Saturday, August 23, 2008

Permatang Pauh: Persaingan untuk meraih undi Melayu semakin rancak

Oleh: Hafiz Mohd Baqi BUKIT MARAJAM: Rata-rata pemerhati politik yang mengikuti perkembangan di Permatang Pauh hampir sekata calon parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghadapi masalah besar untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu pada 26 Ogos akan datang.

Peningkatan sokongan terhadap Anwar dari masyarakat Cina khususnya, semakin ketara dihari-hari terakhir berkempen. Dalam satu program makan malam di Seberang Jaya malam 22 ogos lalu misalnya dihadiri lebih 2000 masyarakat Cina dan India.

Situasi yang sama turut dilihat dalam program di pekan-pekan lebih kecil seperti di Pekan Penanti dan Pekan Permatang Pauh.

"Sokongan Cina dan India lebih mudah diukur kerana mereka yang hadir kebanyakannya orang tempatan," kata seorang petugas PKR yang
mengendalikan majlis makan malam di Seberang Jaya.
Anwar, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah yang berucap pada malam itu mendapat tepukan gemuruh dari keseluruhan yang hadir.

Selain itu, sekongan terbuka dan penglibatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kempen Anwar juga meletakkan Barisan Nasional (BN) hampir mustahil dapat meraih sokongan besar pengundi bukan Melayu dalam masa yang cukup singkat sebelum selasa ini.

Daripada 58,459 pengundi di Permatang pauh, 24.56 peratus (14,360) daripadanya adalah pengundi Cina dan 5.79 peratus (3,390) pula pengundi keturunan India.
Bagaimanapun sokongan daripada pengundi Melayu yang mewakili hampir 70 peratus atau 40,619 pengundi Permatang Pauh masih sukar dijangka walaupun tempoh berkempen hanya tinggal kurang daripada tiga hari.

Program-program ceramah Anwar dan para pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan saban malam turut sukar membuat ukuran sejauh mana sokongan pengundi kepada Anwar walaupun ada diantara program ceramah dihadiri puluhan ribu orang.

Menurut petugas Jentera pilihan raya PKR, orang luar terlalu ramai hadir terutama dari Kulim, Sungai Petani dan dari kawasan parlimen berhampiran selain dari petugas Pakatan Rakyat yang datang membantu Anwar daripada seluruh negara.

Dalam masa yang sama petugas wanita dan puteri Umno yang semakin agresif berkempen dari rumah kerumah dipercayai bakal menjadikan persaingan merebut undi Melayu akan bertambah sengit.
"Bimbang" kata seorang pimpinan Angkatan Muda PKR Pusat, Zulfikar ketika ditemui di Seberang Jaya. Tetapi katanya, beliau tidak
mendengar laporan ada kawasan kritikal.

"Umno menggunakan isu bertubi-tubi menyerang Anwar di sat-saat akhir mungkin akan meng-goyangkan pengundi atas pagar," ujar beliau.
BN kini memperhebatkan serangan ke atas Anwar dengan pelbagai isu disamping terus menjadikan isu liwat sebagai senjata mereka. Di beberapa jalan utama, jentera BN didapati mengedarkan Vcd perakuan sumpah Saiful Bukhari kepada orang ramai yang lalu lalang dikawasan ramai pengundi Melayu.

Selain itu turut dibawa berceramah untuk melawan kempen Anwar ialah bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor, rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan dan Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Said Keruak.

Namun demikian, perkembangan tersebut turut dilihat BN agak terdesak khususnya kebimbangan mereka terhadap kempen Anwar bakal menjadi Perdana Menteri jika diberi peluang dalam pilihan raya kecil ini menjadi ahli Parlimen.

BN dikatakan sedang bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Melayu bahawa dakwaan Anwar bakal mengambil alih pentadbiraan negara pada 16 September ini hanyalah satu pembohongan.

Satu ceramah khas bertajuk 'Anwar jadi PM 16 September?' di pekan Permatang Pauh turut dianjurkan oleh BN untuk menjawab kempen tersebut di samping menurunkan pimpinan BN daripada sabah bagi menafikan dakwaan ramai ahli Parlimen daripada negeri itu akan menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam tinjaun Siasah pula, bendera-bendera, poster dan banting PKR menguasai hampir semua kawasan stategik di kawasan mejoriti pengundi Melayu.
Sepanjang jalan daripada Kubang Semang, Pekan Penanti, Kampung Petani, Kepala Bukit, Pematang Ara, Pematang rambai dan Pematang Pasir dipenuhi dengan bendera PKR yang hanya sedikit diselang-seli oleh bendera BN.

Gambaran yang sama turut dilihat dilokasi jalan menuju pekan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Sama Gagah, Tanah Liat dan Guar Perahu.

Di Permatang Pasir pula Petugas PAS dilihat bertungkus lumus menggerakkan jentera membantu kempen Anwar. Permatang Pasir merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakil oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Gerak kerja daripada PAS yang menurunkan ramai pimpinannya dilihat dapat menguatkan sokongan daripada pengundi Melayu kepada Anwar dari kawasan itu.

Dua bilik gerakan PAS dibuka dalam kawasan tersebut iaitu di Pusat Khidmat masyarakat Adun Pengkalan Pasir dan disebuah Pasti yang dijadikan pejabat jabatan Pilihan Raya Negeri.

Sementara itu di pihak Anwar, kempen pada hari ketujuh semakin diperhebatkan setelah kempen pada hari kelima dan keenam agak perlahan ekoran hujan lebat sejak pagi hingga ke petang.

Risalah berupa menifesto yang mengandungi janji Anwar sekiranya menjadi PM diedarkan sejak tengah hari hingga ke malam termasuk kepada kenderaan yang melalui jalan dikawasan pilihan raya.


Selain itu jentera kempen Anwar turut menyediakan sebuah televisyen besar yang dibawa dengan sebuah treiler untuk menayangkan visual-visual kempen termasuk kenyataan-kenyataan daripada Anwar serta
pimpinan Pakatan Rakyat yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain sekitar permatang pauh.

Anwar sendiri hari ini turut memulakan programnya sejak awal subuh dan bergerak ke semua kawasan dengan pelbagai program yang diatur. Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah majlis kenduri kahwin, perjumpaan dengan ibu tunggal, meraikan kemasukan ahli baru dan program solat hajat selepas Magrib.

