IPOH, 13 Mei: Speaker Dun Perak, V Sivakumar menyifatkan kerajaan Perak pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir adalah kerajaan kuda kepang yang tidak boleh bertindak sendiri.
"Apabila kerajaan ini adalah kerajaan kuda kepang maka ia tidak boleh bergerak. Ia statik disitu. Sebab itulah kita mahukan sebuah kerajaan yang boleh membela nasib rakyat yang memerlukan pembelaan.
"Pelabur juga sudah tidak yakin untuk membuat pelaburan di negeri Perak jika kerajaan kuda kepang terus mentadbir dengan tidak banyak yang boleh mereka lakukan.
"Dalam konteks ini sudah beberapa kali kita nyatakan serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.Biar rakyat yang memilih kerajaan mana yang mereka mahukan. Bubarkan Dun dan adakah pilihan raya dengan segera," katanya.
25 comments:
I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law,”
Demikian kata YB Teng Chang Kim ketika ditanya oleh pemberita mengenai sikap beliau yang menjadi pendakwa dan menjadi hakim untuk menggantung lima ADUN BN Selangor yang dituduh menghina DUN Selangor.
Inilah contoh DAP apabila berkuasa. Dulu merekalah pejuang kebebasan asasi, kebebasan bercakap dan demokrasi ala barat.
Demikian juga apa yang terjadi Perak. Nga dan Ngeh bermaharajalela tanpa sesiapa pun berani berkata apa-apa. Hari ini ada lagi anak muda Melayu yang bodoh dan bangang mahu bercakap soal demokrasi dalam buku teks.
Di Pulau Pinang, Untuk menarik hati pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, Ketua Menteri dari DAP berkata ia ingin mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz.
Apa yang Guan Eng faham dengan Umar Abdul Aziz? Jika Guan Eng faham Umar Abdul Aziz tentu hari ini beliau telah memeluk Islam. Sebaliknya beliau menggula-gulakan nama Umar untuk menarik sokongan orang Melayu.
Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Siapakah yang mendapat laba ini kalau bukan EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu. Jika beliau tidak mendapat apa-apa mustahil begitu banyak jerung dan loan shark bermaharajalela di Selangor sekarang ini.
Setiap bulan akan ada satu rumah urut yang diambil tindakan tetapi berapa buah yang muncul secara senyap? Anda perlu pusing di Puchong, Subang Jaya dan Sunway sahaja untuk mengetahuinya.
Mengapakah kerajaan negeri mengadakan sistem zon baru untuk kutipan sampah di Selangor? Ia untuk menamatkan kontrak-kontrak dengan kontraktor tulen sedia ada. Kontraktor ini telah melabur begitu banyak untuk pembelian lori kompak sampah dan sebagainya. Namun semua ini akan ditamatkan.
Mengapa? Ia bertujuan supaya kontraktor sedia ada melutut kepada mereka untuk kontrak dan juga bertujuan memasukkan "pemain baru". Pemain baru ini tiada modal, lori sampah mahu pun kepakaran. Mereka akan dianugerahkan kontrak dan kemudiannya menyewa semula kepada kontraktor-kontraktor yang berhutang beratus ribu membeli lori sampah seperti yang disyaratkan oleh kerajaan dahulu.
Ini bukan isu perkauman, ini hanya mahu menunjukkan siapa DAP sebenar yang sebelum ini begitu gah bercakap soal ketelusan dan anti kronisme.
Jika masih ingat, beberapa bulan lalu, ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dulunya begitu hebat menghentam kerajaan BN Selangor sebagai tidak telus membuat laporan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana bocornya kandungan mesyuarat Majlis.
Dulu orang seperti inilah yang bukan sahaja mahu tahu apa berlaku dalam mesyuarat Majlis, malah menuntut supaya setiap sen yang dibelanjakan oleh MBPJ dibuka untuk pemeriksaan umum.
