Saturday, May 2, 2009

Agama anak: Macma juga bantah keputusan kabinet

PULAU PINANG, 2 Mei: Keputusan kabinet bahawa anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya setelah mereka memeluk Islam telah dikecam hebat oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia(Mecma).

Menurut Setiausaha Agong Mecma,Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.

"Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.

"Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka," katanya.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.

"Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.

"Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri," katanya.

48 comments:

Mady Bowen said...

umno dan BN dah buat keputusan yang menambah lagi kebencian rakyat...teruskan supaya Umno Bn akan terus mati dan lenyap..

LanaBulu said...

Sudah terang jelas lagi bersuluh...Siapakah yg memperjuangkan Islam dan siapakah wakil penjajah yg sebenarnya. Itu pun sekiranya melayu (kononnya Islam) mahu berfikir..
Sekiranya suatu kaum tidak mahu kpd Islam maka Allah akan menggantikan dgn kaum lain ..yg lebih kuat perjuangan mereka memperahankan Islam.

Shahnizat bin Sakiran said...

Masa Datuk Harussani menyokong Baginda Sultan Perak beliau dikata dan dicaci.

Sesungguhnya bila beliau menegur kabinet tentang kes ini, ramai juga yang setuju dengan beliau termasuk ahli umno juga.

Inilah tokoh agama sebenar. Ulamak yang berani kerana benar. Bukan menyokong membuta tuli.

Shahnizat bin Sakiran said...

http://shahnizat.blogspot.com/

haby said...

Salam,

Sebab itu setengah orang amat sangsi terhadap apa yang dilakukan oleh pemerentahan sekarang...banyak polisi tidak memihak kepada Islam...sehinggakan beberapa ngo Islam kini gusar dan melihat Pm sebagai alat tertentu!
....orang politik tentulah tak boleh setuju langsung...isunya akan menjadi bahan kampen di Penanti!....selain isu Bahasa dan ISA...

Kita sebagai rakyat...Melayu,Islam ingin melihat Malaysia ditakbir bagi memelihara Islam!!!!
....aduhai!!!!!

Tunggu Kawan Kawan...dari NGO ISLAM....apa cerita?...tak ada komen ke?

kamal farhan said...

umno..

kamal farhan said...

blog updated

AZRI said...

saudara ku shahizat.....

apa pendapat anda tentang isu ini? adakah keputusan kabinet ini telus atau untuk menjaga hati kompenan BN?

undang-undang yang tidak mencerminkan undang-undang islam...persoalannya.....siapa kah yang betul2 layak memperjuangkan islam antara umno dan pas?

pemimpin pas dah bersuara mengenai isu ini tapi tidak mendapat liputan dari media kerajaan....pintu untuk pas bersuara dalam media kerajaan tertutup, peluang pembangkang untuk mengutarakan idea tidak kesampian.....ketidakadilan terus berlaku....

AZRI said...

saudara ku shahrizat.....

sy akui anda mempunyai idea dan pandangan yang boleh di kongsi bersama......

tahniah....kita akan berhujah dengan cara yang terbaik berdasarkan fakta, akal dan nas....

Anonymous said...

saudara,mengapa lidah rasmi pas,harakah tidak pernah menyiarkan berita,komentar drp para pemimpinnya tentang sesuatu isu dalaman pas/pakatan rakyat sendiri?bertindaklah dengan adil dan laporkan dgn tepat seperti mana harakah selalu menonjolkan keburukan umno/bn,demikian juga harakah wajib melaporkan situasi sebenar politik dalaman pas/pakatan.media spt utusan dsb kelihatan lebih terbuka membicarakan hal ehwal dalaman umno tetapi sering dituduh membuat laporan yg tidak tepat.
malah blog ini juga jarang sekali menonjolkan isu berkaitan.kadangkala timbulkanlah juga isu spt ini supaya lebih bersifat 'alternatif' dan jika pro kepoada pakatan rakyat,gunakan saluran ini untuk menjelaskan keadaan politik dalaman semasa bagi pihak pakatan sendiri.

Ex-UMNO said...

Untuk meraih undi kaum kafir UMNO sanggup mengenepikan Islam.

Tunggu di Penanti orang2 Islam akan mengajar UMNO ini cukup2.

Orang Islam sahaja yang boleh menumbangkan UMNO yang nyata tidak membela Islam.

haby said...

Salam,
Membaca komen yang tak bernama..'bertindaklah dengan adil dan laporkan dgn tepat seperti mana harakah selalu menonjolkan keburukan umno/bn,demikian juga harakah wajib melaporkan situasi sebenar politik dalaman pas/pakatan.media spt utusan dsb kelihatan lebih terbuka membicarakan hal ehwal dalaman umno tetapi sering dituduh membuat laporan yg tidak tepat.'
###########################
Saya melihat media arus perdana lebih terbuka dalam membicarakan dalaman orang lain yang tidak baik...contohnya semasa perhimpunan Pas, ucapan menghentam
kepimpinan di beri tajuk utama,...saya masih ingat lagi,tetapi dalam hal yang lunak lunak ...tak disiarkan!

Bah kan! saya pernah di temuramah oleh akhbar arus perdana,semasa banjir di Bayan Baru...tapi...kata kata saya hanya separuh disiarkan
ITU PUN YANG LUNAK!...terhadap kerajaan.

Mengatakan utusan dan media arus perdana bersikap terbuka...bagi saya kurang tepat,mereka ini terikat kepada "yang mengusai" diatas sana!...
Kelmarin, saya bersama didalam satu "temuramah khas" Penanti,oleh seorang wartawan ...banyak yang disembangkan....tulisnya...juga yang lunak lunak!

Sebenarnya di Malaysia akhbar bukan lah membicarakan sesuatu isu itu secara "Terbuka"...mereka lebih terikat kepada polisi!

...usahlah meminta lebih dari orang...kerana,kita pun kurang memberi!!!!

Shahnizat bin Sakiran said...

Assalamualaikum WBT

Saya mula tersedar isu ini selepas Mufti Perak mengeluarkan kenyataan dalam media pada 24 April lalu. Saya sebenarnya bukanlah biasa untuk mengikuti sebarang keputusan kabinet sebelum ini. Jadi, saya agak terkejut dan kecewa dengan keputusan kabinet.

1. Samada sedar atau tidak rentetan isu ini bermula sejak beberapa tahun lalu seingat saya iaitu ketika kes Azlina Jailani yang ingin menukar status agama islam kepada kristian didalam kad pengenalannya.

Pada masa itu, ramai orang islam yang cuba mempertahankan perlembagaan persekutuan tentang Islam sebagai Agama rasmi. Pada masa itu, peguam2 di malaysia dilihat terbahagi kepada dua iaitu BAR council dan Peguam Pembela Islam. BAR Council sudah tentu menyokong dengan apa cara sekalipun sehingga mereka mendapat sokongan dari setiausaha negara US ketika itu iaitu Madeline Albright. Berpuluh-puluh NGO juga membantu dari segi moral dan kewangan kepada Lina Joy (Azlina).

Pasukan Peguam Pembela Islam pula diketuai oleh YB Zulkifli Nordin dan bersama-samanya kebanyakan peguam islam tidak kira apa parti mereka samada PAS, PKR atau UMNO.

Tidak lama selepas itu, DSAI memberi sokongan kepada HINDRAF dan banyak isu2 agama dan kaum dimainkan selepas itu. Tidak lupa juga isu rusuhan kaum antara India dan Melayu yang hampir terjadi di Salah sebuah daerah di Johor pada masa itu.

Ditambah pula Dasar terbuka yang diamalkan oleh Bekas PM Tun Abdullah Badawi sehingga memberi ruang kepada Non Muslim menuntut isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan.

Pemerintahan yang lemah, sifat gila kuasa pemimpin parti tertentulah yang membuka ruang kaum lain untuk membuat pelbagai tuntutan.

Kalau dilihat dari segi justice (dalam bahasa melayunya adil) atau hak asasi manusia, anak tersebut boleh mengikut agama sesiapa yang mereka ikut. Tapi dalam konteks islam, adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Oleh kerana kita negara islam biarlah pemerintah yang menentukan status agama anak tersebut.

Malangnya pemerintah gagal membuat keputusan yang bijak.Itu pendapat saya dalam kes ini.

