Monday, November 30, 2009

Kenyataan Media Wanita Keadilan : Kebajikan Anak-anak Malaysia diabaikan

Wanita KEADILAN memandang serius pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun bahawa KPWKM masih sedang ’berbincang’ untuk menyelesaikan beribu-ribu kes-kes mahkamah yang melibatkan kanak-kanak! Jika Kementerian Pembangunan Wanita sendiri tidak berupaya untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah juvana ini, maka kementerian mana yang boleh diharapkan untuk melindungi kanak-kanak dalam sistem perundangan agar tidak merencatkan pertumbuhan mereka yang sedang membesar.

Kami juga resah apabila KPWKM hanya bercadang untuk menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) dua (2) tahun dari sekarang - tahun 2011. Bagaimana Kementerian Pembangunan Wanita hendak menyelaras dan memantau isu-isu berkaitan kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak jika penubuhan jabatan kanak-kanak ini dilewatkan?

Begitu juga Pelan Tindakan bagi Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara yang melibatkan hampir kesemua kementerian. Apakah peruntukan ’cross-cutting budget’ dari kementerian-kementerian yang terlibat dan bagaimana KPWKM hendak memantau samada pelan tindakan itu telah berjaya dilaksanakan?

Ini mengambil pengajaran dari kegagalan pemantauan ’cross-cutting budget’ oleh KPWKM dalam Belanjawan 2008 terhadap empat (4) kementerian berkaitan – Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Jelas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kurang peduli dalam melindungi hak kanak-kanak walaupun negara kita telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan. Tidak hairan perogol-perogol wanita dan kanak-kanak kaum Penan lepas bebas tanpa pertanggungjawaban.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

19 comments:

hurry said...

sebuk je umno bertungkus lumus dok tekan nik aziz letak jawatan...sebab umno tahu selagi ada nik aziz payah nak ambik kelantan. tula sedaya upaya utusan malaysia,berita harian dan tv3 tekan nik aziz letak jawatan..yg sorang lg individu yg boleh menghancurkan umno ialah anwar ibrahim...dua insan ni la paling umno takuti...so apa2 pun nik aziz jgn letak jawatan...

abe MIE 'TERJAH' said...

kebajikan anak2 terletak di bahu ibu bapa. kalau ibu bapa bercerai, bagaimana hendak jaga kebajikan anak2...

lagipun anak2 di selangor ramai, bagaimana kerajaan nak jaga semuanya...


pkrpasdap.blogspot.com

hurry said...

aku pelik betul sekarang ni
sepatutnya najib dgn rosmah letak jawatan banyak salah laku...sedara mara dia tak mengaku,kes altantuya,tak pakai tudung...menakutkan je...firts lady kita tu...mana lagi ok nik aziz dan anwar sama dgn wan azizah...di bandingkan dgn najib dan rosmah...pikir la sendiri

ironseven said...

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..hehe..

rakyat yg bernama kroni didahulukan, pencapaian kroni2 ini diutamakan...

teringat doa laknat ke atas yahudi, nasrani dan musuh2 islam masa solat jumaat. 'allahumma alaika bil yahudi wan nasara...', dan dihancurkan musoh2 islam tersebut...

hehe..

hurry said...

umno ni dah tak ada pemimpin dah najib dgn rosmah di jadikan presiden..kelakar betul aku dgn rosmah tu....cuba kita amati apa yg rosmah lakukan dan cuba promosi diri sendiri..

ironseven said...

berita hairan,
kemaskini 3.15pm Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..bodoh sungguh. 52 tahun diperbodoh dan dimiskinkan oleh umno namun tetap jugak bodoh tak pandai2...

eh, polis bagi permit buat demo tu ke? kan ke kata bos2 umno yg demo ni bukan budaya umno? ni budaya ape pulak ni? hehe...tok hisyam dah bagi buat demo balik ker...?

ironseven said...

Ketika diminta mengulas isu doa TG Nik Aziz terhadapnya, maka berkatalah Datuk Seri Najib yang kini sedang menghadiri sidang CHOGM di Port of Spain:

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain."

HEHE...AGAKNYA DOA TGNA DAH ALLAH MAKBULKAN KOT. TU YG NAJIB TERSASAU TAK TAU MAKSUD ROYALTI DAN WANG EHSAN. DAN BUAT2 BENGONG TENTANG ISI PERJANJIAN MINYAK TU.

