Thursday, November 5, 2009

Kenyataan Media AKM Selangor: Gesa perkukuh kerjasama

Angkatan Muda Keadilan Selangor memandang serius terhadap tulisan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin yang dikeluarkan di laman portal Malaysia Today. Dalam tulisan tersebut beliau membuat dakwaan mengenai usaha jahat UMNO/BN yang mensasarkan Januari 2010 untuk merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut beliau lagi terdapat usaha-usaha giat dan kotor pihak UMNO/BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat melalui agensi-agensi kerajaan negeri seterusnya memburukkan nama baik kerajaan negeri Selangor. AMK Selangor berharap kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan dan pendukung PKR,PAS dan DAP memandang serius isu ini dan mengambil pendekatan pantas,prokaktif dan efektif.

AMK Selangor melihat trend situasi politik di Selangor kini seolah-olah wujud satu usaha kotor terancang pihak UMNO/BN untuk terus memburuk-buruk dan mengganggu kestabilan politik dan ekonomi di Selangor. Isu panas seperti penjualan arak,rumah ibadah,tangkapan Dr Asri Zainal Abidin dan pelbagai isu panas lagi timbul dalam usaha menggugat kestabilan politik di negeri ini.

AMK Selangor mengambil pendirian tegas agar unsur-unsur sabotaj yang sengaja dilakukan dan dirancang ditangani segera dan tegas daripada terus mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Malahan AMK Selangor menjangkakan selepas ini akan berlaku lagi isu-isu panas yang sengaja ditimbulkan untuk ‘membakar’ hati dan perasaan rakyat di Selangor.

AMK Selangor berharap kepimpinan tertinggi mengambil serius dakwaan bahawa Januari 2010,UMNO/BN akan merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu tragedi politik rampasan kuasa di Perak berlaku. Justeru amat perlu dan kritikal kini agar Pakatan Rakyat Selangor memperkukuh strategi dan kerjasama untuk menghalang perancangan jahat UMNO/BN ini. Kita tidak mahu rakyat di Selangor akan terus diheret ke satu lagi konflik politik yang tidak perlu yang akan menghalang kemajuan dan perkembangan ekonomi pesat di Selangor.

AMK Selangor berharap rakyat Selangor akan terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin perubahan. Rakyat pasti tidak mahu segala penyelewengan dana rakyat dan rasuah yang dilakukan Barisan Nasional terus berlaku lagi di negeri ini yang menjejaskan kebajikan dan pembangunan.Isu penyelewengan PKFZ,dakwaan rasuah bekas Menteri Besar dan exco,harga banglo jutaan ringgit dan pelbagai lagi sehingga kini belum selesai.

UMNO/BN kini umpama bahtera lapuk yang semakin uzur hanya menunggu masa dan detik untuk karam akibat salah laku,penyelewengan dana rakyat,skandal dan pelbagai jenayah politik.Justeru,diharap rakyat terus menolak Barisan Nasional yang gagal secara total memerangi rasuah dan mengembalikan daya saing ekonomi di peringkat serantau dan global.

AMK Selangor juga ingin mengingatkan agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk terus mendekati,menyelami dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat. Pembaharuan dan reformasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor perlu terus berjalan dan giat dilaksanakan agar Selangor muncul menjadi negeri contoh yang ditadbir dengan good governance,ketelusan dan keadilan.

AMK Selangor juga terus yakin dengan komitmen kakitangan awam dan agensi di bawah kerajaan negeri Selangor yang terus bersemangat tinggi,komited dan fokus untuk membantu kerajaan Selangor dan rakyat keseluruhannya. Kewibawaan dan professionalisme mereka amat dihargai dan amat penting untuk merealisasikan gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Negeri Berkebajikan mencapai kejayaan.

Adalah dicadangkan mana-mana pihak individu dan agensi pentadbiran awam yang tidak selari dengan prinsip dan dasar kerajaan Negeri Selangor perlu dihadapkan ke lembaga disiplin dan Selcat. Ianya untuk memastikan gerak kerja pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan lancar dan sistematik serta mengelakkan sebarang usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj pentadbiran dan nama baik kerajaan negeri Selangor.

AMK Selangor berharap semua pihak menolak segala usaha perancangan jahat dan kotor pihak UMNO/BN untuk merampas kerajaan Selangor sepertimana yang telah didedahkan kepada umum sebelum ini. Diharap pendukung dan rakyat Selangor mendoakan dan memberi sokongan padu agar kerajaan Pakatan Rakyat terus kukuh bertapak di Selangor untuk terus membela kebajikan rakyat dan membawa Selangor ke era kecemerlangan dan kegemilangan.

Kembalinya Selangor ke era pentadbiran Barisan Nasional adalah mimpi buruk yang amat ditakuti kerana jelas selama 50 tahun lepas telah banyak kerosakan dan kebejatan yang berlaku. Justeru beri peluang dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk memperbaiki segala kesilapan dan kebejatan yang telah berlaku.

Akhirnya, AMK Selangor berharap seluruh kepimpinan tertinggi, pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor agar memperkukuh kerjasama bersepadu dan kefahaman serta mengelakkan pergeseran yang tidak menguntungkan. Pakatan Rakyat Selangor perlu bertindak pantas kerana masa semakin suntuk agar tragedi hitam politik seperti di Perak dijauhkan daripada berlaku.

53 comments:

keris panjang said...

ada jugak org percaya kat mangkok ayun sekor ni ye..entah kat gua mana dia sembunyi ntah. pengecut, telo xde, kalo berani keluarlah, buktikan yg awak tulis tu bukan fitnah.bodo mcm tupai sakit !!

tabuan said...

