Monday, May 4, 2009

Timbalan Presiden: Mohammad Sabu tidak cadang tarik diri

KUALA LUMPUR: Walaupun cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dikhususkan kepada ulama semakin di perkatakan menjelang pemilihan pucuk pimpinan di muktamar agung parti itu akan datang, salah seorang calon untuk jawatan tersebut, Mohammad Sabu tidak bercadang untuk menarik diri.

Mohammad yang telah mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS beberapa minggu lalu merupakan aktivis sepenuh masa parti yang bukan dari kumpulan ulama.

Ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi di pejabat Agung PAS hari ini, Mohammad berkata keputusannya (untuk bertanding timbalan presiden) tidak berganjak sama sekali.

"Saya akan bertanding dan tidak bercadang untuk tarik diri," kata beliau yang juga naib presiden PAS.

Berhubung anggapan sesetangah ahli PAS bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam PAS perlu diisi oleh ulama selaras dengan dengan konsep Kepimpinan Ulama yang diperkenalkan parti itu, Mohammad berkata beliau sangat memahami konsep tersebut.

"Saya juga terlibat (sebagai exco pemuda PAS) ketika pemuda PAS membincangkan Kepimpinan Ulama dalam muktamar pemuda pada tahun 1982 di Bukit Mertajam bersama (Datuk) Mustapha Ali, Subky Latif dan exco-exco pemuda PAS yang lain," kata beliau.

Justeru kata Mohammad, beliau yakin tindakannya untuk bertanding jawatan nombor dua dalam PAS tidak bertentangan dengan konsep Kepimpinan Ulama itu sebagaimana yang beliau fahami.

Mohammad merupakan salah seorang pemimpin PAS yang paling banyak mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden daripada kawasan-kawasan PAS seluruh negara yang telah bermesyuarat selain penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Konsep Kepimpinan Ulama diperkenalkan pada tahun 1982 dalam muktamar pemuda PAS dan kemudiannya dibentangkan dalam muktamar Agung PAS pada tahun yang sama seterusnya diluluskan.

Walaupun begitu, Perlembagaan PAS tidak menetapkan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dilantik dari kalangan ulama.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, timbulnya pandangan dari kalangan sesetangah ahli parti supaya jawatan presiden dan timbalan dikhususkan kepada kumpulan ulama sahaja.

Ekoran itu, konsep Kepimpinan Ulama kini menjadi isu hangat yang diperdebatkan dalam PAS serta memperlihatkan berlakunya perbezaan pandangan secara terbuka dikalangan pemimpin PAS.

Siasah turut difahamkan, satu usul untuk meminda perlembagaan PAS supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dikhaskan kepada ulama turut akan dikemukakan ekoran perkembangan tersebut.

20 comments:

tok_gajah said...

tanda2 PAS dah nak melingkup le dah tu. Dah mula tamak nak berebut jawatan.

LensaPR said...

Ada usul macam tu ke. Kalau ulamak layak tak sapa ragu. Tapi kalau macam Nasa....

jaam said...

Antara ciri utama pemimpin politik ialah kemampuan dan konsistennya menggerakkan kesedaran dan berkerja merubah pemikiran rakyat dalam arus politik negara. Hanya orang yang sentiasa bergelumang dengan pelbagai isu politik negara yang berkemampuan membaca dan menganalisa strategi politik dan menentukan tindakan selanjutnya dan sekaligus menimbang apakah ianya selaras dengan dasar dan prinsip perjuangan parti.

Tuan Haji Mohamad Sabu merupakan pejuang politik Pas sejak zaman 70an dari era kepemudaan yang sentiasa kritikal dengan pucuk pimpinan parti sehingalah diberi tanggung jawab sebagai Naib Presiden Pas sejak dua penggal yang lalu.

Antara beberapa calun pilihan Timbalan Presiden kali ini, kita wajar mengaku dengan jujur bahawa Tuan Hj Mohamad Sabu adalah calun yang mempunyai kelebihan dalam aspek mengggerak perubahan masayarakat sepanjang masa. Hidupnya diabadikan untuk parti tanpa penat dan lelah. Tanpa beliau dunia politik adalah sunyi. Suaranya sentisa diperlukan oleh rakyat Malaysia. Apa maknanya menjadi pemimpin politik, jika anda turun ke bumi hanya sekali sekala sahaja ibarat dewi kayangan.

Selepas Hj Hadi menjadi Presiden, peranannya ketika sebagai Timbalan Presiden yang sentiasa menyedarkan rakyat gagal dilakukan oleh penggantinya. Maka Mohamad Sabu adalah pilihan terbaik bagi melaksanakan tugas tersebut. Dengan jujur kita kena akui bahwa calun lain tidak berapa serius dan mampu mengambil peranan ini. Berlaku jujurlah, hatta jika calunnya dikatakan sebagai ulamak pun.