66 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com


SEMASA AZIZAH UMUM PERLETAKAN JAWATAN, HAMPIR 110% ORANG PERCAYA ANWAR AKAN MENANG DENGAN SELESA. Namun berlaku, tsunami dengan tiba-tiba membongkarkan permasalahan dan jenayah yang dilakukan oleh Anwar oleh pihak tertentu MENYUKARKAN aNWAR al_juburi menang di PP.

persoalan
1. Bagaimana dengan undi protes PAS kepada Mat Jenin?

2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yang boleh cakap mandarin.

3. Anwar diserang kiri kanan. Sebelum ini mereka tidak pernah terbayang serangan yang begitu hebat.

4. PAS sudah tak wujud di PP? Nik Aziz kelibatnya semasa penamaan calon sahaja. Penyokong PAS diam aje, mana pergi?

5.Pendedahan oleh Nala, Ezam, Datuk Hamzah Zainuddin, konsul hormat Moggolia pasal PENIPUAN ANWAR bagaimana?

6. Debat oleh Ketua Menteri dan Bekas KM, bukti kejayaan Koh Tsu Koon menjawab persoalan rasuah dan masalah tanah di Pulau Pinang.

(ada banyak lagi. JOM jumpa abe MIE di website)

http:..pkrpasdap.blogspot.com

SELAMAT MENGUNDI KEPADA YANG BERDAFTAR.

Money4Free said...

hhahahahhaha....mai sini, tgk analisa tokoh UMNO mazhab hadhari iaitu abe mie....hahahaha....nak terberak aku gelak baca analisa yg konon2nya cukup tinggi akal pemikiran, cukup ilmiah, cukup bijak dan segala macam aneka cukup lagi....hihihihihi...

kot suka hang la abe mie oiii...
menyalak la hang selagi boleh menyalak....bukannya mau tercabut tiang letrik dengan salak hang tu....kahkahkahahkah

Mr Green said...

Ada lagi budak al kafirun ni?...tak serik serik lagi?...

Boy...

biaq pi la dia nak analisa...nak buat macam mana ORANG KURANG KASIH SAYANG la katakan....

tanda tanda orang nazak...nak buat camna merapu meraban... pi kat blog orang palik taik!...

dah soooh sooh pi main bawah ngan ayam tu..ni tempat orang tua sembang!...

Unknown said...

abe mie..aku dah lama baca komen2 ko dalam ni..sampai masuk bab PP aku dh tak boleh tahan lagi...

persoalan

2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yang boleh cakap mandarin.
--- ko yakin ke diorang "tertarik" dgn calon BN tu? ko tahu ker situasi sebenar kat Pmtg.Pauh tu mcm maner sampai ko boleh kluarkan statement mcm ni? atau ko just follow apa yg berita tv cakap?

4. PAS sudah tak wujud di PP? Nik Aziz kelibatnya semasa penamaan calon sahaja. Penyokong PAS diam aje, mana pergi?
---Siapa bilang PAS dah x wujud? Skali lg, hati2 dgn statement tu...ada mata buka luas2, ada otak fikir elok2..


6. Debat oleh Ketua Menteri dan Bekas KM, bukti kejayaan Koh Tsu Koon menjawab persoalan rasuah dan masalah tanah di Pulau Pinang.
--- Ko kata dia berjaya ke macam tu? Mmg le dia berjaya jawab sebab dia pandai putar belit. Tapi, ko tahu ke apa yg dia jawab tu betul ke salah? Hanya org penang je yang tahu apa yang dia merepek kat atas stage tu.

Abe Mie,ko nk mengarut apa pun suka hati ko ler..tapi....jangan ko nk merepek bukan2 pasal negeri orang.

Orang selalu cakap, orang Pakatan Rakyat yg selalu hina orang, tapi kat sini banyak gak first post yang berbau kritikan datang dari ko.

putra revolusi said...

Apa yg abe mie kata mengenai Ptg Pauh memang benar. Saya sokong apa yg abe mie kata:

1.Bagaimana dgn undi protes PAS kpd Mat Jenin?:

Mat Jenin yg abe mie maksudkan di sini sudah pasti Najib, sebab dia yg bercita-cita sangat nak jadi PM. Malangnya Pak Lah ada rancangan lain, sebab itu dia enggan serahkan jawatan PM serta merta kpd Najib. Pak Lah sengaja melengah-lengahkan masa supaya ia terus berkuasa lama seperti Dr. Mahathir. Dr Mahathir sendiripun spt yg dikatakan dlm blognya tak percaya Mat Jenin (Najib) akan jadi pengganti Pak Lah. Jadi spt kata abe mie, Mat Jenin iaitu Najib tak akan ke mana-mana,lagi pun penyokong PAS tidak akan mengundi Mat Jenin @ Najib.

2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yg boleh bercakap Mandarin:

Betul kata abe mie org Cina lebih tertarik kepada calon yg boleh bercakap Mandarin. Buktinya ialah ceramah BN biasanya berjaya menarik RAMAI ORANG, iaitu tidak lebih 200 orang, tetapi ceramah Pakatan Rakyat TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 hingga 20,000 orang sahaja. Begitu juga ceramah DAP di hadapan org Cina mendapat sambutan hebat, kerana spt kata abe mie orang Cina lebih tertarik kpd mereka yg dapat bercakap Mandarin iaitu pemimpin-pemimpin DAP yg bercakap Mandarin.

3. Anwar diserang kiri kanan. Betul kata abe mie Anwar diserang kiri kanan oleh TV tak kiralah Radio Televisyen Mengarut (RTM) atau TV3 Suku. Org-org Malaysia memang terkenal mudah kasihan melihat ada org lain diserang. Jadi setiap serangan akan menambahkan undi simpati terhadap Anwar. Mungkin orang RTM & TV3 Suku sengaja menyerang Anwar bagi membolehkan timbulnya 'reverse psychology' yg menyebabkan orang yg diserang akan lebih mendapat simpati rakyat.

4. PAS sudah tak wujud lagi di Pulau Pinang?:

Betul kata abe mie, PAS sudah tak wujud lagi di Pulau Pinang. Kenyataan abe mie boleh dibuktikan dengan kehadiran ramai pemimpin-pemimpin PAS spt Husam, Mahfuz dan Mat Sabu yg telah berkampung di Ptg Pauh. Esok difahamkan Ustaz Hadi pula akan datang. Selain dari itu pondok-pondok PAS bersama petugasnya juga banyak kelihatan yg membuktikan PAS memang sudah tidak wujud, seperti kata abe mie. Yg benar-benar wujud cuma BN, buktinya ialah kempen BN tidak mendapat sambutan ramai.

