Sunday, January 4, 2009

Umum calon di Stadium Negeri, apa rahsianya

KUALA TERENGGANU, 4 Jan: Pengumuman calon PAS di Stadium Negeri Kuala Terengganu Khamis lalu memberikan makna besar dalam politik Terengganu.

Beberapa hari sebelum itu, Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dibenarkan menggunakan Masjid Hiliran, Kuala Terengganu.

Selain memberikan tazkirah beliau turut melancarkan Jentera Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu bagi petugas Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Masjid Hiliran, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya kecil itu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, Bendahari PAS negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohd Noor, Ketua Kontinjen Jentera PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun serta beberapa orang kepimpinan PAS Kelantan dan Terengganu.

Sebelum itu, beliau mengimamkan solat hajat sempena pelancaran jentera pilihan raya tersebut bersama lebih 2,000 jemaah.

Perkembangan ini amat menarik kerana sebelum ini iaitu pada pertengahan 2008, PAS dibenarkan mengadakan konvensyen PAS negeri di sebuah dewan milik kerajaan di Chukai, Kemaman.

Perkembangan ini berlaku ketika Datuk Ahmad Said mentadbir Terengganu dalam keadaan tidak mendapat restu sepenuhnya dari Umno yang dipimpin Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini.

Bahkan ada berita angin menjelang Sidang DUN Terengganu Disember lalu, satu usul undi tidak percaya hendak dikemukakan Umno terhadap Ahmad Said.

Bagaimanapun usul itu tidak jadi dikemukakan.

Ahmad Said dikatakan hanya boleh mengawal 10 Adun sahaja iaitu ahli Exco kerajaannya dalam DUN yang mempunyai 32 anggota itu.

PAS mempunyai lapan dan selebihnya dikuasai oleh Idris Jusoh iaitu 12 anggota.

Ini bermakna faktor PAS sangat penting dalam menstabilkan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said.

7 comments:

Muzafar said...

Datuk Ahmad Said bersikap positif terhadap PAS walaupun dalam suasana hendak berperang dengan PAS (perang pilihanraya).
Memang pelik !

Datuk Ahmad Said sokong PAS kot !!!

perunding said...

itulah percaturan politik.

perunding said...

akan banyak lagi perkembangan menarik dalam politik sehingga Pru13.

nanang said...

Memang agak aneh. PAS boleh menggunakan Stadium Negeri. Tapi itulah politik. Andaian ramai,MB mahukan Dato Wan Farid tewas,supaya berkurang lah saingan kepimpinan UMNO Trengganu. Ini memudahkan Dato' Said untuk kuatkan kedudokannya !

anakkancil said...

Bagi teman pulak...ini di namakan politik sihat...nak guna apa sekali pun boleh tapi bayar sewa naa....baru demo n krasi

fadlah said...

haah tol la tu bukan bapak die yg punyer dewan tu,utk kegunaan rakyat.

anakkancil said...

fadlah said...
haah tol la tu bukan bapak die yg punyer dewan tu,utk kegunaan rakyat.

January 5, 2009 5:37
Biasa le tu..kita buat lig bola kalah mati pun kena sewa padang...so biasa le tu....dewan je nama dewan rakyat tapi di selengara oleh bandaran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...