Friday, January 9, 2009

Dr Mahathir tidak relevan, kata Abdullah

KUALA TERENGGANU, 9 Jan: "Dr Mahathir boleh kata apa saja dia mahu. Dia tidak relevan kepada kita," kata Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap serangan Tun Dr Mahathir kepada beliau.

Abdullah berkata demikian kepada media selepas bertemu dengan jentera Umno dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, calon Umno di Kuala Terengganu adalah "pilihan yang sangat buruk" dan calon itu hanya 'proksi kepada Abdullah."

Mahathir berkata demikian ketika mengulas pemilihan bekas Setiausaha Politik Abdullah, Wan Ahmad Farid sebagai calon BN.

Ekoran itu, buat pertamanya kali Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno turun sendiri ke satu pilihan raya kecil.

Sedangkan sebelum ini, hanya timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Najib mengendalikan kempen BN untuk pilihan raya kecil.

Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang berjalan di negeri yang beliau adalah pengerusi perhubungannya, Abdullah tidak turun.

Beberapa akhbar baru-baru ini melaporkan Najib secara terbuka mengkritik Wan Ahmad Farid. Kritikan itu dibuat selepas Dr Mahathir menyerangkan calon itu.

Najib juga dikatakan membatalkan beberapa programnya di hari berkenaan kerana marahkan calon BN itu.

Sebelum pengumuman calon BN, Najib berkata BN memerlukan calon yang rendah diri, tidak elit dan mesra dengan rakyat.

Difahamkan, Najib mempunyai calon lain untuk pilihan raya ini namun calon pilihan beliau tidak terpilih, sedangkan calon yang dikatakan pilihan Abdullah, Wan Ahmad Farid menjadi calon.

14 comments:

perunding said...

Relevan tak relevan.
Apahal Wan Farid letak jawatan semata nak bertanding untuk dapatkan jawatan yang sama untuk berkhidmat semula sedangkan beliau dah sedia boleh berkhidmat sekarang???
Apa hal Paklah terpasa terangkan semula kenapa pilih Wan Farid selepas 20 hari dipilih???
dah 3 hari masuk berkempen???

persoalannya??

relevan kah wan farid jadi calon BN???????

kuang,kuang,kuang

Atuk Banjar Masin said...

Yang nyata, apabila ada PRU atau PRK yg untung kaum bukan melayu.

Di masa ini lah mereka 'demand', kunun mereka kumpulan 'undi penentu'.

Mereka jadi besar kepala dan berlagak bahawa mereka lah 'king-maker'.

Mengapa ini boleh berlaku?

Jawapan nye, melayu berpecah - tidak bersatu.

Jika perkara ini berterusan, akhir nya melayu yg kerugian. - yg untung kaum bukan melayu.

Fendy2177 said...

MALAM INI !!! FORUM PALESTINE I DI DEWAN MAJLIS PEGUAM

JUMAAT
9hb Januari 2009
JAM : 8 Malam

TAJUK : BUKAN HANYA PERANG – MITOS DAN REALITI DI PALESTINE

AHLI PANEL:

DR. ROSLI OMAR
DR. FARISH A NOOR
PROFESSOR GURDIAL SINGAH NIJAR
TUKAR TIUB

TEMPAT : DEWAN MAJLIS PEGUAM – Jalan Lebuh Pasar Kuala Lumpur

ANJURAN : Majlis Peguam/ The Malaysian Social Research Institute (MSRI)/
Cakap-Rakyat Group

SEMUA DI JEMPUT DATANG – TOLONG HEBOHKAN BERITA INI.

Fazrulls said...

Salam,

Adakan selepas keputusan dipilih baru pikir??? nak flip-flop lagi ka ni? hmmmm...

Pak Lah.. Najib... Pak Lah.. Najib.

Atuk Banjar Masin said...

Melayu/Islam telah menyaksikan bagaimana orang Palestine dilanyak oleh Israel.

Mengapa ini boleh berlaku?

Jawapan nye kaum ini berpecah dan tidak mahu bersatu!

Tidak mustahil satu hari nanti Melayu/Islam di Malaysia ini akan jadi kaum Palestine - kena lanyak oleh kaum bukan melayu.

Sekarang kita sedang menangisi dan meratapi nasib malang kaum Palestine, kita tidak sedar kaum kita juga sedang menuju kearah yg sama.

Pemimpin2 UMNO dan PAS harus segera sedar sebelum terlambat.

Islam Hebat said...

Salam
kepada To gajah dan lain2
persoalannya bersatu dgn apa?
bersatu untuk apa?
dan bersatu bagaimana?

jawapannya bersatu dgn Islam
berstu untuk Islam
bersatu dgn tali Allah..

kalau UMNO tak mahu bersatu di bawah islam dan Tali Allah.. takkan PAS terpaksa bersatu dgn dasar nasionalisme dan sekular...
UMNO berpakatpun tak mahu apatah bersatu?

pk2 pkkan...
UMNO= Fatah
PAS=HAMAS

DongfangWuDi said...

