Tuesday, May 12, 2009

Hadiah untuk para ibu, kata Nizar

IPOH, 12 Mei: Tidak ada media yang tonjolkan berita ini tetapi itulah yang dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin bahawa kemenangan beliau di mahkamah semalam adalah hadiah untuk para ibu.

Ini kerana kemenangan itu diperolehi sehari selepas sambutan hari ibu iaitu pada 10 Mei setiap tahun.

"Ini adalah hadiah untuk para ibu sempena hari ibu yang kita sambut semalam," kata Nizar ketika berucap di perkarangan mahkamah selepas diisytiharkan sebgai menteri besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Nizar, Haji Sulaiman Abdullah berkata, keputusan hakim dalam kes ini adalah penegasan bahawa untuk melantik pemimpin politik hendaklah diberikan kepada rakyat atau wakil rakyat.

"Pada hemat saya Yang Arif Hakim hanya mempertahankan apa yang diterima lama di Malaysia iaitu keputusan politik adalah dalam tangan rakyat atau wakil rakyat.

"Mana-mana pihak lain tidak boleh membuat keputusan dalam kepimpinan politik iaitu mesti melalui rakyat sendiri atau wakil rakyat.

"Dia (hakim) hanya mempertahankan keputusan yang selama ini diterima pakai iaitu untuk membuang seorang MB hendaklah melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.
"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan cara ini kemenangan bukan untuk Nizar seorang tetapi kemenangan untuk rakyat Perak dan rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Sulaiman.

2 comments:

susu soya said...

selamat hari ibu kepada ibu saya yang selalu memberi kasih sayang kepada saya, membesarkan saya..untuk melihat keadilan tertegak didepan mata.. satu dunia yg adil merupakan utopian(impian) yang sukar untuk dilaksanakan..di dunia ini kerana pelbagai sekali perkara berbangkit..
tapi keadilan dalam islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul..
sama2 lah kiter menghayati pengorbanan ibu yang dikasihi..

otai pas said...

selamat hari ibu buat ibu saya yang telah membesarkan saya sehingga saya berjata melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sekarang..
i love you mum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...