2. Tentang persoalan Saudara Azli iaitu siapa yang layak memperjuangkan Islam samada UMNO atau PAS.

Jawapan saya tanggungjawab / layak atau tidak bukan tanggungjawab PARTI... Ia tanggungjawab semua umat islam tanpa mengira Parti. Dalam sesebuah parti ada ramai individu yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Seperti yang saya katakan semalam, tak semua orang PAS elok perangainya dan Tak semua orang UMNO elok perangainya juga.

Masalah orang Islam sekarang ialah kita dah berpecah. Contohnya, dalam UMNO sendiri, sebelum ini Orang UMNO berpecah kepada dua iaitu yang menyokong Abdullah dan yang menentangnya.

Dalam PAS pula kita lihat dalam muktamar yang lalu, ada yang mempersoalkan sokongan atau ketaksuban keterlaluan kepada DSAI. Sedangkan PAS ada pemimpin yang lebih utama iaitu TGNA dan TGHH. Dengan kata lain, golongan Erdogan dan Ulamak.

Manakala Orang Islam dalam dalam PKR pula macam dah tak tahu apa pendirian dia. Hindraf pun sokong. Islam pun sokong. Asal DSAI sokong mereka pun sokong.

Disebabkan perpecahan inilah orang kafir mempersoalkan keistimewaan agama islam dinegara kita sehingga Pemimpin kita takut atau tunduk dengan tekanan2 kafirun.

Pada saya juga, DS Najib telah membuat beberapa keputusan tidak bijak dan terburu-buru(termasuk kabinet) walaupun kita tahu tak semua ahli kabinet setuju dengan keputusan itu.

Pertama, semasa kes Perak. Jika Tun Mahathir, tentu beliau akan membuat usul undi tak percaya kepada MB Nizar. Barulah ambil alih kepimpinan Perak. Ini tidak. Gelojoh sangat sehingga mengheret istana dalam konflik politik.

Kedua, keputusan tidak bijak beliau ialah keputusan kabinet bagi kes ini....

Akhir sekali, saya tanpa berselindung adalah ahli umno mencadangkan agar PAS dan OMNO berbincang tentang perpaduan Islam demi kepentingan Islam. Saya setuju dengan pendirian awal Tuan guru Hj Hadi Awang bahawa kerjasama perlu dibentuk dan apa salahnya PAS diberi beberapa portfolio dalam kerajaan agar dapat sama-sama membangunkan negara kita yang tercinta ini sekaligus memartabatkan islam kelandasan yang betul. Kalau UMNO boleh beri jawatan kepada Bukan islam, mengapa tidak kepada pemimpin PAS yang terang2 memang orang Islam. Namun PKR,, saya tiada hati dengan PKR.

Sekian , mohon ampun dan maaf pada semua andai ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan.

AZRI said...

saudara ku shahnizat........

pada dasarnya sy bersetuju dengan pandangan saudara......

mengenai kerajaan perpaduan antara pas dan umno, bagi sy ia tidak perlu di laksanakan....parti pas dah mengambil ketetapan kerjasama antara pas dan umno tidak akan wujud.....sejarah telah berlaku semasa pas dan umno bersama dan akhir nya pas yang di tolak oleh umno...pada tahun 1978 telah berlaku di kelantan, bebrapa pemimpin pas telah di bawa ke kuala lumpur dan telah di paksa untuk menyertai umno dan kesannya pas hanya dapat 2 kerusi dalam pelihanraya 1978......

kekecewaan dan kesedihan bagi kami ahli pas, apabila umno menikam dari belakang....ekoran dari itu parti pas telah berpecah 2 iaitu parti berjasa dan hamim......

sekarang ini kita melihat, pada pandangan sy, umno cuba menarik sokongan orang melayu melalui kerajaan perpaduan......

selepas PRU 12, sokongan orang melayu, cina dan india kepada bn/umno semakin berkurangan terutama dari golongan muda.....
ini menyebabkab umno kehilangan 2/3 majoriti dalam parlimen dan beberapa negeri telah di kuasai oleh PR.....

rakyat melihat bahawa jangka hayat umno untuk berkubur semakin dekat, jadi untuk mengelak ini berlaku, umno memainkan sentimen MELAYU untuk mengekalkan kekuasaan.....

untuk pengetahuan saudara ku..
kerajaan perpaduan antara pas dan umno tidak akan wujud selagi umno tidak menerima al quran, hadis sebagai dasar perjuangan......pas menolak perjuangan atas dasar bangsa tapi menerima atas dasar perjuangan islam.......

sy berpendapat, mungkin akan wujud 2 parti di malaysia yang akan mendemosikan negara iaitu pakatan rakyat dan barisan nasional...ini lah 2 parti yang akan menjadi pilihan rakyat....tidak musthil dalam PRU 13 nanti pakatan rakyat akan memerintah negara berdasarkan situasi dan peristiwa semasa yang berlaku dalam negara....sokongan kepada bn/umno semakin berkurangan....

bn@umno said...

bodoh takde otak betullah puak pembangkang ni.sikit sikit memperjuangkan islam sikit sikit memperjuangkan islam.aku tegaskan di sini kalau takde puak pembangkang pun islam boleh berdiri teguh dgn sendirinya.Sebenarnya islam tak perlukan puak pembangkang untuk memperjuangkannya.adakah kalau takde puak pembangkang maka islam akan lenyap?adakah islam memerlukan puak pembangkang utk hidup?adakah melayu islam ni merupakan penganut islam terbanyak di dunia ni?aku rasa melayu islam tak sampai pun 1% kalau nak dibandingkan dgn jumlah penganut islam di dunia.ambil contoh negeri China, rakyat China yg beragama islam berlipat ganda jauh melebihi melayu islam Malaysialah.orang arab di timur tengah yg beragama islam pun jauh berlipat ganda melebihi melayu islam.So siapa melayu islam kalau nak dibandingkan dgn rakyat China dan Arab yg beragama islam?So jgn guna isu agama utk mendapat undi simpati dan murahan sehingga membuatkan orang naik meluat melihat gelagat melayu pembangkang ni.

hamba said...

Salam...

klu anak kita dibelasah...agaknya apa kita buat pada pembelasah tu?

klu anak kita dinafikan utk peluk Islam..bagaimana pula?

lihat video:
http://al-qedahi.blogspot.com/2009/04/anak-dibelasah-vs-anak-kekal-kafirmana.html

Shahnizat bin Sakiran said...

Saudara Azri.

Dalam Quran Allah menyebut, " Berdakwahlah kamu pada jalan Allah dengan cara yang hikmah". (anda maklum)

Jelas menunjukkan bahawa kita diminta berdakwah pada jalan Allah dengan menggunakan cara yang bijaksana. Tanpa rasa jemu, putus asa, apalagi dendam.

Dalam surah Al-asry pula " Berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran" (anda maklum)

Bagi saya, dari aspek dan kacamata pendidik, kalau kita mahu membetulkan orang atau menyampaikan ilmu kita tidak boleh memilih-milih siapa yang kita mahu. Siapa pun klien kita, keturunan apa pun dia, parti apa pun bapanya, aktiviti dakwah mesti dijalamkan tanpa rasa jemu dan sentiasa ikhlas.

Anda mengaitkan sejarah hubungan UMNO / PAS sebagai penghalang kerajaan perpaduan. Semua Ahli UMNO digambarkan sudah tiada yang mengikut undang-undang dan syariat Islam. Anda perlu ingat, jika PAS boleh menerima YB Ngeh mentafsir al-Quran dan menyatakan beliau sudah lunak dengan islam, mengapa tidak boleh sama-sama dengan kami? Alhamdulillah, saya sebagai ahli UMNO dapat membaca al-quran setiap hari sekurang-kurangnya dua muka sehari. Bukan saya seorang bahkan ramai lagi.

Di negeri Johor misalnya, setiap minggu di setiap jabatan kerajaan akan berlangsung tahsinul Quran. Program membudayakan Quran dan Sunnah di masjid2, dan pelbagai aktiviti lain.

Dalam bidang pendidikan agama pula, kerajaan negeri memperuntukan RM 20.9 juta kepada Jabatan Agama Johor untuk tujuan dakwah dan pendidikan agama secara holistik. Walaupun Bajet kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM 2.73 juta.( Bandingkan dengan Negeri lain jika ada yang lebih besar sila maklumkan kepada saya.)

