Friday, May 8, 2009

Jangan terikut dengan media musuh - Hassan Shukri

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri mengingatkan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dipalu media musuh yang sengaja menimbulkan polemik bagi memecahkan perpaduan PAS menjelang muktamarnya bulan depan.

Katanya, media berkenaan ada agenda tersendiri untuk memecahkan PAS dengan mengkelompokkan pemimpinya dalam kem-kem atau puak tertentu.

“Saya melihat gejala ini sengaja ditimbulkan media massa untuk menjatuhkan imej dan keaslian PAS sebagai jemaah yang terkenal dengan perpaduan di kalangan ahlinya,” ujarnya.

Dalam wawancara khas dengan Siasah, Hassan juga menolak dakwaan mengatakan ada unsur luar yang cuba mempengaruhi pemilihan PAS pada muktamar nanti.

“Saya tidak nampak ada unsur luar dan kalau adapun ia tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana ahlinya cukup berdisiplin dan terdidik dengan asas-asas perjuangan untuk mencapai keredhaan Allah,” tegasnya.

Mengenai dakwaan golongan ulama yang berhak memimpin PAS, Hassan yang juga dianggap sebagai pakar perlembagaan PAS menjelaskan memang tidak ada di dalam perlembagaan PAS mencatatkan PAS hanya perlu dipimpin oleh ulama.

Katanya, golongan profesional yang memahami Islam, tahu mentafsir Quran, hadith, ijmak ulama dan qias juga boleh menjadi pemimpin PAS.

Ikuti wawacanara penuh dalam Siasah hari ini.

11 comments:

uncle nano said...

pas ni hanya pandai buat cerita sahaja..apa pun tara pakai!!akai tara..

Tontoya said...

Memang media2 ni membesar besar dan mereka reka cerita untuk menutup kelemahan didalam parti umno...Strategi untuk memisahkan PAS dari pakatan rakyat telah bermula selepas PRU12 lagi.didalam pas,dilaga lagakan antara kepimpinan ulama dan profesional(yg umno kata pro Anwar) dgn mencipta istilah endorgan.Sesiapa yg menerajui pas,akan tetap memperjuangkan islam krn itu asas perjuangan parti.Mereka telah berjaya memecahkan pakatan barisan alternatif yg dibentuk pada 1999 dan akhirnya umnobn menang besar didalam pru11.Begitu juga pada tahun 1979,apabila pas diajak bergabung atas nama perpaduan,tetapi apabila umno kembali kuat,pas ditendang keluar,dan berjaya merampas kembali kelantan.Sekarang sekali lagi mrk cuba mengulangi taktik yg sama agar pas berpecah belah setelah pas menolak hasrat mereka utk bergabung.Bukannya ikhlas pun,cuma utk melihat percakaran antara parti2 didalam pr.Sedangkan dalam BN itu sendiri parti2 kompenennya saling tdk mempercayai antara satu sama lain.

jaam said...

Percaturan politik kaum Cina adalah sangat bijak melebihi pemikiran politik PAS.

Politik Melayu PAS contohnya suka diagung-agungkan (DAP suka agung-agungkan orang PAS sehingga tidak sedar diri yang mereka menghancurkan orang Melayu itu sendiri).

Bila orang Cina membaca 2 atau 3 ayat quran mereka bertepuk tangan dan dengan kusyuk terpesona dengan ucapan orang itu walaupun dia bukan islam dan sebutan pun tak betul.Mana dia ahli reformasi Pas.

Orang Pas janganlah terasa sombong kerana mereka disokong oleh kaum Kafir kerana kaum kafir tidak sekali-kali ikhlas untuk menolong orang Islam kecuali jika ada muslihat disebaliknya.

Jangan jadi macam negara Turki..dengan pertolongan barat kesultanan Turki digulingkan...Kamal Attaturk diangkat menjadi pemimpin yang telah menghancurkan daulah Islam di Turki.Mungkinkah PAS dan Annuar Ibrahim akan menjadi faktor Kamal Attaturk..yang akan menghancurkan orang melayu dan Islam dengan putar belit DAP..terutama negeri Perak dan Selangor.

ikhwan said...

Tontoya..memang dalam PAS puak pro Anwar@erdogan dah buat onar..takkan nak kata Ustz Nik Abduh tu pembohong kot..janganlah terpesona teruja sangat dengan Anwar tu melebihi TGNA,TGHH..Anwar tu ilmu agama dia untuk keduniaan semata mata..sedarlah..

