Thursday, August 21, 2008

Takdir penuh bersejarah buat BN

Oleh Gamgam

Saat penuh bersejarah, tarikh keramat 26 Ogos adalah tarikh maut buat Barisan Nasional (BN), terutama sekali Umno.

Ini adalah kali kedua di dalam sejarah negara tarikh ini dipilih bagi diadakan pilihan raya kecil.
20 tahun lalu, pada 26 Ogos 1988, BN (dibaca sebagai Umno) dengan tegasnya telah dibuang, dimalukan ketika pilihan raya kecil Johor Bahru yang ditandingi oleh Datuk Shahrir Abdul Samad.

Saya masih ingat detik itu dengan jelas kerana pada tarikh itu anak lelaki saya dilahirkan dan saya dalam keadaan berbelah-bahagi dan tertekan untuk menamakannya, juga Shahrir.


Sebagaimana saya menghormati arwah bapa mertua saya (semoga rohnya bersemadi dengan aman), saya memilih untuk tidak menerima cadangan beliau atas sebab yang tersangat mudah.

Walaupun ketika itu saya juga turut meminati Shahrir kerana kebolehannya mengambil tampuk pentadbiran Umno daripada raja yang zalim pada 1988, rasa hati saya memberitahu bahawa itu hanyalah sementara sahaja kerana berdasarkan sejarah Umno yang telah menghasilkan ramai wira, ianya bersifat sementara. Lama-kelamaan wira itu akan hanyut dibawa masa.

Masa telah membuktikan kata hati saya benar, Shahrir merangkak pulang ke pangkuan Umno dan ke pangkuan raja zalim yang hina yang akan sentiasa dikenang di dalam sejarah sebagai Bapa Rasuah, Kronisme dan Nepotisme dan juga penaung kepada politik palsu Malaysia.

Baru-baru ini, Datuk Arif Shah dengan penuh perasaan memilih nombor tiga daripada kertas undi yang ada pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sambil menunjukkan lagak kebolehannya bertutur dalam banyak bahasa, beliau memberitahu bahawa nombor tiga atau dalam bahasa Mandarin disebut sebagai San atau ‘bukit’ dan secara tidak langsung menunjukkan beliau kini sudah berada di atas bukit.

“Ianya adalah petunjuk awal bahawa BN kini sudah mendahului parti lain dengan berada di puncak bukit. Dalam Kantonis, tiga disebut sebagai sam di mana bunyinya seakan sung dan ia bermaksud hidup atau bernyawa.”

Apa yang Arif Shah gagal untuk fahami di sini adalah 26 Ogos (2+6) adalah tidak berkaitan dengan angka tiga, tetapi lapan. Terjemahan serta pemahamannya berkenaan dengan angka tiga yang dipilih adalah salah sama sekali.

Selain daripada kebetulan ia adalah campuran dari tarikh tersebut, angka lapan juga adalah berkaitan dengan kerusi parlimen Permatang Pauh (P44 atau 4+4 = 8). Lapan adalah fatt atau bermaksud kemewahan bagi masyarakat Cina, maka secara tidak langsung, tarikh dan kerusi Parlimen menandakan negara sedang menuju ke arah kemakmuran dan kemewahan.

Contohnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh ini bukan hanya berkenaan dirinya tetapi demi negara.

Jika Anwar menang (dan kemungkinannya beliau akan menang), ia adalah langkah penting bagi Pakatan Rakyat untuk melangkah lebih jauh menuju ke Putrajaya dan membuka lembaran baru kepada kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Tarikh penuh tersebut adalah 26.08.2008. Nombor tunggal bagi tarikh (2+6), bulan (0+8) dan tahun (2+0+0+8) atau 8+8+1=17). Jika kita cerakinkan nombor tersebut (1+7), kita masih akan mendapat angka lapan.