Kita maklum bahawa di Johor, sekolah agama merupakan agenda negeri yang mana kakitangan kerajaan negeri yang paling ramai ialah guru sekolah agama. Ramai diluar sana membandingkan kualiti produk sekolah agama dengan kualiti produk pendidikan agama di Utara. Pendidikan agama diJohor sifatnya menyeluruh berbanding diutara. Budaya Johor, Ibubapa yang tidak menghantar anak bersekolah agama adalah tidak bertanggungjawab sama seperti tidak menyekolahkan anak di sekolah SK.

Point saya ialah, PAS janganlah menutup hati mereka dengan UMNO. Perjuangan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam lebih mudah tercapai jika bersama-sama dalam kerajaan. Saya tak nampak sebuah negara islam pada pakatan Rakyat. Ianya hanya akan jadi seperti BN kerana Ideologi yang berbeza. DAP tentunya tidak mahu negara ISLAM. YB MB Nizar dalam persidangan DUN Perak ketika menjawab soalan pembangkang BN pula menyatakan "Dimana atau bila PAS ada menyatakan akan membentuk negara islam jika memerintah?" (sila rujuk di you tube)
http://www.youtube.com/watch?v=LbvAO7muHJQ

Selama ini, UMNO belum dapat melaksanakan Islam sepenuhnya kerana kebergantungan UMNO kepada parti2 komponen BN. Jadi, sekarang adalah masa yang paling sesuai kerana Bukan Melayu tidak menyokong BN sepenuhnya. tengok lah saja MCA dan MIC. Harapkan Pemimpin parti saja lah. penyokong semua dah beralih ke DAP.

Saya juga ingin mengulas kemenangan YB Nizar dalam PR Kecil lepas. Sokongan Cina meningkat kepada PAS kerana YB Nizar dilihat oleh mereka sebagai boleh diperalatkan DAP semasa menjadi MB. Adakah anda nak menafikan hujah saya? Ya, di Kelantan mungkin ramai cina suka PAS. Itupun kerana ada TGNA. Apa akan berlaku kapada kelantan jika TGNA tiada nanti?

Maaf atas hujah saya.
Wallahua'lam...

Shahnizat bin Sakiran said...

Bermulanya Masalah Dalam Umno

Ianya bermula apabila kerajaan tidak membenarkan kakitangan kerajaan bergiat dalam politik. Maka UMNO pun dikuasai oleh golongan swasta atau individu2 yang berkerja sebagai kontraktor dan bisnesman.

Kuasa yang ada pada mereka dipergunakan untuk mendapat bisnes dan kontrak kerajaan. Namun, kesedaran kini mulai timbul, bahawa golongan guru misalnya perlu dibenarkan berpolitik seperti zaman pra merdeka kerana guru tiada kepentingan dalam perniagaan atau mendapat kontrak kerajaan. Mungkin ada segelintir yang tamak tapi tidak semua. Ahli sekarang semakin bijak memilih siapa ketua mereka. Malangnya, sistem pemilihan parti pula menghalang pemimpin pilihan akar umbi terpilih apabila golongan G7 (yang entah apa2 "G" lagi yang menjadi perwakilan) yang mengundi telah menerima sogokan.

Saya yakin bahawa akan ada perubahan besar selepas ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemimpin masyarakat Melayu tak kira apa parti supaya janganlah tutupkan pintu perpaduan. Agama kita sedang teruk diganyang dimana-mana. Janganlah kita jadi seperti negara-negara arab yang tidak boleh bersatu dan hanya melihat agama dipermainkan yahudi..

checkmate said...

hidup UMNO...

haby said...

Salam Semua,
Shahnizat...berkata!

Ianya bermula apabila kerajaan tidak membenarkan kakitangan kerajaan bergiat dalam politik. Maka UMNO pun dikuasai oleh golongan swasta atau individu2 yang berkerja sebagai kontraktor dan bisnesman.

Kuasa yang ada pada mereka dipergunakan untuk mendapat bisnes dan kontrak kerajaan. Namun, kesedaran kini mulai timbul, bahawa golongan guru misalnya perlu dibenarkan berpolitik seperti zaman pra merdeka kerana guru tiada kepentingan dalam perniagaan atau mendapat kontrak kerajaan. Mungkin ada segelintir yang tamak tapi tidak semua. Ahli sekarang semakin bijak memilih siapa ketua mereka. Malangnya, sistem pemilihan parti pula menghalang pemimpin pilihan akar umbi terpilih apabila golongan G7 (yang entah apa2 "G" lagi yang menjadi perwakilan) yang mengundi telah menerima sogokan

###################################

Saya katakan!

Sebab itu setengah orang amat sangsi terhadap apa yang dilakukan oleh pemerentah sekarang...banyak polisi tidak memihak kepada Islam...sehinggakan beberapa ngo Islam kini gusar dan melihat Pm sebagai alat tertentu!
....orang politik tentulah tak boleh setuju langsung...isunya akan menjadi bahan kampen di Penanti!....selain isu Bahasa dan ISA...

Kita sebagai rakyat...Melayu,Islam ingin melihat Malaysia ditakbir bagi memelihara Islam!!!!
....aduhai!!!!!

######################

Sama sama lah kita berdoa...agar kita boleh mencari titik persamaan,...demi menjaga Islam dibumi Malaysia tercinta!

belantiboys said...

Disini jelas Umno dan BN sememangnya memusuhi islam dengan cara terbuka, mereka mencipta undang2 yang hanya untuk menguntungkan survival politik mereka tampa memikirkan kesan yang akan di hadapi oleh islam di masa depan setelah juak2 yang menggubal undang2 ini yang bodoh lagi dungu bab agama ini MATI atau dalam bahasa yang lembut MAMPUS,siapakah yang akan menanggungnya dari kesan ke bodohan mereka ini?.Entah aku pun tidak faham undang2 islam manakah yang mereka ini guna pakai. Apa pula pandangan mufti kita yang terhebat sangat tu (mufti perak)mungkin saya belum terbaca lagi pandangan beliau atau beliau diam membisu bahasa sebab bab ni tidak mengutungkan UMNO/BN.CEPATLAH PILIHANRAYA YANG KE 13 KAMI UMAT ISLAM MALAYSIA AKAN HANCURKAN PARTI UMNO INI YANG SAMA KORUPNYA DENGAN KAMAL ANTARTUK bekas president TURKI.

AZRI said...

Blogger bn@umno said...

bodoh takde otak betullah puak pembangkang ni.sikit sikit memperjuangkan islam sikit sikit memperjuangkan islam.aku tegaskan di sini kalau takde puak pembangkang pun islam boleh berdiri teguh dgn sendirinya

=====================================

kalo nak berhujah jangan menguna bahasa kasar nati orang akan balas balik dengan bahasa kasar jugak....

islam tidak boleh berdiri dengan sendirinya....ia perlukan jemaah, dalam jemaah ia perlukan parti politik, bila parti politik dapat kuasa memerintah baru la islam akan dapat berdiri dengan teguh, pelaksanaan rukun iman dan rukun islam dapat di amalkan dengan sempurna.......

saudara ku......sebab itu kita orang islam di wajibkan solat berjemaah sebab untuk membangunkan islam perlukan jemaah...

pandangan saudara sy tak dapat terima sebab berasaskan akal saudara yang sempit......

