Tuesday, May 12, 2009

Nasihat Sultan bubarkan Dun

"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."

- Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."

- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat."

- Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman.

10 comments:

Unknown said...

Itu lah yang payah untuk dilakukan oleh pihak istana..walaupun depa tahu bahawa tindakan membisu terhadap kemelut perak ini memburukkan lagi pandangan rakyat terhadap system raja2..Nanti rakyat akan bertanya untuk apa depa kat atas tu??? Kuasa yg sedikit tapi tidak memikat..Adakah perlu lagi disinggahsana tu? Kenapa pihak istana tidak memikirkan dan belajar akan kejadian 'pemansuhan' system beraja yg terjadi diluar negara ???

Anonymous said...

Sultan Azlan Shah adalah bekas hakim dan pakar dalam undang undang.Tetapi kenapa baginda masih terus melantik Zambri sebagai MB sedangkan Mohd Nizar belum meletak jawatan..Baginda pun tahu yang Nizar masih berstatus MB dan boleh mencabar perlantikan Zambri di mahkamah...bukan niat aku nak mengata kat Raja..Sepatutnya Tuanku menerima permohanan pembubaran DUN yg dicadangkan oleh Nizar dan diadakan pilihanraya,daripada terus membiarkan negeri Perak menjadi huru hara tidak menentu.Ini kerana kerajaan yang dibentuk dikedua dua belah pihak tidak stabil dan mudah goyang.Fahamilah kehendak rakyat bawahan dengan menjadi Raja Berjiwa Rakyat..

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT said...

bubarkan saja dun...selagi tak bubar masing2 akan bertelagah...caye la cakap aku yg lemah ni...speaker pun dah ada dua....satu sah satu lg ntah ...sapa yg layak duduk dikerusi speaker nnt,berebutlah pulak...pelik apabila perompak menuntut hasil rompakan pd orang yg dirompak dan ramai saksi melihat siapa perompak tu,zamri atau nizar...bubarlah dun cepat...

afya said...

najib merayu supaya ditangguhkan keputusan mahkamah tinggi dalam kes mb perak. saya cadangkaan kepada semua mp barisan dan pakatan. usul di parlimen najib digantung jawatan sebagai pm. kerana beliau telah membuat kacau bilau di perak. untuk barisan jagalah maruah bn. dan kepada pr laksanakan keadilan. allah mengetahui segala dalam hati sekeliaan.

Unknown said...

"Ya Allah, selamatkanlah kami dari bencana politik yang boleh memecah belahkan perpaduan dalam kalangan kami. Ya Allah, bimbingkanlah hati dan fikiran kami ke jalan yang lurus, temukanlah kami dengan jalan penyelesaian bagi mengakhiri kemelut politik yang kami depani sekarang ini. Ya Allah, ampunkanlah kami jika tindakkan kami keterlaluan..amin"

wansalman said...

Petikan Dari Harakah ...

Kerajaan Najib mahu naikkan harga minyak
Abdul Aziz Mustafa
Wed | May 13, 09 | 11:36:29 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahulukan dan kenaikan harga minyak diutamakan.
Iklan




Apa yang menghairankan, kenaikan hara minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di Putrajaya semalam.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya. - mks._

p/s:( Ini komen saya )
SIAL PUNYA UMNO BN NI,MASA MINYAK TURUN DIA TANGGUH2 DAN BILA TURUN SIKIT2 JER,BABI PUNYA UMNO.MALAUN NI KATA KERAJAAN TAK BUAT UNTUNG.KATA2 DARI MANUSIA YANG MENYERUPAI YAHUDI.

Firdaus AMK PKR said...

dimana gunanya sistem beraja..
Daulat Tuanku..
Hamba Pohon segera Tuanku Bertindak!
Jangan Berdiam Diri..
Kelak Rakyat Akan Bersangka Buruk Pada Tuanku..
Pohon Hamba Harap Didengar..
Daulat Tuanku..

Unknown said...

Usah di rayu atau di nasihat pada Sultan Perak.

Kita semua maklum bahawa Sultan Perak adalah sultan yang paling cerdik/bijak/pandai di Malaysia bukan setakat rakyat malaysia tahu bahkan satu dunia tahu perkara ini.

Ketua hakim negara memerlukan seorang yang bijak /pandai/adil dalam pertimbangan hak keadilan.

Untuk menjadi seorang Sultan tak perlu bijak/pandai/adil dalam pertimbangan cukup sekadar dilahirkan dari sultan sebelumnya maka akan jadik sultan yang berikutnya ....baka dan keturunan yang di ukur . Baka yang bijak tak semesti akan jaddik Sultan, kebodohan baka Sultan sudah pasti akan menjadi raja yang akan ditaati dan di sembah oleh hamba rakyat yang cerdik pandai.

Jaddik sebelum hendak merayu atau menasihati sultan perak ini perkara ini harus diperhalusi dulu.

Boleh kah seorang yang bodoh menasihati seorang yang bijak pandai.

Boleh kah orang yang bodoh menerima apabila orang lain kata dia bodoh.

Yang pasti adalah kita yang silap kerana pernah melantik seorang ketua hakim negara yang tidak berlaku adil dalam pertimbangan.

Malang bagi rakyat perak kerana mempunyai seorang sultan yang amat bijak kerana segala kehendak rakyat di pandang bodoh oleh Sultanya.

alburn said...

Azlan adalah CJ - Lord President sememangnya yang ariff teramat ariff. Saya rasa bukan dia tak tahu, tetapi disebabkan badi daulat raja. Kerana mengubah adat pusaka tahta ni banyak balanya. Kesultanan Perak bukan boleh buat main-main sama juga NS. Kerana susur galur daulatnya memang terpakai. Tak lah macam negeri-negeri lain, sultan nya asal temengongan juga ada yang asal lanun.
Tengok negeri sembilan, apa jadi dengan keturunan T.Jaafar - lintang pukang.
Padan muka Azlan.

Unknown said...

Salam buat semua.
Nasihat-menasihatilah ke arah kebaikan. Yang cerdik mengajar / menegur yang kurang cerdik. Bukannya menghina yang kurang cerdik. Siapalah kita hendak mendakwa diri kita yang paling cerdik hingga tergamak menghina orang yang kurang cerdik. Tidakkah itu menggambarkan tahap pemikiran kita juga rendah? Maaf jika ada yang terasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...