Wednesday, August 6, 2008

Anwar didakwa esok, penamaan calon 16 Ogos

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima saman hari ini dan diminta datang ke Mahkamah Jalan Duta jam 10 pagi, 7 Ogos esok. Ia dipercayai ada kaitan dengan dakwaan liwat yang dibuat ke atas beliau.

Dalam masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos manakala hari penamaan calonnya adalah 10 hari lebih awal iaitu 16 Ogos.

16 Ogos adalah hari kedua Muktamar PAS yang berlangsung di Stadium Indramulia, Ipoh, Perak.



Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras penyerahan notis ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta esok, 7 Ogos 2008.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas Anwar dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh iaitu ada 16 dan 26 Ogos depan.

AMK percaya bahawa tindakan ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan yang bertujuan untuk menghalang Anwar untuk berkempen secara aktif seterusnya bertanding di dalam Pilihanraya Kecil tersebut.


"AMK tidak menolak bahawa wujudnya campurtangan politik yang melampau yang bertanggungjawab mencatur tindakan ini demi memastikan kemaraan rakyat pimpinan Anwar terus mara menghampiri Putrajaya kelak," katanya lagi.


Justeru, AMK menggesa agar pihak mahkamah, sekiranya terdapat kes yang disabitkan ke atas Anwar, hendaklah memberikan ikat jamin ke atas beliau dan tidak menafikan hak beliau sebagai warganegara yang dijamin haknya sebagaimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

20 comments:

roh_insan said...

SURATAN ATAU KEBETULAN.

Org2 umno pasti akn kate ini adelah kebetulan semate mate.

Namun kite percaye inilah suratan yg terpakse ditempoh olih Dsai bg ujian diri nye yg semakin getir.

Aku tdk nampak yg spr n umno ni cube nak halang KEBANGKITAN Dsai,tetapi ape yg aku nampak mereke2 ni cube nak halang urusan Tuhan,cube lah kamu halang klu kamu mampu wahai pemimpin2 umno,kite lihat ape hujung nye.

Bergantung lah kpd ape yg umno rancangkn,andai suratan pasti kebetulan pd kamu,andai kebetulan yg kamu cipte pasti suratan yg kamu terima.

ALI MAIDIN said...

Betul dah tarikh tu.

www.sokongpr.blogspot.com

Crayon Creative Communications said...

celaka punye umno BN....

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

agaknya anwar boleh menang?

Abe MIE ada jawapan...

Salak said...

Hanya satu cara aja BN boleh menang!

Dengan "rigging"! Tipu undi dan langgar peraturan! Sampai ke mahkamah ketuk lagi Hakim!

Jadi orang yg nak beri nasihat sabar tu jelas nak memperpodohkan orang kampung lagi! Dah 50 tahun! Adalah mahasiswa murid Norman Kaldai yg tak faham-faham lagi!

Tapi itu keupayaan orang tertentu. Yang lain boleh memilih. Sabar tu nasihat kuno!

Ada yg lain mahasiswa berfikir, balik kampung dan beritahu mak bapa keadaan yg sebenarnya. Sebab tak mahu lari dari kenyataan. Mereka guna modal yg Tuhan bagi---kepala otak! :)

Unknown said...

Abg. Mei,

Tak payahlah promote blog fitnah awak tu. Buat fitnah pandai, setiap komen kena tapis dulu pulak tu.

Apa kelas, cakap berdegar-degar tapi penakut jenis tak ada teloq dengan komen orang lain

Ptuihh!

suhaimi said...

salam....

sama2lah kita mendo'akan keselamatan DSAI.marilah kita solat hajat utk DSAI agar dia selamat dari fitnah jahat ini.kasihanilah dia,isteri dan anak2nya..........

aBiE aR said...

To Abe MIe..

Kenapa awak menyokong parti yang telah terbukti tidak membawa apa2 makna pada bangsa melayu.

Hanya kemajuan sahaja yang UMNO mapu bawak,yang lain hancusss...Itu telah terbukti,cuba lihat keadaaan sekeliling kau,macam mana dengan moral anak melayu sekarang.?

bonzer said...

Aslam........

Betul atau tidak kes liwat 1, sebenarnya MEREKA TELAH BEJAYA MENGHALANG DSAI menjadi PM.

Keputusan SPR menetapkan tarikh pilihanraya pada hari bekerja menunjukkan salah satu cara untuk mengurangkan majoriti kemenangan atau PR akan menghadapi kekalahan.

Kemudian DSAI akan kemakamah untuk menghadapi tuduhan liwat2.