Anak-anak muda zaman siber yang percaya mereka serba bagus dan serba bijak boleh terus mendewakan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat. Namun sama ada mereka benar-benar bijak dan pintar hanya sejarah di masa hadapan akan menentukan.
salam IS,
u can talk what ever you wanted, u can conclude what ever u claimed.
the fact is, referring to the so called anak muda in ur comment (which is i include myself in), we are believing in what we are reading thus we are evaluating in what we are viewing.
enough said, this is a new media to us, and UMNO or BN should convince the anak muda's accordingly like what bloggers among PR have done now.
TQ.
Nasib betul-betul menyebelahi kita semalam (selasa) kerana Dr.Zambry berjaya mendapat perintah Mahkamah untuk menangguhkan perlaksanaan perintah nizar bintang tiga sebagai MB.
Kalau tidak habislah hancur tanah-tanah di Perak semalam.
Semasa DR.Zambry dalam proses membuat rayuan di Mahkamah semalam,lebih kurang jam 11.00 pagi,ngeh koo ham telah mengadakan sidang media di Bangunan Suk Perak mengumumkan beberapa perkara yang akan dilakukan dengan segera oleh kerajaan beliau.
Antaranya ialah:
Perlantikan Ahli-Ahli Majlis akan dilakukan dengan segera selewat-lewatnya hari ini (rabu).
Perlantikan Ketua-Ketua Kampung juga akan dilakukan dengan segera.
Pemberian geran tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru juga akan dilakukan dengan segera.
Cubalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian bayangkan sekiranya Mahkamah lewat membuat keputusan semalam,sudah tentu beribu-ribu ekar tanah-tanah Perak ini akan tergadai.
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt,kerana memudahkan urusan Mahkamah semalam tanpa sebarang gangguan dan halangan. Semua gerak geri ini datang daripada Allah. Renungkanlah kenapa Allah memudahkan segala urusan Mahkamah semalam.......
Terima kasih juga kepada Dr.Zambry kerana cepat bertindak.
to is...............
terima lah hakikat umno sebuah parti rasuah......jangan lah kita pertahankan the shit and the geng nya dari memasuki lubang najis....
azri, inilah pemikiran pemain politik bila rasa nak kalah berdebat maka tarik diri cara jahat.
sekarang ni pemimpin pas tak beri rasuah dan politik wang ke? ah tanya husam musa berapa dah habis rm?
PAS...BAJU, MAKAN DAN CALON
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi nampaknya tak senang betul dengan ‘amalan-amalan baru’ yang menjangkiti PAS sekarang ni.
Antaranya ialah perbuatan menghadiah baju dan mengadakan majlis makan kepada prwakilan semata-mata kerana mahu dipilih sebagai calon.
Katanya, budaya itu sangatlah tidak sangat dan beliau mahu ia dihentikan segera.
UMNO dulu-dulu pun macam tu la. Asalnya cuma bagi kain pelikat, kain ‘chit sabun’ dan belanja makan sikit-sikit.
La ni apa dah jadi? Tak main ringgit-ringgit dan tak main puluh-puluh. No money, no undi!
PAS pun lambat laun akan jadi macam tu juga kut? Benda-benda tak elok ni selalunya lebih mudah berkembang biak berbanding dengan benda tak elok.
Beringat-ingat la na…
is said
Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.
-------------------------------------
is sebelum 2008 VCD cetak rompak kat selangor tu pun banyak juga (masa BN Perintah).Jgn terlalu berharap MAJLIS PERBANDARAN SELANGOR je untuk menyelesaikan masalah VCD cetak rompak je.cuba kau tanya UMNO-KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA-adakah mereka menjalankan tugas mereka dgn tanggungjawab????? jgn cakap ikut suka hati je, pakailah otak.
Nak menyampuk sikit boleh?
Pulak dah,,,, kalau kena batang hidung sendiri salah kerajaan pusat pulak.. Habis kalau ada pasar malam dan pasar pagi,, yang datang ramai-ramai pihak berkuasa tempatan memantau peniaga tu apa ke halnya? kenapa tak kompaun atau saman sahaja? bukan kah ini sudah di arahkan oleh exco kepada penguatkuasa pihak berkuasa tempatan agar pejam mata bila lalu depan peniaga cd ni...