5. Pendedahan oleh Nala, Ezam, Datuk Hamzah:

Betul kata abe mie, banyak pendedahan sekarang ni. Masa awal-awal kempen hanya pendedahan kes khalwat DS Najib di Port Dickson, kes rasuah Sukhoi dan kapal selam saja disebarkan, tapi kini kawan DS Najib bernma Thangarajoo pula sudah buat Akuan Bersumpah pada 22 Ogos mengenai keterlibatan DS Najib yg didakwa mengikuti upacara keagamaan Hindu bersama seorang sami/bomoh Hindu bernama Mr. Ji. Utk maklumat lanjut mengenai kisah Najib & sami Hindu, sila layari http://kerajaanrakyat.com/

6. Debat Ketua Menteri & Bekas Ketua Menteri P.Pinang:

Betul kata abe mie bahawa Guan Eng telah berjaya meyakinkan orang ramai yg mengikuti debat bahawa kerajaan PR Pulau Pinang serius untuk mengatasi masalah rasuah termasuk rasuah tanah di negeri itu. Dan satu lagi ialah betapa orang BN yg terlibat dalam rasuah di Pulau Pinang itu sungguh bernasib baik kerana mereka memakai baju BN. Jika yg dituduh rasuah itu orang PR alamatnya kertas pertuduhan belum siap lagi BPR sudah tahan dahulu mereka seperti yg berlaku di Perak.

Jadi kesimpulannya apa yg dikatakan oleh abe mie mengenai BN dan pemimpin-pemimpinnya yg sangat teruk itu memang benar belaka. HIDUP ABE MIE!!! HIDUP KEZALIMAN!!! HIDUP KEPALSUAN & KEPURA-PURAAN!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kajian terbaru oleh beberapa badan bebas dari beberapa buah universiti terkenal di Malaysia membuat keputusan

BN-60%
PKR-40%

Terima lah kenyataan dan 'mungkin' kekalahan terjadi kerana perkara yang saya sebutkan tadi.

bn@umno said...

Kepetahan calon Umno itu berceramah dgn menggunakan bahasa cina Hokkien dan Manderin cukup memukau orang cina di P.P tu.Ini diakui sendiri oleh pengundi-pengundi cina di P.P.Aku yakin 99.99% undi orang cina akan pergi ke calon BN.kerana bg orang-orang cina kat P.P, ia memudahkan dorang berurusan dgn calon BN itu jika dorang hadapi masalah.

bn@umno said...

Aku cukup yakin sokongan rakyat kat PP terhadap DSAI semakin hari semakin menurun.lihat jelah, sampai skg beliau masih lagi cuba berdolak-dalik dan takut untuk melakukan sumpah seperti apa yg telah dilakukan oleh saiful dan terbaru najib.Kalaulah DSAI berasa dia tidak bersalah dalam hal ni, bersumpahlah apa yg nak ditakutkan seperti kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah.sejak akhir-akhir ni aku cukup bimbang dgn penyokong PR ni kerana segala tingkah laku dan komen-komen yg dibuat ada tanda-tanda yg dorang ni sudah mengangap DSAI ni 'Tuhan' mereka sudah.Aku cukup berharap penyokong PR ni tidak sesat dan kalu sesat baliklah ke pangkal jalan.

Unknown said...

bn@umno said...
Kepetahan calon Umno itu berceramah dgn menggunakan bahasa cina Hokkien dan Manderin cukup memukau orang cina di P.P tu.Ini diakui sendiri oleh pengundi-pengundi cina di P.P.Aku yakin 99.99% undi orang cina akan pergi ke calon BN.kerana bg orang-orang cina kat P.P, ia memudahkan dorang berurusan dgn calon BN itu jika dorang hadapi masalah.


--- sebab diorang terpukau ler, diorang takkan pangkah dia...kalau dia menang kali ni..dia akan pegi Parlimen...dah tak byk masa nk duduk kat sbrg.jaya lg..so, untuk memudahkan urusan diorang....diorang takkan pangkah calon bn tu...sekian.terima kasih.

putra revolusi said...

abe mie kata BN akan dpt 60% undi & PKR dpt 40% undi memang benar. Kelmarin (23.8.08), saya balik ke kampung saya di Guar Perahu, Ptg Pauh & hasil tinjauan saya dengan kanak-kanak TADIKA mendapati apa yg abe mie kata itu memang benar kerana data yg abe mie dapat itu adalah berdasarkan kajian kanak-kanak tadika tersebut. Kata kanak-kanak yg belum baligh itu, perkiraan 60:40 yg dibuat oleh pasukan banci kanak-kanak tadika itu adalah berdasarkan temu ramah mereka dengan anak-anak patung mainan yg nampaknya lebih banyak menyokong BN. Maklum saja Imam Hadhari (Pak Lah) juga peminat anak patung hingga sanggup mengalungkan bunga di Patung Besar bergelar Tugu Negara, jadi anak-anak patung itu tentu sokong Patung Besar mereka.

Jadi memang confirm undi 60:40 yg dikatakan abe mie yg berdasarkan perkiraan budak-budak TADIKA itu benar belaka!!

putra revolusi said...

Apa yg bn@umno kata bahawa 99.99% undi Cina akan pergi kpd BN memang betul. Ini kerana orang Cina lebih prihatin dengan isu semasa & mereka juga tidak bergantung kpd sumber maklumat TV spt kebanyakan org Melayu. Akhbar Cina banyak memuatkan berita benar mengenai PR, tidak spt akhbar Melayu yg lebih condong kpd berita mengenai BN saja. Kebanyakan org Cina adalah orang business yg menerima kesan buruk hasil urus tadbir ekonomi negara oleh BN yg teruk hingga inflasi sekarang sudah meningkat 8.5%, iaitu kadar tertinggi yg tidak pernah dicatat sejarah sebelum ini. Oleh itu bagi memastikan hidup mereka semakin teruk, teruk & teruk lagi, orang Cina spt kata bn@umno pasti akan menyokong BN yg menjanjikan kehidupan lebih sengsara spt di neraka jahanam!!

Saya juga sokong kata-kata bn@umno bahwa Anwar perlu buat sumpah bodoh seperti Say Fool. Harap Anwar jangan ikut nasihat ulamak tersohor yg mempertikaikan sumpah bodoh Say Fool itu. Sebaliknya ikutilah nasihat ulamak yg bermoral rendah spt Najib, kerana hanya org yg jahil agama saja yg boleh membawa kita ke ambang neraka.
Selain itu sebagai org dewasa & lebih berpengalaman, Anwar perlu mencontohi perangai bodoh budak hingusan spt Say Fool bagi membuktikan dirinya juga sebodoh Say Fool, kerana seperti kata insan dari kalangan jin & syaitan bahawa jika murid kencing berdiri, maka guru hendaklah kencing berlari bagi membuktikan org dewasa adalah lebih tolol dari budak hingusan!
Jadi kesimpulannya, pendapat bn@umno yg setaraf dengan anak-anak hingusan itu memang saya sokong penuh kerana sebagai rakyat Malaysia yg tidak cerdik kita perlu buktikan kepada seluruh dunia bahawa kita ini memang bodoh & dungu.

putra revolusi said...