Jurufoto diserang semasa ceramah dsai.

Bayangkan dalam tempoh 20 hari sebelum pengundian, pelbagai isu akan dicipta untuk menyekat perjalanan ke Putrajaya. Takkanlah dalam banyak isu yang dicipta satupun tidak mengena. Inilah perkara yang perlu difikirkan untuk menghalang ianya merebak dan mengganggu usaha-usaha yang hampir mencapai kejayaan.

Walaubagaimanapun pemimpin dan ahli PR perlu menerima hakikat bahawa mereka ini telah berjaya melambatkan perjalanan ke destinasi yang di tuju.

Kini mereka akan mencuba sekali lagi dengan apa cara sekali pun.

Tangan-tangan ghaib akan menggunakan Pemimpin AMNO dan B end untuk menghalang penguasaan kerajaan oleh PR.

roh_insan said...

oh..abe mie.

aku ade jwpn nye,1,hukum ADAT,2 hukum TAKDIR.

Klu diukur dr hukum adat kemenangan akn berpihak kpd Dsai,hukum adat ini dirujuk pg sejarah silam n sikap sebilangan besar rakyat M'sia yg telah menolak umno&bn,kes liwat Dsai hanye menambahkn simpati melampau kpd Dsai.

Apepun alasan nye selagi tdk ade 4org saksi kes Dsai TETAP dianggap Fitnah,malah ienye akn MENGAIBKN agame itu sendiri,make termasuk lah diri kamu pun diaibkn.

Pade hukum TAKDIR pule make jwpn nye tak siape yg tahu,andai ie berani mengatekn tahu make org itu telah mengambil kerje Tuhan,elok jgn kite menjadi tukang2 tilik.

Ape pun terpulang pd maksud sebenar abe mie tentang jwpn yg mane satu die tau,hukum adat atau takdir,selagi abe mie membicare tentang hukum adat selagi itu bolih dipertikai.

Spr telah pun memulekn episod ketirisan nye dgn menjadikn wkt pembuangan undi pd wkt hari bekerje.

Ini ke yg katekn ADIL.

asalbayu said...

Jika hendak dihitung pengalaman rasanya ramai yang sangat berbeza apa yang dilalui oleh DSAI; dituduh liwat kali pertama (1998), dipukul sehingga lebam mata, dipenjarakan selama 6 tahun, dituduh liwat kali ke-2, ditangkap seperti penjenayah oleh kira-kira 50 orang anggota polis pada 16.7.2008 dan dikurung dalam lokap dengan maksud agar mengaku bersalah. Sedangkan seorang yang berkedudukan tinggi diperlakukan demikian, apatah halnya orang yang hanya rakyat biasa.

Syabas Dato Seri. Didoakan semoga mencapai kejayaan dan tabahkan semangat.

Hj.Mat said...

Sama-samalah berdoa semuga DSAI besok dapat dijamin,
orang-orang umno tentu senyum kambingdan gembira dalam keadaan kita orang PR,tak mengapa ini hari mereka senyum besok-besok hari kita ketawa harap bersabar Allah tetap bersama kita, Insya Allah,
Takbir, Allah huakbar.

Salak said...

Kisah esok mungkin betul-betul mencerminkan jauh mana pemimpin "Melayu" telah mencemar kaum sendiri dan masyarakat umum.

Kita tak dapat buktikan dengan jelas apa rahsia UMNO selepas pemergian British. Tapi kita akan boleh teka bahwa kepentingan mereka dan lain yg berkaitan sentiasa subur dalam UMNO.

Tambahan pula, ketika ini berapa jelasnya kelemahan masyarakat kita amnya dan kaum Melayu Khususnya. Kalau betul-betul kita diancam senyap oleh berbagai kepentingan dunia, hedge fund, cartel minyak terpesong, kepentingan peniaga wang lain, pedangang -pedagang tertentu dsb, begitu mudah pemimpin kita digoda dan dibeli. Tidak semua boleh lari daripada cabaran ini, tapi pemimpin bernilai baik dan suci akan terselamat. Kita tak nampak banyak daripada pemimpin BN atau UMNO begitu.

Daripada gambaran sekarang banyak pemimpin UMNO atau bukan yang pasti di hati mereka nak berubah haluan tapi sendiri dah terperangkap.

Kesimpulannya orang Melayu seperti orang-orang UMNO adalah musuh mereka sendiri!

Kita boleh memilih tidak begitu. Walaupun kita tidak mesti memperagong-agongkan Sdra Anwar, tapi kita percaya dia mampu menyala obor harapan kita untuk berubah. Bukan itu saja, sesudah Adra Anwar pun obor telah dipsangkan dan haluan akan terang dari gelap kepalsuan Melayu UMNO.