AZRI said...

saudara ku shahnizat.....

suasana politik sekarang sudah matang, rakyat boleh mendapat maklumat dengan hujung jari berbanding dengan suasana dahulu....

dulu umno dan parti kompenannya di lihat sebagai amat berkuasa dan pembangkang tidak berupaya untuk mengubahnya....

tapi sekarang bn/umno sudah di lihat tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri, hanya mengharapkan bantuan dari serawak dan sabah....dalam PRU 13 tak mustahil sabah dan serawak akan beralih sokongan pada PR dan pada masa itu bn/umno akan menjadi pembangkang di malaysia.....

mengenai program yang saudara nyatakan kt johor...itu telah lama parti pas laksanakan di kelantan..peruntukan pendidikan yayasan islam kelantan ( YIK ) dekat RM 20 juta dan hasilnya boleh melahirkan pelajar terbaik SPM di malaysia.....

sy dh tinggal kt batu pahat selama setahun, sistem pendidikan agama johor berbeza dengan sistem pendidikan agama di kelantan, ramai anak-anak johor datang belajar kat kelantan...

ini adalah usaha yang di lakukan oleh kerajaan negeri kelantan di bawah pentadbiran pas iaitu TGNA.

dalam pas pemimpin bertukar ganti tapi dasar tetap sama......ahli pas tidak akan lari tinggalkan parti sebab pemimpin tapi ahli umno akan lari jika pemimpin mereka dah tiada......


kalo umno nak laksanakan syariat islam ia tidak perlu mendapat kebenaran dri parti kompenan....selama 51 tahun allah bagi masa kepada umno berkuasa tapi tidak ada syariat islam di laksanakan...saudara lihat di kelantan bila pas mentadbir banyak perkara2 maksiat di hapuskan seperti no ekor, kelab malam dan sebagainya...tapi umno tidak dapat laksanakan, boleh saudara nyatakan sebab?

sebab itulah keyakinan rakyat terhadap bn/umno semakin berkurangan..bila kuasa semakin menghilang maka timbul la konsep kerajaan perpaduan, sebelum di laksanakan pada peringkat pusat, sy cadangkan saudara agar mencadangkan kerajaan perpaduan di negeri2 yang di kuasai umno seperti n9, melaka, perlis, pahang dan terengganu.....sebab itulah sy melihat kerajaan perpaduan hanya lah mainan politik untuk menghidupkan dan mengukuhkan survival umno semata-mata....

haby said...

Salam semua,

Saudara Shahnizat,...

Kenapakah apabila umno lemah baru hendak (atau teringin) nak ajak bersatu ?,sifat begini memang mencurigakan pihak lain!....memang ada usul dari pemimpin ...saya dengar ia bersungguh!

macam juga kata kata saudara!:


"Akhir sekali, saya tanpa berselindung adalah ahli umno mencadangkan agar PAS dan OMNO berbincang tentang perpaduan Islam demi kepentingan Islam. Saya setuju dengan pendirian awal Tuan guru Hj Hadi Awang bahawa kerjasama perlu dibentuk dan apa salahnya PAS diberi beberapa portfolio dalam kerajaan agar dapat sama-sama membangunkan negara kita yang tercinta ini sekaligus memartabatkan islam kelandasan yang betul. Kalau UMNO boleh beri jawatan kepada Bukan islam, mengapa tidak kepada pemimpin PAS yang terang2 memang orang Islam. Namun PKR,, saya tiada hati dengan PKR"
####################

....Bah kan membaca tulisan ini juga...menambah rasa curiga...macam menambah "perasa dalam masakan!"

...Ini jugalah yang mengakibatkan masaalah dalaman kepada PAS sekarang!.....timbulnya beberapa golongan didalam Pas....
ianya..
BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU!

Wallahualam.....

Muhd Fariz said...

Salam semua,

Saudara Shahnizat,...

Sy respek kjujuran saudara dlm mmpertahankn parti umno ksayangan saudara.Begitu jelas saudara bjaya mlontarkn hujah2 ,pandangan, idea saudara dgn bhemah.t spt kbanyakn bloggers dr pihak umno yg lain yg nmpaknya x mmpunyai hujah yg kukuh @ xde hujah lgsg.

Pd pandangan sy pula parti,pemimpin itu tidak penting yg penting adalh dsr perjuangan sesebuah organisasi itu.Apa yg perlu kita tanya diri kita, manakh yg lebih penting perjuangan bangsa,kaum ataupun perjuangan agama ISLAM kita? Amat mudah skali jwpannya bg sy, ISLAM adalah perjuangan unggul yg perlu sy perjuangkn. Krn Rasullullah S.A.W bukannya dtg untuk mmperjuangkn bangsanya iaitu arab,tp Nabi berjuang atas dsr menegakkn Daulah Islamiyyah.Jd apa yg pening2 sgt nk tahu manakh perjuangan yg diredhai ALLAH S.W.T. Perjuangan Islmlah yg patut smua kita umat Islam dokong.Bukannya perjuangan bangsa@melayu,nasionalis,komunis,sosialis dsbnya.

Pas hanyalh wadah@jalan utk kita menegakkn syiar Islam d M'sia ini.Jika umno dpt mlaksanakn Islam dgn sesempurna yg mungkin apa slhnya jk kita smua umat Islam d M'sia dokong umno.Pas sudah lm mengajak umno bermuzakarah dr dulu lg,mlgnya umno mnolak mentah2 pelawaan pas krn dmasa itu umno kuat.Skrg umno mahu muzakarah dan mengajak perpaduan dgn pas,sy ingin btanya di lubuk hati pemimpin dan pendokong umno mengapa ya?

Dan pemimpin pas spt TGAH & TGNA slalu mmpelawai umno utk mghayati perjuangan Islam yg mutlak bukan hanya Islam samaran.TGAH & TGNA sudah byk kali mencabar pemimpin2 umno utk uabah dasr parti yukar kpd parti yg memperjuangkn Islam yg tulen maka pemimpin pas sedia utk MEMBUBARKN PARTI PAS!! Dan sy rela PAS DIBUBARKN dgn syarat umno trima perlembagaan Al Quran,Hadis,itjimak ulama.

Bukan krn kt taksubkn pas tp taksub pd perjuangaan Islam.Tp malg skali media arus perdana x pernah menyiarkan kenyataan2 pimpinan pas yg sbegini.Krn tentu skali umno akn terperangakap dgn kenyataan ikhlas dr pas ini.

Ayuh umno jk berani & benar ingin bjuang siarkan kenyataan sbegini dlm tv ,srtkhbr ,radio dll media biar smua rkyt M'sia dgr dgn sndr kenyataan ini.Kalu xde wartwan2 media arus perdana boleh tanya balik TGNA & TGAH ttg ahl ini.

meon_peon said...

DULU = ISLAM HADHARI,

KINI = SATU MALAYSIA,

DAN SELAMANYA...MELAYU MUDAH LUPA.

Shahnizat bin Sakiran said...

Saudara Azri,
Kata Anda,

"mengenai program yang saudara nyatakan kt johor...itu telah lama parti pas laksanakan di kelantan..peruntukan pendidikan yayasan islam kelantan ( YIK ) dekat RM 20 juta dan hasilnya boleh melahirkan pelajar terbaik SPM di malaysia.....

sy dh tinggal kt batu pahat selama setahun, sistem pendidikan agama johor berbeza dengan sistem pendidikan agama di kelantan, ramai anak-anak johor datang belajar kat kelantan.."

---------------------------------
Jika anda nak bandingkan dengan yayasan Kelantan, Jangan samakan dengan Sekolah Agama Johor (Nama pun Yayasan). Anda boleh bandingkan dengan Yayasan Pelajaran Johor, Maahad Johor, Maahad Pontian, SMAKJ Kluang, SMAKJ Batu Pahat dan Berpuluh lagi. Tak termasuk lagi MARSAH. (Bandingkan dengan yang setaraf)

Buat pengatahuan semua, saya hanya menyebut sekolah agama johor. Bermaksud, kanak-kanak yang berumur dari 7-14 tahun. Di Johor setiap murid yang pulang dari SK akan hadir ke sekolah agama Johor pada sebelah petang. Semua anak Johor yang beragama Islam terlibat.

Peruntukan yang saya nyatakan adalah hanya untuk bahagian tersebut sahaja. Bagi sekolah2 Aliran Menengah Arab peruntukan diberi oleh MAIJ. Dan ada juga yang telah menjadi SABK.

Satu soalan saya. Adakah di Negeri2 lain murid2 dari umur 7-14 tahun bersekolah pada sebelah petang dan berapa ramai? Di Johor adalah tradisi.

saya tidak nafikan bahawa ramai anak Johor ke Utara menimba Ilmu. Adakah ia satu kejanggalan? Bagi pembelajaran peringkat menengah dan lebih tinggi mungkin disana lebih baik. Tapi diperingkat rendah bagaimana?? Itulah yang saya maksudkan.

Untuk Saudara Haby
Rasanya anda tidak membaca komen saya dari post sebelumnya..