Bila pihak kerajaan pusat datang buat rush kepada peniaga kecil kecilan ni... sekejap lagi sampai la yb pembangkang membela nasib peniaga haram ni... lepas tu buat sidang akhbar kata kerajaan pusat kejam,zalim....
apa lu cerita ni...
is said...
I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law,”
Demikian kata YB Teng Chang Kim ketika ditanya oleh pemberita mengenai sikap beliau yang menjadi pendakwa dan menjadi hakim untuk menggantung lima ADUN BN Selangor yang dituduh menghina DUN Selangor.
---------------------------------
Naruto sensei answer..
Anda tak tahu ke kes apa yang menyebabkan ADUN tersebut digantung atau buat2 tak tahu..?
Malas nak ulas sebab anda kan suka meround jadi mestilah ambil tahu kes tersebut...
Sudah la di siasat, tak mahu datang besar kepala melawan pula, malah menghina lagi...sedangkan banyak bukti penyelewengan mereka telah terbukti...
Bukan kah itu kuasa Speaker... Bagaimana pula dengan Penggantungan Govinda Singh kerana bertanya pasal Altantuya sahaja..? bukan sahaja digantung malah dirampas pula elaunnya sebagai MP..
Setakat 5 ADUN yang digantung tu elaunnya masih diterima jadi siapakah yang lebih Zalim lagi...?
---------------------------------
is said...
Di Pulau Pinang, Untuk menarik hati pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, Ketua Menteri dari DAP berkata ia ingin mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz.
---------------------------------
Naruto sensei answer..
Faham ke beza mencontohi kepimpinan dengan ayat mahu memeluk Islam...?Kalau YB Lim belum memeluk Islam bolehkah diletakkan kesalahan terus kepadanya hanya nak mencontohi keadilan yang diterap kan Oleh Khalifah Umar dalam Pentadbirannya..?
Sedangkan mencontohi kepimpinan berteraskan Islam bukankah ianya sesuatu yang baik..? adakah pemimpin UMNO yang Melayu Islam bercita2 sebegini...?Masuk Islam itu adalah hidayah Allah maka itu adalah urusan Allah...
Maka sebagai Islam sepatutnya anda mendoakan beliau mahu kepada Islam bukannya mengadu domba.. lihat seperti Ulasan saya diatas sumbangannya kepada Orang Islam.. baru dua point saya tu...
Sedangkan anda sepatutnya malu Parti UMNO yang mendabik dada Melayu dan Islam pun tak mahu membela nasib Agama.. hanya pergunakan Agama jika kuasa UMNO semakin menipis...
----------------------------------
is said...
Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Siapakah yang mendapat laba ini kalau bukan EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu. Jika beliau tidak mendapat apa-apa mustahil begitu banyak jerung dan loan shark bermaharajalela di Selangor sekarang ini.
---------------------------------
Naruto answer...
Satu lagi tuduhan yang tak berasas anda... saya sekarang berada dan tinggal di Selangor.. Penjualan VCD ini dah lama berlaku sejak zaman BN lagi malah lebih teruk lagi melibatkan VCD lucah..
Bukankah Kuasa VCD ini adalah bidang kuasa kementrian Perdagangan Dalam Negeri..? Mana tindakannya .... malah bukan diSelangor sahaja di seluruh negara menghadapinya...
Setahu sayalah melalui maklumat member KPDNHEP sendiri, Tokey2 VCD ini adalah orang kuat mafia2 cina yang satu ketika dahulu dinaungi oleh Parti MCA sendiri...
Kisah mafia dalam MCA ini dah lama dah berlaku semasa zaman Gerakan memerintah P.Pinang lagi pernah berlaku pergaduhan dalaman parti tersebut malah melibatkan mafia di dalam MCA dan pernah dilaporkan dalam akhbar tempatan...