Kenapa pulak tak boleh bersatu!!!
Sedangkan dgn Dap yg terang2 kapir pun Pas boleh bersatu...

mat_terab said...

Nampak sangat lah UMNo ni tak hormat bekas bos mereka yang pernah mereka cium tangan dan jilat bontot dulu........

aisal said...
This comment has been removed by the author.
aisal said...

HEBATNYA MANUSIA YG MEMBELA MELAYU
UMPAMA GAJAH TERSILAP LANGKAH...

x habis2 dgn perkauman nya...

dlm mca tu semua org cina
dlm mic tu semua org india
dlm umno tu ada melayu + mamak mendeliar,
dlm Pas Melayu aja...

1. nk kata hebat sgt melayu ni, P.Pinang dri zmn-berzmn ,kerusi DUN Melayu yg banyak, tetapi masih berketuakan cina jugak...bijaknya cara mempertahankan melayu..

2. Nk kata mempertahankan melayu DEB yg berabad lamanyanya pun jauh panggang dri api nk tercapainya...kuatnya bela melayu, sampai melayu masih merempat...

3. Nak kata bela melayu...biasiswa yg jadik hak melayu dlm pelajaran pun ditarik balik..diganti dgn loan pula...makin kuat bela melayu nya.

4. MRSM dulu pun yg melayu punya, tp dh diberi tempat kepada bukan melayu...ni pun kira bela melayu jugak ker..

5. Dulu2 x derlah meritokrasi. Ank melayu yg x brapa cemerlang pun masih berkesempatan merasai menara gading...dh wujud merit tu, ank melayu jugak yg ruginya...cara kita membela anak melayu..

6. Terlebih kuat bela melayu....sampai negeri melayu terengganu jadi negeri kedua miskin kat negara ni....dengar cerita banyak negeri tu dpt duit royalti minyak...kot2 terlebih bela melayu...melayu pula jadi begini...

7. Melampaunya membela melayu, sehinggakan ramai anak melayu tercicir dlm pelajaran, menjadi sampah masyarakat, bohsia dan bohjannya dimonopoli oleh anak melayu....kasihan melayu ..makin dibela makin merana hidupnya.

8. Prihatin terhadap melayu sampai tanah melayu dh tergadai...bukan bermulanya tahun 2008, tetapi berzaman sebelumnya itu...sbb ketua2 yg dilantik melayu adalah yg bergelar penanam tebu di pintu " n....."

9. Sayangnya parti melayu pd melayu, sehingga yg bukan melayu dh kaya raya hasil dri khazanah tanah melayu...vincent tan, ananda krisnan, patric lim & robert kuok sebagai figure..

10. cintanya pd melayu, sehingga raja melayu pun hilang kuasanya. 1993 menjadi saksi kuasa baginda dihakis manusia melayu....2008 pula dh samakan baginda raja dg binatang... melayu pun malu dgn melayu begini..

11. kuatnya bela melayu, sehinggakan melayu teramai di chow kit hidup bergelumang dosa tidak dibela, tetapi melayu tunggal di england sana yg bukan rakyat kita pula ditatang depa...fuh hebat pemikiran melayu kini..

12.. Melayu jugak yg menakut-nakutkan bukan melayu tentang hukum tuhan. lepas itu melayu yg ada kuasa mencabar pula melayu melaksanakanya...inikah melayu yg berjuang untuk agamanya..


13. sayangnya melayu pd bangsa melayu...setiap tahun menganjurkan acara untuk melayu bersosial...mlm 1 muharam pun melayu dh lupa..ramai anak melayu dh jadi mangsa...kerana melayu, melayu jadi begitu..


14. akibat didikan melayu pd melayu, melayu kita dh mula nk berbogel dikhalayak ramai dgn disokong oleh melayu...sampai begitu sekali sokongan melayu pd melayu yg biol begitu.

15. sayangnya melayu pd bahasa melayu...walaupun dh ramai cendikiawan melayu yg tentang, masih pekak melayu lagi....yg sudah tu sudah la melayu..


16. lesen arak, judi, karoke, rumah urut melayu berikan lesen berleluasa. tmpt melayu ramai pun melayu bagi lesen juga...ni la melayu sygkn melayu..

17. pemimpin melayu sygkan melayu... pemimpin tidur di mahligai berjuta, melayu merempak di celah dan bawah tangga...ish..sayangnya pemimpin kita..

18. melayu syg pd melayu, sampai rumah jantung pun nk dialibabaknya. kesian melayu yg terlebih melayu..

19. daulatnya melayu ni, sampai batu melayu pun dapat kat bukan melayu...kata terlalu hebat melayu..sampai batu putih kita melayang....yg tinggal hanya batu hitam / batu nesan utk melayu..

20. kasihnya melayu pd melayu, utk meramaikan melayu, pendatang aquino pun diberi kerakyatan tanah melayu...kekadang menjadi pengundi hantu....skrg melayu td dh jadik masalah pd melayu..