Kelmarin (Sabtu), seharian hingga ke pagi ini saya berada di kampung saya di Guar Perahu dlm Parlimen Ptg Pauh. Malam tadi sempat pergi lihat ceramah Anwar di Penanti. Memang kata-kata abe mie & bn@umno bahawa ceramah Anwar tak dapat sambutan adalah benar. Contohnya hanya 8,000 orang sahaja yg mengikuti ceramah Anwar.
Manakala dalam masa yg sama saya diberitahu Datuk Najib buat ceramah di Kubang Ulu, sambutannya SUNGGUH MENGKAGUMKAN sehingga yg hadir cuma 400 orang sahaja & satey dan laksa banyak yg tak habis!!!

Money4Free said...

kahkahkahkahkahkahhh.....adusss senak perut aku lagi, bila baca analisa paling terperinci yang telah dibuat oleh penganut mazhab hadhari, iaitu abe mie.

Analisa yg dibuat oleh abe mie boleh dikategorikan sebagai analisa terbaik abad ini.Analisa kudakepang, a kadir jasin pun jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan analisa abe mie.

Ini telah memperlihatkan tahap ketajaman kepala hotak abe mie dalam mengkaji senario poltik semasa.Pemikiran abe mie melangkaui pemikiran manusia abad ini.

Saya ingin mencadangkan kepada Najib Al Mongolia supaya mengambil abe mie sebagai ketua pemikirnya bagi mengantikan RAzak Baginda.

Kebijaksanaan abe mie tidak boleh dipersia siakan.telah terbukti dia mampu menganalisa dengan penuh bijak sana sehingga mencapai piawaian tahap "gaban".

Nak termuntah japppppp......uwekkkkkkkkkkk
uwekkkkkkkkk..uwekkkkkkkkkk..

sorryy...wakakakakakak

bn@umno said...

Kita tengok malah Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pun juga telah bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dgn kes konspirasi penahanan 2 orang exco drpd Pakatan Rakyat oleh BPR.Semakin hari semakin ramai pemimpin BN tampil untuk membuat sumpahan, dan ini membuktikan mereka berada dipihak yg benar.

abe MIE 'TERJAH' said...

ceramah Anwar ramai orang dari KL, Selangor, Perak...mereka semua adalah pengundi hantu. 50,000 pengikut Anwar semunya bukan pengundi PP. Buang masa sahaja. baik dok kat rumah atau masjid daripada membela peliwat>>

Ramai juga orang Indonesia nak tengok Gus Dur...

ceramah BN tak ramai sekitar 200 orang tapi mereka adalah semua pengundi berdaftar.

kajian kemenangan di lakukan kepada budak tadika PP bagus juga sebab dia boleh suruh mak bapa diaorang sokong BN.

Money4Free said...

Langit gelap, angin bertiup kencang, hujan telah turun.

Tapi ada dua ekor mamat, masih bercakap, hari cerah, mana ada ujan.boleh sidai baju...

wkakakakakakka...

mat_terab said...

Sakat Tahu berbahasa cina Lepas tu mengterkedarah rasuah ingat orang cina nak sokong ka....
Boleh belah la wahai balaci dan pencacai Umno..........

putra revolusi said...

MONYET SARKAS BN

Persaingan di Ptg Pauh sungguh sengit. BN yg terdesak utk menang buat banyak cerita lawak. 5 hari lepas bawa jaguh badminton yg gagal dapat pingat emas, Lee Chong Wei ke Ptg Pauh. Kini bawa Sheikh Muzhafar Angka-Sawan pula ke Ptg Pauh. Orang-orang kampung sangat bersimpati dgn 2 tokoh yang dilayan oleh BN seperti 'monyet sarkas' yg dipamer & diusung ke hulu ke hilir utk menarik undi orang Ptg Pauh.

TERIMA KASIH GUAN ENG!!

Rakyat Pulau Pinang terutama kakitangan kerajaan & swasta mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yg telah mengisytiharkan 26 Ogos sebagai cuti umum utk negeri itu. Nampaknya strategi Pak Lah/Najib supaya orang ramai duduk di tempat kerja & tidak keluar mengundi telah gagal. Terima kasih Guan Eng kerana memahami erti demokrasi!!!

Money4Free said...

uiyooooooo....tak sabar nak tunggu keputusan PRK PP ni.

Nak sgt tengok dolaj mengetuai abe mie dan bn@umno menyorok bawah dapur...

bn@umno said...

wow berita 'baik' untuk penyokong PR, TV3 telah melaporkan seramai 400 orang ahli PKR telah keluar drpd PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada DSAI di atas ketidaksudian beliau bersumpah laknat seperti Saiful lakukan sebelum ini.hahahhahahahaha

Money4Free said...

adusssss...bn@umno,

Mula mula aku terkejut juga.Hampir aku mempercayai cakap hang.Tapi bila tengok dari sumber mana hang dapat...aku hanya boleh gelak sekuat kuatnya.Tak boleh nak senyum pun...

Kena gelak jugaaa...hahahahahahahahhohohohohoho

media said...

Teruskan mengikuti perkembangan pakatan rakyat. BN akan menggunakan senjata maut yang tinggal untuk mengalahkan pakatan rakyat.

http://video-politik-malaysia.blogspot.com/

Money4Free said...

"RAMLANG PORIGI DI PENTAS PKR"

'Imam' Masjid Wilayah, Ramlang Porigi yang menjadi tumpuan dan kontroversi selepas kehadirannya di majlis sumpah Saiful sekali lagi bikin gempar.


Dia mengakui bahawa cara bersumpah itu tidak betul dan dia telah terpaksa untuk menerima dan berada di dalam majlis sumpah tersebut.


Malam ini, Ramlang Porigi akan mendedahkan segalanya berkaitan isu tersebut di pentas PKR Permatang Pauh.


Sama-sama kita nantikan.

putra revolusi said...