Siasah tulis AKM ( Angkatan Komunis Malaya) Ke...Sila betulkan tajuk...:)

tabuan said...

Memang pada 2010 akan tumbanglah kerajaan PR selangor bila Dr hasan ali lari daripada menjadi "Korban" parti PAS.

Bila terlepas lari dari menjadi korban tersebut maka ramai lah kawan-kawan dalam PR akan menyertai nya, maka punah lah PR di Selangor.....

Tengoklah sekarang PAS telah kunci mulut Dr.Hasan Ali daripada bersuara tentang hak dan keistimewaan umat islam di Selangor.

Ternyata Pemimpin PAS terutama TGNA akan menjadi "Harimau" bila pemimpin PAS bersuara untuk kepentingan UMat islam dan suara tersebut mengancam rakan dakapan TGNA iaitu DAP.TGNA akan terkam dan korban kan org tersebut.

Tetapi bila rakan dakapan TGNA iaitu DAP mempertikai hak-hak dan keistimewaan umat islam, TGNA akan menjadi seperti "Tikus Mondok" yang menyorok dalam tong sampah.

ironseven said...

keris bodoh berkata,
"Maka iron7 pun membebellah dgn penuh semangat angat2 taik ayamnye. Dia pun mengakulah yg bukan2..."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..cakap2 org singkat akal dan takde modal berhujah. kan dah sah terbukti umno ada ciri2 munafik dan fasik. amalkan islam suku2, halalkan yang haram haramkan yg halal, lagi mau nafi ke? kau luangkan le masa baca ciri2 org2 munafik dan fasik. sebijik mcm kau la kot. dah tau benda salah pon nak defend jugak...

ironseven said...

keris kata lagi,
"betul gak tu, btal jer, padan muka dia. gali sendiri! ..."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe...ciri2 org yahudi. menafikan hak dan mengainaya orang lain. dan mengkhianati amanah perjanjian. dan si baghal ni pulak menyokong benda yang sah salah dari sudut islam.

ish..ish..ish..kesian. org yg terainaya dapat pahala free dari org2 yg mengainaya dan bersubahat menyokong pengainaya...

singamaraja said...

Salam ziarah dari Singamaraja

Wak Labu Farm said...

Yang pasti PR semakin hari semakin nampak bertambah reput.

Jangan di sangkal kenyataan dari PRK itu, ada kemungkinan besar PR Selangor akan tumbang seperti PR Perak.

ADUN dari PR yang akan menumbangkan PR sama seperti apa yang berlaku di Perak.

Sebenarnya ADUN PR ini semuanya berasal dari keturunan darah daging UMNO. Mereka berpolitik se mata2 untuk menambah harta kekayaan sahaja. Mereka pasti akan lompat jika mendapat 'tawaran' yang lumaiyan dari UMNO.

Rahsia said...

Tak tahu nak tadbir negeri Selangor. pulak tu dah huru hara mulalah tuduh orang UMNO/BN.
Tengoklah, hari ini prof. UIA orang kanan MB Kelate mengaku punca menyebabkan pertelingkahan dalam PAS.
Orang PAS (sebahagiannya)jgn nak tuduh melulu, asyik berkokok KUAT siang sampai malam, kasi bersihkan taik kat bontot sendiri lar....

adam said...

dulu kt selangor Takbir!!!!
sekarang take beer!!

fitflex said...

semua bergantung dgn hassan ali skrg ni.jika pas berani singkir beliau semata-mata nak jaga undi kafir,tgk le undi2 org islam pulak yg akan menjatuhkan pas.biar x masuk syurga nik ajis pun xpe.jnji maruah islam di martabat....

Pemuda Gombak said...

Gesaan ini sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan tertinggi PKR dan DAP.

Di Perak, Adun-adun PKR dan DAPlah yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan negeri tersebut.

Di Kedah pun, Adun DAP yang membuat onar keluar daripada PR.

Di Selangor perkara sama berlaku ke atas Adun PKR.

tabuan said...

Apa yang pasti pada seminar hujung minggu ini Pas akan 'mengorbankan" mungkin satu, dua, atau tiga, pemimpin atasan PAS untuk di" Persembahkan" kepada DAP...

apa yang pasti korban ini adalah untuk santapan DAP...

Adi Satria said...

Fakatan Reput dah nak masuk kubur dah. Tak lama lagi bersepai la tu. Nanti suruh Teresa Kok talkin kan dan xavier tanam atau bakar terus jadi abu...

Selamat Tinggal Fu*katan Reput

fitflex said...

pemuda gombak patut sedar walau pun yg buat onar dlm pr tu pkr dan dap,tp lebih byk tahi2 dari onar mereka2 tu terpalit kpd pas.

fitflex said...

dulu pencacai2 pas duk bangga dgn hassan ali sebab berjuang utk islam,berjuang kurangkan arak.but skrg ape dah jd???rela je pas korbankan hassan ali demi dap dan pkr.

itu lah,x semua yg tentang pas tu bencikan pas dan sokong umno.ramai yg lebih menentang pas sebab x nak tgk pas terus rosak sebab berkiblatkan dap.



teringin aku nak dgr jawapan puak2 pr berkaitan dakwaan nik aziz yg hassan ali tu bermasalah.harap korg leh terang jap apa masalah yg hassan ali dah buat??

tabuan said...

woi..woit..mana pencacai pas ni..tak kan dah menjadi "Korban' juga kahkah..kahkah...tak best la tak lawan..mai la lawan..kalah menang belakang cerita...yang penting lawan dulu..

tak kan dah hilang teloq kut....kkahkah

ironseven said...

hehe..pencacai umno asyik buat tilikan dan andaian kunun korang le yg pandai serba serbi. hehe..aku yakin ada yg bakal jilat kahak hijau. pas bukan mcm umno. pas istiqamah. umno rasuah.

ironseven said...

keris,

kalau kau jantan ada teloq jawab soalan aku ni ye...

ape hukum seorg islam amal islam sekerat2 suku2 je tak sepenuhnya? contoh rasuah haram dikatakan halal, beriman pada sesetengah ayat quran je, mengucap tapi mengkhianati perjanjian, puasa tapi makan duit hasil rasuah, baca quran tapi hina ayat2 allah, persenda hukum allah.

kalau kau rasa ciri2 munafik dan fasik tak ade pada kau dan umno maka kau jawab le ye. kalau tak de point nak jawab kau buleh refer buku2 ni..

