Wednesday, January 21, 2009

PPSMI: Puad tidak datang di saat akhir

SHAH ALAM, 21 Jan: Anggota Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membatalkan penyertaannya dalam mesyuarat bantahan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di minit-minit terakhir malam Selasa lalu.

(Gambar: Nasharudin Mat Isa bercakap dalam mesyuarat Badan Induk Gerakan Mansuhkan PPSMI di Shah Alam baru-baru ini.)

Menurut maklumat yang diterima Siasah, Puad sepatutnya menyertai mesyuarat Badan Induk Gerakan Memansuhkan PPSMI itu selaras dengan pendirian beliau yang menentang PPSMI sejak dari awal lagi.

Dengan kegagalan Puad hadir itu bermakna Umno tidak menghantar sebarang wakil ke mesyuarat yang diadakan di tingkat 2, bangunan Sultan Salahudin itu.

Dalam mesyuarat yang disertai 50 pemimpin pelbagai kumpulan NGO dan parti politik itu, PAS diwakili oleh timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa.

8 comments:

TokBatin X said...

Bahasa Inggeris sangat penting untuk menterjemahkan dakwah Islamiyah diperingkat global.

Metamatik dan Sains tu bukan ilmu Islam ker...

Masyarakat Malaysia diera mendatang terpaksa/ dipaksa menggunakan bahasa Melayu jer.

Masyarakat Melayu telah banyak ketinggalan dalam serba serbi Ilmu just kerana cuma na' memertabatkan Bahasa Melayu... Hoi Bangkit lah bangsa melayu dari kejumumudan gagasan2 yang sentiasa merugikan bangsa sendiri.

perunding said...

no komen.
puad orang umeno kan.
kalau dia datang...

Unknown said...

Tok Senoi,

Janganlah buat-buat keliru dan bodoh. Siapa yang larang belajar BI, belajarlah BI tapi biar kena caranya.

Buat Maths/Sains tidak akan memandaikan anak-anak kita pandai BI macam Papua New Guinea, Fiji, Sri Lanka, Pakistan buat.

Bangkitlah dari tidur yang mengatakan dengan saja BI kita boleh maju. 40 negara termaju menggunakan bahasa ibunda, apa mahu ikut maju macam Zimbabwe!

sapphire said...

saya ni pun takdenye belajar B.I utk Sains Maths masa sekolah dulu, tapi bila dah besar dan ada kesedaran nak kerja bagus, I went for a 1-month intensive course, pandai jugak BI akhirnya...

Bebudak sekarang,content pun tak dapat, language pun hancus.... PPSMI mesti dimansuhkan!!!

sapphire said...

KUTUCYBER IS DEFINITELY RIGHT!!!!

TokBatin X said...

kutucyber said...

Tok Senoi,

Janganlah buat-buat keliru dan bodoh. Siapa yang larang belajar BI, belajarlah BI tapi biar kena caranya.

zeeeeeex....

Memang tak masuk akal nih.. bercakap macam orang sedang keliru jer.. Buat2 macam ta' keliru ker ?

kaiban said...

golongan yg menjatuhkan bangsanya sendiri,takut krn pangkat dan kuasa.
jgn menyesal di kemudian hari,bangkitlah wahai bangsa ku MELAYU.

Unknown said...

Tok Batin Senoi,

Masih tak faham rupanya, kasihan saya dengan Tok.

Macam inilah, analoginya mudah saja.

Suatu malam yang dingin, sepi tiba-tiba Tok sakit perut, terkincit satu rumah dibuatnya.

Tok pun carilah ubat sakit perut, telan 2 biji lalu baik. Tok tak pula cari ubat sakit kepala, sebab tok sakit perut, bijak-bijak.

BI penting, jadi pelajarilah BI dengan kena caranya.

PPSMI tidak akan meningkatkan pencapaian BI/Sains/Maths kerana kaedah pembelajaranya berbeza.

PPSMI macamlah juga Tok sakit perut, makan ubat sakit kepala. Perut tak baik, kepala dapat migrain. Silap-silap nanti, Tok pula ditalkinkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...