Kata Anda: ....Bah kan membaca tulisan ini juga...menambah rasa curiga...macam menambah "perasa dalam masakan!"
-------------------------------

Saya ucapkan terima kasih banyak2 kerana anda mempersoalkan seruan saya.

Saya bukanlah siapa2.... saya hanya seorang guru.. Anda boleh selidik saya siapa melalui blog saya. saya tidak berselindung menggunakan nama samaran.

Cuba anda imbas semula, Siapa yang memulakan Isu Kerajaan perpaduan?? Sayakah?? Ia adalah dari Tuan Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS sendiri. Dalam blog Ustaz Nik Abduh Nik Aziz sendiri menyatakan bahawa Bapanya telah diberi gambaran yang buruk oleh pembantu2 beliau tentang kerajaan perpaduan. Dalam menegakkan islam, Bukankah lebih mudah bersama orang Islam?

Tak apalah... Jika apa yang saya sampaikan ini menimbulkan kecurigaan. Saya hanya menyokong saranan presiden anda. Saya tahu, ahli UMNO juga ada yang tak mahu kerajaan perpaduan. Di pihak PAS pula, tak semua menolak kerajaan perpaduan.

Jika ditakdirkan tiada kerajaan perpaduan, saya dan rakan2 saya akan berusaha mengembalikan islam dari dalam UMNO.

Anda juga boleh lah terus bekerjasama dengan DAP. Saya berdoa biarlah Selangor, Perak (mingkin), terus di bawah pakatan Rakyat. Kita akan lihat sejauh mana DAP memainkan peranannya.

Saya tidak risau akan kedah dan Kelantan kerana ia ditadbir oleh Golongan ulama'Itu lebih baik...

Sekian Harap maaf.

Shahnizat bin Sakiran said...

Saudara Muhd Faris.

Anda menulis '
"Pd pandangan sy pula parti,pemimpin itu tidak penting yg penting adalh dsr perjuangan sesebuah organisasi itu.Apa yg perlu kita tanya diri kita, manakh yg lebih penting perjuangan bangsa,kaum ataupun perjuangan agama ISLAM kita? Amat mudah skali jwpannya bg sy, ISLAM adalah perjuangan unggul yg perlu sy perjuangkn. Krn Rasullullah S.A.W bukannya dtg untuk mmperjuangkn bangsanya iaitu arab,tp Nabi berjuang atas dsr menegakkn Daulah Islamiyyah.Jd apa yg pening2 sgt nk tahu manakh perjuangan yg diredhai ALLAH S.W.T. Perjuangan Islmlah yg patut smua kita umat Islam dokong.Bukannya perjuangan bangsa@melayu,nasionalis,komunis,sosialis dsbnya."
-------------------------------
Anda tidak membaca komen saya dari awal seperti Saudara Azri.

Saya tidak mempersoalkan dasar perjuangan PAS. Dasar PAS adalah yang paling baik. Seperti sebelum ini saya nyatakan, saya amat mengagumi Kerajaan Kelantan. Tetapi saya tidak bersetuju kerjasama dengan DAP. Sebelum ini Saudara Azri juga mempersoalkan hubungan UMNO MCA MIC. Saya pun dah menjawabnya... (sila rujuk komen saya)

Mengapa saya masuk UMNO??
1. Kerana PAS di Johor tak kuat. Dan kurang menyerlah.
2. Di Johor, Kerajaan Johor telah melaksanakan tugas dengan baik. Walau ada kekurangan.
3. Dalam UMNO saya dapati ramai golongan yang bukan aliran agama. Jadi saya berpendapat, adalah menjadi Fardhu Kifayah saya menyertai UMNO.
4. Jika saya melihat kemungkaran dalam UMNO takkan saya nak Tembak mereka melalui tiket pembangkang. Bukan mereka nak dengar. Sekurang-kurangnya saya dapat menegur dari dalam dan itu lebih baik. Memang dah sifat manusia harini tegur besok lupa. Kalau saya jadi pembangkang, lagilah mereka hentam saya balik.

Oleh itu, saya hanya menyokong pandangan asal Presiden PAS.

Dan jika PAS dapat bersama dalam kerajaan, macam macam boleh ditegur. Kalau menegur secara berdepan, peluang untuk didengari adalah lebih besar.

Kita lihat sekarang. UMNO dan PAS hanya berbalas kenyataan dari jauh. Itupun melalui media. Yang menegur pun kurang Hikmah. Yang mendengar pun ego. Ibarat jiran sekampung yang hanya mengata dari jauh. Cuba lah kita rapatkan jurang perbezaan antara kita. Janganlah kita jadi seperti orang2 arab yang susah nak bersatu. Sipa yang rugi?

Ihya said...

Salam ziarah!!

Melampau sungguh warga myanmar ni raba bini orang!! kan..dah kena cepuk!! Klik sini ---> www.dzulhaqq.blogspot.com Sebarkan!!

AZRI said...

saudaraku shahnizat.....

sy telah membaca blog saudara, di mana saudara ada mengatakan " anda akan turuti perintah kepada sesiapa yang menjaga kebajikan anda" kalo silap maafkan saya.....

bagi sy pernyataan ini sama sekali menyimpang dari sifat fitrah semulajadi manusia.....kita akan tunduk dan patuh kepada pemimpin, organisasi, politik yang secara terang-terangan berlawanan dengan kehendak islam, asalkan ia memberi ganjaran pada saudara......

ingat kah kita pada kisah mashitah dengan firaun......walaupun beliau bekerja dengan firaun tapi beriman dengan allah swt....beliau tidak mengakui firaun itu dalah tuhan sebaliknya dengan tegas menyatakan allah swt yang layak di sembah....

berbalik pada politik negara iaitu pas dan umno......saudara teliti dan perhatikan dengan hati yang ikhlas, siapa kah yang paling kehadapan untuk membela islam?

niat saudara ingin membaiki umno dari dalam dengan membawa roh islam..tp bagi sy niat saudara akan tinggal niat sja....persoalan nya....adakah saudara merupakan pimpinan umno pada peringkat bahagian? kalo tidak ia tidak akan menjadi reality....

mana ulama-ulama umno bersuara bila kabinet meluluskan anak kekal agama asal walaupun ibubapa telah menganut agama lain? ulama-ulam umno akan di pinggirkan daripa membuat keputusan, mereka akan di gunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.....

YB dato dr mashitah ibrahim, dengan kenyataan nya menghalalkan pelacuran bila keadaan terdesak, ini lah yang rakyat nilai antara ulama pas dengan ulama umno....ulama umno tidak berani untuk menentang kerajaan sebab periuk nasi akan terjejas padahal mereka tau apa yang di lakukan oleh umno adalah salah

umno tidak akan berubah walaupun pemimpin nya bertukar ganti, sebab dasar perjuangan nya adalah bangsa melayu....nabi mengharamkan perjuangan atas nama kaum, bangsa..

parti yang saudara dokong ini telah salah dari segi dasar perjuangan, bagi sy pas adalah lebih baik daripada umno.....

ketokohan dan pengamalan dalam bidang agama antara pemimpin pas dan umno jauh berbeza....lihat TGNA dan isteri nya, bandingkan dato najib dan isteri nya macam mana? mana yang nampak islamik antaranya?

dalam hidup yang singkat ini, kita nak pemimpin kita dapat membawa kebahagian dunia dan akhirat, apa yang kita lakukan atas dunia ini akan di kira di padang mahsyar kelak, sama ada dalam muamalat, munakahat,jenayat dan syariat..

moloyue said...

Saya tak nampak langsung penyokong umno membuat sebarang komen mengenai isu keputusan kabinet mengenai agama anak2.

Kpd sdra Shahnizat saya nak tanya satu perkara sahaja iaitu mengapa beliau menyertai umno?

haby said...

Salam ,

Saudara ku Shahnizat,
Untuk pengetahuan saudara,saya ada melawati laman blog saudara!...ada gambar murid sekolah dan anak anda.

...saya juga menggunakan nama penuh...cumanya ianya dipendekkan saja...bukan nama samaran!

Pada saya,saudara bukanlah mewakili kepada kumpulan saudara,lontaran pendapat saudara mungkin cebisan dari apa yang saudara perolehi dari kesan mengajar Islam kepada murid murid saudara.