1. towards understanding islam - abul a'la almaududi
2. asas-asas islam - abul a'la almaududi
3. iman, mahrifah dan hal ehwalnya - abdullah al-wazhaf
4. risalah tauhid - sheikh muhammad abduh
5. sejarah lengkap nabi muhammad - abu mus'ad al-husny

buku2 tu dlm bahasa malaysia dan inggeris senang sikit kau nak refer. yg bahasa arab kang kau tergagau pulak.

dalam islam ada aqidah, tauhid, ibadah, feqah, sirah, syariah, tasawwuf... yang terpenting aqidah. ilmu aku dah sampaikan. selebihnya terpulang pada kau la keris cabok...

keris panjang said...

iron7 kulup sakan,

cepatnya ko solat maghrib. org alim mcm ko patutnya malam2 jumaat mcm ni ada kat mesjid/surau baca surah yasin dan bertahlil sementara tunggu masuk isya'. takper lar, ko uzur gamaknya!

terima kasih byk kerana bg maklumat mengenai buku2 tu. aku akan cuba cari. sebenarnya aku ada beberapa buku belum habis baca lg.

yg tak betul tu tetap tak betul, iron,aku bukan sokong babi buta. umno dan pas masing2 ada baik dan tak baiknya. jgn lar kita jumud tahap gaban. aku akui, umno tu bukan semua bagus - rasuah, kumpul harta mcm ko kata tu, mmg betul ada sebahagian mereka begitu. hakikatnya parti tu dh lama memerintah dan kesempatan pula terbuka luas! peluang tu pulak untuk manusia, bukan malaikat! tambahan pulak, mmg lar agama pun kureng! atau agama tu ada tp nafsu dh mengalahkan agamanya! tp pas pulak aku nyampah sbb begitu "membenci" perpaduan sesama islam. sepatutnya pas yg kebanyakannya agak kehadapan pengetahuan islam dia, lebih faham! ko tak kan tak tahu islam begitu mengutamakan perpaduan. terimalah umno seadanya! kita ni pun sesama islam. mana ada manusia yg tidak lekang dari salah dan silap. Kita masing2 tidak akan lepas kemana jika terus bercakaran. org lain nnt yg akan meraih faedah dari kebodohan kita. jgn lupa, umno selalu menyeru kpd perpaduan tp pas yg eksyen menolaknya. apa yg jelas suruhan Allah swt dan nabi saw tidak kita tunaikan.

Unknown said...

Hidup lagi tabuan/MAZA, ingat dah masuk penjara...fahaman WAHABI.

4 mahzab lain semuanya salah. Dia sahaja yg betul.

Wahabi dan Hadhari - sama2 songsang

Unknown said...

keris panjang said...,cepatnya ko solat maghrib.

Itu menunjuk ilmu kau pendek & bodoh. Iman disunatkan datang lambat dimasjid, sebab bila ianya masuk masjid > malaikat pun turut ikut sembahyang bersama.

Nyata kau ilmu cetek

bagan pinang said...

tabuan said...
Siasah tulis AKM (Angkara Kulut MAZA) Ke...Sila betulkan tajuk...:)

bagan pinang said...

Memang gerakakan UMNO sudah kianat utk rampas Selangor.

Rumah khit TOYOL 25Juta RM, kenapa tak siasat...yg silap 25sen dlm PR sampai sangup dibunuh TBH.

BN - Bunuh Najib

bagan pinang said...

Sebenarnya ADUN PKR yang lari dari berjuang dlm PR ini semuanya berasal dari keturunan darah daging BABI Haram UMNO. Mereka berpolitik se mata2 untuk menambah harta kekayaan sahaja. Mereka pasti akan lompat jika mendapat 'tawaran' yang lumaiyan dari UMNO....Labu said > BP caya.

Sebab itu tak hairan bila ADUN Kedah keluar PR cerita kemewahannya. Mungkin tak mati macam ADUN Pelabuhan Klang. Bila Bank nak lelong harta malaun itu...hasil jual sumber asli hak rakyat, kayu balak, tanah dsb

Adakah rakyat selangor redha, harta yang dikaut oleh penjenayah jahanam ini.

Parking kereta spt tempat tidur tabuan...ehhh

tapi manpus juga, kenapa tak tongkat langit...hospital banyak...itulah tamat sangat dgn harta rakyat....mintalah halal diakhirat seorg demi seorg...

keris panjang said...

Blogger datin_azurah mengembek macam kambing bunting said...

keris panjang said...,cepatnya ko solat maghrib.

Itu menunjuk ilmu kau pendek & bodoh. Iman disunatkan datang lambat dimasjid, sebab bila ianya masuk masjid > malaikat pun turut ikut sembahyang bersama.

...................................

ko tau tak apa yg ko ckp. aku kata ko baghal mcm keldai tua ko sensitif pulak nnt. Ngok betul!!