Perasan tak anda...! setiap kali serbuan dijalankan hanya VCD dan pekerja kilangnya saja yang dapat diberkas, manakala tokey2 nya sampai ke hari ini tak pula kita dengar dikenakan tindakan..?
ha...! bukanke ada kemushkilan di situ...? Malah kadangkala bila serbuan dibuat tempat itu langsung tiada orang seolah2 mereka sudah tahu akan di serbu...nak tahu kenapa...? kerana samseng2 ini mempunyai ramai kawan2 nya didalam kerajaan yang menjadi tali barut mereka..Siapa lagi kalau bukan MCA sendiri...
Ramai orang KPDNHEP tahu hal ini... bukan VCD sahaja malah kilang memproses dadah Syabu dan rumah urut juga dimiliki rangkaian samseng ini yang berlindung disebalik Parti MCA sendiri...jadi MCA punya kerja DAP yang disalahkan..? adilkah..?
Dan disini juga anda tak habis2 membuat tuduhan tanpa bersandarkan bukti kukuh mengenai Ronnie Liew sedangkan apabila beliau bersama Penguatkuasa menjalankan Operasi di pusat Judi di sekitar Sunway sebelum ini tidak pula dihebohkan ceritanya kepada Masyarakat..
Inilah politik sempit perkauman malah tuduhan anda tanpa bersandarkan bukti kukuh...
Malah SPRM pun tak pula mengambil tindakan sedangkan kes Lembu dan kereta yang tak seberapa itu begitu cepat pula bertindak...walaupun tanpa bukti dan senyap pula sekarang ini...
----------------------------------
Is said
Mengapakah kerajaan negeri mengadakan sistem zon baru untuk kutipan sampah di Selangor? Ia untuk menamatkan kontrak-kontrak dengan kontraktor tulen sedia ada. Kontraktor ini telah melabur begitu banyak untuk pembelian lori kompak sampah dan sebagainya. Namun semua ini akan ditamatkan.
---------------------------------
Naruto Answer...
Soalan yang mudah... takkan saudara tak tahu monopoli sesetengah syarikat dalam kontrak sampah... ha ha ha semua orang tahu kebanyakkan nya kroni UMNO termasuklah Alam Flora... Sila tanya penduduk disekitar kalau nak tahu taraf dan kualiti yang teruk dalam perkhidmatan mereka...
Sudahlah bertangguh ambil sampah tapi tahu pula bila masa mendapat bayaran mahu cepat sahaja.. malah monopoli ini juga mengkayakan sesetengah syarikat besar sahaja yang kebanyakkan kroni2 UMNO sebab itulah mereka melalak siang malam sebab tak dapat kontrak.....
Jadi Kerajaan Negeri Selangor memansuhkan kembali bukan semua!!, ( Hanya kontraktor yang mempunyai rekod bermasalah sahaja ).. mengikut zon2 yang ditetapkan malah melantik syarikat yang hampir dengan Zon berkenaan yang mana memudahkan mereka menjalankan perkhidmatan mereka..
Projek itu diberikan kepada kontraktor kecil tempatan dan orang KG supaya mudah diuruskan dan masalah sampah tidak diangkut malah mudah dipantau sendiri oleh JKKK mengikut zon berkenaan...
Bukankah ini membantu kontraktor kecil dan penduduk tempatan di setiap zon itu..? malah boleh dipantau sendiri oleh kerajaan Negeri melalui JKKK yang dilantik Penduduk Sendiri...
Sedangkan rekod perkhidmatan kontraktor lama itu sendiri terlalu teruk... malah sebelum PR memerintah lagi kes sampah tak berangkut ini telah lama dikecohkan dalam TV3 sendiri...Apa yang mereka buat...? mendapat untung walaupun kerja tak seberapa...
Adakah ini yang anda katakan bukan perkauman sedangkan tulisan anda sendiri mengecam dengan panggilan yang teruk, sementara anda sendiri menunjukkan sikap yang merendahkan martabat anda...