Kalau saudara memang iklas...saya syorkan ,saudara sampaikan kepada kumpulan saudara dulu....sampaikan mesej Islam kepada yang kurang faham,dari kalangan kumpulan saudara,bergerak dari dalam!

....Saya berharap benar kebinet akan membuat keputusan yang memihak kepada Islam...selepas memahaminya dari penerangan saudara!

jaam said...

TOTOOOOOOOOOOOK!

JUMUUUUUUUUUUUD!


FAHAMAN SYIAH, MEMUJA PEMIMPIN MELEBIHI SEGALANYA.

TAKSUUUUUUUUUB!.

haby said...

Salam,

Jaam...apa khabar?

Siapa dan gerombolan mana tu....?
kenapa menuduh macam tu?....sapa yang taksub...
siapa yang syiah?
...gerombolan mana yang kata:
"kalau tak sokong...tak bersyukur namanya"
"Sifat bersyukur kepada makhluk"...antara ciri ciri apa?

Siapa yang menangis teresak esak...masa pau ,bagai dunia nak kiamat apabila pemimpin mereka letak jawatan?
Lepas tu....ada satu khutbah jumaat...memuji tok ketua yang baru....hah ini lah pemimpin yang ditunggu seluruh umat Islam...ianya pemimpin "bersih"...
ya lah tu....terlalu taksubbbb!

Tunggu...sambungan

Naruto sensei said...

Salamsaudaraku semua apa khabar?

Kepada Jaam ... hai dah takde modal lagi ke pusing2 macam tu jugak modal anda. berpuluh soalan pun tak terjawab, malah anda muncul lagi dengan tuduhan2 terbaru.

Jaam bukan ke menuduh tanpa bukti itu adalah suatu Fitnah? malah jika ada ke mahkamah sekalipun anda akan dianggap menghuni mahkamah dengan laporan anda ini.

Sudahla Jaam, Nampak sangat anda yang tiada modal nak berhujah..
di mana nya hujah2 kukuh atas segala tuduhan anda??

Ingat fitnah itu lebih berbahaya dari memebunuh!!

Shahnizat bin Sakiran said...

Terima Kasih kepada Saudara Azri dan Saudara Haby kerana menegur dan memberi pendapat.

Kesimpulannya, Saya dan anda mungkin mempunyai matlamat yang sama tetapi pendekatan yang berbeza.

Dalam blog saya, saya menyatakan akan menurut perintah selagi kebajikan terbela. Saya menujukan ini kepada ketua jabatan saya secara berkias. Maksudnya saya akan lebih produktif jika kebajikan saya sebagai bawahannya sedikit terbela.

Blog saya sebenarnya adalah blog seorang guru biasa dan bukan blog politik.

Saya berpegang pada Firman Allah "Dan taatlah kamu kepada Allah kepada Rasulullah dan Ulil Amri" Di sekolah guru besar adalah ketua saya. Saya perlu taat kepadanya.

Saya juga menyatakan "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"
Menunjukkan saya berpegang pada peribahasa Melayu. Maksudnya, saya akan gagal dalam tugas saya jika saya berpijak dibumi lain tetapi menjunjung langit lain. Tentu langit di bumi yang dipijak akan gugur.

Hubbul watan minal iman

kepada Saudara moloyue said...
"Saya tak nampak langsung penyokong umno membuat sebarang komen mengenai isu keputusan kabinet mengenai agama anak2.

Kpd sdra Shahnizat saya nak tanya satu perkara sahaja iaitu mengapa beliau menyertai umno?"
-------------------------------
Saya telan menjawab soalan ini pada komen sebelumnya... terima kasih.

Akhir sekali, Saya seronok berbincang dengan anda semua dalam isu ini... Mungkin dalam isu yang lain kita boleh bertukar-tukar fikiran sperti ini.

Ihya said...

Salam ziarah!!

Melampau sungguh warga myanmar ni raba bini orang!! kan..dah kena cepuk!

www.dzulhaqq.blogspot.com

Shahnizat bin Sakiran said...

Kata bijak pandai

"Kalau kita mencuba, kita akan dapat 2 perkara. pertama gagal dan kedua berjaya. Kalau tak mencuba kita akan dapat satu sahaja iaitu gagal"

Saya suka mencuba.

jaam said...

ALOO SANG NARUTO!
KAU SAPA NAK SOAL JAWAB DENGAN AKU?
LAGI PUN KAU BUKANNYA BOLEH MENERIMA ULASAN DAN PENDAPAT ORANG.


INI BUKAN RUANGAN SOAL JAWAB LAAA.

KAU DENGAN CARA KAU DAN AKU DENGAN CARA AKU. AKU LANSUNG TAK HARAP KAU TERMAKAN DENGAN APA YANG AKU KOMEN, DAH KAU BACA TU DAH KIRA OK..HUHU.

Naruto sensei said...

Shaniza said..

Kita lihat sekarang. UMNO dan PAS hanya berbalas kenyataan dari jauh. Itupun melalui media. Yang menegur pun kurang Hikmah. Yang mendengar pun ego. Ibarat jiran sekampung yang hanya mengata dari jauh. Cuba lah kita rapatkan jurang perbezaan antara kita. Janganlah kita jadi seperti orang2 arab yang susah nak bersatu. Sipa yang rugi?

-----------------------------------
Naruto Answer

Salam saudariku!!

Mengunakan nama samaran tak salah yang penting berhujah menggunakan akal fikiran yang bernas. masalahnya adalah menggunakan nama samaran hanya untuk menabur fitnah dan membuat tuduhan2 tanpa bukti.

Berbalik kepada komen saudari saya ingin Ulaskan dengan satu pertanyaan kenapa sewaktu UMNO berkuasa mereka langsung tidak pernah memikirkan untuk menghulurkan salam perpaduan? malah mereka menindas PAS lagi..

Diwaktu UMNO berkuasa mereka langsung tidak memandang kepada PAS malah menindas PAS seperti semasa PAS memerintah Terngganu satu masa dahulu.
Umno menarik balik wang royalti petronas malah menukarnya dengan wang ehsan yang hanya diserahkan kepada sekelompok orang UMNO sahaja. Sedangkan wang itu adalah hak rakyat terengganu yang majoritinya adalah orang Melayu!

Bukankah kerajaan PAS yang memerintah itu adalah orang melayu?
bukankah rakyat Terengganu juga majoritinya orang Melayu. Jadi kenapa semasa berkuasa langsung tiada Agenda untuk bersatu.Malah menindas pula saudara sebangsa dan seagama dengan mereka.

Kenapa disaat UMNO hilang benyak kuasa, baru mereka teringat agenda perpaduan?

Sebenarnya PAS sudah serik bersama UMNO dahulu dimana PAS pernah ditendang keluar dari kerajaan tanpa belah ehsan UMNO. Malah selepas itu PAS pula menjadi musuh ketat UMNO sehinggakan Program PAS disekat walaupun hanya Program ceramah Maulidur Rasul yang PAS anjurkan..

Rasullulah pernah berpesan.. Umat Islam jangan sampai dipatuk 2kali oleh ular yang sama didalam lubang yang sama.. atas pesan Rasullulah inilah menjadi pegangan kami PAS supaya tidak tertipu lagi dengan mainan politik UMNO.

PAS hanya akan bersatu dengan UMNO jika UMNO mengubah perlembagaannya kepada Al-Quran dan Sunnah yang sehingga kini terlalu liat untuk UMNO nak laksanakan tetapi masih mahu mengaku Islam, Malah masih lagi mengekalkan sistem sekular yang diwarisi dari penjajah Inggeris .

Bahkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun pernah menawarkan untuk masuk UMNO jika UMNO berubah kepada sistem Islam Berlandaskan Al-Quran dan Hadis.Malah saya sendiri sebagai ahli PAS akan mengikut masuk UMNO jika Umno mahu berubah kepada sistem Islam tersebut.Apakah UMNO akan ikhlas tidaklah kita ketahui dalam isu ini..

Malah keihlasan UMNO juga boleh diragui kerana dalam masa mereka menghulurkan salam perpaduan mereka jugalah yang merampas kerajaan Perak yang dipimpin oleh Haji Nizar yang juga ahli PAS. Malah mereka menfitnah Haji nizar dan PAS dengan berbagai tuduhan serta tindakan UMNO yang kami Tak terfikir sampai begitu sekali buruknya mainan politik UMNOBN.