Jika kita bahagikan nombor tarikh hari, bulan dan tahun sebagaimana kita selalu menulisnya, ia akan menjadi semakin jelas dan bermakna apabila pilihan raya kecil diadakan pada tarikh ini.
Selalunya kita menulis 26.08.08. Cerakinkan tarikh itu mengikut hari, bulan dan tahun kita akan dapat 8+8+8 = 24. Angka 24 jika dipisahkan 2+4 = 6.

Jika 8 adalah bermaksud kemakmuran dan kemewahan kepada Negara, angka 6 juga turut membawa maknanya yang tersendiri. Mengapa? Ia bermaksud pada tarikh tersebut, negara memberi tumpuan kepada bakal perdana menteri keenam. Angka enam ini juga adalah cerakinan kepada sambutan Hari Kemerdekaan kita yang ke-51 (5+1=6).

Juga perlu ditekankan di sini iaitu Perdana Menteri yang kelima memulakan tugasnya pada 2003 (2+0+0+3 = 5).

Takrifan sebenar bagi pemilihan angka 3 atau ‘bukit’ bagi Arif Shah pada kertas undinya menandakan beliau dipilih oleh mereka yang berada di atas bukit atau kepimpinan kerajaan BN yang memerintah.

Mengenangkan ini adalah pertarungan sengit, Umno seumpama Jack dan Arif Shah adalah Jill dan kita tahu apa yang terjadi pada Jack dan Jill. Mereka berdua jatuh berguling menuruni bukit.

Selain daripada berterima kasih kepada Allah s.w.t dan pemilihan di Permatang Pauh, sesungguhnya Anwar perlu juga berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kerana memilih tarikh tersebut bagi dirinya bertanding.

Suruhanjaya Pilihanraya menafikan hak Anwar untuk memenangi pilihan raya kecil dan mempunyai pengundi yang amat besar apabila mengadakannya pada hari bekerja – ia juga sebagai tindakan cuba melawan takdir. Tiada siapa yang dapat menghalang takdir atau ketetapan yang telah ditentukan untuk tampuk pemerintahan negara kita.

Para pengundi di Permatang Pauh tahu akan kenyataan sesungguhnya masa depan negara kini terletak di tangan mereka. Mereka juga matang dari segi politik serta sedar bahawa BN dan Umno menggantung harap masa depan politik mereka dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengundi di Permatang Pauh telah menunggu dengan penuh sabar hari penentuan ini untuk memastikan Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen dan mengembalikan maruah dan integriti negara ini.

Apabila Arif Shah dinamakan sebagai calon yang akan bertanding melawan Anwar, beliau mengisytiharkan ianya adalah pertarungan sengit. Sekali lagi, pengundi di Permatang Pauh yang akan menentukan samada ianya adalah pertarungan sengit atau Arif Shah akan kehilangan wang depositnya.

Jika anak lelaki saya lahir pada 26 Ogos 2008, saya tidak teragak-agak untuk menamakannya Anwar. Sebabnya juga mudah. Tidak seperti Shahrir, wira yang jatuh, Anwar adalah lelaki yang dijatuhkan secara dendam dan kejam naik mendadak sebagai wira Malaysia hari ini.

Dengan segala hormatnya, saya menyertai seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Keenam apabila pengundi Permatang Pauh mengundi dengan bijak pada 26 Ogos 2008.

(Gamgam adalah nama samaran untuk seorang penulis keturunan India yang beragama Kristian. Tulisan ini dibuat dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan oleh Fatiha Ahmad untuk pembaca Siasah).

26 comments:

bn@umno said...

aku cukup teruja apabila melihat kat TV3 tadi menyiarkan calon BN membuat ceramah dgn menggunakan bahasa cina.Aku yakin ia pasti akan mengugat undi DSAI di permatang pauh tu nanti terutamanya di kalangan pengundi cina.DSAI pasti akan tertekan dgn situasi ini.

nalapambu said...

itu cume guna bahasa cina aje,
guna orang cina kan lebih baik.

tak kan setakat menggugat undi aje?

Menggugat undi tidak bermakna mengalah kan. Mengapa tak sebut mengalah kan.
Takut tak menang ke?

putra revolusi said...