Mesra Sokmo said...

keris panjang said...cepatnya ko solat maghrib...nampak sangat kau tahap sekolah rendah.

keris...bukan sokong babi buta....tetapi jangan sokong sampai MEMBABI Mat Isa Samad JE.

aku akui, umno tu bukan semua bagus - rasuah, kumpul harta mcm ko kata tu, mmg betul ada 99.9% dikalangan mereka begitu.

Syabas Keris, semoga kerajaan perpaduan tercapai selepas PRU13 nanti. Setelah mandat diberikan kpd perwakilan atau pihak yg cinta pada dunia.

Paling lama hidup macam Arwah Sultan Abd Aziz, Baginda Sultan Selangor.

Mesra Sokmo said...

Sabarlah keris panjang...Saya tak nak salah sesiapa. Datin pun kalau masuk dlm blog ini, kena juga dibantai bodoh.

Sebab dlm blog ini, tiada yang cerdik, melainkan Zali...yang bergelar YB dari BN (Bau Neraka)...sebab semua halal

Mesra Sokmo said...

sesakali boleh buat renungan:-

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/10/raja-petra-apa-yang-harus-dikatakan.html

Muhd Fariz said...

Siapakah pgkhianat melayu yg paling ulung skali? tentu skali UMNO!!! sejarah telah mbuktikn perkara ini berulang2 kali byknya.
-Kes mahathir lacurkan kekuasan Raja2 Melayu tahun 80an
- sikap biadap MENATANG umno t'ganu kpd sultan Mirzan dgn kain rentang NATANG
- penghapusan biasiswa anak2 melayu,
- penanaktirian ngr kelantan pd awal tahun 90an sms umno kalah teruk pru dgn zero kerusi,lambat byr geran berkapita.
- penghapusan tulisan jawi dlm kokurikulum pendidikan kebangsaan yg nenyebabkamn anak melayu/Islam terkapai2 skrg ni nk paham tulisan jawi. yg akhirnya membawa kpd ketidakcekapan anak2 Islam belajar Al Quran.
- byk tanah rezab melayu tergadai kps tokey2 cina , kroni umno.
- apajadi dgn melayu d pp selama sebelum ni yg umno merintah, melayu pp merempat d ngr sendiri tiada pembelaan dr politikus umno yg jd KUDA TUNGGANGAN/LEMBU CUCUK HIDUNG cina gerakan. yg menjadi kerisauan umno adalh jk senario skrg dap merintah lalu dpt membatu sedikit sbyk keadaan kemiskinan melyu d pp lalu apa yg umno buat selama ni lgsg xleh bantu melayu pp tp dap boleh bantu. dan jk dap xleh bantu pun mmg kena krn dap baru merintah 2tahun & bukan jd agenda utama dap bantu org melayu.so umno buat pe slama ni, GOYANG TELOQ??
- WPI iskandar johor apa untung org melayu? cina s,pore jd tokey?
- tanah/kedaulatan ngr kita tergadai kpd s'pore krn imcompetence umkno. pulau batu putih? middle rock?
- pusat judi terbesar di asia tenggara d ngr PM 1M, kan pahang majoriti rkyt ngr org melayu/Islam?
mana mufti x leluar fatwa ke hasil ngr dr judi haram.

Muhd Fariz said...

Secara jujur sy katakn umno hanya boleh bertahan dlm senario politik m'sia hanya krn propaganda2 habis2an media arus perdana yg 100% memihak kpd umno. ketiadaan elemen ini hampir pasti akan melenyapkan kerelevan umno dlm situasi politik m'sia. ini shj talian hayat yg umno ada utk trus survive. jk pembangkang jg mempunyai akses sama rata kpd media arus perdana krn ini adalah tuntutan demokrasi yg sebenarnya maka idealisma, hujah, isu, pendapat, ke2 2 belah pihak dpt dianalisa dgn lebih berkesan oleh rkyt keseluruhannya.

Tapi malangnya umno xkan sm skali akan mmbenarkan perkara ini terjadi krn mereka trus mahu rkyt bertaklid buta kpd umno. umno mahu trus rkyt hidup dlm tempurung kokongan penjara minda yg sengaja umno cipta, krn umno tahu rkyt akan bangkit menentang sgl penyelewengan2 tahap kilo,mega,giga,tera, yg umno lakukan kpd hasil cukai, wang negara yg merupakan HAK TOTAL RAKYAT bukannya hak kepala bapak umno pumya.

Muhd Fariz said...

Aset ngr adalah rezeki kurniaan Allah kpd rakyat yg diamanahkan kpd kerajaan yg memrintah utk memakamurkan hidup rakyat.

Aset negara,negeri bukannya milik kepala bapak pas,pkr,dap,umno,gerakan,bn,pr. dan juga bukan milik kepala bapak najib,anwar,hj hadi,lim,nik aziz,khalid,li rustam,ghani,azizan,nizar@zambry,mahaday,ahmad said,adnan. mereka hanya amir kpd amanah rakyat.

sy katakn kpd semua tanpa prejudis walaupun sy sokong pas, krn sy sokong pas atas dasar hujah bukan krn fanatik semata2. Insyaallah jk ditakdirkan umno sedia merubah dasar parti drpd dasar kebanngsaan kpd dasar Islam dan melaksanakan hukum perundangan Islam scr total/100% maka sy sedia menjadi pjuang kuat utk umno tanpa prejudis, krn bukankah umno jg org Islam yg mengjunjung Al Quran? knp umno tiada inisiatif hendak mnjalankan Islam total d M'sia hanya nk diharapkn kpd pas shj? kalau umno sedia lakukan in maka hujah pas utk wujud d m'sia sudah x relevan lg? dgn itu pas pulak yg harus dkuburkan.

tapi buat masa skrg pas yg akan sy sokong. dan umno yg akan sy berusaha lawan habis2an dgn hujah,dakwah sy kpd rakan sekerja sy d tempat kerja dan lain2 tempat.

