Monday, November 16, 2009

'Penyeludupan' 10 Juta, penjelasan MB dituntut

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu 'Penyeludupan' RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.

Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.

Dalam surat bertarikh hari ini, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), "… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…" dan; Seksyen 35(b), "memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini".

Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.

"Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

"Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?" soalnya.

Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

"Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan," katanya lagi.

Baliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.

Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..

"Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.

"Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

"Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.

"Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, " katanya.

21 comments:

hurry said...

tak payah tuntut..nak jelas apa lagi itu kan bn...bn senyap2 sajalah......walau rm10 juta ke rm500 juta kes komisen kapal selam,kes pkfz ke,tapi kes beli beli bendera oleh wakil2 dap tu yg hanya berapa ribu...ha itu kena serbu dulu....itu merugikan duit rakyat tu....sebab kita pun kena beza rm10 juta dan rm500 juta kes komisen tu...sikit je...kes nik aziz nak pergi haji dan wakil dap tu.penting tu..besar tu....dan AKU HARAP SPRM SERBU CAMANA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BOLEH BAYAR ANWAR IBRAHIM RM1 SEBAGAI PENASIHAT KEEWANGAN TU...ITU DAH KES BESAR TU....MELIBAT KERUGIAN BERJUTA2 DOLAR DUIT RAKYAT....

tabuan said...

Semua telah ditentukan Allah nama TGNA dan keluarganya tidak tersenarai sebagai tetamu Allah pada tahun ini.

Siapalah TGNA disisi Allah sama saje seperti umat Muhamad yang lain sama ada dari orang PAS atau UMNO.TGNA perlu musabah diri dah bersihkan hati dan dendam kesumat terhadap orang Islam dari UMNO sebelum membuat haji.

Sudah minta maaf ke dengan ulamak-ulamak lain yang TGNA cerca dan hina kerana tidak menyokong dan menghalalkan cara fahaman TG.

TG menggunakan agama dengan taksiran sendiri dan sering mencerca sesama sebangsa dan seagama kerana berlainan parti.

Kita di Mekah sama saje samada orang UMNO ke PAS ke adalah umat Muhamad bukan lagi pengikut parti TG.

Kalau ia pun TG nak ke tanah suci seeloknya gunalah duit sendiri untuk menunaikan haji supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat di negara ini kerana TG adalah Orang Politik dan Ketua Kerajaan.

Biasalah permainan politik akan mencari kesalahan orang lain seperti juga TG mencari ayat suci untuk menyokong dakwaan kesalahan lawan.

Namun, dari segi moralnya apa diterima adalah salah dan ia tetap rasuah. Itulah takdir ALLAH, perkara yang tak diduga berlaku sebagai balasan dari Allah.

Janganlah kita mencari kesalahan orang lain dalam hal ini lagi. Walaupun, kita tidak mau perkara ini berlaku tapi akal kita telah dimatikan dan kita melakonkan episod kejadian itu.

Mulut kita dengan sendiri mengakui perbuatan kita sedang kan perkara itu perlu didiamkan. TG sendiri yang membuat pengakuan itu samada sedar ataupun tidak. Itulah kuasa tuhan ke atas diri kita.

Di sini TG telah diduga dengan pelbagai halangan belum sampai lagi ke tanah suci untuk bertaubat. Itu sebagai tanda supaya TGNA perlu meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa yang disinggung dan dicerca oleh TG selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Oleh itu berbanyak-banyaklah bersabar,berisytifar dan solat taubat selalu untuk membersihkan hati.

Sebenarnya TGNA telah muflis di dunia kerana dosanya segala amalannya telah diserahkan kepada orang yang dicerca dengan hinanya di depan umum.

Janganlah TG takbur dan bongkak akan kelebihan ilmu yang TG ada kerana kita tak tahu akan kelebihan ilmu orang lain kerana itu adalah anugerah dari ALLAH.

Kenallah diri sendiri dulu sebelum mengenali Allah dan rasulnya Nabi Muhamad. Kalau TG pengikut syaitan tak perlulah pergi ke Mekah kerana syaitan memang nyata tidak pergi ke rumah ALLAH dan bertaubat.

Politik- Politik juga dosa pahala tetap diambil kira jika melakukan dosa. Tak taulah mungkin jadi orang politik parti PAS dikecualikan dari dosa sekiranya membuat fitnah, berbohong, mencerca, mengaibkan orang dan sebagainya

abe MIE 'TERJAH' said...

Sepatutnya penyeludup minta RM1 aje macam anwar ibrahim dibayar di selangor....


pkrpasdap.blogspot.com

Nick said...

RM 1 diketawakan...

PKFZ 12 Billion dibanggakan...

Bengap ke apa??

tabuan said...

"Khalid gagap dapat body guard dengan upah singgit"

abe MIE 'TERJAH' said...

