Sunday, May 17, 2009

Dr Zambry tidak wajar masuk ke pejabat MB semula

PULAU PINANG,17 Mei: Tindakan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dr.Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai status Menteri Besar Perak bukan membawa erti bahawa Dr. Zambry boleh masuk semula ke pejabat Menteri Besar kerana ianya adalah satu penangguhan yang tidak perlu diisi oleh Dr. Zambry.

Demikian dinyatakan oleh Bendahari PAS Pusat,Dr.Hatta Ramli dalam ceramah beliau di Kampung Tok Elong, Penanti, Bukit Mertajam Menurut beliau lagi jawatan yang sememangnya sebelum ini adalah hak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak perlu diisi oleh sesiapa kerana tiada berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Dr.Hatta juga mempertikaikan tindakan Dr.Zambry dengan menyifatkan beliau sebagai satu contoh kepimpinan yang mempunyai moral yang rendah.

"Ianya adalah penangguhan.Bukannya perlu diisi kerana ia tidak kosong.Oleh kerana kemelut yang tidak berakhirnya dengan keputusan yang adil ini maka mandat yang sebenarnya haruslah diperolehi daripada suara rakyat sahaja.

"Oleh kerana itu maka Pakatan Rakyat(PR) telah pun membuat desakan kepada Barisan Nasional(BN) dan Umno supaya segera untuk membubarkan dewan undangan negeri(Dun) Perak.Dalam isu ini PR menitikberatkan keperluan rakyat.Demi masa depan rakyat.Demi Dun yang dimuliakan.Demi kesetiaan kepada Raja maka bubarkan Dun dan serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.Tapi pelbagai helah yang dibuat oleh BN dan Umno."

Menurut beliau lagi BN tidak harus berdolak dalik dengan keputusan mereka untuk bertanding di Dun Penanti.

"Kita yakin bahawa BN akan meletakkan calon mereka di Dun Penanti.Namun begitu kita daripada PR tidak harus berasa selesa kerana BN dan Umno akan melakukan apa saja tindakan bagi mencapai hasrat mereka untuk merampas semula kerusi ini walaupun sudah beberapa kali mereka gagal untuk mencapai kemenangan di Dun Penanti ini.

"Oleh kerana itu kita daripada PAS,PKR dan DAP akan memastikan kemenangan dicapai oleh calon daripada PR dalam pilihan raya kecil N.12 Dun Penanti ini bagi memberi satu pengajaran kepada BN dan Umno bahawa setiap pilihan raya yang diadakan telah membuka mata rakyat mengenai kezaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan oleh BN dan Umno sebelum ini."

15 comments:

Malaysian-2Day said...

"Pakatan Rakyat menitik beratkan Rakyat Perak?" lawak jenaka dari seorang pemimpim parti lawak. Dr Zambry kekal MB perak selagi mahkamah rayuan tidak membuat keputusan tentang rayuan Zambry dan rayuan Nizar yang akan di dengar esok. Jika esok mahkamah membenarkan rayuan Nizar, jgn risau, Zambry akan dgn rela keluar dari pejabat MB tu. Kami bukan cam Nizar yang peluk tiang bila di suruh keluar rumah rasmi MB!

jaam said...

ADUSH!!!

AKU SAYANG JAWATAN AKU TUH!!!

TU PASALLA....

PEGANG TIANG...HEHE..

Malaysian said...

Kes rayuan Zambry hanya 5 jam
Kes rayuan Nizar Perlu 8 Hari?

Malaysia Memang Boleh!


Regards,

Malaysian Come First

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

Naruto sensei said...

Malaysian-2Day

Kami bukan cam Nizar yang peluk tiang bila di suruh keluar rumah rasmi MB!

-------------------------------

Bial anda nampak hj Nizar peluk tiang...? inilah mahluk seperti kamu yang tak sudah2 membut fitnah pada orang..

Yang Zambry masuk kedalam pejabat MB tu adakah mahkamah sahkan dia MB..? Lepas tu merayu tak sampai 5 jam dapat keputusan terus je anggap dia MB ha ha ha ..Syoknya dia ye.. mahkamah tak kata pun dia MB sah.. malulah komen anda sebegini..

Anda cakap apa pun Nizar cool je,
Yang kecut sekarang BN je nak Pilihanraya...ha ha

checkmate said...

berebutlah kerusi sesama mereka...
yg melihat rakyat...

siapa menang nanti xjadi masalah...

rakyat pun sebenarnya nak tgk jugak apa helah dibuat lg utk membodoh2kan rakyat....

Naruto sensei said...

Inilah sikap sijaam lembut..

Sanggup memfitnah untuk menghalalkan cara...

Memaki dan menghina orang kesukaannya...konon nak nasihat orang tetapi cuba kelirukan orang lain..?

Mula2 posting disini kononya tidak berpolitik..Ha ha ...!

Kemudian berlagak seperti ahli PAS komen diberi... kononya nak selamatkan PAS ...rupanya menjadi api dalam sekam...UMNO di puji PAS dihentam... menyerlahkan lagi sikap munafik...