Seronok tengok hari-hari Najib cabar Anwar bersumpah. Rakyat Ptg Pauh pula sedang tertunggu-tunggu bila Najib nak bersumpah:

- menafikan org yg ditangkap berkhalwat dgn artis di Port Dickson 15 tahun yg lalu adalah bukan dirinya, tapi jin yg menyerupai dirinya;
- menafikan wanita gemuk yg memeluk & mencium pelakon Bollywood bukannya Rosmah, tapi adalah pelesit yg menyerupai Rosmah;
- menafikan gambar-gambar anak lelakinya yg diambil dlm keadaan tak bermoral sebenarnya bukan anaknya, tapi jin afraid yg menyerupai anaknya;
- menafikan Akuan Sumpah yg menyatakan dia & isteri mengamalkan upacara perbomohan Hindu adalah palsu.

Hari ini Najib kata rakyat perlukan pemimpin yg bermaruah. Mujurlah masa dia cakap tu aku tak ada didepannya, jika tidak mesti akan ku hadiahkan sekeping cermin retak utk dia cermin-cerminkan dirinya!

putra revolusi said...

Sedih melihat pemimpin BN mempermainkan isu sumpah. Sampai ada suara-suara sinis yg berkata jika kes jenayah yg telah dirujuk ke mahkamah pun kena bersumpah, apa perlunya mahkamah, tutup saja mahkamah, semuanya pakai sumpah saja, jimat wang rakyat. Tentu perompak, pengedar dadah & perogol yg tak pernah takutkan Allah itu demi utk selamatkan diri lebih rela bersumpah dari dibicarakan di mahkamah!!

Mr Green said...

'Imam' Masjid Wilayah, Ramlang Porigi yang menjadi tumpuan dan kontroversi selepas kehadirannya di majlis sumpah Saiful sekali lagi bikin gempar.

Dia mengakui bahawa cara bersumpah itu tidak betul dan dia telah terpaksa untuk menerima dan berada di dalam majlis sumpah tersebut.

Malam ini, Ramlang Porigi akan mendedahkan segalanya berkaitan isu tersebut di pentas PKR Permatang Pauh.

HAHAHHAHA...TALIAN HAYAT PLSSSSS!


Sama-sama kita nantikan.

Money4Free said...

Bila Ramlang Porigi nak menceritakkan apa sebenarnya yang terjadi sewaktu para sesumpah mengangkat sumpah, maka juak juak UMNO habis ketaq kepala lutut.
bn@umno dah berpuluh kali keluar masuk jamban, sebab tercirit birit...

bonzer said...

asalamualaikum.....

Sahabat-sahabat blogger

Masa makin suntuk .Masa mengundi hanya tinggal 32 jam sahaja.Pejuang-pejuang perlu memikirkan serangan-serangan yang akan digunakan oleh penyerang-penyerang. Adakah kita telah bersedia dengan pertahanan yang ampuh.Adakah kita hanya perlu bertahan sahaja. Tidakkah ada senjata-senjata atau peluru-peluru baru untuk menyerang kembali musuh.

Ingat, mereka mempunyai senjata yang lengkap dan boleh digunakan bila-bila masa apabila diperlukan.

Bukit yang telah kita kuasa ini jangan kita tinggalkan hanya sekadar untuk berebut harta yang bergelimpangan di bawah sana.

Selamat berjuang hingga titisan darah terakhir.

bn@umno said...

Penyokong PR,

Jgn korang gembira sangat, sebenarnya PR sendiri dalam bahaya disebabkan oleh mulut celupar pemimpin PAS yg perkauman ini semasa memberi ucapan di Muktamar Pas kat Ipoh baru-baru ni.

Pemimpin PAS ini masih bermimpi kononnya cina dan india masih sokong dorang tapi perlu diingat orang-orang cina dan india yg cerdik ni sengaja mengambil sikap bertenang dan tak nak buat kecoh, dorang lebih selesa nak tengok tingkah-laku pemimpin PAS yg perkauman ni, namun yg nyata parti PAS ataupun PR sudah takda di lubuk hati mereka lagi seperti kata pepatah 'air yg tenang jangan disangka tak ada buaya'. Siapa sangka pada PRU12 yg lepas orang cina dan india sanggup mengundi PAS sehingga PAS boleh menang banyak kerusi parlimen?aku yakin tsunami kedua tidak akan berlaku pada BN lagi di PRU13 ni nanti malah tsunami kehancuran akan berlaku pada PR di PP nanti.tak caya?tunggu dan lihat. Kenyataan itu semua adalah hasil drpd mulut kawan-kawan aku yg berbangsa cina dan india sendiri yg cakap, dorang semua dah meluat tengok sikap pemimpin-pemimpin PAS ni.Bagi pendapat orang cina dan india, jika dorang sokong PKR maka secara tidak langsung mereka akan sokong PAS juga kerana PAS itu merupakan sebahagian drpd Parti Keadilan yg dalam PR. kepada pemimpin PAS, aku cukup galakan korang supaya teruskanlah perjuangan perkauman korang.

abe MIE 'TERJAH' said...

Anwar berketurunan Hindu?
mulutmelayu
Member

Posts: 65
Location: mountain view
Joined: 15.02.08
Posted on 23-08-2008 23:21
Bagi penduduk negeri Pulau Pinang semua mengetahui bahawa datuk sebelah bapa Anwar Ibrahim adalah hindu convert yang mengahwini perempuan Melayu. Datuknya dulu bekerja sebagai Hospital Atendant di Hospital Pulau Pinang dan tinggal di kuates atendan di Lines Road Pulau Pinang.

Bapanya, Pak Ibrahim selain kahwin dengan mak Anwar selepasnya pula berkahwin dengan orang gajinya (isteri kedua).

Jika anda datang ke Bukit Minyak (berdekatan kawasan perindustrian Bukit Minyak) anda akan dapat melihat sebuah istana di persimpangan tiga Kampung Bukit Minya kepunyaan adiknya, Marzukhi yang dibina semasa Anwar menjadi menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lain-lain abang dan adiknya Rani adalah bekas pegawai belia daerah di Butterworth tetapi semua adik beradiknya memasuki bidang perniagaan semasa Anwar menjadi TPM. Walau bagaimanapun terdapat seorang adiknya yang menjadi penagih dadah, mengutip barang-barang (terbuang!) di kampung Jalan Kilang Ubi, di mana terletaknya rumah Pak Brahim dulu.

Abang Anwar, Marzhuki adalah Pengerusi Jawatankuasa Qhariah Masjid Tok Kun Bawah. Jadi tidak hairanlah jika dalam khutbah Jumaat, khatib masjid ini membaca khutbah politik.