RM1 dapat beli apa? beli kondom nak liwat orang pun tak boleh..tak tahulah kalau ada kondom second hand...

tak sindir serius nie

tabuan said...

beli KY pon tak lepas, kalau tak KY pakai minyak bekas goreng ikan masin kat dapur boleh kut........

ironseven said...

hehe..proton jual agusta 1Euro ruginya berjuta2 RM. bagi gaji singgit kat anwar rugi billion2 le kot. pegi check cepat2 sikit ye sprm. rugi billion2 tu...

yg kes mohd hassan ni sprm nk tunggu ape lagi? check le dgn adil dan saksame ye walaupon RM10 juta tu tak sebyk singgit yg anwar dapat jd penasihat ekonomi sgor tu.

SIASAT JGN TAK SIASAT!!!!!!!!!!!!!!!!

nalapambu said...

Semakin hari semakin terserlah keburukan pemerintahan kerajaan BN yang sangat tidak adil.

Apa juga perkara kecil kesilapan pembangkang dengan segera di siasat dan di ambil tindakan.

Malang nya banyak perkara besar kesalahan BN di simpan dan di sembunyikan sahaja.

Kini rakyat tidak pekak dan buta, rakyat akan menghukum kerajaan yang tidak adil dan jujur ini pada PRU13 nanti

hurry said...

IRONSEVEN
TAK PAYAH NAK SIASAT,BN KALAU ORG MEREKA SENYAP2 JE LA...TU PUN AKU DOK RISAU PASAL SELANGOR BG GAJI RM1 TU..DIA ORG TU BOLEH PUTAR BENDA TU JADI ISU...JGN2 DIA ORG BGTAU SELANGOR DAH BANGKRAP TAK MAMPU NAK BAYAR GAJI MAHAL....TENGOK SENDIRILA....YG TAK BETUL DI COVERLINE OLEH MEDIA UMNO...TENGOK KES PKFZ,KES NAIK HAJI NIK AZIZ,KES BAGI LEMBU KORBAN OLEH KHALID DAN MCM2 LG LA....TAPI SELEWENG DUIT ZAKAT,SELEWENG DUIT PPRT,SELEWENG DUIT ITU DUIT INI...SENYAP JE....KES MASJID RUNTUH,MAKMAL SEKOLAH RUNTUH,JAMBATAN RUNTUH,STADIUM RUNTUH MCM2 LG...SENYAP JE...
PASTU KES MEMBABITKAN AKHLAK TAK MENGAKU MAK SEDARA DAN SEPUPU ROSMAH SEBAB MALU NAJIB JADI PM TU SENYAP JE KE.....HIDUP USTAZAH ROSMAH...wanita pertama mithali abad ini

hurry said...

IRONSEVEN
TAK PAYAH NAK SIASAT,BN KALAU ORG MEREKA SENYAP2 JE LA...TU PUN AKU DOK RISAU PASAL SELANGOR BG GAJI RM1 TU..DIA ORG TU BOLEH PUTAR BENDA TU JADI ISU...JGN2 DIA ORG BGTAU SELANGOR DAH BANGKRAP TAK MAMPU NAK BAYAR GAJI MAHAL....TENGOK SENDIRILA....YG TAK BETUL DI COVERLINE OLEH MEDIA UMNO...TENGOK KES PKFZ,KES NAIK HAJI NIK AZIZ,KES BAGI LEMBU KORBAN OLEH KHALID DAN MCM2 LG LA....TAPI SELEWENG DUIT ZAKAT,SELEWENG DUIT PPRT,SELEWENG DUIT ITU DUIT INI...SENYAP JE....KES MASJID RUNTUH,MAKMAL SEKOLAH RUNTUH,JAMBATAN RUNTUH,STADIUM RUNTUH MCM2 LG...SENYAP JE...
PASTU KES MEMBABITKAN AKHLAK TAK MENGAKU MAK SEDARA DAN SEPUPU ROSMAH SEBAB MALU NAJIB JADI PM TU SENYAP JE KE.....HIDUP USTAZAH ROSMAH...wanita pertama mithali abad ini

ironseven said...

hehe..biarkan sprm siasat sejajar dengan piagam dia. serta tafsiran tentang rasuah dan suapan. dan hukuman di atas kesalahan. aku yakin sprm takkan biaqkan org kata kat depa anjing peliharaan umno atau mangkok tandas pemimpin umno atau penjilat pungkoq org besar bn.

tak ke gitu sprm? ayuh buktikan tuduhan itu tak benar!!!!!!!!