Anda membuta tuli menghina Orang dan golongan muda dengan panggilan yang menunjukkan anda adalah seorang yang kurang bijak..
sedangkan anda sendiri tahu golongan mudalah yang memberi undi terbanyak kepada Pakatan Rakyat dan menolak UMNOBN dalam PRU dan PRK yang lepas dan akan datang..
Sikap anda menyebabkan golongan ini akan meluat malah membenci UMNO dengan politik perkauman sempit dan gelaran2 yang anda berikan tadi...
maka sikap anda yang tidak berhemah itulah akan menjadi punca kejatuhan BN akan datang... jadi salahkan diri sendiri atas apa yang anda ucapkan kerana saya salah seorang golongan muda.. yang bukan semakin tertarik kepada UMNO malah makin meluat dengannya sekarang ini...
Wassalam...
Naruto sensei said...
FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA
Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.
Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman,memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat.
Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua fikirkan dengan teliti buka hati lihatlah realiti:
UMNO PARTI PERKAUMAN DAN PEMECAH-BELAH NEGARA MALAYSIA.!!
Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar2 British
Malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak2 pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengikut terus corak pentadbiran sekular British.
Rakyat masa tu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British ke Melayu sudah cukup.
Walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tak berubah buktinya kebanyakkan Akta2 Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi jadi di manakah perubahannya.?
Sebab itulah kerajaan BN silih berganti Pemimpin tetapi corak pimpinannya masih sama yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja.
Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik2 yang ditinggalkan oleh British dulu??
Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang2an sekarang.
Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan2.
Mereka memfitnah pula Parti PAS yang tak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, Menolak hukum Islam dan membiak kan kemaksiatan di Malaysia Ini.
Sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai2 Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.
Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan2 Pas adalah pelampau yang ganas , Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.
Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu.Malah bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di Finah dan di hina pula oleh pimpinan Umno yang seagama dengan orang PAS. Begitu Hinanya PAS di kecam mereka waktu itu.
Dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU baru2 ini merayu2 pula supaya PAS dan UMNo bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan Mereka suatu ketika dahulu.
Dan dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB besarnya adalah pemimpin PAS pula.
Malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.Begitu kejinya Umno dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula kerajaan PR Perak yang sah dilantik oleh rakyat.
Adakah perlu adakah kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini. Tiada bezanya dengan Yahudi perangainya.
Meminta berdamai dalam masa yang sama menikam dari belakang.
Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata Jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan Cacat kerana hukum Hudud dijalankan..
Inilah bahayanya Umno kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan Fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam.. Apakah ini bukannya kerja buruk Umno mengkufurkan hukum Allah.?
Menghasut pergaduhan Kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak , Pulau Pinang dan Selangor.. mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu.
Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali
Dengan berkata” Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang,” Walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Su kun menjadi KM P.Pinang, Bukan kah Koh su kun itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng??
Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris2 menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali..
Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti Ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata” Basahkan keris dengan darah orang Cina” Yang hampir2 menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.
Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan Orang India berhubung Isu Hindraf. Akhirnya apabila kedua2 kaum ini tidak lagi menyokong UmnoBN mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis .. Inilah fitnah bahaya Umno disaat2 ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata2.
Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program2 yang melalaikan umat Islam sendiri. Walhal Umno yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil Berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.
Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan Pas pula terkapai2 sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam..
Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada kerajaan PAS, dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.
Tidak cukup dengan itu Umno memperlekehkan pula hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. Makah keluarlah perkataan yang menkufurkan Allah dari pimpinan Umno seperti Kalau nak makan Sup Tangan silalah ke Kelantan, “Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan” Juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan “Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah” maka disokong pula pimpinan Umno sendiri.
Mereka juga mempermainkan ayat2 Al-Quran untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Quran ada ayat yang menyokong Umno. Lantas beliau membacanya seperti berikut: “Ya AI YUHALLAZI NA AMANU” Kemudian Mahathir berkata,” tengok dalam Quran AMANU tu UMNO lah” ini Perbuatan munafik dan kufur yang terang2an dan di sokong pula ahli2 Umno . Perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.