Sebagai contohnya, Jumaat 22 Ogos semalam, khatib mengutuk abis Kerajaan sekarang dengan mengatakan Kerjaan menganiayai rakyat. Kes mercedes turut dibangkitkan. Pujian yang melambung diberikan kepada Anwar Ibrahim (secara indirectly) dengan mengatakan pemimpin yang menjaga kepentingan dan kaum marhaen di Malaysia.

Kepada jemaah disgokkan bahawa Anwar Ibrahim difitnah untuk menghalang dia daripada menjadi PM.

Apapun dalam khutbahnya khatib masjid ini tidak pula menyentuh tentang sumpah.... smiley smiley smiley

putra revolusi said...

Imam masjid WP, Ramlang Porigi baru sahaja menghabiskan ucapan atas pentas PKR di Pdg Ibu di hadapan 4,000 hadirin. Dia meminta maaf kerana 'dipaksa' hadir dlm acara sumpah laknat itu. Katanya dia 'dipaksa' oleh 'pihak atasan' utk hadir & teks sumpah itu juga disediakan oleh 'pihak atasan'.

Kpd bloggers, Ramlang telah membuat pendedahan & memohon maaf, jadi kita maafkanlah dia. Sekurang-kurangnya dia berani berkata benar, biarpun pahit. Kita tunggulah pula sama ada Say Fool akan berani berkata benar?

umisa said...

salam,
saya baru blk dari kedah singah di pematang pauh 2 hari kat sana, sguh meriah
dsana setiap pondok panas pakatan rakyat tidak pernah sunyi, penuh dgn rakyat pmatang pauh, saya rasa ini bukan menang undi tipis seperti BN@umno menjaja di media, kalau keadaan bergini, PKR boleh sapu 90% undi dpermatang pauh, sungguh dahsat org dsini, mereka tidak percaya dgn kata2 bn@umno yg pernipu, apa2 kes yg dibawa oleh bn, org disini tidak percaya, setiap markas dpenuhi ribuan peryokong PR, insha,allah pakatan rakyat boleh menang

bn@umno said...

putra revolusi

betul ke yg hadir sampai 4000 orang ataupun yg hadir hanya 400 orang je?jgn suka berbohonglah nanti tak pasal-pasal kena tanggung dosa.jgn disebabkan politik kau sanggup tanggung dosa.

Mr Green said...

Pendokong BN mengalami sindrom sawan selepas ustaz Ramlang Porigi bongkar rahsia sebenar disebalik sumpah laknat budak ngaji sekolah tak habis itu...

Alhamdullilah.Allahu Akbar! Takut kerana Allah...sebaik baik perancangan manusia,baik lagi rancangan Allah!

Tahniah Ramlang Porigi kerana tidak mahu terbabit dalam kancah politik kotor ini.Semoga Allah selamatkan anda.

bn@umno said...

Mr Green

Jgnlah ko nak merepeklah.Ko ada kat situ ke masa ustaz Ramlang Porigi buat ceramah tu?kalau setakat dengar orang cakap je, tak payahlah.

bn@umno said...

kalau betullah ape yg dikatakan oleh ustaz Ramlang Porigi tu maka BESAR KEMUNGKINAN beliau telah disogokkan wang berjuta-juta oleh pemimpin PR.

Mr Green said...

BN DAH HURUHARA!

KLIP VIDEO RAMLANG PORIGI SAYA DAH UPLOAD DI BLOG SAYA

SAMA SAMA KITA SAKSIKAN UTUSAN ALLAH INI MEMBONGKAR KONSPIRASI POLITIK BN...

HAHAHHA JOM JOM JOM JOM..JOM HEBOOH HEBOH

bn@umno said...

putra revolusi

takyahlah ko nak menipu blogger kat siasah ni.Ko cakap hampir 4000 orang pergi ke ceramah ustaz ramlang porigi tapi yg peliknya aku baru baca kat blog Malaysia Today dan dalam blog tu hanya mengatakan lebih kurang 1000 orang je.Kalau nak menipu tu bertempatlah, sekarang ni orang dah tak bodoh lagi.

Mr Green said...

BERAPA ORANG MAI DENGAQ RAMLANG TU TAK PENTING!

1000 KA 4000 KA....YANG PENTING ISI DIA...

ISI DIA....RAMLANG MENGAKU DIA DIARAH!...

BN DAH HURUHARA!

KLIP VIDEO RAMLANG PORIGI SAYA DAH UPLOAD DI BLOG SAYA

SAMA SAMA KITA SAKSIKAN UTUSAN ALLAH INI MEMBONGKAR KONSPIRASI POLITIK BN...

HAHAHHA JOM JOM JOM JOM..JOM HEBOOH HEBOH

Mr Green said...

PENGAKUAN USTZ RAMLANG PORIGI MEMBUAT BN AMAT TERTEKAN.

DENGAN PENGAKUAN ITU MAKA TERBUKTI INI SATU KONSPIRASI JAHAT DAN MEREKA TELAH MENGUNAKAN RUMAH ALLAH UNTUK MENIPU DAN MEMPERMAINKAN ISTITUSI MASJID.

NAMPAKNYA MAKIN RAMAI ORG BN AKAN MENYERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT!KERANA PENGAKUAN IMAM ITU JELAS MENGATAKAN ANWAR DIPIHAK YG BENAR!

Money4Free said...

yeaaaaaaaaaaaaaa......jgn pedulikan dua ekor beruk umno tu.

biarkan mereka terjun dengan bulu bulunya....

Tunggu sahaja berita gembira pada 26 hb ni...

AJK-UMNO said...

Pengakuan Ramlang Porigi tamparan hebat buat BN
Mohd Sabri Said
Mon | Aug 25, 08 | 9:40:12 am MYT

PERMATANG PAUH, 25 Ogos - Umno dan Barisan Nasional (BN) pastinya tersentak dengan pengakuan berani Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang mengatakan dirinya diarahkan oleh orang atasan menjadi saksi sumpah laknat bekas pembantu Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu.

AJK-UMNO said...

bn@umno dan abg mie sendiri pasti tersentak dengan Pengakuan Ramlang Porigi.. tamparan hebat buat BN

wakkaka.. jatuh teruk bn kali nie..
apa lagi mereka nak kata?? wakakaw..
imam dipaksa hadir.. tanpa kerelaan nyer.. dan yang aku pelik sumpah nie di atur oleh org kanan najib pui..pui..

kata hari tu.. bapok saiful yg mengurus kan majlis angkat sumpah nie.. tup..tup.. rupa nyer org2 najib...

weh abg mie.. bn@umno.. otak lembu aku ingat kalau mok bapok ka kena tuduh liwat pun ..kalau tuduhan tu datang dari umno.. ko pun pasti yakin jugakan.. sebab otak ko nie otak lembu.. weh j=sudah2 la jadi kaki jilat jubur... jelas dan nyata lagi nak cakap apa weh...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sekurang-kurang kita tahu ang anwar nie adalah kaki pembelit sama juga dengan BALA.