Bukankah sudah hari ini Dr Masitah telah merubuh benteng masa depan Muslim dengan membiarkan haj dengan sistem hutang! Simpanan Muslimin dalam Tabung Haji adalah kemewahan ummah walaupun tercemar dengan korupsi juga. Sistem wang kertas sekarang berasas "kredit" atau hutang dan Saudara tahu ianya hanya wang kertas bukan disandarkan dengan "simpanan" saperti simapanan nyata orang Muslimin. Dengan ciri kemantanpan pengurusan Bank yg perlu mantap lagi, memulakan "hutang" kepada bakal haji akan jadi bahaya kepada ummah! Semua ini akibat kelemahan dan desakan pemimpin yg hanya prihati diri.

nakomatsue said...

SEKADAR PANDANGAN.

DSAI DAH TAHU, PENYIASATAN AKAN MEMBAWA KEPADA PENDAKWAAN. PENYOKONG-PENYOKONG PKR PUN TAHU. NAMUN PKR TELAH BERMESYUARAT UNTUK PERLETAKAN JAWATAN WAN AZIZAH KETIKA KES HAMPIR SELESAI DISIASAT. MAKA, APA-APA MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT TINDAKAN ITU SEPATUTNYA SANGGUP DITERIMA OLEH DSAI. TAK PERLULAH MENGELUH, KERANA DSAI SENDIRI YANG MERANCANG SUPAYA KEADAAN ITU BERLAKU BEGITU. (MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENINGKATKAN SOKONGAN DENGAN MENGGUNAKAN SENTIMEN PENGANIAYAAN OLEH KERAJAAN). PARA PENYOKONG DSAI PATUT FIKIR DAN BERTINDAK SECARA JUJUR ATAS PERKARA INI. ALLAH AKAN BANTU JIKA KITA JUJUR. JIKA TIDAK, ALLAH AKAN BIARKAN SAHAJA KITA BERUSAHA TANPA BANTUANNYA. APABILA ALLAH TIDAK MEMBANTU, MAKA SIAPAKAH LAGI YANG DAPAT MEMBANTU. SEGALANYA AKAN MENJADI SUSAH. MESKIPUN KITA SIMPATI KEPADA DSAI, NAMUN TUDUHAN-TUDUHAN MELULU TERHADAP KERAJAAN ATAU MANA-MANA INDIVIDU TANPA BUKTI TIDAK HARUS DILAKUKAN KERANA INI AKAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH. APABILA ALLAH MURKA, BAGAIMANA KITA NAK MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH?

Salak said...

["..ALLAH AKAN BANTU JIKA KITA JUJUR... - Blogger - nakomatsue "

Maaf Sdra,

Saya kurang faham maksud Sdra.

Apakah maksud you bantuan atas kekerasan dan kezaliman lepas "di-BANTU"!

Pembaziran, jenayah dan rasuah kena "BANTU"?

Nak kelirukan sendiri ke atau orang lain?

15-20 tahun lalu Korea Selatan tak setanding dengan Malaysia dan currency dia orang tak laku luar negara, WALAUPUN negara mereka rapat berkaitan naungan Amerika?

Sekarang lihat di mana kita di mana mereka!

Mungkin Sdra bantu! Saya tak kira Allah yg bantu! Jangan nak samakan kita dengan Allah!

Saya tak faham! Dengan hampir semua peraturan berasas temaddun tak diikuti mana nak harap Allah?

Masha Allah!

nakomatsue said...

MAAFKAN SAYA SALAK SARAWAK, SAYA KURANG FAHAM KOMEN SAUDARA. SAYA TAK SEPINTAR SAUDARA. BOLEH SAUDARA JELASKAN SEMULA?

fadlah said...

blah la lu abe mie

Unknown said...

doa org yg teraniaya akn dimakbulkan oleh Allah yg maha besaar...

kite hanye perlu bersabar dan berdoa segala kemungkinan yg akan berlaku....SubhanaAllah tunjuk lah pd mereka jalan kebenaranMu YA ALLAH...hanya KAU yg Maha Mengetahui akan segala yg berlaku dimuka bumi ini...akan kami tentang segala kemaksiatan dah penganiayaan kepada mereka yg benar YA ALLAH...Amin...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
MOHD AFIQ said...

Semoga Allah S.W.T memberkati dan mencucuri rahmat keatas hamba-hambanya yang memperjuangkan syariatnya,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...