Proton Saga said...

usah bimbang orang sekarang dah bijak berfikir, macammana hebat bn buat kacau orang akan timbang, tak usah bimbang.

fitflex said...

mesra sokmo said

sesakali boleh buat renungan:-

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/10/raja-petra-apa-yang-harus-dikatakan.html

----------
bagus jugak buat renungan tu.sambil2 tu buat panduan sekali.pakai2 la tiru pakai rantai mcm dia.tambah lg pakai jugak gelang mcm dia.

kalu belah pr xde sapa pun nak tegur tu haram ke x haram kpd muslim.ni le salah 1 contoh pemimpin pr yg ok.xde masalah.yg jenis hassan ali tu masalah besar sebab sibuk nak haramkan arak aje...

fitflex said...

kpd muhd fariz,jika dasar pas benar2 nak buat islam mcm zaman usz fadzil noor dulu,pemimpin bermasalah yg patut di pecat ialah nizar sebab sibuk candle light utk tbh,juga khalid samad sebab beri kebenaran kafir guna kalimah allah.mungkin nik ajis konfius dgn dasar pas,sebab tu tulis hassan ali yg nak hapuskan arak tu bermasalah....

fitflex said...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm


lawak betul la org2 islam pas skrg ni.

ironseven said...

kata keris,
"cepatnya ko solat maghrib. org alim mcm ko patutnya malam2 jumaat mcm ni ada kat mesjid/surau baca surah yasin dan bertahlil sementara tunggu masuk isya'. takper lar, ko uzur gamaknya!.."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..aku dah agak itu yg kau tanya. aku kat opis lg semlm br abis meeting sementara tunggu yg lain aku tengok dulu internet. berdosa ke bro? maghrib berdosa kalau tinggal lewat sikit aku rasa tak berdosa kalau bersebab. kau selalu solat on the dot ke? hehe..jgn jadi munafik..munafik maknanya menyeru org berbuat baik tapi hakikatnya kita melakukan yg tidak baik. tak ke gitu?

soalan aku semlm berkaitan aqidah. kau jawab soalan aku tu jgn belit2. bg seorg islam aqidah yg teratas. tanpa aqidah maka tak de le ibadah dal lain2. tak de aqidah maka bukan islam lah kita. tak ke gitu?

jawab soalan aku tu ye. jgn belit2. kalau kau jelas soal aqidah tu alhamdulillah. soal kawan dgn kapir, soal kapir baca quran, soal maghrib lambat, itu perkara furu' dan maslahah. tak jejaskan aqidah pon.

ironseven said...

keris hujah lagi
"peluang tu pulak untuk manusia, bukan malaikat! tambahan pulak, mmg lar agama pun kureng! atau agama tu ada tp nafsu dh mengalahkan agamanya!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..tapi umno ada kuasa. org agama ada dlm umno. umno buleh buat undang2 contoh rasuah dan politak wang haram!!!! bukan memberla dan membela perasuah. pas takde kuasa nak ubah perlembagaan umno. so kalau umno ikhlas jan jujur beragama maka ubah la. aku rasa kalau le jadi dewan ulama umna, maka akan lagi ramai le org2 umno sesat!

ironseven said...

keris kata seterusnya,
"tp pas pulak aku nyampah sbb begitu "membenci" perpaduan sesama islam. sepatutnya pas yg kebanyakannya agak kehadapan pengetahuan islam dia, lebih faham! ko tak kan tak tahu islam begitu mengutamakan perpaduan. terimalah umno seadanya!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..kau salah la keris. kau lupa. tgna pernah ajak umno dan pas bubar dan buat parti baru berteraskan quran dan hadis. kau lupa? ada umno berani? dan pas kata jika umno ubah dasar maka buleh bekerjasama. kau nak tau sbb apa? sbb tanpa dasar islam maka boleh le rasuah, boleh le langgar perjanjian minyak, boleh seleweng duit pkfz, boleh markup harga barang beratus persen.

ada umno berani ubah dasar kepada islam? bila dasar bertentangan maka pas kata rasuah haram tapi umno kata takpe sebab teknikal parti je. boleh kerjasama ke bro? hehe..

ironseven said...

kata keris lagi,
"jgn lupa, umno selalu menyeru kpd perpaduan tp pas yg eksyen menolaknya. apa yg jelas suruhan Allah swt dan nabi saw tidak kita tunaikan."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

bila pula pas menyeru kepada perpecahan? pas menolak kerjasama dgn umno sbb umno "kurang pengetahuan agama" mcm kau kata tadi tapi takmau pulak nak jadi org yg patoh pada agama, malah umno menghina islam, quran, hudud. dah bodoh agama tu pi la belajaq jgn guna hujah akal!

umno menolak islam. bukti dah jelas. paling simple rasuah haram dikatakan tidak haram. salah satu rukun iman beriman pada allah, kitab, rasul. kalau dasar umno menolak ayat2 allah dan quran serta hadis rasulullah, maka umno ni ape? aku cakap soal dasar umno. umno ni ape? islam tak beriman? islam sekerat2 suku2? islam yg tak beriman boleh masok syurga ke kalau mati dlm keadaan takde iman?

kalau kau rasa kau hero umno, kau ubah le dasar umno tu. baru aku sokong. pas sokong. ramai lagi akan sokong.

once again bro. aku cakap soal aqidah sbb kau sedara seislam aku. kau taknak dengar itu kau punya pasal. soal furu', maslahah soal kecil yg ada pelbagai tafsiran. soal tak buat qunut, tahlil, baca yasin tu soal furu'. tak wajib pon. sunat je. soal aqidah lagi penting!

keris panjang said...