COpy dan Paste saja umpan hujahnya..walaupun kadangkala berhujah pula ..tapi biasalahkan kalau dah UMNO, apa dikata serba tak kena..ha ha ha..

Akhirnya berhujah ibarat ADUN UMNO yang kalah undi...!
Terbongkar sudah sikap Munafik..!
sebenarnya dia pencacai UMNO.. ha ha ha memang tak layak berhujah disini..

Nampak sangat seorang pedengki, bila kalah hujah merajuk lari ... komen dibuat berbau hasutan.. hanya menyerlahkan lagi sikap si Talam dua muka..

Inilah Dia sikap siJaam lembut.. harap semua tak lupa si munafik sesat ni...ha ha Cool2 ..ini hakikat siapa anda.. jaam lembut,,!!

AZRI said...

memang dasar tak tau malu, mahkamah tak isytihar dia mb yang sah tapi mengaku sebagai mb yang sah.....dah dasar umno suka merampas hak orang lain.....

macam ketua nya jugak, rampas bini orang lain untuk jadi bini....nak wt cne dah perangai macam 2........

Naruto sensei said...

wolf oo wolf

Berlagak pandai rupanya jahil..

kesana kesini menjaja cerita fitnah..

itulah dia perangai wolf...

mencabar di artikel lain menjerit di artikel lain...

bila ditanya dia diam menikus..hanya pandai melarikan diri ...itulah sifat binatang liar

Sesama bangsa dia memfitnah... cuba memecahbelahkan bangsa di Malaysia...

Dengan MCA dan MIC yang tak sokong Islam dia sayang sekali.. dengan orang PAS dimusuh, dibenci malah dikeji...

Inilah sikap UMNO yang kata nak bersatu..di belakang kita ditikam pula.. sentiasa khianat pada Melayu sendiri..

Mengaku marah cina dan India ..beli dikedai cina makan dikedai mamak...ha ha dasar binatang liar tentulah sikapnya hipokrit...

Kalah hujah.. difitnahnya bangsa sendiri...

BN buat apa pun Nizar cool je..tak gitu wolf kah kah kah.. lari kat sini...berani mengulas bila saya tiada kah kah kah sifat bacul terserlah kini walaupun nama garang sekali... ha ha ha .

PR sentiasa cool dan matang berhujah..ha ha ha .. tak main lah lari2 kan wolf.. kah kah kah..!!

masjid tinggi said...

Malaysian-2Day dan jaam.........cite yang awak tulih panjang panjang tu satu dunia orang dah tau. Tak payah nak ulang ulanglagi. Lu betui betui tertinggai di belakang.

La ni oghang nak selesai masaalah di negeri aku Perak Darul Ridzuan. Orang kampong semua dah tak sokong UMNO lagi cuma oghang bisu dan buta ja yang sokong.

Oghang oghang kampong di Perak kata ikutlah undang undang. Depa kata sepatut nya Nizar yang sah jadi MB. Itu mahkamah dah tentukan. Mahkamah tak kata Zamri sah jadi MB walaupun ditanggoh.

Awat hampa tak paham bahasa ka. Orang orang kampong pun paham tak kan hampa sekolah tinggi tinggi tak paham.

Macam tu mengeloh oghang oghang kampong seluruh negeri Perak Darul Ridzuan. Depa nak ngundi sekali lagi nak tentukan sapa berhak jadi MB.

Kalau BN menang perintah lah begitu jugak kalau PR menang PR lah yang memerintah. Senang ja nak selesai masaalah. Bayangkan oghang kampong boleh cakap macam tu, macam mana. Hampa tak malu ka.

We see next what going to happen.

hpakpusb said...

Zamri ni kan macam orang gila talak, dia ambil bini orang yang disangkanya telah diceraikan olih suaminya. Rupenya kadhi masih mengatakan bahawa Nizar adalah suaminya yang sah. Yang peliknya ada kadhi lain bersetuju ditangguhkan keputusan nizar nak ambil balik isterinya, tiba-tiba si zamri nak teruskan bersama dengan isteri orang yang dinikahi secara tak sah. Ape kojo ni?. Ape jenis orang macam zamri ni?. Sape nak tanggong dosa zamri ni?......

Fidaiyyin said...

Aku teringat bbrp hari lepas, Zambry buat statement kt media yg krisis di Perak ni tak jejaskan ekonomi..ait?? apa sudah jadi?? Zambry dah jadi pembelit pulak...

Masa mula2 rampas kerajaan Perak dr PR, Zambry kata kena tumpu pada ekonomi jgn jejaskan ekonomi..bg tumpuan pd rakyat utk bangunkan ekonomi....(maknanya kalo krisis itu berterusan, akan jejaskan ekonomi Perak)

Nah sekarang Zambry dah pusing ckp...pada aku, Umno lebih busuk drpd penjajah British...umno Penjarah Tanahair...hancur rosak Melayu kerana Umno....