Maka apabila Pas mengatakan dalam Al-Quran menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula Pas mengkafirkan Umno sesukahati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran.. Isu ini juga lah yang di mainkan di setiap Kali Pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar Umno apabila mendapat kuasa..
Umno juga selepas itu mengubah Islam, dengan Islam Hadhari yang baru samata2 mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. Permainan politik yang berjaya apabila Umno mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .
Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. Umno akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat.. Di saat perlaksanaan Islam Hadhari tulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.
Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. Mereka juga mengunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam Hadari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.
Dan kita lihat bagaimana Umno mempermainkan Al-Quran apabila Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula. Sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Quran langsung.Perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. Inilah munafiknya Umno yang kita kenal .. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa. dan simpati undi.
Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka . Sedangkan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti
contoh : Apabila kerajaan Pas mengambil alih kerajaan Terngganu Umno menyekat wang royalti dan mengantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik Umno sahaja bukan kah Zalim perbuatan sedemikian.. Malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.
Bahayanya Umno sebagai penderhaka kepada Raja2. Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak Umno berbuat biadap kepada Sultan Kelantan.
Menggubal undang2 yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja2pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja2 dalam media2 milik mereka sehingga mengaibkan Raja2 Melayu bangsa mereka sendiri.
Mereka hanya mebodek Raja2 jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja2 jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.
Seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan “NATANG” begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu Umno mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..
Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja2 malah mengatakan pula PR diketuai DatoSeri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan Sembah Derhaka.
Sedangkan itulah Umno yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah Umno benar2 Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja2 ?? Jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja2 yang anda hapuskan dulu.
Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah2 mengunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya..
Dan yang paling teruk sekali Umno adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai2 jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali.
Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh mengugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Mongolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. Bahayanya kalaulah Negara Mongolia tidak berpuashati dengan kes ini kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan2 yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .
Merampas kampung2 dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. Seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh Umno semasa berlaku perampasan tanah tersebut.
Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel contoh: Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen
Walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10kali ganda.
Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham2 penting didalam kepentingan Negara.
Banyaknya tanah2 rizab melayu yang di miliki oleh tauke2 besar dari Singapura..
Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar2 baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat2 tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.
Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara2 sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia di menangi pula oleh Singapura.
Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak katik kan.
Membawa masuk budaya2 barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai2 barat tersebut. Sedangkan kita sedia maklum segala budaya2 ataupun Nilai2 hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.
Mengiktiraf Negara Israel, walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindaka2 kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut.
contoh: Membenarkan Pasuka kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.
Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat2 dari Amerika tersebut adalah dimiliki bangsa Yahdi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC,Mc donald dan lain lain.
Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil2 dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.
Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika Yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel ,Malah Program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana. Dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula Tv menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine?
Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram yahudi itu Israel sedangkan Negara2 Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan2 kerajaan seperti diatas itulah Yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!!
Terlibat dalam kes2 pencabulan terhadap Wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan.
Bayangkan lah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah2 dilindungi pula. oleh pihak berkuasa.
Dan akhir sekali memggunakan Media2termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh Umno disembunyi tetapi menghentam pula pihak 2 yang menuntut keadilan. untuk rakyat jelata.
Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka Umno yang berbahaya..