Salam Muhd Fariz,

Wa setuju lar dgn sebahagian besar lu punya posting. Wa punya idea pun mcm tu juga, tp wa tak cukup confident lar sama pas sbb semenjak dua menjak ni wa lihat pas tak begitu gah lagi nk pejuangkan islam. slogan negara islam pun dh hilang entah kemana. Yg nampak cakap sahaja tp perbuatan tak nampak pun. Pas kelihatannya hanya gah dan terpesona untuk kuasa dan kerusi ja. Pas hanya berani sama umno tp dgn dap n pkr, pas ontok mcm tikus mondok kesejukan ja. Lu cuba pike, kalo satu dua tahun ni pun perangai dh mcm tu, mcm mana nk run the goverment? Wa risau silap2 lagi teruk !! Hassan Ali yg agak2 boleh harap tu pun pas sanggup nak korbankan untuk puaskan nafsu serakah parti gasar dap tu.

keris panjang said...

salam iron7,

apa yg ko katakan tu ada betul dan ada yg sipi2nya. tentang akidah aku tak berni nk celupar sgt sbb aku bukan ahlinya. apa2pun aku respect juga dgn knowledge agama ko tu tp bila kita nk buat perbandingan berkenaan tindakan umno dgn pas menghadapi satu2 isu, aku pike lar, sama ja - nk jaga hati si gasar tu. kenyataannya beginilah kalo islam dlm keadaan yg tersepit - contoh yg nyata bagi pas, kes kuil, bina kuil buddha terbesar,kes beer dan beberapa hal lg yg libatkan agama kita - kalo dgn umno mmg byk lar contoh yg ada mcm yg ko dan muhd fariz kata tu - kena faham juga, sebagai pemerintah negara, lebih byk isu dan kes2 yg dihadapi - mcm pas juga, demi nk puaskan hati parti2 "yg ada kat keliling" tu, hj hadi n nik aziz dh tak berani nk sebut2 penubuhan negara islam !! betul x aku kata, semuanya demi nk puaskan hati parti2 gasar tu.

aku akan respect pas jika pas "berdiri sendiri" dan gah dgn slogannya untuk mendirikan "negara islam"!! Jadah apa p joint dua parti lg tu, akhirnya diri sendiri "terikat", samalah spt umno !!

ironseven said...

keris,

aku suka pandangan kau. lebih realistik. buat pengetahuan kau, pas tak pernah buang niat dan cita2 nak dirikan negara islam. benda tu termaktub dlm perlembagaan pas dan pas masih berusaha mendirikan negara islam walau karpal kata 'langkah mayat aku dulu'. karpal tu hayatnya tak panjang. tapi dasar pas takkan berubah utk menegakkan negara islam. dalam umno ade? tak ada langsong. umno sepatutnya sbg islam kena sokong pas, bukan persenda hudud dan hukumislam. tak ke gitu. if not, sama je le umno dgn karpal...

pas tak pernah ubah dasar islam sejk dulu. tapi umno sejak duli menolak hukum islam. tak nampak beza ke tu? pas tak tunduk pada dap bila bercakap pasal islam. umno demi menjaga hati mic, mca sanggup cerca quran, hadis. tak ke gitu my fren?

nabi ambil masa lebih 5 tahun tapi kurang 52 tahun menegakkan islam di madinah dan mekah dan seluruh tanah arab. sbb nabi ada kuasa. umno ada kuasa umno buat apa? ubah le perlembagaan tu spt yg disaran pas. sure pas akan sokong 110%. ada umno berani? tak. sbb nak jaga hati mca, mic, gerakan, ppp, ipf, dsb. tak ke gitu?

aku rasa sepatotnya kau sbg org islam beriman kena sokong dan kuatkan pas sbb pas perjuangkan islam dan berusaha nak jadikan msia negara islam. umno takde dlm kamus perlembagaan dia tentang itu. maka perlu sokong lagi ke? umno ada kuasa tapi takmau tegakkan hukum islam. ape ke hal?

bila kau sokong pas, umno yg lain sokong pas, baru le pas kuat dan buleh stand alone. takkan kau nak berterusan sokong parti yg kunun islam tapi menolak islam? jom la sokong pas supaya pas lebih kuat. ada berani? hehe...

ironseven said...

keris dakwa,
"Hassan Ali yg agak2 boleh harap tu pun pas sanggup nak korbankan untuk puaskan nafsu serakah parti gasar dap tu."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ye ke pas nak korbankan hassan ali? ye ke pas nak puaskan nafsu serakah dap? jangan main tudoh2 bro...pas bukan mcm umno boleh 'ugut dan pecat' pemimpin...

FZY said...

keris panjang sejengkal adalah UMNO karat dulu.., kini.., selamanya.

payah sikit nak basuh dia. tapi insyaallah, kalau ada sedikit kesabaran kita akan dapat sampaikan mesej terhadap dia.

berdoalah agar dia kembali insaf dan sedar dan kembali ke pangkal jln.

wallahu'alam.

keris panjang said...

iron7 kata,

" buat pengetahuan kau, pas tak pernah buang niat dan cita2 nak dirikan negara islam. benda tu termaktub dlm perlembagaan pas dan pas masih berusaha mendirikan negara islam.."

aku kata,
eh, betul ke ni iron,aku tguk kat tv dulu nizar sendiri yg kata xde dlm perlembagaan pas spt apa yg ko kata tu? semua org yg lihat tv tu nampak!!