SETAU AKU LA, ADE SATU BANGSA YE YG BILA DIA BUAT PERJANJIAN LEPAS TU DIA ENGKARI PERJANJIAN TU. IAITULAH...YAHUDI....

KITA DOAKAN NAJIB TERBUKA HATI MENERIMA HIDAYAH. KALAU NIAT DIA TETAP JUGAK JAHAT MAKA KITA LAKNAT LE NIAT JAHAT DIA TU..HEHE..

Ibanez_Swk said...

hahahaha! setuju dgn pendapat hurry.
UMNO yg bertungkus lumus nak suruh Nik Aziz jawatan kelakar lak,yg Presiden mrk penuh dgn skandal2 x lak mta letak jawatan,duit lum byk nak kaut lagi ka?huhuhu..

Ibanez_Swk said...

saya paling menyampah klu Muhiddin Yasin berkata Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu,bila org ajak berdebat siapa pengkhianat melayu sebenarnya takut lak pihak UMNO ni..harap kamu org perasan juga lah.

dewatawanberapi said...

iban sarawak...hahaha

ironseven said...

dewata said
"iban sarawak...hahaha"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..typical umno hujah kosong akai kureng...

arakian maka berkata nazri aziz "pendekatan btn akan dirombak supaya selari dgn konsep 1malaysia kerana sebelom ni hanya menjurus pada satu kaum..."

hehe..nampak sgt le umno2 ni cakap tak guna akai. sharizat kata lain, muhyidin kata lain, zambry kata lain. hakikatnya btn AKAN diperkemas kerana HANYA SATU KAUM sebelom ni.

hehe..ada sapa2 yg ingat lagu ANAK KECIL MAIN API yg dinyanyi masa btn? hehe..tolong le jgn bodohkan org2 yg dah pi btn. kalau nak bodohkan diri sendiri bodohkan le senyap2 dalam toilet....

ironseven said...

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Baca le tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

hehe..betol le kata shahnon ahmad berbelas tahun dulu dalam novel SHIT nya...

nalapambu said...

MCA sudah hancur.
MIC sudah berkubur.
Gerakan sudah lenyap.
PPP sudah ranap.


UMNO pasti akan tumbang pada PRU13 nanti.

Mesra Sokmo said...

Pencacai UMNO & Sister In Islam (SIS) adalah sepupu sepapah Yahudi. Penentang Hukum Allah SWT.

http://www.sistersinislam.org.my/

SHARING THE NATION By ZAINAH ANWAR

The arrest of a progressive ulama has plunged many Malay­sians into further despair that this country is hurtling towards an implosion but it may prove a blessing in disguise.

What else needs to happen before our political leaders on both sides of the divide find the will and courage to walk the talk of seeing a plural, diverse Malaysia as a source of strength and not a threat?

Mesra Sokmo said...

Hentikan Sebatan. Hentikan Sebatan ke atas Kartika

KENYATAAN MEDIA
Hentikan Sebatan. Hentikan Sebatan ke atas Kartika

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) memandang dengan amat serius terhadap Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah mendengar dan membuat keputusan terhadap semakan ke atas hukuman sebat untuk Kartika Dewi Shukarno (Kartika) tanpa kehadiran pihak berkenaan yang ingin membentangkan hujahan, atau mengumumkan perbicaraan tersebut kepada umum.


Tambahan pula, pada 18 September 2009, Sisters In Islam (SIS) telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, dan permohonan ini masih belum didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang.

Kami juga berasa hairan dengan kepantasan mahkamah Syariah yang mahu hukuman tersebut dijalankan secepat mungkin sedangkan banyak organisasi masyarakat sivil dan ramai individu dan terpelajar yang terkemuka menyatakan rasa bimbang mereka terhadap kesesuaian hukuman denda sebanyak RM5,000, enam sebatan yang dikenakan ke atas Kartika, seorang pesalah kali pertama, yang telah pun mengaku bersalah dan menyatakan rasa sesal beliau sehingga kini.