Jadi anda renungkanlah andaikata ada kuasa yang lebih tinggi selain Umno memerintah Malaysia nanti memang layaklah Umno di ISAkan kerana setip permainan politik Umno mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.
salam ziarah..salam perkongsian..saye bersetuju dgn ape yg dihuraikan oleh naruto sensei..hope IS dpat faham dgn jelas..celikkan mata,bukakan minda anda wahai is..anda cume nampak keburukan kecil PR yg anda tdk tahu perkara sbnrnye..dan menuduh PR yg macam2 tanpa asas..tanpe berfikiran matang.ana nak cakp kat sini anadalah pemude yang bute ..bukan saja bute mata malah bute hati.tak dpt bezakan yg hak dan yg batil..menuduh dan memfitnah.. sokong lah umno yg anda banggekan tu..sejarah islam akan membuktikan bahawa anda salah..anda tahu tak erti sebuah perjuangan...??? anda asik kutuk org2 yg berjuang demi keadilan..tapi anda macam dah bute,,tak nampak langsung kesalahan parti yg anda banggekan sgt tu..malulah IS sbg anak mude yg tak pandai berfikir..maaf terkasar bahasa..
dlm isu perak BN x 'salah'..dan PR pn x salah..yg salah dn mmulakan masalah ini adalah 3 adun katak dr changkat jering,behrang dan jelapang..
seluruh rakyat malaysia xkira BN,PR atau pn bkecuali khususnya rakyat perak perlu mnyalahkan 3 org ini krn manusia2 inilah yg mmulakan dn mndtgkan masalah kpd kita..
osman,jamaluddin dan hee..anda kena btanggungjawab!sila letak jawatan..atau nama anda akan berada dlm sejarah negara atas masalah yg anda lakukan..
org2 inilah yg perlu dtangkap ISA kerana krn tindakan mereka tlh mencetuskan huru-hara di perak dan d negara kita..
cayalah naruto sensei...salute...TKO lu kasi sama pencacai pengangkat najissssss..is..iss..isss..issss
Biasanya kuda kepang ni penuh tahyul dan perkara yang "puaka". Betullah Zombie ni pemimpin kerajaan kuda kepang - siap hantar bomoh kat kerusi speaker. Apa kat Tok Mufti Perak pasal benda ni?
Zombie sendiri pun adalah keldai tunggangan Najib untuk tunjukkan kuasa.
Hats off Naruto sensei...
Balasan komen anda terhadap is adalah sesuatu yg saya tunggu2...
I'm gonna copy paste lagi the whole thing to my buddies nationwide!!!(Of course with credits to you, bro)
Salute!!!
Saya sudah tampalkan artikel 'Fitnah UMNO dan bahayanya kepada masyarakat Malaysia' oleh Saudara Naruto di white board utama office saya, di laluan-laluan penting persekitaran tempat kerja saya, dan saya dgn puas hatinya mendengar sendiri ulasan dan komen mereka yg membacanya...
Boss nak marah???? Mana ada...boss pun benci UMNO...
Salam?
sapphire My Fren
Teruskan usaha anda Sebarkan !! semoga kita bersama menegakkan kebenaran di bumi Malaysi yang tercinta ini.
Terima Kasih...
Wassalam...
Salam ...
Sekalong tahniah buat saudara naruto....itulah,biarkan mereka hantar bola tanggong banyak banyak...kita tunggu dan.....libas!!!
Komen anda dibaca oleh pelbagai!
so,jangan ikut rentak mereka yang hendak provok!....guna maki hamun.
....kami bangga punyai seorang komentar yang rajin dan berhujah dengan fakta!....
Terima Kasih ,
HA...HA...HA.
BAGHAL......BAGHAL.
APALAH YANG DIBANGGA SANGAT DENGAN KERAJAAN PR KAT PERAK TUH!?.
APA KEBENDA YANG PAS DAN PKR NAK BANGGAKAN!
KAU KAJI SIKIT FAKTA DI BAWAYH NIH!
UMNO: 27 kerusi
DAP: 19 kerusi
PAS: 6 kerusi
PKR: 4 kerusi
MCA: 1 kerusi
SEBAB TULAH KAU BANGGA SANGAT DENGAN KOMUNIS TUH....HEHE..
NAK MELINGKUP KE APA KAU 0RANG NIH?
OTAI KUNUN........POORAAAAAAAAAH!
Sahabat semua
Jangan di layan harimau lembut tu buang masa sahaja ...lebih baik kita berhujah secara bernas dan mencari kebenaran dari melihat komen yang tah apapa ntah..