DAn patutlah HINDRAF sokong sangat si Anwar sebab kelahirannya sama dari kalangan mereka.

abe MIE 'TERJAH' said...

PKR kini sedang menghadapi sindrom 'GILA TALAK NAK JADI PM' jadi dengan membunuh Islam dan menjual negara serta mengencingkan bangsa Melayu dilakukan oleh penyokong PKR.

Politik menghalal pelbagai cara terutamanya Anwar al-juburi lakukan. Tanya mat Sabu?

abe MIE 'TERJAH' said...

SOAL POKOK ADALAH SUMPAH SAIFUL DAN SUMPAH ANWAR BUKAN SIAPA YANG ATUR !

http://www.kpmu.net

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah. Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau disitu secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

Persoalan kepada Imam Ramlang Porigi :

1. Bersumpah kepada Allah SWT adakah ianya merupa kesalahan dan jahat? Apakah tujuan Imam ini berceramah di Permatang Pauh jika tidak berniat jahat untuk memburukkan Saiful Bukhari dan sumpahnya ini lagi jahat gunakan masjid untuk menghasut. Sila berikan hujah dimana salahnya bersumpah dengan nama Allah.

2. Tanpa Imam ini pun sumpah itu sudah sah apabila Saiful menyebut “Wallah hi, wabilla hi, watallahi “, dengan kehadiran Imam ini atau tanpa imam ini atau hadir dengan paksa, sumpah ini tetap sah.

3. Mereka cuba kelirukan rakyat, Imam ini hanya menafikan bahawa dia tidak terlibat dalam pengaturan sumpah ini, sememangnya tidak siapa yang peduli atau persoalkan sama ada dia megaturkan atau tidak, persoalan pokok disini adalah Saiful sudah bersumpah dan bukan siapa yang mengaturkan. Inilah yang diputar belitkan oleh PKR untuk :

a ) Cuba mempertahankan Anwar dari bersumpah kerana Anwar sebenarnya takut untuk bersumpah.

b ) Sengaja mengadakan ceramah Imam ini dengan isu yang diputar belitkan, imam ini tidak mengatur… siapa peduli dia tak megatur, sekali lagi ingin dinyatakan bahawa soal pokok disini diputar belitkan atas niat politik.

c ) PKR cuba mempolitik agama dan sanggup menghina sumpah Wallah hi, wabilla hi, watallahi kerana mahu memenangkan Anwar.

4. Anwar berjaya membutakan ulama politik dan berjaya memperbodohkan ulama dengan wang ringgit yang telah diberikan oleh Anwar sebanayak RM 300 juta ketika pilihanraya yang lalu.

5. Entah berapa juta pula imam ini dapat dari Anwar kerana tiba -tiba sanggup menghinakan agamanya, menghina sumpah “Wallah hi, wabilla hi, watallahi”.

6. Yang akhir dan paling penting, RAKYAT TIDAK PEDULI SIAPA YANG MENGATURKAN UPACARA SUMPAH ITU, YANG PENTING SUMPAH ITU DI BUAT CARA YANG BETUL, YANG RAKYAT NAK TAHU SEKARANG BUKAN PENAFIAN IMAM ITU. ITU TIDAK PENTING SEBAB BUKAN DIA YANG PATUT MENAFIKAN SUMPAH DAN BUKAN DIA YANG BERSUMPAH. CERITA POKOKNYA SEKARANG ADALAH ANTARA SAIFUL, ANWAR DAN ALLAH SWT.

KITA PEDULIKAN PASAL IMAM DAN ULAMA POLITIK YANG SUDAH GELAP MATA DENGAN WANG POLITIK. YANG DINANTIKAN OLEH RAKYAT PERMATANG PAUH ADALAH ANWAR BERSUMPAH DAN BUKAN IMAM MENAFIKAN MENGATURKAN SUMPAH BERKENAAN .. TAK KIRALAH SIAPA YANG MENGATURKAN, YANG PENTING LAFAZ TELAH DI JALANKAN.

nalapambu said...

walau apa daya tipu helah UMNO pada hari ini, rakyat yg bijak tidak mudah ter tipu.

Cuma ada tinggal se conet dua pencacai UMNO yg masih tersangat setia yg sentiasa sanggup mencium dan menjilat jubo pemimpin mereka.

Oleh kerana ter lampau banyak termakan taik jubo pemimpin mereka, maka pencacai2 UMNO ini akan tetap setia hingga ke akhir hayat nye.

Semakin kuat tekana kerajaan UMNO terhadap PKR, maka dgn kuasa ALLAH PKR bertambah semakin kuat.

DS Najib sendiri telah mengakui menghadapi kesukaran menentang PKR di P. Pauh. Dgn pengakuan nye itu meyakin kan lagi UMNO akan kecundang.

Money4Free said...

wakakakakaka...abe mie...
Awat hang kalut sgt? ketaq lutut ka?
Kalau dah Najib yg atur, kalau dah pakai skrip, tu namanya sesumpah la deyyy...

Memang betoi dia bersumpah.Nanti hang sendiri tengok la keadaan Sayfool tu.

Patutnya Sayfool tu kena taruk dalam cermin, pas tu letak kat dataran merdeka.Baru rakyat boleh tgk keadaan mamat ni lepas nia bersumpah.Kalau hangpa dok sorok dia, mana nak tau dia dah mampuih ke tak. Mana nak tau joboq dia dah berulat ker tak.

Tak gitu abe mie oiii...?

nalapambu said...

Pada hari ini kekuatan PKR berpaksikan kepada sokongan 3 kaum.

Walau pan sokongan kaum melayu berpecah, dgn sebahagian nye menyokong UMNO, tetapi sokongan kaum cina dan india masih padu 100%.

Orang2 MELAYU YANG BIJAK akan memberi pengajaran kpd pemimpin2 UMNO yg hampir kesemua nye rasuah dan tidak mahu undur.

Kaum cina dan india telah meninggalkan BN pada PRU12 yg lepas kerana isu perkauman yg di bangkit kan oleh segelintir pemimpin UMNO yg sombong.

Sekarang di tambah pula dgn isu babi dan UiTM yg di laung2 kan oleh UMNO melaluai TV dan Akhbar setiap hari, kemarahan kaum ini terhadap UMNO sudah sampai ke kemuncak nye.