Orang Melayu boleh bercakap Cina bukan satu keajaiban. Orang Cina boleh bercakap Melayu juga bukan keajaiban, tapi lumrah di Malaysia. MB Perak yang bersekolah Cina itu pun boleh bercakap Cina & ia juga bukan kejaiban. KIta tinggal di Malaysia negara berbilang kaum, tiada peliknya boleh bercakap lain bahasa.

Yang peliknya cuma majoriti Melayu tidak dapat berbahasa Cina & Tamil, termasuk saya yang hanya sempat setahun belajar Bahasa Cina semasa belajar dahulu dan kini hanya boleh bercakap sedikit-sedikit sahaja.

bn@umno said...

Aku yakin SEMUA pengundi Cina akan mengundi Datuk Arif Shah calon BN tu kerana ia boleh bercakap dalam bahasa cina dan ia menyenangkan orang cina yg ingin membuat urusan dgn Datuk Arif Shah.

budak adil said...

menyampah aku tgk ariff shah boroi tue ckp cine..siap ckp lahir thn monyet.dh ikut budaye cine.memang monyet la die..pastu aku tgk bape kerat jer yg dtg.sume main tepuk jer ape die ckp..huhu..sian tol aku tgk die..aku brani jamin.klau die trus ckp cine,memang lagi besar la die kalah...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

P44- simbol kepada dua kematian?

4- kantonis anggap 'patt' -mati/mampus/tak baik.

Sebab itulah nombor 4 jarang cina beli buat no plat kereta sebab ia sesuai untuk kereta keranda sahaja.

jadi Anwar akan mati-mati? atau maksud anwar nyaris mati? atau kalah nyaris? atau nyaris menang?

Calon BN tak mati sebab dia adalah ADUN sana. Kalah pun tak apa janji BN boleh kurangkan majoriti.

(abe MIE dah berkawan dengan Cina sejak tahun 1994 lagi.)

namun pemahaman orang cina pasal 4 tak sama dengan tounghua dan 'anggota pertahan diri' yang beranggapan itu adalah pembawa tuah!!!

rockers said...

abe mie,kau 2 dh la bodoh,lg bodoh sbb percaye pasal perkara2 karut atau khurafat ni same mcm arif shah percaya pada nombor.kite sebagai islam patut percaya yang kemenangan ditentukan oleh allah bukan faktor nombor.jngan nk bwk ajaran khurafat kat sini.

bonzer said...

Saya sebenarnya tak faham langsung tentang maksud disebalik nombor-nombor tersebut.

Walaubagaimanapun saya kagum dengan sahabat2 blogger yang dapat mentafsir nombor.

Cuma yang saya faham ,kalau tak boleh 4 3 kalau tak boleh 3 2 kalau tak boleh 2 seelok-eloknya satu sahaja. Kadang-kadang tu teringin juga 2 tapi takut. Bukan takut bini takut tidak berlaku adil.

rockers said...

nabi muhammad (s.a.w) lahir pada bulan april iaitu bulan 4.

peon pencen said...

UMNO tetapi akan lingkup di P. Pauh.

Semangat DSAI boleh di sama kan dgn N Mandela pepimpin agung di Africa Selatan.

Walau dipenjara kan hampir 30 tahun akhir nye N Mandela berjaya memperjuangkan kemerdekaan kaum kulit hitan di Africa Selatan.

DSAI sahaja yg boleh menghapus kan pemimpin2 UMNO yg telah merosak kan bangsa dan negara.

Mr Green said...

abe MIE said...


Sumpah BALA dan Raja Petra mengikut sunnah Nabi Anwar Ibrahim dan Khalifah Nik Aziz...

HANG DAH SESAT! GENG AYAH PIN! MANA ADA NABI LEPAS MUHAMMAD!ABE MIE SUDAH TERPESONG AMAT JAUH! COPY KOMEN DIA SEBARKAN.DIA DAKWA ADA NABI SELEPAS MUHAMMAD!....

