Thursday, August 21, 2008

Permatang Pauh penentu laluan Anwar

Oleh Hafiz Baqi

BUKIT MARTAJAM, 21 Ogos: Pengundi Permatang Pauh menjadi penentu kepada laluan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Awar Ibrahim ke Putrajaya seperti mana diwar-warkan.

PAS pula turun sepenuhnya ke Permatang Pauh bagi membantu kempen Anwar. Mulai dari Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada hari pernamaan calun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan turun mulai Ahad, 24 Ogos ini.

Anwar disebut-sebut akan mengambil alih pemerintahan negara setelah menjadi ahli Parlimen di mana antara strategi yang dikatakan beliau akan mendapat sokongan daripada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang akan melompat parti sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat menguasai Parlimen.

Sehubungan itu, pengundi Permatang Pauh diletakkan sebagai kumpulan paling penting dalam proses perubahan kuasa seperti mana dirancang Anwar.

Justeru, rata-rata pemerhati melihat keputusan tidak memihak kepada Anwar pada hari mengundi 26 ogos ini bukan sahaja akan melambatkan perubahan yang dirancang bahkan akan menyukarkan lagi laluan politik Anwar.

Di Permatang Pauh, setelah beberapa hari berkempen, isu peralihan kuasa mula mendominasi kempen pilihan raya dipihak Anwar walaupun Anwar sendiri terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu besar yang mengaitkan dirinya.

Pelancaran kempen “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman” yang dilancarkan oleh beliau di Seberang Jaya pada hari ketiga tempoh berkempen menyampaikan isyarat paling jelas kepada rakyat tentang proses peralihan kuasa yang sedang beliau rancangkan memerlukan sokongan.

"Inilah saatnya kita merebut makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri," kata Anwar.

Malahan dalam ucapannya sebelum pelancaran kempen tersebut, Anwar sakali lagi mengulangi komitmen ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti sebaik sahaja beliau memasuk parlimen.

Dalam pada itu, BN dilihat semakin terkesan dengan kempen peralihan kuasa yang digunakan pihak Anwar di Permatang Pauh walaupun isu liwat dikatakan paling berkesan untuk mengurangkan sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar yang mengambil pendekatan tidak melayan serangan menggunakan isu liwat terhadap dirinya hampir berjaya menukar situasi apabila BN terpaksa bertungkus lumus menafikan kemampuan Anwar mengambil alih pimpinan negara.

13 comments:

bn@umno said...

permatang pauh penentu laluan DSAI menjadi PM dalam mimpi akan tercapai.Nampaknya DSAI ini dah tak sabar-sabar nak jadi PM Malaysia tapi percayalah hasrat itu tidak mungkin akan tercapai.DSAI ini hanya boleh jadi PM Malaysia dalam mimpi je.bg aku jadi PM dalam mimpi pun ok juga sekurang-kurangnya dapat juga merasanya.

Mr Green said...

SAPA NAK PERCAYA HANG!

nalapambu said...

DSAI akan menang di PRK P.Pauh. Kemenangan nye akan memberi laluan untuk menjadi PM.

Dlm dunia ni tak ada yg mustahil.
'bn@umno' pun tidak mustahil jadi gila babi, bodoh dan sewel,
sebab terlalu ramai yg telah doa kan anda jadi begitu.

Unknown said...

hidup anwar! tak sabar aku nak dpt PM baru nih...ya allah kau permudahkanlah jalan bagi kami..insyaallah amin.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anwar kena ingat nak jadi PM perlu dapat mandat daripada Yang Dipertua Agung. Kena ingat, Idress pun tidak diperkenan oleh adinda baginda dan boleh jadi YDPA kini pun tak suka kaki liwat dan kaki rasuah jadi PM.

abe MIE nak tengok dua perkara
1. mampu kah anwar pertahankan PP?
2. 2 orang EXCO PKR kena tahan BPR, dan jika kena sabit kesalahan boleh dilucutkan syarat keahlian ADUN.

ini pun Anwar tak boleh lepas tangan macamana hendak tubuh kerajaan LOMPAT?

rockers said...

semoga pakatan rakyat dpat mempertahankan kerusi permatang pauh,buat bn@umno yang bengong dan membe spesisnye abe,zaman pemimpin umno anda akan berakhir.
allahuakbar

peon pencen said...