Hujung minggu lepas jugak, NTV7 ada siarkan ttg projek tanaman mangga di sebuah ladang di Melaka.Ikut drpd laporan tu, kebanyakan tanaman mangga tu tak menjadi. maka org2 kg yg terlibat kena tanam hasil laian-pisang, serai dll untuk cover pendapatan...maka dijawabnya pengarah jabatan pertanian melaka--bukan semua pegawai boleh bagi tumpuan kat situ. Pada hal penduduk kg (100% Melayu) harapkan jabatan pertanian bg bantuan racun, baja n consult mengatasi masalah tanaman mangga tu...ni lah dasar DEB yg selalu buat projek gajah putih, yg terlopong org kg...kesian...ni kat negeri yg diperintah Umno tu....lu pikirlah sendiri...

Naruto sensei said...

Jaam,Wolf,Mat Geentor, Uncle Nano dan sekutu anda semua..!!

Ada dua berita gembira buat PAS dan UMNO ha ha

1)Jawatankuasa Disiplin PAS pusat hari ini mengesahkan tiada politik wang yang wujud dalam Parti Kata Tuan Guru Haji Hadi tadi..ha ha ha penatlah kamu silembut..bermati2an mainkan isu ni..ha ha


2)Ha ha ha UMNO umum tak letak calon di Penanti pada sidang petang tadi di PWTC.keh keh keh memang terbuktilah bacul UMNO ni

Puak2 UMNO sudahlah tu malulah..
Realitinya dah nampak dah UMNO dah fobia dengan Pilihanraya..sedarlah.

Ubah2 lah taktik tu hal Perak tak settle lagi jangan dok kalut nak jaga Politik PAS kalau anda sendiri tak mahu bersama perjuangan PAS jadi apa maknanya anda melalak?

Kalau nak melalak masuk dulu dalam PAS sebab ianya didengari tapi kalau anda UMNO. Payahlah orang nak percaya pasal UMNO ni selalu sangat suka tipu rakyat tu yang orang tak percaya dah....Majoriti rakyat pun tau dah auta UMNO..ha ha ...

Teringat dulu masa Pemilihan UMNO depa kata PAS jangan campur urusan Parti UMNO.. hek..eleh berlagak konon.Sekarang siapa yang sibuk2 dok jaga tepi kain orang berlebih2 ni...? ha ha ..bukan jaga lagi, masuk terus dalam kain tu ..!!ha ha ha ...Memang tak senonoh UMNO ni..masuk dalam kain orang he he..


Alahai Melayu UMNO layu jadinya...

Abe Mat said...

tak malunya bn..rampas kerusi speaker,,,jatuh ler cepat,bn

masjid tinggi said...

KSN digesa 'ambil balik' SU Perak
Faiz Abdullah
Mon | May 18, 09 | 10:24:24 am MYT

SEREMBAN, 18 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya 'mengambil balik' Setiausaha Kerajaan Negeri (SU) Perak iaitu Dato' Abdul Rahman Hashim kerana gagal mengikut peraturan dan tidak bertanggungjawab.
Iklan

Zulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Mohd Sidek yang mengatakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Nizar Jamaluddin tiada kuasa untuk mengantung SKN Perak, Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Zulkefly, Menteri Besar ibarat seorang Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) dan adalah menjadi peraturan 'standard' setiap SU harus bertanggungjawab pada kerajaan negeri dan seterusnya melapor diri pada menteri besar.

Malah Abdul Rahman tidak boleh membuat tindakan sesuka hati dan mendahului menteri besar berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

"Apa berlaku di Perak adalah jelas bahawa Abdul Rahman telah melakukan beberapa perkara yang bertentangan dan melanggar undang-undang.

"Antaranya menghalau Nizar dari pejabat, berpihak kepada Umno- BN, terlibat dalam kemelut Sidang DUN dan menghalang Nizar dari jalankan tugas sebagai menteri besar," jelas Zulkefly.

Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah tidak sesuai untuk Abdul Rahman memegang jawatan SU Perak.

"Jika Mohd Sidek berkata bahawa menteri besar tiada kuasa, jadi sebagai ketua kerajaan negeri, apakah kuasa yang Nizar ada jika pegawai kerajaan melangkaui undang-undang dan langgar peraturan?

" Oleh yang demikian saya meminta agar Mohd Sidek mengambil balik Abdul Rahman kerana gagal laksanakan peraturan, tidak bertanggungjawab dan maka tidak layak menjadi SKN Perak," katanya lagi.

Zulkefly turut mengulas bahawa tindakan Abdul Rahman memberi notis Sidang DUN dan kenyataan media adalah tindakan menafikan kuasa Speaker V.Sivakumar.

Maka oleh kerana terlalu banyak salah laku yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah wajar Mohd Sidek 'mengambil semula' Abdul Rahman dari pentadbiran kerajaan Negeri Perak. - azm _

mohamaed ali said...

Dr Zambry menteri haram mana tau malu,nak bubarkan dewan rakyat pun takut,takut nanti kalau kalah tak merasa menjadi menteri besar,orang gila kuasa dan kemaruk menteri besar bukan tau nak jaga meruah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...