AKU TAK MAU CAKAP BANYAK...

AKU TUNGGU JAWAPAN KOMEN HANG ABE MIE! APA HANG JAWAP!..JANGAN BUAT BUAT TAK NAMPAK!KALAU HANG MALU NAK JAWAP SURUH KULI HANG BNUMNO JAWAP!

Mr Green said...

ABE MIE PERCAYA FENGSUI!

Blogger abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

P44- simbol kepada dua kematian?

4- kantonis anggap 'patt' -mati/mampus/tak baik.

Sebab itulah nombor 4 jarang cina beli buat no plat kereta sebab ia sesuai untuk kereta keranda sahaja.

jadi Anwar akan mati-mati? atau maksud anwar nyaris mati? atau kalah nyaris? atau nyaris menang?

AJK-UMNO said...

org yg mempercayai fungsui nie.. hanya org2 kafir.. syirik kalau mempercayai nyer..

aku cukup malu bile abg mie kiter nie mempercayai nyer.. mcm mana otak bingai macam dia nie boleh percaya kepercayaan karut mcm tu.. bodoh bebenor.. eeeee

buat2 la bertaubat abg mie.. malam karang pi buat solat taubat..ko nie SAMA MACAM BN@UMNO TU.. YANG MENGATAKAN ALLAH TU SAMA MCM TUHAN ORG KAFIR.. APA YG DIA KATA SEOLAH2 DIA MEMPERCAYAI TUHAN NIE BANYAK JENIS.. KAN BINGAI TU..

SI BINGAI ABGMIE + BN@UMNO...

Money4Free said...

Aku tengok blog abe mie serupa jer dengan blog lembu umno yang lain.Payah nak dapat hujah atau fakta yang meyakinkan kan.

Dalam blog dia orang, semuanya berfaktakan andaian semata.Andaian yang menjadi pegangan mereka.

Nak cari hujah yang ilmiah...langsung takder.Patutlah rakyat makin benci.Tapi bagus juga jika diaorang berterusan begini.

Cuba hanpa bandingkan blog2 macam perakexpress, penarikbeca, kickdafella, umiana, nora dan lain dengan blog abe mie dan perakbangkit....kemudian fikir sendiri.buang sentimen politik kejap.Buat pengadilan yang adil...

Kalua aku, aku tergelak besar jer tgk blog dioarang.Dapat aku membaca dimana tahap kualiti otak mereka.Patutla mereka mati mati2 sokong UMNO.

Mr Green said...

ABE MIE PERCAYA FENGSUI!

Blogger abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

P44- simbol kepada dua kematian?

4- kantonis anggap 'patt' -mati/mampus/tak baik.

Sebab itulah nombor 4 jarang cina beli buat no plat kereta sebab ia sesuai untuk kereta keranda sahaja.
jadi Anwar akan mati-mati? atau maksud anwar nyaris mati? atau kalah nyaris? atau nyaris menang?


http://www.youtube.com/
watch?v=Ly2M3XrxLQ4&feature=related

SAPA PERCAYA FENGSUI SEPERTI TUKANG TELEK...MAKA KUFURLAH DIA.....NI BUKAN AKU CAKAP NO...HANG PA TGK U TUBE ATAS

Siapalah aku said...

hati boleh tertarik dengan bahasa yang menyerupai bahasa ibunda. Namun begitu, maruah tidak boleh dibeli dengan bahasa yang dipamerkan. Maruah akan tergadai sekiranya mudah dibeli dengan bahasa yang indah-indah.