Blogers upahan.. biasalah... kita tunjukkan seribu fakta dan bukti pun tak guna ...
yang penting sekarang UMNO memang penakut... itu sahaja pointnye, nak tutup malu, direka lah cerita yang bukan2 bila di minta bukti depa diam menikus... jangan di layan.. Buang karan..
May 14, 2009 7:47 AM
Naruto sensei said...
Kalau dah penakut tu penakut jugak tak payah nak putar alam lagi.. fakta apanya ingat 27 kerusi tu boleh bentuk kerajaan ke... Ha doi la mana punya guru undang2 la ajar anda ni ...
simple majoriti pun tak dapat, nak tubuh kerajaan apa punya rendah nya IQ anda nih...
Ke sana ke sini jaja benda sama malulah ... tu pasal saya malas nak layan anda sebab terlalu bengap sangat...
anda rasa PAS sesuai ke nk bgabung dgn parti pengkhianat mcm UMNO ni?waktu susah bkn main nk bgabung konon..wktu dh selesa nnti hbs sumer pemimpin PAS ko campak dlm ISA!!!
hati2 PAS..bkn mnyuruh anda mmusuhi UMNo..cuma bhati2..
jgn igt UMNO shj parti melayu dan PAS msti bgabung utk selamatkan org melayu..knape xsuruh je UMNO msuk PAS klu nk jaga org melayu..?
igt PAS..org yg bijak xkan msuk ke lubang yg sama 2 kali..bkn yg HAQ pergi kpd yg BATIL..tp yg BATIL msti pergi kpd yg HAQ..
Aku lebih rela di bwh pimpinan DAP daripada UMNO walaupun aku Melayu Islam...sekurang2nya pemimpin DAP tak letupkan orang...
UMNO walaupun kerusinya byk menang di Perak, tapi itu semua adalah kerana main tipu guna jentera kerajaan, pengundi hantu, SPR, polis, dan DUIT RAKYAT termasuk duit saya yg dibayar sbg incometax setiap tahun...
Oleh itu, aku langsung tak heran dgn 27 kerusi UMNO tu... Kat kampung aku pun makcik tua byk yg undi UMNO sbb takut kena ugut...
Tunggu laaa UMNO bila makcik tua ni semua dah ke liang lahad, UMNO pun akan ke liang lahad juga...Aku tak heran dgn 27 kerusi UMNO!!!!!
DAP dapat 19 kerusi???!! Memang bagus! Padan muka MCA.
PAS dapat 6 kerusi di kawasan Melayu, itu adalah kerana UMNO main tipu, mengugut pengundi!!!
PRU 13, 27 + 6 = 33 kerusi Melayu akan disapu bersih oleh PAS!!!
KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT
DENGAN PILIHANRAYA ..?
Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.
Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya
apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya..
Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.
Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.
Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?
Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:
1)Sokongan Rakyat.!
UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas.Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.
Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.
Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.
2)Kekalahan demi kekalahan.!
Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.
Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.
Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat.
Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.
Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNOBN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi..!
3)Belum dapat modal PRU 12 lalu..!
Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.
Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.
Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.
Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri.Dengan wang itulah mereka membayar upah poster,upah pekerja,upah kempen dan memeberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.
Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.
Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO2 yang kita ketahui adalah Pro BN.
Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 lalu.
Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.
4)Takut berhadapan dengan rakyat..!
BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.
Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN
masing2 mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata.Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.
Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.
Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat.
Dan Program penerangannya juga mesih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.
Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja.Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat.Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.
5)Isu-isu yang lebih memihak PR..!
Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.
Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu.Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.
Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.
Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut.Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.
Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu.Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.
Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.
Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.
Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.
Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.
Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.
6)Faktor Najib..!
Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.
Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.
Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah.Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.
Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.
Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.
Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.
Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.
Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Malah jika dalam PRU12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh,PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.
Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU12 lagi.
Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.
Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.
Wassalam
is, Lu memang tak baca sejarah. Itu je yang aku boleh cakap.
Post a Comment