21. Melayu dh cukup hebat hasil drp pemerintahan melayu...berjuta2 dihabiskan untuk naik ke dewata awan. Hebatnya kerana dpt menumpang org...banyaknya belanja yg ditelan..hasilnya masih belum kedapatan untuk kebaikan melayu...malah melayu tersebut diceritakan mengambil kesempatan memunggut berjuta wang....tu la hebat sanga bela melayu/..


21. Masing2 nk tunjukan rasa syg kepada melayu. sampai parti melayu kita dh ternoda dgn dosa-dosa. tgn2 rasuah terlalu banyak menghulur untuk melayu kekal berkuasa. sayang melayu perasuah dan berdosa ibarat menjemput murka yg Kuasa.

22. akibat terlalu syg kpd melayu, bekas bapak melayu keluar dri parti melayu..bapak bertiga habis umurnya dgn bukan parti melayu itu...yg satu ni pula meluat dgn melayu...apa dh jadik melayu..

23. sayang melayu skrg tak sama dgn melayu dahulu...melayu skrg masa sihat dipeluk, dicium, di tunduk dan digosok...kentut yg masam jadi wangi,...masa sakitnya melayu td akan dihina, ditendang, dianayai, diseranah dan di pinggirkan...inilah melayu kita...melayu oh melayu..

24. hebatnya melayu sayangkan agamanya, berkorban demi agama, tp penampilan, gaya hidup, kata-kata tidak mencerminkan kewibawaan agama.....inilah melayu yg dibangga...


25. dulu-dulu melayu ada bank nyer tersendiri...bank bumiputera namanya...skang bank tu telah hilang di mata ditelan oleh cacing
sahaja. fuh...melayu semakin hebat..hidup semakin miskin.




....renti-rentikanlah perkauman tu,..pemimpin melayu pun menyeru supaya bersatu-padu hidup dan hidup bermasyarakat di negara kita. nk menagih sokongan bukanya memainkan isu perkauman....nmpk sgt cerita P.Ramlee diulang2 5 kali seminggu . kalau sayangkan melayu dan x ingin melayu itu hilang di bumi melayu, keluar jer daripada BN tu..barulah bersemangat melayu namanya...

* kadir syeikh fadhil pun melayu jugak tp dia makan roti....melayu ni melayu jugak ke melayu...

cintakan islam, sayangkan melayu,kasihkan negara...........

TEKONG DARAT said...

peh...
pening aku baca ngan celoteh cikgu....melayu sangar melayunya...
lain kali pesanan buat tok, pasang cerita hang tuah kat tv hari2...
baru laa orang ingat...takkan melayu hilang didunia...teringat aku bangsa yg lebih hebat dari melayu...pun hancur...sebab hebat diorang membuat diorang lupa dari mana asal mereka...apa tujuan hidup mereka...utk bangsa ker?...utk negara ker?...atau utk agama?...ni kita plak, belum mencapai apa yg hebat...tapi dah lupa Allah...semeset laa...
pesanan....
NAK HEBAT INGAT ALLAH...DAH HEBAT INGAT ALLAH...DAH TAK HEBAT INGAT ALLAH...
tak fikir ker tengah berteriak hidup melayu...hidup melayu...
Allah bagi heart attack, takdan ngucap...mati laa dengan melayu...
maklum laa, politician ni tua2 orangnya...jadi, biar laa lafaz Allahuakbar sentiasa dimulut...

unanjaga said...

Sebaik nya kita perlu bijak dalam membicarakan tentang sesuatu isu,sebagai contohnya isu yang dibahaskan disini adalah apakah "Dr Mahathir tidak releven,kata Abdullah".Jadi adalah wajar kita tidak lari dari isu itu agar kita menjadi warga yang bermaklumat dan faham soalan.
Ulasan saya amat mudah pada isu ini,sesiapa saja yang telah hilang tanpuk kekuasaan nya,apa jua pandangan atau pun suara mereka akan di pinggirkan.sebab kebanyakan dari mereka telah ramai yang jadi pak turut dan pak angguk,mereka bukan berdiri pada hujah kebenaran,mereka berhujah demi menjaga kepentingan diri..kini suara angguk mereka telah mula beralih pada TPM.

hamba_hina said...

kita duk sebok2 kempen boikot israel ngn amerika kerana kekejaman dan penindasan ke atas ISLAM dan palestin...

tp kenapa kita xboikot TALI BARUT AMERIKA anwar ibrahim yg menerima dana dan perhatian yg mencurigakan dari amerika...

CONTOH

MAHMOUD ABBAS(fatah)boneka amerika
JALAL TALABANI(presiden iraq selepas saddam)

dari sejarah,semua yg amerika pilih mst X BOLE PAKAI PUNYA...

pikir2 kan lah dgn hati terbuka...

hamba_hina said...

utk islam hebat...

kalo mcm tu,kenapa PAS bole join dgn PKR(tali barut AMERIKA)...?
PKR la Fatah...

umum tau anwar ibrahim menerima dana dan perhatian dari AMERIKA...?

adakah kerana anwar ibrahim tu benar sgt...?

atau sama mcm boneka2 amerika yg lain...?

wallahualam bissowat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...