Buat saudara/i yang mengundi di Permatang Pauh, Kami seluruh rakyat Malaysia merayu agar anda semua mengundi calon Pakatan Rakyat (PKR, PAS, DAP) Anwar Ibrahim bagi mengubah nasib negara kita yang semakin hari semakin terpupus dihancurkan oleh dek UMNO/BN. Kami merayu agar anda MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN LAIN SUPAYA MENGUNDI CALON PR, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Terima kasih.

bn@umno said...

itulah sikap penyokong PR ni, apabila terdesak mahukan undi mulalah berlutut meminta orang cina, india dan bangsa-bangsa lain mengundi PKR tapi apabila orang cina, india dan bangsa-bangsa lain meminta hak dorang sebagai warganegara, maka mulalah penyokong PR termasuk pemimpin PRnya sekali mendemonstrasi membantah dan melaungkan ketuanan melayu.Tapi malangnya orang cina, india dan bangsa-bangsa lain bukannya bodoh seperti orang melayu. mereka sudah sedar siapakah itu pemimpin PR yg sebenarnya terutamanya PAS.mereka sudah berjanji tidak akan mengundi PR lagi masa hadapan disebabkan oleh sikap kebiadapan pemimpin PAS yg perkauman itu.Itu semua adalah hasil drpd mulut kawan-kawan aku yg berbangsa cina dan india sendiri yg cakap, dorang semua dah meluat tengok sikap pemimpin-pemimpin PAS ni.

Mr Green said...

BNUMNO

AKU TUNGGU HANG JAWAP ISU ABE MIE!...

AKU AKAN TUNTUT HANG PA DUA JAWAP!...

rooneldo88 said...

apelah blog si abe mie ni klam kabut.
kjap tulisan besar kejap kecil.
sakit mata nak membaca.bole buta silap2 nyer..
lawak2.wakakaka

Money4Free said...

bukan setakat blog jer kelam kabut, tuan blog pun kelam kabut campur dengan caca merba

media said...

Jangan percaya perkara tahyol, angka mewah, kesejahteraan.Jangan jadi macam paklah percaya tarikh ong masa tentukan tarikh pru12.Allah bagi hidayah kalah, supaya di perbetulkan kepercayaan kurafat tu.

ALI MAIDIN said...

Baca www.sokongpr.blogspot.com, anwar ke arah sistem satu parti.

AJK-UMNO said...

NIE ADA ADLAH BUKTI BERTAPA BODOH DAN JAHIL NYER BN@UMNO.. TENGOK APA YG DIA KATA-->

bn@umno said...

utohkacil,

Allah, Tuhan dan God semuanya adalah sama iaitu yg kita sembah. jgn pulak kau nak kelirukan orang yg cetek pengetahuannya mengenai Islam.Skg ni banyak buku-buku islam yg diterjemah kepada Bahasa Inggeris menggunakan perkataan 'God' iaitu merujuk kepada Allah.Kerana God dan Allah adalah sama tak ada bezanya.malah orang kristian pun tak mempertikaikan penggunaan 'God' di dalam buku islam yg diterjemah kepada bahasa Inggeris.Jadi kenapakah kau pulak yg jahil mengenai islam nak mempertikaikan penggunaan Allah oleh orang Kristian?-->(biarkanlah mereka nak guna Allah ke tuhan ke god ke asalkan tak disalah guna itu jee.)

July 21, 2008 10:07 AM

DARI SINI KITER DAPAT MENILAI.. MANUSIA YG KETURUNANNYER SETAN..
BERTAPA JAHIL NYER BN@UMNO..

ajk umno penanti said...

HIDUP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM,KAMI ORANG2 UMNO PENANTI AKAN SOKONG DSAI

ajk umno penanti said...

AKU KESAL SEBAB DATUK ARIF BUAT PENGAKUAN DALAM AKHBAR CINA ,BAHAWA DIA DAH UPAH PERISIK DALAM KALANGAN PENDUDUK PERMATANG PAUH,KAN KE BANGANG NAMANYA,TERLAJAK PERAHU BOLEH GOSTAN,TERLAJAK KATA BINASA..............RASUAH PILIHANRAYA DAAA

peon pencen said...

Kalau BN(UMNO) kalah di P.Pauh:-

aku BERSUMPAH akan masuk UMNO

aku BERSUMPAH akan keluar PKR

aku BERSUMPAH....., aku BERSUMPAH......, aku BERSUMPAH.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...