Posted by LensaPR

jaam said...

Siasah turut difahamkan, satu usul untuk meminda perlembagaan PAS supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dikhaskan kepada ulama turut akan dikemukakan ekoran perkembangan tersebut.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JIKA MACAM TU...APAKATA BUAT JUGA USUL SUPAYA AHLI2 PAS MESTILAH SEMUANYA TERDIRI DARI KALANGAN ULAMAK JUGA.

HAHA!

Ir. Abd Rahim said...

Kalau Mohamad Sabu menang jawatan Timbalan Presiden ini bermakna tokoh Syiah berjaya memegang tempat kedua dalam PAS Pusat.

الحفيظ بن عباس said...

Dalam perkara banyak pihak melatah.. Berlapang dada jela.. Bawak bertenang sudah

الحفيظ بن عباس said...

Mat Sabu pernah maki Saidina Abu Bakr dan Umar ke? Sampai tuduh dia syiah?

ngalabu said...

Hati-hati rakan-rakan semua, terdapat usaha-usaha yang halus untuk melaga-lagakan antara kepimpinan pas dan pas dengan pr.

Terdapat gelaran puak-puak tertentu yang digunakan dalam pimpinan.

Jangan termakan gula-gula yang diumpan, termasuklah gula-gula yang tersangat ingin bergabung dengan pas tapi tidak dengan keadilan.

Jarum-jarum halus dimainkan oleh media perdana dan termasuklah oleh bloger yang menulis di sini.

ngalabu said...

Untuk tok gajah,

Tak dapat nak bayangkan apa yang sudah jadi dengan umeno yang terang-terang berebut jawatan hingga rasuah merasuah bukan lagi melingkup malah terjerungkup sudah dan tinggal nyawa-nyawa ikan.

haby said...

Salam,
ngalabu....said
''Jangan termakan gula-gula yang diumpan, termasuklah gula-gula yang tersangat ingin bergabung dengan pas tapi tidak dengan keadilan"

################
Yang suka gula gula hanya kanak kanak!.......

...Ir Abd Rahim,
maklumat dari mana?... sumbernya sahih ke?

boleh tak perincikan sikit...saya suka maklumat yang jelas,sebab ini boleh menjadi fitnah?

Fait said...

salam..

ir rahim nih..fraksi UMNO ke?dok sebuk lebalkan org syiah.bila sebut hibzullah, sebut ahmadinejad..syiah.jenih org ape berhujah begitu.dengo la abg mat ceramah mcm mana.nih main hentam je kata org syiah.syiah tuh pun dari segi pandangan ulama.ada khilafnya dari segi akidah dan hukum fiqh.tapi mereka tetap mengucap syahadah.yg baik dari diorg.kita sebut la.bkn kita sebut suh kata saidina ali nih nabi.ape la.politik celah kaki la mamat sorg nih.

Naruto sensei said...

Salam saudaraku semua..

Apakah kita berpecah belah hanya kerana fahaman syiah atau sunnah.. apa salahnya dengan kedua2 fahaman ini? bukankah kedua2 fahaman ini menyembah Allah yang satu dan mengakui Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah jadi di manakah masalahnya..

Kita semua adalah orang Mahzab sunni..Adakah patut kita membangga diri mengatakan fahaman syiah itu sesat..Siapakah kita hendak menghina pengikut Syiah itu?

Sepatutnya kitalah orang Sunni merasa malu kerana realitinya sekarang pengikut Syiah lah yang paling lantang berperang dengan Israel...

Apakah yang pemimpin Sunni buat ketika umat Islam diserang di seluruh dunia contoh di Palestine.. Wakilnya sendiri mengutuk Pemimpin Arab sunni yang langsung tidak membantu apabila diserang padahal mereka sentiasa mengutuk puak Syiah sedangkan Puak Syiahlah yang banyak memeberikan sokongan dan bantuan melalui Iran kepada Palestine..

Dahulu Pimpinan Arab Sunni tak mahu membantu Lebanon hanya kerana Hizbollah adalah puak Syiah.. tetapi puak Hizbollah mampu juga menewaskan Israel walaupun tanpa bantuan Arab Sunni..

Tetapi kenapakah Palestine yang seluruhnya Adalah orang Sunni tidak dibantu oleh Pimpinan Arab sunni sendiri..? Siapakah pejuang HAMAS dan JIHAD ISLAM jika Bukan Orang Sunni sendiri..

Jadi sebenarnya kita sudah jauh berpecah belah hanya kerana fahaman yang kita pun tak selidik betul atau pun tidak kebenaran fahaman itu.. jadi janganlah
senang2 kita menghukum ...