Kami berasa bimbang kerana Mahkamah Syariah telah mengambil tindakan berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal agama Islam, Mej-Gen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (“Syariah court to have more bite”, NST, 24 April 2009) bahawa kekurangan pelaksanaan hukuman sebat “merupakan antara faktor yang menjadi sebab peningkatan jenayah syariah setiap tahun kerana masyarakat merasakan undang-undang tersebut adalah terlalu remeh.” Kenyataan yang dibuat oleh Menteri tersebut adalah tidak tepat dengan mengaitkan kekurangan hukuman sebat sebagai faktor peningkatan di dalam “jenayah syariah” kerana kajian telah menunjukkan bahawa hukuman sebat, seperti mana hukuman dera, bukan satu langkah pencegahan yang berkesan terhadap perbuatan melakukan jenayah.

Hakikat bahawa Kartika sendiri nampaknya ingin hukuman sebat tersebut dijalankan ke atasnya tidak sepatutnya menghalang pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu dengan adil dan penuh belas kasihan dalam semua konteks kes tersebut. Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia.

Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya. Terdapat percanggahan pendapat tentang jika seseorang balu memilih untuk mengorbankan dirinya, mereka yang lain tidak boleh campur tangan. Jelasnya, ini bukanlah satu amalan yang tidak boleh dibiarkan berdasarkan prinsip pilihan bebas.

Isu penting di sini adalah kemerosotan standard hak asasi yang digunakan di negeri Pahang. Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia – terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah.

Jika Kartika dikenakan hukuman sebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negera Islam yang sederhana akan tergugat selama-lamanya.

Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.

Mesra Sokmo said...

Dalam kes Kartika, kami berasa amat khuatir kerana prinsip am penjatuhan hukuman tidak digunakan: beliau adalah seorang pesalah kali pertama, beliau berasa sesal dan telah mengaku bersalah, dan tidak terdapat keganasan dalam perbuatan melakukan kesalahan tersebut. Hukuman beliau tidak setimpal sama sekali dengan kesalahan yang dilakukan.

Kami turut menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan kajian semula yang komprehensif ke atas undang-undang kesalahan jenayah Syariah, dengan tujuan memansuhkan undang-undang sedemikian. Pada tahun 1997 dan 2005, SIS telah menyerahkan memorandum kepada pihak Kerajaan tentang kesalahan jenayah syariah, membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut yang tidak berasaskan teori dan amalan undang-undang Islam, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta juga bercanggah atau bertindan dengan Kanun Keseksaan dan undang-undang persekutuan yang lain.

Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang berkaitan bahawa keadilan hendaklah dilembutkan dengan rasa belas ihsan; dan bukan hanya keadilan dilakukan dengan saksama tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil agar masyarakat Malaysia berasa yakin dengan proses di mahkamah Syariah.

30 September 2009


Dikeluarkan oleh:
1. Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada Sisters in Islam (SIS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC);
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
3. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM)
4. Pendana Menteri M'sia

Mesra Sokmo said...

Semoga Rakyat Sabah & Serawak terus berfikir bagi melenyapkan BN dari merintah M'sia, ini disebabkan 52 tahun Merdeka tetapi mengabaikan segala kemudahan utk rakyat. Sedangkan seketunya serta kroninya kaya ria. Sampai bila rakyat terus menyusuri sungai? Hanya logo BMW & Merch sahaja yg hanya dapat ditampalkan dibot mereka. Hasil bumi dirompak oleh BN, tetapi rakyat semiskin memakan siput Babi. Harapnya rakyat sedar didalam PRU13 nanti. Undilah Pakatan Rakyat, jangan sekali nak beri undi kepada BN (Binasalah Najib)Pastikan ianya berkubur & BN tinggal sejarah.

Ibanez_Swk said...

PRU-13
"Duit Didahulukan,Kroni Diutamakan"
Wah org UMNO lak buat demo ok juga huhuhu,org tak bodoh nak menilai, mana pergi komen Hishamudin tentang demo ni ya?! klu dr pembangkang buat demo bkn main lagi,Siap PM,TPM,KDN semua buat komen,skr org UMNO wat demo tak kan tak komen kot.

Ibanez_Swk said...

Dulu kata demo2 ni bkn budaya UMNO...
apa yg diludah ke langit dulu kena batang hidung sendiri...pirahhhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...