Wednesday, November 11, 2009

Isteri Datuk Kamarudin Jaafar meninggal dunia

KELANA JAYA, 11 Nov: Datin Kamariah Kamarudin, Isteri kepada Ahli Parlimen Tumpath, Datuk Kamarudin Jaafar meninggal dunia jam 6 pagi ini di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, kerana penyakit Kanser.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. dan dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isterinya, Datin Kamariah Kamarudin pagi tadi.


"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada YB Datuk Kamarudin Jaafar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin, ke rahmatullah pagi ini 11 November 2009.

"Sudah tentu pemergiaan isteri beliau ini bukan sahaja dirasai oleh Datuk Kamarudin Jaafar, tetapi juga seluruh anggota keluarga yang sentiasa bersabar dengan ujian dari Allah ini.

"Semoga Datuk Kamarudin Jaafar bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kita juga mendoakan agar roh isteri beliau itu berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan.

Jenazah Allahyarhamah Datin Kamariah akan disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan akan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

4 comments:

Ibanez_Swk said...

Takziah kepada keluarga Datuk Kamaruddin Jafar,semoga roh isteri beliau ditempatkan bersama org2 yg solehah. . .amin

sakariya said...

Salam takziah buat keluarga Datuk Kamarudin.

Ubaid Madani said...

takziah pada Dato KJ dan seluruh ahli keluarga,bersabar dengan ujian Allah dan kita pun nanti akan mengikuti jejak allahyahamah,semoga ditempatkan rohnya bersama para solihin dan muqarrabin..amin

andy said...

Salam takziah buat keluarga Datuk Kamarudin.

emoga roh isteri beliau ditempatkan bersama org2 yg solehah. . .amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...