Sepatutnya kita sebagai Muslim Sunnilah yang patut malu dengan Puak Syiah ini. Kita mengatakan mereka sesat kononya sedangkan kita masih lagi terkial2 mendaulatkan Islam di Negara
masing2 tetapi berbeza dengan mereka lihat pula Iran bagaimana Islam begitu berkuasa malah lebih moden dari negara Islam yang Lain..

Kerana merekalah sekarang yang jauh lebih hebat berjuang menentang Israel dan sekutunya demi kedaulatan Islam.. lihatlah Presiden Iran Mahmoud Ahmadenejad, Hassan Nasrallah mereka tanpa takut sekali menentang puak2 kufar dimuka bumi ini.

Kerana mereka lah Islam sekarang dianggap kuat dan dihormati kerana kekentalan mereka melawan Yahudi Zionis. Israel yang Dunia tahu sebagai penjenayah yang sukar di lawan. sedangkan kita puak Sunni terus lalai malah leka nak pertahankan kedaulatan Islam dari dipijak oleh bangsa asing..

Kita asyik menyalahkan puak syiah ini sedangkan kita lalai dengan kemewahan, kekuasaan dan hiburan sedangkan mereka bertungkus-lumus mengadai nyawa mereka setiap hari demi mempertahankan Islam dan mendaulatkannya di muka bumi ini...

Wallahualam..

Maaf jika terkasar mohon tunjuk
ajar

Wassalam..

AZRI said...

para blogger umno ni memang tidak ada hujah atau idea yang bernas untuk di kongsi bersama......asyik membuat tuduhan tanpa bukti yang nyata.....

sekarang ni pas mendapat liputan yang meluas dalam media.....ini menunjukkan pas semakin di terima oleh rakyat malaysia......

soal pemilihan, ia biasa berlaku dalam sebuah organisasi untuk memilih pemimpin, bezanya dalam pas tidak ada unsur rasuah......

untuk blogger umno, ko orang sepatutnya malu la, dalam PAU umno banyak berlaku rasuah....hingga yang terang mengamalkan rasuah menang menjadi pemimpin......malu la umno.....

haby said...

Salam..saudaraku Naruto,
semoga sihat hendaknya!

Saya sarankan tak usah lah kita lebarkan komen sehingga membincangkan kebaikan dan keburokan Syiah.
Kawan kawan saya (diUSM) amat peka apabila isu ini diperkatakan...mereka ini orang Arab,sensitiviti mereka ini disebabkan peperangan yang lama antara Syiah dan Sunni.
Hinggakan apabila nama nama orang kita bermula dengan Hassan,Hussin,Aisyah akan dicurigai mereka.
Bersembang dengan mereka(Arab Sunni)tentang Syiah...amat menggerunkan....mereka menganggap Syiah juga musuh utama mereka...khusus nya yang datang dari negara Iraq.

Oh kalut jadinya kita,...jadi tak usah di heret bersama masaalah mereka kedalam negara kita.

Saya sokong jikalau kita bicarakan dilain kali sahaja.

saudara ku naruto, ....harap boleh terima.

Naruto sensei said...

Salam saudaraku Haby,

Saya pun sebenarnya tak mahu nak mengulas mengenai Sunni atau Syiah
malah siapalah saya nak mengulas mengenai perkara ini .. tetapi saya kesal dengan sikap sesetengah kita yang cepat sangat nak mengutuk orang itu ini Syiah atau apapun.. jangan lah Hina.. marah2 kita pun kita masih lagi bersaudara dengan mereka..

Saya sendiri pun Sunni tetapi malu yang amat sangat pada perjuangan puak Syiah itu sendiri..

Baiklah mari kita lupakan.. dan kita huraikan isu ini dilain masa..

Wassalam..

anakjatiperak said...

suburkan demokrasi dalam jemaah.Tanding jangan tak tanding.Tunjukkan kematangan perwakilan kita.jangan ikut umno pakai duit sudahlah.Laknatlah bagi perwakilan dan calon jika guna wang.Tiada tempat dalam PAS.itu peringatan dari kami.
TOK Gajah...
Pas setiap kali muktamar pemilihan ada pertandingan.Pas tak pernah diharamkan.Umno pernah.ekau pun tahu.Jangan samakan umno yang dah nak lingkup tu dengan pas.Jawatan dalam Pas adalah amanah yang akan ditanya di akhirat.Jawatan dalam umno adalah peluang untuk tukar kereta lebih hebat,rumah lebih besar,melancong luar negara.

Nash Ar-Rawy said...