.....................................
iron7 kata,

"..sbb nabi ada kuasa. umno ada kuasa umno buat apa?"

aku kata,
nabi ada kuasa mutlak serta keizinan Allah swt. umno mana ada kuasa mutlak, tak ingat ke parti yg ada kat keliling dia tu? nabi tak pentingkan diri sendiri tp pentingkan umat dan dakwahnya tp umno, faham2 jer lar.

...................................

iron7 kata,

"..pas tak tunduk pada dap bila bercakap pasal islam..."

aku kata,
bio betul bro. aku tguk pas mcm tikus mondook kesejukan jer bila berhadapan dgn mangkok ayun tu. kes beer, hina agama, persamaan agama, mana suara pas?

....................................

iron7 kata,

"..aku rasa sepatotnya kau sbg org islam beriman kena sokong dan kuatkan pas sbb pas perjuangkan islam.."

aku kata,
aku sokong pas jika pas tak bersekongkol dgn pkr lebih2 lagi dap hampeh tu! pas kena gah tegak sendiri. ubah pendekatan lapuk yg ada kpd yg lebih berhemah,tunjukkan kecantikan islam mcm yg nabi ajar, jgn bersikap ganas dan mudah emosi, jgn bikin fitnah sana sini, caci maki, tuduh dan maki hamun, jgn suka merapu mcm nik ajis sering lakukan ! Pas kena cerdik, bijak, bukan berani buta tuli. jgn tunjuk bodoh, contoh baring tengah jalan dan suka buat rusuhan, ahli2 bawahan tu kena ditarbiahkan sikit supaya pandai gunakan civic minded, jgn hanya cakap berdegar2 tp x serupa bikin. biarlah pas menjadi parti yg berjiwa besar, sanggup menerima kenyataan walau pun ia pahit untuk ditelan.

…………………………………………………………………………………………….

iron7 kata,

“ye ke pas nak korbankan hassan ali? ye ke pas nak puaskan nafsu serakah dap? jangan main tudoh2 bro...pas bukan mcm umno boleh 'ugut dan pecat' pemimpin...”

aku kata,
drp situasi semasa aku difahamkan cam gitu lar tp tentu alasannya pelbagai nnt walau pun tujuannya sama namun aku berbaik sangka jer lar, aku harap tak berlaku.

keris panjang said...

"...payah sikit nak basuh dia. tapi insyaallah, kalau ada sedikit kesabaran kita akan dapat sampaikan mesej terhadap dia.."

...................................

FZY,

aku nk ikut pas mudah jer - ubah cara pendekatan,kena berhemah, lemah lembut, jgn kasar fitnah caci maki sana sini dan cari segala busuk orang, aku nak ulamak2 pas (buka semua) yg kasar2 tu, berubah supaya bila aku pandang muka dia, sejuk hati aku!! ahli2 bawahan tu kena terbiahkan sikit supaya tak macam ayam termakan candu, lompat sana sini bila cuit kena cuit sikit. yg lebih penting jgn bersekongkol dgn gasar dap dan pkr lidah bercabang tu. merekalah yg rosakkan pas. jalan sendiri beb, insyaAlah wa ikut belakang lu. kalo joint dia org mcm sekarang, sama lar jugak dgn ameno tu!!

ironseven said...

keris,

ape le sengal sangat kau ni. kalau dlm perlembagaan umno takde tersebut perkataan "quran dan hadis" maka umno bukan islam le ye? pikiran kau rupanya hanya yang tersurat, tak nampak yg tersirat. ish..ish..ish..

dalam perlembagaan pas memang tiada perkataan "negara islam". betol le kata nizar. dalam pas ada dinyatakan;

"memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahannya yg terlaksana di dalamnya NILAI2 HIDUP ISLAM DAN HUKUM2NYA menuju keredhaan allah"

tersiratnya, negara islam le tu. yg menggunakan undang2 dan hukum2 islam. maka bila guna keseluruhan sistem pemerintahan secara islam dan dijadikan quran hadis sbg dasar, maka negara tu negara islam le ngok....

msia skrg guna load ried punya perlembagaan, quran duduk bwh load ried, maka negara islam ke msia ni? negara umat slam je kot...

nabi ada kuasa mutlak? umno takde? hehe..hujah mengelak...majoriti dlm parlimen bukan umno ke? kenapa? umno takde kuasa mutlak sbb takot pada mic, mca, ppp, ipf, gerakan, bla3 ke? sampai sanggup hina agama sendiri sbb nk jaga hati 'parti keliling dia'? maknanya kau mengaku le ye selama ni umno hanya anjing 'parti keliling dia' tu? dan jadi tikus cencurut yg kesejukan bila berhadapan dgn mangkuk hayun tu?

hehe..dah tau umno mungkar lagi mau sokong..at least dap, pkr dan pas semuanya tegas rasuah itu haram. umno? rasuah itu halal. tuhan kata tak ape kawan dgn kafir yg tak memerangi kita (kau tau maksud memerangi tu ke?). tapi allah tak kata rasuah tu haram tapi umno buat takpe sbb teknikal matters parti je. hehe..

ayat allah kata rasuah haram, umno kata tak. maknanya umno pertikai dan persenda ayat allah. maknanya pertikai rukun iman. mcm sultan kata zamry mb perak, maka derhaka le sapa2 yg tak setuju. tapi kalau allah kata rasuah haram tapi umno kata tak, maka umno jadi ape? celaka? hehe..