Adakah UMNO ikhlas nak bersatu, jika mereka menghulurkan tangan kanan kepada PAS dalam masa yang sama tangan kiri pula menikam belakang PAS dengan kejadian yang saya terang kan tadi.

Oleh itu bolehlah disimpulkan UMNO dan PAS tak mungkin bersatu selagi UMNO masih mengamalkan politik sedemikian, Malah jika UMNO berani mengubah dasar kepada Islam maka tidak perlulah lagi PAS menjadi musuh UMNO melainkan menjadi sebahagian parti UMNO sendiri.

Kerana sistem sekular inilah yang memyebabkan punca utama Umat Islam di dunia ini terutama bangsa Arab berpecah belah kerana nak mempertahankan negara masing2 berdasarkan fahaman kebangsaan ini.
Masing2 nak menang kan bangsa masing2 sampai kiamat pun Islam berpecah belah. Dan inilah sistem yang direka oleh Yahudi untuk memecah-belahkan Umat Islam selama ini: Anda rujuk buku Gerakan Freemansonry musuh dalam menghancurkan Islam ..

Sedangkan Allah swt tidak pernah berfirman kepada sesuatu bangsa didunia ini malah Allah swt berfirman malah memberi peringatan dan menasihati hanya kepada seluruh manusia yang beriman kepadaNya di muka bumi ini.. tiada sempadan bangsa dalam ajaran Islam..

Wallahualam!

Maaf jika terkasar

Wassalam.

Naruto sensei said...

jaam said...

ALOO SANG NARUTO!
KAU SAPA NAK SOAL JAWAB DENGAN AKU?
LAGI PUN KAU BUKANNYA BOLEH MENERIMA ULASAN DAN PENDAPAT ORANG.

----------------------------------

Salam saudara Jaam..

Begitu angkuh kenyataan saudara yang memperkecilkan orang.. takpelah mungkinanda tak perasan siapa saya tak mengapalah..

Sepanjang pemerhatian saya belum pernah adanya komen2 anda yang mengulas atau memeberi pendapat di sini malah semua hujah anda adalah berdasarkan hujah orang yang anda copypaste sendiri, bila ditanya untuk mendapatkan penjelasan anda mendiamkan diri ini bermakna anda sendiri tidak faham dengan hujah2 yang anda sendiri copypaste,

Kalau anda sendiri tak faham dengan apa yang anda copykan macam mana anda nak yakinkan orang, maklumat yang anda berikan itu adalah sahih untuk diterima..

Saya belum lupa lagi semasa anda mula posting disini anda mengatakan anda tak berpolitik dan hanya memerhatikan. Tetapi semua komen anda adalah menjurus kepada menghentam PR sedangkan dalam masa yang sama anda membela bermati2an parti Umno walaupun tajuk yang melibatkan kesilapan di pihak UMNO.

Sedangkan orang yang tak berpolitik akan komen apa sahaja yang tak di sukainya tidak kira di pihak pembangkang ke atau di pihak kerajaan. tetapi anda sebaliknya menampakkan yang diri anda terang2an penyokong UMNO... so kenapa nak selindung lagi..

Anda kata di ruangan ini bukan tempat bersoal jawap,sedangkan maklumat copy paste anda sendiri pun menimbulkan seribu persoalan .. maka jika anda tak mahu bersoal jawap tak perlulah anda sibuk nak copy hujah orang sebab nanti anda sendiri tak mahu menjawap malah keliru dengan hujah copy anda sendiri.

Yang saya nampak anda hanya mahu melakukan provok malah membuat tuduhan2 yang tak terbukti langsung di sini ..

Itu bukan caranya malah menambah kebencian orang kepada anda lihat lah komen bloggers lain terhadap anda.

Maaf jika terkasar

wassalam

haby said...

Salam saudara Shahnizat,

Saya juga berasa gembira dapat bertukar pendapat dengan saudara!

Mungkin kita diberi rasa kenikmatan mempunyai akal yang terbuka.

Insyaalah...saya akan bersama dalam membicarakan beberapa isu,serta akan turut memberi pandangan.

Mungkin ada yang dapat dikongsi bersama...demi "Memuliakan kembali Islam."..yang kita anuti dan sungguh sungguh percayainya...

Jangan dibiarkan sesiapa merendahkanya.... dan kita cuma diam,kerana kita tidak sanggup membela.....atau tidak terbela!

Muhd Fariz said...

Salam.....

Shahnizat kata...
Mengapa saya masuk UMNO??
1. Kerana PAS di Johor tak kuat. Dan kurang menyerlah.
2. Di Johor, Kerajaan Johor telah melaksanakan tugas dengan baik. Walau ada kekurangan.
3. Dalam UMNO saya dapati ramai golongan yang bukan aliran agama. Jadi saya berpendapat, adalah menjadi Fardhu Kifayah saya menyertai UMNO.
4. Jika saya melihat kemungkaran dalam UMNO takkan saya nak Tembak mereka melalui tiket pembangkang. Bukan mereka nak dengar. Sekurang-kurangnya saya dapat menegur dari dalam dan itu lebih baik. Memang dah sifat manusia harini tegur besok lupa. Kalau saya jadi pembangkang, lagilah mereka hentam saya balik.
...................................

Hujah sy..
1-Zionis israel nmpak kuat d bumi Palestin, adakh kita perlu mengatakn zionis adalh benar & perjuangan rkyt Palestin,Hamas itu slh krn mrk "x kuat & kurg mnyerlah."
Amerika kuat lalu menjajah bumi Iraq, jd bolehkah kita buat kesimpulan bhw pengjajahn amerika itu betul krn mrk kuat & iraq x perlu kita sokong krn "x kuat & kurg mnyerlah?"
umno buat ms skrg & mungkin akn dtg x ingin mlaksanakn islm yg sbenarnya.walaupun umno kuat d johor,adakh hujah umno kuat lalu kt sokong, boleh dtrima pakai?
Walaupun Nabi Musa A.S. sorg lwn firaun & konco2nya yg ramai, tp Nabi Musa A.S adalh kbenaran walau beliau sorg,"x kuat & kurg mnyerlah."
Jd bg sy "x kuat & kurg mnyerlah" buknlh alasn kt utk mnolak kbenaran & perjuangan yg Haq.

2-Adlh mjadi kwajiban & tanggungjawab mn2 parti yg mmrintah ssuatu ngri @ ngra utk mmberi ksejahteraan,pembangunan(fizikal&rohami),kselamatan
dsbnya kpd rakyat.Krn kt rakyat yg mmberikn mrk kuasa itu utk mntadbir kerajaan melalui undi kt.Parti umno,pas,pkr,dll hanyalah pemegang pd tanggungjwb itu.Ianya bukn milik mutlak nik aziz,hj hadi,anwar,najib,ghani o,lim guan,khalid,adnan,ali rustam,a said,azizan,muhyidin dsbnya. & kt x perlulh tlalu mmuja mrk ni smua.mrk ni mkn gj dr duit rkyt jg & gj,elaun,insentif mrk ni cukup besar,mewah skali utk mmbolehkn mrk mlaksanakn tugasan mrk dgn amanah pd rkyt.Jd soal krjaan "melaksanakan tugas dengan baik. Walau ada kekurangan." buknlh pointnya.yg pentng adalh adakh krajaan yg kt lantik itu mlaksanakn sistem pemerintahn yg sjajar dgn khendak Allh S.W.T.

3&4-Adakh saudara yakin mmpu mngubah umno dr dlm sdangkn byk golongan ulama2,ustaz2,ustazah2 dlm umno yg ada tp cuma diam aje dlm byk isu yg melibatkn kpentingan umat islam(bukn kpentingan melayu)yg tgugat.Mrk ni smua dlm umno bisu sribu bhs dlm mnegur pimpinan umno ttinggi dlm mmbuat kputusan ttg umat Islam.

Shahnizat bin Sakiran said...

Pendek saja..

Seoarang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang tersepit, walaupun dia tahu anjing itu akan menggigitnya lalu diberi air menggunakan kasutnya. Syurga lah tempatnya.