SIASAT JGN TAK SIASAT!!!!!!!!

hurry said...

ironseven
nak siasat apanya...kan tak berasap periuk nasi kat rumah tu kan...baik siasat nik aziz naik haji dan wakil dap beli bendera yg berharga rm2,400 tu..tu lagi besar dan kes kerajaan negeri selangor bayar anwar rm1 tu pun camana boleh keluar duit rakyat tu....tu rugi besar negeri selangor nanti
mahathir lak cakap bayar murah dapat pulangan pun murah kat anwar...tu yg umno dok buat tu...bayar berjuta2 kat bos perwaja steel tu...dapat bukan main banyak tu....tu yg mahathir buat...hidup che det...dan tanah kat klcc tu beli berapa ringgit sekaki oleh ananda krishnan...rakyat beli balik dari ananda berkali2 ganda tu la...hasil idea mahathir...hidup che det...dan paling berharga swastakan semua pengurusan syarikat kerajaan..tu yg rakyat terhutang budi kat che det kita tu...yg swasta tu la...talipon sewa murah,astro murah mungkin demi ananda terhutang budi kat rakyat yg beli balik dgn harga yg tinggi tanah kat klcc tu kot ,elektrik murah dan semua murah..org nak buat dan mas umar bin abd aziz buat guna modal sikit untung banyak tu ...ok...yg umno buat guna modal banyak dapat ciput je...itu pun kalau dpt silap haribulan gulung tikar

hurry said...

nak jugak tunggu tabuan,abe mie terjah,dan sapa2 lg yg kuat menyokong umno ulas pasal penyiasat persendirian(bala) dapat cheque rm50 ribu sebulan yg di biayai oleh karpet raya...iaitu syarikat rosmah mansor...yg di kupas oleh raja petra kamaruddin itu....tolong ulas sikit abe mie dan tabuan

cheguBard said...

http://chegubard.blogspot.com

FZY said...

Tabuan yg buta mata hati berkata:

1) "TGNA perlu musabah diri dah bersihkan hati"

- Tok Guru memang selalu muhasabah diri, tapi pimpinan UMNO yg x reti muhasabah diri. Diri sendiri pun x terpimpin.., mcm mana nk pimpin org? ke neraka??

2) "Sudah minta maaf ke dengan ulamak-ulamak lain yang TGNA cerca"

- Pemimpin UMNO cerca hukum Allah dah bertaubat ke belum? Silap2 boleh batal syahadah (murtad)..

3) "TG menggunakan agama dengan taksiran sendiri"

- Tafsiran UMNO lagi bahaya. Boleh menggugat akidah. Suruh JAKIM/Majlis Fatwa ambil tindakan la kalau betul salah. Kenapa? x berani ke?

4) "Oleh itu berbanyak-banyaklah bersabar,berisytifar dan solat taubat selalu untuk membersihkan hati."

- Memang Tok Guru buat solat taubat tiap2 mlm, tapi pimpinan UMNO ada di mana waktu mlm? Disko? Menyundal? Minum Arak? Berjudi?

5) "Kenallah diri sendiri dulu sebelum mengenali Allah dan rasulnya Nabi Muhamad. Kalau TG pengikut syaitan tak perlulah pergi ke Mekah kerana syaitan memang nyata tidak pergi ke rumah ALLAH dan bertaubat."

- Tok Guru alim tasawwuf, memang dia mengenali diri sendiri dan Allah, cuma pemimpin UMNO yg x kenal dosa pahala dan syurga neraka shj yg keras hati. Yang mengiku syaitan UMNO lah. Hizbussyaitan..

* * * *

Saudara Tabuan barangkali termakan racun UMNO dan masih belum pulih lagi agaknya. Saudara perlu berjumpa dgn Ulama' utk mengubati penyakit batin saudara. Kerana berada pada tahap yg amat membimbangkan.

Tok Guru berdakwah dan mengajar agama dikatakan sesat. Pemimpin UMNO yg menyempitkan agama dan membuang agama dari kehidupan x sesat.

Tok Guru sembahyang malam berdosa. Pemimpin UMNO mlm2 berjudi, mabuk dapat pahala ke?

Saudara Tabuan jahil tanpa sedar. x kenal lagi diri sendiri rupanya. Tok Guru mengislamkan org. Tapi pemimpin UMNO memurtadkan org. Jgn seronok dlm kejahilan, kebenaran akhir zamam memang pedih. Menggenggam bara api.

Pergilah ke kuliah Tok Guru pada hari Jumaat, jgn jadi bodoh sombong. Insyaallah saudara akan mengenal diri saudara sendiri nanti. Kerana bukan Tok Guru x kenal diri, tapi saudara tabuan sendiri yg x kenal diri saudara sendiri. pergilah berguru dgn Tok Guru selagi ada hayat saudara. Selamat bertemu hidayah. Jgn jumpa Najib/Muhyidin.., memang x akan kenal diri punya. Botol arak, daun terup judi atau perempuan barangkali mereka kenal. Wallahu'alam.

ambo_AsyMok said...

lawan tetap lawan!

Ibanez_Swk said...
This comment has been removed by the author.
Ibanez_Swk said...
This comment has been removed by the author.
Ibanez_Swk said...

t

Ibanez_Swk said...

t

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...