Monday, May 11, 2009

Nasarudin dan Zaki dicalonkan untuk ketua pemuda

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Sehingga kini, sudah dua nama dicalonkan untuk menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Zaki Ibrahim (bendahari sekarang) dan Nasarudin Hassan (timbalan ketua sekarang).

Muktamar Pemuda PAS Kelantan baru-baru ini mencalonkan bekas ketua mereka iaitu Mohd Zaki Ibrahim sebagai calon Ketua Pemuda PAS.

Muktamar Pemuda PAS Selangor, Pahang dan Terengganu mencalonkan Nasarudin Hassan sebagai ketua.

Untuk jawatan timbalan, anak Mursyidul Am, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicalonkan oleh Pemuda PAS Selangor manakala Pemuda Terengganu pula mencalonkan Azman Shapawi (naib sekarang) manakala Pemuda PAS Pahang mencalonkan Sabky Yusof.

Untuk naib ketua, Terengganu mencalonkan Sabky Yusof (setiausaha sekarang) manakala Pahang mencalonkan Nik Abduh.

2 comments:

MFA said...

bagus..nampaknya rakan pakatan kita ini semakin menghala ke proses demokrasi spt pkr.saya cadang eloklah para pemimpin kelab penyokong Pas juga diangkat mungkin sebagai AJK Kerja di peringkat Pas Pusat.ini mungkin boleh menarik lagi sokongan masyarakat bukan Islam untuk menyokong dasar Pas dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya.Ini juga merupakan satu pendekatan dakwah untuk mendekati mereka dgn mengiktiraf sokongan mereka selama ini contohnya di PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang yang lepas.Apa kata kawan2 sekalian?

anakkancil said...

line clear...perkara yg baik tak leh di tangguh-tangguhkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...