Monday, November 16, 2009

GERAK Nafi PAS Terlibat Dalam Laporan Dakwaan Rasuah Tan Sri Khalid Ibrahim

Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus menafikan penglibatan PAS dalam isu pendedahan laporan dakwaan rasuah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beberapa dakwaan laman web yang menuduh Gerak Malaysia telah diberikan dokumen berkenaan oleh PAS Selangor adalah suatu bentuk tuduhan berat kepada Gerak Malaysia.

Tuduhan-tuduhan ini sengaja digembar-gemburkan bagi merosakkan reputasi Gerak Malaysia selaku badan bebas yang bertindak secara neutral dan adil dalam melaporkan apa-apa juga isu dakwaan salahgunakuasa dan rasuah.

Gerak menggesa agar pihak yang bertanggungjawab ini untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan. Kita bimbang tuduhan ini adalah bentuk-bentuk cabaran kosong tanpa bukti untuk dikemukakan bagi dijawab oleh pihak Gerak.

Gerak tetap berpegang pada prinsip integriti dan bergerak bebas tanpa ada kecenderungan untuk berpartisan dalam mana-mana juga isu yang melibatkan integriti dan anti korupsi. Gerak menyeru agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan rambang dan tidak berasas seumpama ini.

3 comments:

tabuan said...

Semua telah ditentukan Allah nama TGNA dan keluarganya tidak tersenarai sebagai tetamu Allah pada tahun ini.

Siapalah TGNA disisi Allah sama saje seperti umat Muhamad yang lain sama ada dari orang PAS atau UMNO.TGNA perlu musabah diri dah bersihkan hati dan dendam kesumat terhadap orang Islam dari UMNO sebelum membuat haji.

Sudah minta maaf ke dengan ulamak-ulamak lain yang TGNA cerca dan hina kerana tidak menyokong dan menghalalkan cara fahaman TG.

TG menggunakan agama dengan taksiran sendiri dan sering mencerca sesama sebangsa dan seagama kerana berlainan parti.

Kita di Mekah sama saje samada orang UMNO ke PAS ke adalah umat Muhamad bukan lagi pengikut parti TG.

Kalau ia pun TG nak ke tanah suci seeloknya gunalah duit sendiri untuk menunaikan haji supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat di negara ini kerana TG adalah Orang Politik dan Ketua Kerajaan.

Biasalah permainan politik akan mencari kesalahan orang lain seperti juga TG mencari ayat suci untuk menyokong dakwaan kesalahan lawan.

Namun, dari segi moralnya apa diterima adalah salah dan ia tetap rasuah. Itulah takdir ALLAH, perkara yang tak diduga berlaku sebagai balasan dari Allah.

Janganlah kita mencari kesalahan orang lain dalam hal ini lagi. Walaupun, kita tidak mau perkara ini berlaku tapi akal kita telah dimatikan dan kita melakonkan episod kejadian itu.

Mulut kita dengan sendiri mengakui perbuatan kita sedang kan perkara itu perlu didiamkan. TG sendiri yang membuat pengakuan itu samada sedar ataupun tidak. Itulah kuasa tuhan ke atas diri kita.

Di sini TG telah diduga dengan pelbagai halangan belum sampai lagi ke tanah suci untuk bertaubat. Itu sebagai tanda supaya TGNA perlu meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa yang disinggung dan dicerca oleh TG selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Oleh itu berbanyak-banyaklah bersabar,berisytifar dan solat taubat selalu untuk membersihkan hati.

Sebenarnya TGNA telah muflis di dunia kerana dosanya segala amalannya telah diserahkan kepada orang yang dicerca dengan hinanya di depan umum.

Janganlah TG takbur dan bongkak akan kelebihan ilmu yang TG ada kerana kita tak tahu akan kelebihan ilmu orang lain kerana itu adalah anugerah dari ALLAH.

Kenallah diri sendiri dulu sebelum mengenali Allah dan rasulnya Nabi Muhamad. Kalau TG pengikut syaitan tak perlulah pergi ke Mekah kerana syaitan memang nyata tidak pergi ke rumah ALLAH dan bertaubat.

Politik- Politik juga dosa pahala tetap diambil kira jika melakukan dosa. Tak taulah mungkin jadi orang politik parti PAS dikecualikan dari dosa sekiranya membuat fitnah, berbohong, mencerca, mengaibkan orang dan sebagainya

hurry said...

setuju dgn tabuan
nik aziz tak tersenarai sebagai tetamu allah pada tahun ini....tapi bersebab..dan siapakah yg cuba menghalang beliau untuk menunaikan haji....yg dapat menanggung dosa semua ini ialah org yg lakukan dan org yg menyokong mereka masa pilihanraya ...itu sahaja...
kalau contohnya org yg lakukan itu meninggal mesti allah akan cuba tanya dan mestila org yg lakukan itu akan sabitkan sekali org yg menyokong nya...dia hanya cakap saya mana tahu..org dah sokong dia untuk jadi wakil rakyat....walaupun mereka dah tahu dia tak bertudung...banyak kerja2 jahat.....menjawablah nanti...
teringat kesah ibrahim libya kes peristiwa memali...kes itu kes syahid...siapa yg membunuh belaiu masa beliau tengah mengajar...jawabla nanti....

hurry said...

tabun bagus betul anda
siap sempat nik aziz taubat lagi...
tak payah suruh ni aziz taubat...tu ha suruh org yg tak pakai tudung tu taubat dulu....banyak cerita org pasal dia...tak mengaku sedarala,tak mengaku mak sedarala..mcm2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...