Monday, May 11, 2009

PR sedia bincang dengan BN kemelut Perak

PULAU PINANG, 11 Mei: Pakatan Rakyat(PR) tidak akan menolak sesiapa sahaja yang ingin mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak.

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pimpinan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di negeri Perak.

Walau bagaimana pun Najib dalam kenyataannya tidak bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjangan itu.

Anwar juga berkata PR tidak pernah menolak mana-mana pihak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut yang telah berlarutan sekian lama ini.

"Kita tidak mempunyai alasan bagi menolak sikap baik termasuk daripada Umno dan BN sekiranya perbincangan tersebut akan diikuti dengan tindakan yang beradab dan selaras dengan peraturan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Namun begitu, ia haruslah mengikut adab supaya tindakan yang akan diambil dapat mencari satu jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan masalah kemelut dan krisis politik yang berpanjangan di negeri Perak ini dari berterusan.

"Jika penyelesaian ini masih lagi tidak dapat diselesaikan maka ianya amat merugikan rakyat," kata Anwar.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Permatang Pauh baru-baru ini.

4 comments:

Anonymous said...

nak bincang boleh .. :) kan lebih baik bincang. daripada teriak sana sini merusuh ttg apa yang tak patut.. tapi apa yang terjadi di PERAK memang mengecewakan.. aku tengok dalam news.. alahai, apsal lak jadi camtu.. tak hormat Raja Nazrin langsung .. 5 jam lebih bukannya sekejap.. lame! .. ape masalahnya duduk je dalam dewan tu dan bersikap professional. ni tak, masing2 bersikap macam orang yang kelaparan tak makan 2 minggu .. berdiri atas meja dan sebagainya.. memalukan! lagi2 bila tersebarnya gambar SIVAKUMAR diheret oleh penguasa ..

mFa@anon said...

saya penyokong pkr dan kerajaan pakatan rakyat dari dulu hingga sekarang.apa yg berlaku di perak pada pandangan saya tidak sepatutnya berlaku.pihak pakatan rakyat sepatutnya menghormati sidang dun dan tidak bertindak diluar batas2 peradaban meskipun pihak bn bertindak dengan 'merampas' 3 adun pkr sebelum ini.biarlah sebab rakyat sudah menilai dan akan membuat keputusan menyeluruh pada pru-13.tidak lama lagi saudara2 semua,hanya kurang drp 4 tahun lagi.bersabarlah seperti mana nasihat Tuanku Sultan sewaktu YB Nizar mengadap Baginda sebelum BN merampas kuasa melalui majoriti mudah tempoh hari. jangan gunakan kaedah spt demonstrasi jalanan didalam sidang DUN khususnya supaya kita semua tampak lebih matang dan sanggup menerima ujian sebegini hebat dalam menuju kejayaan kelak.

Mahmeri said...

huuhuhuh MFA ni...merampas ek..bukan ke your penasihat PKR yang sibuk nak adun2 BN melompat...kena kat batang hidung sendiri,salahkn BN lak...tu la PR...bila diorang wat takpe..bila tetiba kena kat batang hidung sendiri tak leh terima..akal ada k?

wansalman said...

Patut nyer Umno ni memerintah di Colombia jer,mesti satu2 kepala kena kerat,kalau tak mereka ni akan buat sesuka ati mak bapak dier dlm soal Perak ni.Sayang nyer rakyat Perak tak nak ikut jejak langkah rakyat Columbia.Kalau tak gerenti Umno ni dah lama padam.Itu saja jalan kalau mereka tak berani nak bubar Dun.Sultan pun satu kayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...