah dahulu terpaksa bayar hutang kepada Kerajaan Pusat. Tak apa bayar slow-slow kalau nak jadi kaya cepat masuklah Parti AMANO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...