Tuesday, May 26, 2009

Harakah dilarang kempen calon

Oleh: Hamdan MS

KUALA LUMPUR, 26 Mei : Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS, Datuk Mustafa Ali, melarang akhbar rasmi PAS, Harakah untuk berkempen bagi calon yang bertanding di dalam pemilihan parti itu pada bulan depan.

Perkara ini dinyatakannya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut Selasa lepas.

Menurut Mustafa yang juga Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah itu, akhbar rasmi PAS itu harus berlaku adil kepada semua calon yang bertanding nanti.

Dalam sidang media yang sama, Mustafa Ali juga mengumumkan senarai penuh bagi calon yang bertanding bagi sesi 2009-2011.

Pemilihan akan akan di jalankan pada Muktamar PAS yang ke 55 tahun ini yang akan dijalankan di Stadium Melawati, Shah Alam bermula dari 5 hingga 7 Jun 2009.

Dewan Pemuda akan bersidang pada 3 dan 4 Jun di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar dan akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Ulamak akan bermesyuarat di Auditorium Muzium Shah Alam pada 4 Jun dan Dewan Muslimat akan bermesyuarat di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Jun.

8 comments:

sakariya_akop said...

Salam tuan, sebagai penyokong perjuangan Parti Pas dan PR saya sangat setuju para calun tidak dibenarkan berkempen menggunakan Harakah. Jangan ikut parti sebelah sana.

sevenize said...

Salam.

Tahniah. Ini membuktikan ketelusan kempen yg diadakan. Maknanya di sini, tidak ada calon yg 'lebih' dan tidak ada yg 'kurang'. Ia sama rata dan adil.

* Praktikkan dlm semua hal.

is said...

dale harakah tok leh kempen, tapi dale siasah ni napoknyo mace husam bayar doh ko ketuo pengarang ni,,sebabnyo banyok bedooh cerita husam yang masam ni...

Tontoya said...

Main tuduh je is ni.Dosa mu tau tak kalu takdak bukti.Kat siasah buke setakat Husam saja,semua pemimpin PAS ada keluar.Cuba perati betul betul.Takdak benda lain dah ko mu ni nak komplen.Ni blog berita mu tahu tak bodo.Ikut suka dia la..Kan dia hambat mu tak bagi masuk sini kan.

Suara Akar Umbi said...

Kalau tak kasi kempin tak demokrasi le dalam PAS ni.kalau kita buat cara terbuka seperti berdebat cara terbuka dengan cara beradab adalah lebih baik.Biar ahli membuat perhitungan

acoi2005 said...

wa setuju sgt laa...jgn ikut cara umno bn yg byk masalah dari dulu kini dan selamanyaaaaaaaaa...

acoi2005 said...

tahniah PKR menang majoriti besar kat Penanti...pasnih kemenangan PAS di Manik Urai...Insyallah

acoi2005 said...

pedulikan parti bacul tuh...dia bertanding ke tak...sama je hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...