Pas bukan parti untuk ustaz, lebai dan ulamak sahaja. Tetapi PAS FOR ALL adalah untuk diperjuangkan Islam itu oleh orang lain juga yakni golongan profesional baru lah tak nampak jumud .
Bahkan yg dikatakan Kepemimpinan Ulamak itu sudah ada Majlis Syura Ulamak ( Mursyidul Am) dan Dewan Ulamak . Takkanlah No 1 dan No 2 Dimestikan WAJIB ulamak.
Di era sekarang sudah ada calun pas org bukan Islam dan sudah ada Kelab Penyokong PAS . Era akan datang mungkin Bukan Islam boleh jadi ahli bersekutu jika sampai masa nya nanti keahlian mereka mencapai satu juta umpamanya.
Di sinilah letaknya dinamika Islam yg pesat berkembang.
Apa salahnya di satu hari nanti Presiden dan Timbalan Presiden terdiri daripada kalangan Profesional yg beriman dan bijaksana kerna mereka tidak bisa rosakkan hala tuju PAS justeru kerna Majlis Pengawal yakni Majlis syura adalah Badan yg tertinggi di dalam PAS.
Oleh itu PAS buktikan dirinya pada massa dan dunia sebagai PARTI ISLAM CONTOH.
Sekadar iktibar: Lihat Mahmud Ahmadinejad bukan ulamak teapi bisa jadi Presiden Iran tetapi hala tuju Negara Islam tidak terjejas kerna Majlis yg tertinggi Negara di ketuai oleh Ayatollah Ali Khammeini sebagai Pemimpin spiritual (Mursidul Am/Kalifah).
Maka buka lah minda jangan taksub dan jumud . Ulamak pun tak perlu gusar jika ada persaingan kerna itu pertanda baik golongan profesional berada ada Islam ( Pas)
Alla Hu Akbar!
Nash Ar-Rawy/ 05.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Nash Ar-Rawy said...

Pas bukan parti untuk ustaz, lebai dan ulamak sahaja. Tetapi PAS FOR ALL adalah untuk diperjuangkan Islam itu oleh orang lain juga yakni golongan profesional baru lah tak nampak jumud .
Bahkan yg dikatakan Kepemimpinan Ulamak itu sudah ada Majlis Syura Ulamak ( Mursyidul Am) dan Dewan Ulamak . Takkanlah No 1 dan No 2 Dimestikan WAJIB ulamak.
Di era sekarang sudah ada calun pas org bukan Islam dan sudah ada Kelab Penyokong PAS . Era akan datang mungkin Bukan Islam boleh jadi ahli bersekutu jika sampai masa nya nanti keahlian mereka mencapai satu juta umpamanya.
Di sinilah letaknya dinamika Islam yg pesat berkembang.
Apa salahnya di satu hari nanti Presiden dan Timbalan Presiden terdiri daripada kalangan Profesional yg beriman dan bijaksana kerna mereka tidak bisa rosakkan hala tuju PAS justeru kerna Majlis Pengawal yakni Majlis syura adalah Badan yg tertinggi di dalam PAS.
Oleh itu PAS buktikan dirinya pada massa dan dunia sebagai PARTI ISLAM CONTOH.
Sekadar iktibar: Lihat Mahmud Ahmadinejad bukan ulamak teapi bisa jadi Presiden Iran tetapi hala tuju Negara Islam tidak terjejas kerna Majlis yg tertinggi Negara di ketuai oleh Ayatollah Ali Khammeini sebagai Pemimpin spiritual (Mursidul Am/Kalifah).
Maka buka lah minda jangan taksub dan jumud . Ulamak pun tak perlu gusar jika ada persaingan kerna itu pertanda baik golongan profesional berada ada Islam ( Pas)
Alla Hu Akbar!
Nash Ar-Rawy/ 05.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

susu soya said...

salam...hanya pendapat pribadi..
mat sabu x sesuai untuk jawatan tu...mat sabu bukan orangnya....

Nash Ar-Rawy said...

Blog

April 23
Unity Government ( Kerajaan Perpaduan/Rakyat )
Konsep dan Semangat Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )
Nik Aziz: " Selagi saya masih hidup saya akan pastikan PAS tidak akan masuk BN ( lagi ) ........ petikan Harakah
Hadi Awang : " Perkukuhkan Pakatan " ....... Keputusan Muktamar PAS di Ipoh , Perak.
Pakatan ( Universal ) BN ( Hidup dengan perkauman, assobiyyah , kaumiyyah )
KONSEP ' UNITY GOVERNMENT ' :

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam
State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Governmen t" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
dibayar oleh kerajaan ( Rakyat ) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi
konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan
( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah
dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang
ikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia;
automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan
lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament
pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.
06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat
kerehaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa
bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah
guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk
menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah
ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present
civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba
dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

Nash Ar-Rawy / 23.04.05
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )
sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan
dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada
kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua
parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.Penghapusan JKKKP(Persekutuan);Hapuskan
'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'
supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai,
semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal,
dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak
sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas
perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan
nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS
FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )
Email ID/ YM Chat : nasharrawy.nasser@yahoo.com






1:13 PM | Add a comment | Permalink | Blog it | Politics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...