kalau pas menikus jumpa pkr dan dap, maka pas akan jadi mcm umno le. pas tetap konsisten menegakkan negara islam.

bila nak type tu bro,jgn main sedap ketok je. kaji dulu le. panjangkan sikit akal baca yg tersurat dan tersirat. dan lebih penting bezakan le persoalan aqidah dgn yg lain2nya.

kalau undang2 konvensional, bila kita bersubahat dgn org yg langgar undang2 maka kita pon kena hukum jugak. maka, kalau kita bersubahat dgn org yg berbuat mungkar dan menolak ajaran islam dgn mengamalkannya suku2 sekerat2, maka ape pulak hukumnya keris? kita tak bersalah dan berdosa ke?

ohye...aku lupa. dasar umno dan pencacainya adalah 'takpe buat dosa, nanti kalau sempat bertaubat boleh masok syurga jugak. kalau pon kena masok neraka (na'uzubillah) nanti last2 masok syurga jugak...'. tak ke gitu keris...hehe..

Muhd Fariz said...

keris pjg hujah...

aku akan respect pas jika pas "berdiri sendiri" dan gah dgn slogannya untuk mendirikan "negara islam"!! Jadah apa p joint dua parti lg tu, akhirnya diri sendiri "terikat", samalah spt umno !!

saya kata...

camne pas nak "berdiri sendiri" jk org melayu masih lg dok btaklid buta undi umno. camne pas nak jd majoriti/kuat kat parlimen jk undi org melayu/Islam mbuatkan umno dpt krusi parlimen. so ajaklah/dakwahlah supaya kalau boleh 90% atau lebih org melayu/Islam bg pas pegang majoriti kerusi d parlimen ganti kerusi umno.

camne pas nak ubah dasar negara kpd negara Islam jk kerusi masih lg milik umno.

senang j kita bg pilihan
1- desak umno yg byk kerusi d parlimen bentang perlembagaan negara Islam dan sy yakin akan d sokong 115%/sebulat suara dari ahli parlimen pas jk tepat dgn Al Quran.sbb umno pun org Islam jugakan so apa umno nak tggu lg, tggu kebenaran gerakan?,mca?,mic?ppp? or nak tggu bala dtg dr Allah dulu baru nak buat?

2- so kalau kita org Islam dah tahu umno mmg lgsg x ambil peduli tg negara Islam sebenar ni so adalah menjadi tanggungjwb kita umat Islam memberi sokongan pd alterntif lain selain umno yg menawarkan penubuhan negara Islam total. dlm konteks ini sy nampak pas yg dpt menawarkan penubuhan negara Islam.

3- jk sahabat2 bloggers semua dr umno xnak pilihan ke2 krn pas itulah,inilah,kuda tungganganlah so tubuhkan parti politik baru yg lebih Islamik perjuangannya drpd pas utk menegakkan negara Islam maka saat ini juga sy akan berhenti sokong pas dan join parti baru saudara semua yg lebih Islamik dr pas. dan pas sendiri sy akan tentang habis2an, sma jualah dgn umno sy akan perangi habis2an.

Yg sy mahukan hanyalah negara Islam spt kehendak Tuan Punya alam semesta ini yg terkandung dlm Al Quran.

pergi m#$p*slah(maafkan jk terkasar bahasa sedikit ini hanya luahan hati terpendam sy yg rindukan negara Islam) dgn pas,umno,pkr,gerakan,dap,nik aziz ,najib,anwar,muhyidin,hadi,lim,nizar@zanbry. jk ada parti lain selain pas yg boleh tegakkan negara Islam.

AsyMok_ambo said...

Sifir PERJUANGAN ISLAM AMAT MUDAH...
Siapa nak berambus, SILAKAN!
dan PERINGATAN KERAS TAPI BERHIKMAH kepada Puak LAKNATULLAH... kamu sekat seorang SEJUTA PATRIOT ISLAM LAHIR...

Muhd Fariz said...

keris pjg said...


aku nk ikut pas mudah jer - ubah cara pendekatan,kena berhemah, lemah lembut, jgn kasar fitnah caci maki sana sini dan cari segala busuk orang, aku nak ulamak2 pas (buka semua) yg kasar2 tu, berubah supaya bila aku pandang muka dia, sejuk hati aku!! ahli2 bawahan tu kena terbiahkan sikit supaya tak macam ayam termakan candu, lompat sana sini bila cuit kena cuit sikit. yg lebih penting jgn bersekongkol dgn gasar dap dan pkr lidah bercabang tu. merekalah yg rosakkan pas. jalan sendiri beb, insyaAlah wa ikut belakang lu. kalo joint dia org mcm sekarang, sama lar jugak dgn ameno tu!!

sy jwb..
kalau gitu bg awak pas is just not good enough. OK baiklah kalau pas x cukup bagus bg awak sy cadangkan awak tubuhkan parti baru yg lebih gah perjuangan Islamnya sy nak perjuangkn. sy takut ini hanyalah helah reverse psychology dgn mengatakn umno x ok tp pas juga x cukup bagus so sokong umno jelah. balik2 umno juga kena sokong. kalau ini pendekatannya baik x payah.

pas mmgnya bukan perfect tp kalau nak dibandingkan dgn umno dgn minda yg terbuka/rasional/perbandingan hujah2 maka umno jauh keterbelakang.

blue_dream said...

betul betul kata fariz UMNo dulu,kini dan selamanya sekular dan bangsat.

blue_dream said...

betul betul kata fariz UMNo dulu,kini dan selamanya sekular dan bangsat.

blue_dream said...

betul betul kata fariz UMNo dulu,kini dan selamanya sekular dan bangsat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...