UMNO hanya mendapat sokongan dari manusia kaki ampu dan kaki jilat pemimpin2 mereka untuk mendapat kan habuan.

Selain dari itu penyokong UMNO terdiri dari manusia yg singkat fikiran dan berpengetahuan cetek.

Manusia yg bukan kaki bodek dan kaki jilat yg tahaf pemikiran yg tinggi semua nye dah tinggal kan UMNO.

Mr Green said...

abe MIE said...

Sumpah BALA dan Raja Petra mengikut sunnah Nabi Anwar Ibrahim dan Khalifah Nik Aziz...

HANG DAH SESAT! GENG AYAH PIN! MANA ADA NABI LEPAS MUHAMMAD!ABE MIE SUDAH TERPESONG AMAT JAUH! COPY KOMEN DIA SEBARKAN.DIA DAKWA ADA NABI SELEPAS MUHAMMAD!....

AKU TAK MAU CAKAP BANYAK...

AKU TUNGGU JAWAPAN KOMEN HANG ABE MIE! APA HANG JAWAP!..JANGAN BUAT BUAT TAK NAMPAK!KALAU HANG MALU NAK JAWAP SURUH KULI HANG BNUMNO JAWAP!

Money4Free said...

aku teringin nak tgk UMNO berkempen sebagai pembangkang pulak nanti.

Mcam mana la nak kempen agaknya? TV takder, suratkhabar takder....hehehehe

ajk umno penanti said...

INSYAALLAH............DENGAN IZIN ALLAH,BN AKAN TUMBANG DI PERMATANG PAUH,KALAU AKU NI AJK UMNO DAH TAK MINAT NAK NGUNDI CALON UMNO...........AKU MENYAMPAH DENGAN TUDUHAN YANG DI KENAKAN KEATAS DSAI,AKU HARAP SELURUH UMAT MELAYU ISLAM DIMALAYSIA YANG INGINKAN KEMENANGAN PR,MARILAH KITA SAMA2 BUAT SOLAT HAJAT SUPAYA ALLAH SWT BUKAKAN HATI PARA PENGUNDI DI PERMATANG PAUH UNTUK KUBURKAN UMNO,KEBATILAN AKAN MUSNAH...................INSYAALLAH.

Anonymous said...

hehehe....
abg mie selalu lupa sejarah....
tengok la sejarah bn dan umno tu sendiri...
derih jusoh tak kena lantik sebab.... (kau sendiri pun tahu)
sebab tu agong tak mahu dia...
hehehe....
buka semula kitab sejarah umno tu...
sejarah tu pun bukan 50 tahun lepas...
baru je beberapa bulan lepas pun...
sian abg mie... otak dah benak...
itu pun tak ingat... agaknya... makan semut agaknya... tu yang jadi pelupa...
hehehe...

shikoku said...

Klau korang semua nak tahu tarikh keramat 16 haribulan tu adalah salah satu taktik politik Anwar supaya BN menjadi gementar melihat Anwar akan menjadi PM.Sebenarnya ini adalah satu strategi Anwar utk menjadi salah seorang ketua Pembangkang di Parlimen.Tarikh itu yg membuat ahli-ahli Parlimen BN melatah kerana gementar Anwar akan menjadi PM.Itu yg dikatakn politik.Belum apa2 lagi BN dan menjadi gelisah dgn khabr ini.

PKR Negeri Sembilan said...

Hakikat kemenangan DSAI telah terbukti semalam. DSAI dpt 31,195 dengan majoriti 15,671(lg tinggi daripada undi yg diterima Arif Shah-15,524)

Kena ingat, orang2 di Parlimen Permatang Pauh tak terkesan dengan isu-isu bodoh yang Umno hebah2 kan..cuma orang2 diluar sahaja yg masih terkesan dengan isu-isu bodoh Umno yg dok disampaikan dlm media-media kawalan BN.

Dah tiba masanya, khususnya org2 Umno membuka FIKIRAN DAN HATI, gunalah pertimbangan yang sempurna, bukan jadi TOTOK umno! Tak salah jadi ahli Umno tapi jadilah ahli yg idealistik dan berfikiran sihat.Jgn bersubahat dan bersekongkol membenarkan DUSTA, FITNAH dan Mengeji orang lain sebabnya org sebegini sifatnya adalah golongan yg pasti ke neraka jika tidak bertaubat kpd Allah swt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...