Inikan pula kita manusia, bukan anjing. Dan yang memberi pula bukan pelacur.

Kalau nak berdakwah, bukan sahaja dengan Ngeh. Dengan orang islam pun kita kena berdakwah.

Anda masih tidak faham pendirian saya... Saya setuju jika hanya PAS. Tiada DAP. Soalnya jika ada DAP, Pakatan Rakyat akan jadi lebih BURUK DARI BN... Bagaimana nak jalankan Syiar Islam??

Mana Syiar islam di Perak? Selangor? Pulau Pinang?

Kedah & Kelantan Mungkin Ye...

Tonton semula you tube ini dan ulas.... video itu wahai saudara Muhd Faris.

http://www.youtube.com/watch?v=LbvAO7muHJQ

Jika HANYA PAS saya sokong....
DAP akan bantah kerajaan Islam...

Naruto sensei said...

Saudara shanizat

Kalau DAP memang saya tak kisah pasal dia nya tak pernah bersama2 jemaah Islam maka dah tentu kefahaman Islamnya cetek malah tak hairan jika membantah ...

Yang saya pelik ialah bagaimana MCA dan MIC yang bergabung dengan UMNo didalam BN semakin tak faham tentang Islam walaupun dah 50tahun bersama malah makin biadap menghina Islam dalam tindakan mereka yang pernah disiarkan dahulu tak perlu saya ulas semua sedia maklum..Malah UMNO diam membiarkan sahaja tindakan mereka ini.

Apakah syiar Islam yang UMNO bawa sampaikan mereka ni makin tak faham tentang Islam.. sedangkan PAS yang berjaya membawa kefahaman Islam kepada DAP pula di tuduh bukan2..

Ingat sejarah perkembangan Islam
Orang yang menentang Islam itulah akhirnya bermati2an pula pertahankan Islam..

Jangan menuduh DAP yang bukan2 sebab sejarah di Bandar Tun Razak apabila DAP menang beberapa penggal Parlimen disitu.. tiada satu pun tanah orang melayu disitu tergadai.. malah tak terusik langsung.. kami bebas bercucuk tanam di tanah2 terbiar..Malah DAP sendiri tak menunjukkan monopoli kaum cina ditempat itu..Penduduk kaum cina pula waktu itu taklah ketara sangat...

Apabila menang MCABN bukan sahaja banyak tanah melayu hilang dan dapat ke tokey cina malah berbagai pusat perniagaan juga milik mereka..MCA pula terlalu menonjolkan monopoli kaum cina dalam kawasan tersebut,

itu pun ada ura2 nak robohkan penempatan di situ untuk kerja pembangunan walhal rakyat situ majoriti Melayu.. mana UMNo dalam tindakan terhadap MCA. Ada bezanya bila kedua2 memerintah

Bagi saya MCA lebih berbahaya dari DAP sebab saya pernah merasa zaman kedua2 parti tersebut memerintah..

Naruto sensei said...

Lagi satu saya mengulas melalui pengalaman saya dan pandangan sekeliling saya jadi jarang mempercayai VIDEO sebab teknologi sekarang boleh buat macam2 terhadap suntingan Video,, Jadi kepercayaan saya ternadap video adalah kurang...

WALLAHUALAM
Wassalam

Muhd Fariz said...

Salam...
Saudaraku Shanizat...

Sy tlh teliti video yt tu.
Ksimpulannya nmpk ada kontradiksi ttg matlamat pas dgn kenyataan nizar tu..tp bg sy adakh nizar mnjadi pnentu mutlak matlamat pas?

Amat malg skali dhujung ucapan nizar, video itu tlah di cut/edit smpai time zambry.video mcm ni sy x puashati sgt2.sy nk dngr slurh pnjelasn dr mn2 pihak sblum sy mmbuat ksimpuln.teknik edit/cut paste/amik sparuh2 ni meng mnjadi trend mn2 pihak yg cuba nk mmburukkn mn2 individu @ organisasi.sy x mnyebelahi mn2 pihak dlm hal ni,perbuatan smcm ni adalh x btangungjwb & bniat jht.

Jk knyataan nizar sbgini diambil kira mk ini adalh setback bg pas.kalu hanya stakat video klip yg bbrapa minit jd kayu pngukur bg anda utk trus mmbuat ksimpuln/penilaian bhw pas sudh lari dr matlamat aslnya mk sy rs ini x mncukupi.

Sy pun bleh bg lg byk/bjela2 cth2 umno lari dr matlamat asalnya,menghina hukum Allah,mghina raja&sultan & dsbnya. Tapi what,s the point?Kita x akn habis/sudah berbalah antara 1 sm lain.Yg ingin kita cari ialah 1 common term yg mn kita boleh ketepikn perslisihan antara kita & mncapai 1 tujuan yg lbih mulia iaitu bagaimn hendk mnegakkn syariat Allah d muka bumi ini.

Sy masih lg berpegang kpd kenyataan pimpinan pas iaitu PAS DIBUBARKN jk umno itu sudi mnjalankn syariat Allah.bg sy pas ke,umno ke,nik aziz ke,hj hadi ke,najib ke,ghani ke,muhyidin ke x penting aslkn syariat Allah itu trtegak.X kisahlh kalu umno yg jlnkn hukum Allah, sy trima & jd pndokong kuat umno. dan kalu pas wujud juga ms tu sy akan bg tentangan yg hebat2,kuat2 thadap pas itu sendiri.

Shahnizat bin Sakiran said...

Assalamualaikum Saudara2.

Saudara Naruto Sensei berkata:

"Kalau DAP memang saya tak kisah pasal dia nya tak pernah bersama2 jemaah Islam maka dah tentu kefahaman Islamnya cetek malah tak hairan jika membantah ..."
------------------------------------

Bukankah DAP sudah bersama-sama PAS sekurang-kurangnya 10 tahun sejak Kes DSAI? Malah pemimpin PAS sering berpelukan dengan pemimpin DAP. Takkan lah tak kenal lagi.?

Sdr Muhd Faris pula berkata:

"Tapi what,s the point?Kita x akn habis/sudah berbalah antara 1 sm lain.Yg ingin kita cari ialah 1 common term yg mn kita boleh ketepikn perslisihan antara kita & mncapai 1 tujuan yg lbih mulia iaitu bagaimn hendk mnegakkn syariat Allah d muka bumi ini.

Sy masih lg berpegang kpd kenyataan pimpinan pas iaitu PAS DIBUBARKN jk umno itu sudi mnjalankn syariat Allah.bg sy pas ke,umno ke,nik aziz ke,hj hadi ke,najib ke,ghani ke,muhyidin ke x penting aslkn syariat Allah itu trtegak.X kisahlh kalu umno yg jlnkn hukum Allah, sy trima & jd pndokong kuat umno. dan kalu pas wujud juga ms tu sy akan bg tentangan yg hebat2,kuat2 thadap pas itu sendiri."
----------------------------------

Saudara,

Tujuan saya meminta anda menonton video tersebut adalah untuk menunjukkan satu perkara :...

PAS tidak dapat menegakkan Agama Islam jika masih bersama DAP..

kerana pemimpin PAS akan berkompromi akan soal ini dengan pihak mereka. Maka jadilah seperti BN sekarang... Mungkin lebih teruk lagi kerana Orang islam yang kebanyakannya melayu sudah tiada apa2 keistimewaan lagi dan perlu bersaing dengan bangsa lain khususnya cina dalam bidang ekonomi. Maka kita akan jadi seperti Filipina, Indonesia yang mana minoriti menguasai lebih 70% ekonomi.. Sekarang ni pun malaysia dengan DEB melayu masih less than 30%.

Sedari awal lagi saya menyatakan, jika hasrat menegakkan syariat ISLAM hendak dicapai, ia boleh dilakukan hanya jika PAS bersama kerajaan (UMNO).. Tak perlu nak tunggu UMNO buat begitu begini kemudian nak bubarkan PAS...

Ye, saya akui MCA dan MIC memang kadang-kala macam tak faham ISLAM walau dah 50 tahun bersama kita... Saya tidak pernah menidakkan perkara itu.

Cuba saudara jelaskan kepada saya, bagaimana Pakatan Rakyat hendak melaksanakan negara Islam ???

Saya sedia mendengar hujah anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...