Aurora said...

assalamualaikum...
pihak editor..
anda menanggung dosa sume org yg menghantar komen..
sbb anda mmbenarkn kata2 keji disini..
anda tidak mengambil tindakan atas org yg memberi komen dgn menggunakan kata2 keji..
maka anda snggup menanggung dosa mereka sume..

Tontoya said...

Betul tu Aurora,sekarang ni tak tahu yg mana satu siasah yg sebenarnya,kerana ada yg menyamar menggunakan nama siasah.Sikap tak ambil peduli editor membuatkan ramai pengomen pun tak amik peduli juga.Tapi kita sendiri mahu ingat le,kebebasan bersuara yg diberi disini hendaklah digunakan dgn berhemah.Ada yang memprovoke dgn bahasa yg terlalu kasar dan lucah dan langsung tiada kena mengena dgn isu yg dibincangkan.Lebih kpd serangan peribadi.Dan jikalau pihak editor terpaksa moderate komen,tidakkah itu akan menyusahkan semua org utk berhujah.

Tontoya said...

Kepada Ikhwan,tak payahlah awak nak menyedarkan saya.Kamu tu yg patut sedar.Saya tahu pihak mana yg benar2 serius dlm membela nasib bangsa dan agama.Memanglah didlm Pas,dari dulu lagi apabila menjelang pemilihan pimpinan akan ada kemelut sedikit.Tapi tidaklah seteruk UMNO.Cuma sekarang je dilihat cuba diperbesar besarkan oleh media termasuk tv yg memihak kpd umno.Seperti kata Presiden PAS,Kita sedang menyusun perabut didalam rumah,seorang sedang memasak dan seorang sdg menyusun perabut diruang tamu.Bunyinya agak bising sedikit.Tetapi bila didengar oleh jiran sebelah,mereka ingat sudah berlaku pergaduhan besar.Mungkin ada sesetengah didlm parti Pas yg tdk bersetuju dgn idea penggabungan dgn parti umno dan menawarkan diri utk bertanding.Tiada campurtangan dr mana2 pihak krn pas sudah matang dlm memilih kepimpinan.Ada teguran sedikit2 tu spt yg dibuat oleh Ustaz Nik Abduh,boleh menguatkan lagi parti Pas,krn dia sayangkan kepimpinan ulama.Bukannya dia menyokong penggabungan diantara Pas dan Umno.Orang2 pas lebih bersikap terbuka dan saling tegur menegur.Dan akan menerima dgn hati yg terbuka apa yg diputuskan oleh presiden TGHH dan TGNA.

Naruto sensei said...

Salam?

Aurora
siapa anda hendak menghukum orang dalam siasah ini ...? anda tak berhak suruh orang menanggung dosa sesiapa pun.. semua nya tanggungjawab manusia masing2..

Tolonglah ulas kalau ada idea yang bernas bukan seperti begini yang terus menghentam dan menghukum seseorang....

maaf jika terasa

wasalam

Naruto sensei said...

Tontoya My fren

saya setuju dengan anda!!

Selama ini bukan baru muktamar PAS berlangsung dah lama dah!! Seperti yang saya hujahkan dahulu.. dulu kalau panas ke atau sejuk ke muktamar PAS takde pulak orang sibuk2 nak ambil tahu..Pasal masa tu PAS ni kecik je UMNO boleh buli sekarang jangan haraplah...

UMNO pulak makin lemah sekarang dan tiada isu nak menyerang maka digunakanlah isu ini walaupun isu ni dah basi lama dah.. diulang2 cerita oleh pencacai hina mereka..

PAS pun kalau kuasai semua media pun boleh jatuhkan UMNO tak sampai sebulan kalau semua cerita2 buruk UMNO kita sebarkan tanpa halangan..

Itu pasallah UMNO tak payah nak berlagak sebab dia berani menyorok belakang jentera kerajaan je...

wassalam..

Alohai said...

Salam..
Aku stuju ngan ko naruto sensei...umno ni dh lmah...tggu mse nk dkuburkn je...diorg dh xde cre nk prkuatkn prti diorg...psl 2 diorg sbuk nk lga2kn PR...tp 2 smua xkn beri kesan...

Seman said...

www.jaranganakmelayu1.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...