UMNO mesti di ajar di P. Pauh. Rakyat sendiri akan memberi pukulan yg paling hebat dgn pukulan maut.

UMNO akan rebah tersungkur di hadapan PKR dgn pukulan rakyat sendiri di P. Pauh.

Hamba Miskin said...

Salam!!
APA KATA LEPAS NI KALAU BN KALAH DI PERMATANG PAUH,KITA CABAR BN@UMNO DAN ABE MIE SERTA PENDUKUNG UMNO YANG MENULIS DI BLOG INI BERSUMPAH "WALLAHI,WABILLAHI WATULLAHI,SAYA TIDK AKAN MENULIS LAGI DI BLOG SIASAH INI JIKA BN KALAH DI PERMATANG PAUH" AMACAM? ADA BERANI KA?

kayemsee said...

alaa....depa tu nak heran apa ihya oi...anjing2 umno nie sanggup buat apa saja asal dpt perintah drp tuannya...setakat sumpah sumpah tu barang mainan depa ja skarang nie...asyik2 nak sumpah...buat main main ja...sikit pun tak takut Allah...tapi takut bodolah...

muraisenja said...

MACAM MANA PULAK DENGAN CERITA NI:

SAPA BOLEH JAWAB......

Dari Malaysiakini

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Man, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.

bn@umno said...

Hancurlah Malaysia kalau DSAI jadi PM Malaysia.kerana skg ni beliau tak percaya polis, bpr, aca dan badan kehakiman.Kalau DSAI jadi PM, maka semua jabatan polis, bpr, aca dan badan kehakiman akan dihapuskannya.Skg pun kita tengok DSAI tu polis,bpr,aca dan badan kehakiman semuanya beliau tak percaya, habis siapa lagi boleh dipercayai kalau bukan badan-badan seperti di atas tu untuk menjaga keamanan negara kita ni.fikir-fikirkanlah

peon pencen said...

Segala lakunan yg di taja UMNO telah gagal untuk memusnah kan DSAI.

Semakin banyak lakunan di buat, semakin bertambah benci rakyat terhadap UMNO.

Rakyat sudah bijak, bukan seperti 2 atau 3 puluh tahun yg lampau.

Sekarang rakyat sudah sedar bahawa UMNO lah yg merosak kan agama Islam dan bangsa melayu.

Negara kaya dgn berbagai hasil bumi, tetapi ramai yg hidup melarat kais pagi makan pagi.

Yg kaya raya banyak harta wang ringgit ber juta2 semua nye pemimpin dan pencacai UMNO sahaja.

idaman said...

oii abe mie bnumno aku adalah pengundi ptg pauh undi di sk ptg pasir hang jangan nak temberang la najib baru nie malu besar apabila penduduk penanti menghalau najib macam anjing kurap,semua ceramah bn kena ada jamuan baru orang mai tu pun bukan nak dengar ezam cakap atau arif atau najib,cuma nak makan saja mereka melalak macam anjing yg menyalak bukit petugas di pondok panas pula di impot dari luar sekitar parit buntar nbg tebal dan kawasan lain2 sebab org matang pauh takmau kerjasama dengan penyamun pembawa bendera pula bukan dari orang ptg pauh jadi ko jgn mandai2 buat taksiran aku skrg ada di tengah2 pekan penanti sblh balai polis kbg semang berhadapan sekolah sri penanti kalau tak caya ang mai aku tunggu.

idaman said...

satu lg aku nak tanya kenapa soalan2 yang ditanya ko tak jawab ko pusing topik lain atau ko memang tak reti jawab atau ko memang macam pemimpin ko cakap berbelit2 macam ular lidah bercabang 8 bukan cabang 2

Perawi said...

Jauhkan dari ajaran sesat Hadhari, seperti mana ajaran ayah Pin. Tegakkan daulat Islamiyah bersama Pakatan Rakyat. Islam untuk Semua. Yang bukan Islam, jangan takut spt mana wujudnya bukan Islam diTanah Arab

babiPAS-islamDAP said...

anwar boleh menang looo... lepas nie ajak semua olang-olang PAS makan babi. manyak sedak looo daging babi maa..

nalapambu said...

dah seko lagi babi umno terlepas kat sini

Perawi said...

Undilah dgn bijak - Pakatan Rakyat
PKR

Perawi said...

(wahai org bukan Islam)...lihat kianatnya BN ... menghina makanan engkau. "lepas nie ajak semua olang-olang. makan babi. manyak sedak looo daging babi maa.."

Wahai org bukan Islam, hinanya engkau dalam Barisan Nasional, oleh itu UNDILAH PKR bersama Pakatan Rakyat

bn@umno said...

idaman

jgnlah ko nak bohong kat sinilah kononnya ko tu berada di tengah2 pekan penanti sblh balai polis kbg semang berhadapan sekolah sri penanti.Kalau kanak-kanak bolehlah ko nak bohong.Inilah contoh terbaik pencacai PR yg pembohong.

Unknown said...

babiPASislamDAP said...
anwar boleh menang looo... lepas nie ajak semua olang-olang PAS makan babi. manyak sedak looo daging babi maa..

--- satu cadangan baik dari seekor babi yang pandai menaip di blog. Kategori babi seperti ini amat jarang ditemui tetapi amat dibenci oleh ahli2 PR..Mungkin selepas kemenangan PR di pmtg.pauh babi2 seperti ini akan bertukar identiti menjadi haiwan lain pulak..kemungkinan biawak atau pun anjing kurap yang melepak di tepi2 jalan dan menyalak pada siapa saja yang lalu di hadapan.

Money4Free said...

Biaq pi la kutu berahak cap keris ni nak menyalak.salak la sampai putus urat tengkuk pun.

Ayam berkokok atau tidak sekali pun, hari tetap akan siang juga.

DSAI menang mlm ni, kira mcam hari nak siang la...selama dok bawah BN 50 tahun, kira macam malam la....hihihihihihih

idaman said...

oooi mangkok ayun bnumno aku anak jati kbg semang la bongok ang ingat aku kaki klentong macam ang ka bodo... umno dah kalah arif shah lari orang umno brtumbuk sesama sendiri dlm dewan umno ptg pauh sg semambu sebab duit kerja tak dapat...kena kencing itu menunjukkan sama umno pun kena tipu baru ada akal bodoh

mcgergok said...

awat la jadi macam tu abe mie,hang tak percaya ka. aku kat kubang semang pi tengok ceramah Dsai penuh orang tapi tengok ceramah pak najib ada la 200 orang tu un oarang jauh. siap bagi duit lagi tai tak kebu;oq orang nak datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...