Monday, November 2, 2009

Pemuda PAS kesal tindakan JAIS

Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At Tantawi yang menyatakan kekesalan mereka terhadap JAIS:

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor, sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor.

Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama, pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro. Selain university, masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu - isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan.Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu .

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa kesal atas tindakan JAIS dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap JAIS .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak mufti negeri Selangor atau Pengarah JAIS bagi menangani isu seperti ini [ pentauliahan ] demi masa depan dakwah Islamiyyah di negeri Selangor . Insyaallah , DPPP akan membuat temujanji dengan Pengarah JAIS dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut .

18 comments:

Adi Satria said...

Sudah-sudahla...

Orang2 PASngok ni semua patut terjun laut dan masuk dok dalam DAPigs jer..

Buat nyemak jer...

kedaung said...

apa lagi!!

ajaklah asan ali tu....

takan tak tau apa2 kot?

kedaung said...
This comment has been removed by the author.
bagan pinang said...

Tabuan kena tangkap, baru padam & kenal sikit dengan diri itu...nak tunjuk hero sangat....hero mengampu UMNO

cicitHJHASSANu said...

pasai apa semua orang nak bela dia,dari bapak one malaysia sampai ke anak biaknya...
lepas ni pesan kat Dr Asri ke sesapa nak ceramah agama ke,pergi tanya toke genting camna dia bleh dapat tauliah 'seumur anak cucu hidup'....

bagan pinang said...

MAZA/tabuan mengamalkan fahaman WAHABI & menolak fahaman sunnah wal jamaah spt qunut, batal wudud bila bersentuh dgn perempuan halal kahwin.

Anak muridnya Marina Mahathir....hehhh. Malu aku.

Tabuan menolak kitab karangan iman nawawi.

Itulah yang sempat ditulis dari berita bernama TV...

Walau pun PHD (Puak Hasad Dengki) tetapi pengampun BN (Barua Nazak) ..... tabuan..tabuan...bunuh pun tak apa...hehhh

Perawi said...

MAZA/Tabuan, penyebar ajaran sesat. Tangkap sumbat dalam ISA. Pinjam kunci dgn Hishamuddin...hehhh.

Menyesat rakyat dgn menolak mazhab Syafie....

Perawi said...

Tangkap wolf sekali, ke ISA dgn Tabuan...heeee

Menyesat Ummat & rakyat Malaysia

aiman said...

tangkap WOLF sekali,jangannnn.biarkan dia terus menyalak sampai terkeluar anak tekak

Perawi said...

Najib nak lantik tabuan jadi pengarah YADIM.....

Perawi said...

Selamat mengampu BN, wahai Tabuan/MAZA

Mesra Sokmo said...

Syabas JAIS menangkap WAHABI Malaysia...kalau tidak PAS saja yg kena dibantai Asssobiyah...hehhh

Rahsia said...

PAS Selangor dan PAS Perak melukut di tepi gantang !!! Prinsip perjuangan politik ikut-ikutan macam PKR dan DAP.

Rahsia said...
This comment has been removed by the author.
kelana said...

kebenaran tetap kebenaran. Al-quran dan hadis jadikan rujukan bukan mentafsirkan sesuatu mengikut selera dan logik akal. Sepintar manapun otak manusia tetap tidak dapat menandingi Mahabijaksananya Allah. Ingatlah padang masyar. Semua kita akan diadili oleh Hakim yang Maha adil Allah s.w.t. Takutlah kepada Allah. Ulama yang jahat dan pengikut-pengikutnya tempat mereka di dalam neraka, tempat tinggal yang sangat panas dan minuman yang menghancurkan usus. Ingatlah orang islam yang baik tidak suka mencarut , memaki hamun atau menggunakan kata2 kesat.

jiwakita said...

salam....

bunyi semacam jer....masa BN berkuasa
PAS tak suka JAIS..kini masa PR berkuasa
Di Selangor nada sama jer...salah jugak
BN ker...?

Mana Suara puak PAS nak sifarkan maksiat dan judi bila ada kuasa? jalan terbuka,jentera telah ada..ayuh lakukan!

keris panjang said...

Sejak peristiwa dr asri ditangkap,maka bersedialah kita semua memerhatikan lakunan2 terbaik musim ini untuk kita tonton dari pelbagai macam pelakon yg lebih hebat dari palakon terbaik msia. jgn terpengaruh ye, sbb mereka tu semua adalah pelakon!

Unknown said...

Aku dah Kata Buang habis orang-orang UMNOBN DALAM Utama kuasa PR...
mereka neeee menganggu ururstakbir kerajaan PR.
UMNOBN membuatkan PR tak Buat kerja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...