Tuesday, January 27, 2009

Rombongan PAS gagal masuki Gaza

RAFAH (Mesir), 30 Jan: Setelah mencuba hampir sehari, rombongan pemimpin PAS termasuk sembilan anggota Parlimen yang dipimpin presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal masuk ke Gaza, Palestin.

Ini kerana sekatan yang dibuat oleh kerajaan Mesir di sempadan antara dua negara berjiran itu.
Demikian beritahu anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof dalam SMSnya kepada Siasah.

"Dukacita dimaklumkan, kami tidak dapat masuk ke Gaza dan tersangkut di Rafah," tulis Mujahid yang Siasah terima jam 4.30 petang waktu Malaysia.

20 pemimpin dan anggota Parlimen PAS berlepas ke Mesir 28 Januari lalu untuk melihat sendiri keadaan umat tanah air Palestin yang diserang Zionis Israel.

Walaupun tidak berjaya memasuki Palestin mereka telah memberikan sumbangan sedaya mungkin di beberapa hospital di Mesir yang bersempadan dengan Palestin.

Di sempadan, mereka menemui rombongan dari Malaysia dan Indonesia yang turut berusaha untuk memasuki Palestin tetapi masih belum berjaya.

2 comments:

roslisalem said...

kena guna cara kumpula harakah hari tu la ..diorang pun mcm-mcm jugak masalah...tapi akhirnya lepas juga ...

Unknown said...

Salam~

Kalau nak bantu Gaza dan Hamas, perkara utama yang harus dibereskan ialah kerajaan Mesir dan rejim-rejim timur tengah yang sezaman dengan mereka, para mustakbirin yang bersekongkol dengan zionis dan barat. Bayangkan, walaupun perang sudah berakhir, ummat Islam yang ingin membantu para mustad'afin Gaza disekat-sekat dan dihalang-halangi.Bagaimanakah hendak melawan Zionis?. Membantu para mangsa Zionis pun orang-orang seperti Mubarak sudah menjadi benteng utama Zionis.

Wa la'natullahi 'ala qaumizzolimin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...