IPOH, 16 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak setuju jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.
"Hukum Islam tidak menghukum begitu," kata Abdul Hadi dalam sidang media selepas berehat dari muktamar tahunan PAS ke 54 hari ini.
Beliau menjawab soalan dari wartawan ekoran langkah pembantu Anwar, Saiful Bukhari membuat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan semalam, sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi berkata, PAS akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
"Kita setia dengan Pakatan Rakyat," kata Abdul Hadi.
Berhubung dengan cadangan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat menurut jejak langkah Kelantan mengharamkan judi dan mengawal penjualan arak, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu.
"Ketika kita hendak melaksanakan pengharaman judi di Terengganu dan Kelantan dahulu, kita tanya orang bukan Islam dahulu. Bila mereka kata judi juga dilarang oleh agama mereka, kita haramkan judi itupun dengan perlahan-lahan sehingga mereka ada pekerjaan lain.
"Arak pula dibenarkan oleh agama mereka, jadi kita benarkan untuk mereka.
"Tentang negeri-negeri Pakatan yang lain seperti Perak sekarang, kita kena memahami realiti kita berada dalam kerajaan campuran dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Jadi dalam kerajaan sebegini kita utamakan pelaksanaan Islam yang universal yang tonjolkan keadilan seperti banteras rasuah dan sebagainya," kata Abdul Hadi.
Berhubung dengan kepimpinan Pakatan Rakyat pula, Abdul Hadi berkata, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak dilantik menjadi pemimpinnya.
"Pengerusi mesyuarat pun kita buat secara bergilir-gilir. Ini kesepakatan kita," kata Abdul Hadi.
11 comments:
Malaysia adalah negaraa aman. Aman dari peperangan , bencana alam dan kebuluran.Allah kurniakan rezeki melimpah-limpah kepada rakyat Malaysia.Tetapi kita sombong dengan Allah. Bersumpah ikut suka hati saja........ Jangan cabar allah. Kalau bala kena kat dia sorang, lantak pi kat dia. Takut kena pada semua orang.
KEJAP PAKSA KEJAP RELA SEKARANG TAK RELA PULAK.. ADOI!! MACAM TAK ADA BATU K_NEK MAMAT NIE GILE BABI BETUL MAMAT NIE..
org yang jahil agamanyer sangup bersumpah untuk menegakkan apa yg tak benar.. say fool nie pasti dah terdesak sangat..
Saiful: Saya diliwat tanpa rela
Jimadie Shah Othman | Aug 15, 08 6:58pm
kemaskini 9:25pm Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.
MARI KITA TENGOK APA KATA SAY FOOL DALAM SIDANG MEDIA:-
Sesi soalan jawab
Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?
Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Wartawan: Ke mana hilang selama ini?
Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.
Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?
Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.
Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.
Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.
Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?
Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.
Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?
Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.
Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?
Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.
Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.
Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.
Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.
Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?
Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.
Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?
Mohd Saiful: Ya, pertama kali.
Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.
Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.
Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.
Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.
Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?
Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.
Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?
Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.
Video angkat sumpah ditayangkan.
Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.
Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.
sudah le tu say fool, orang semua dah muak, meluat, benci, menyampah dsbnya dgn perangai kau.Baik kau betaubat cepat-cepat sebelum sumpah kau tu bukan saja makan diri kau tapi tempiasnya kena pada semua orang yang tak bedosa. Perlu diingat!!! jangan cabar kekuasaan Allah...Allah akbar x 3.
semuga dia d makan sumpah....lafaz sumpah bermula dengan di liwat pada 26 ogos dan sedar tersalah tarikh terus di ubah pada 26 june 08. apa kah seorang yang melalui sejarah hitam dalam hidup boleh sekelip mata lupa tarikh sebenar...?ini nyata beliau sudah di laknati allah....dan bukan atas kerelaan sendiri untuk niat bersumpah, ada di sebalik yg memainkan peranan kerana dalam keadaan terdesak demi untuk menyelamat agenda BN UMNO dan pemimpin yang tertentu....akhirnya budak sebagang dan sibodoh ini sanggup mempersendakan agama islam dan Al-Quraan.....ramai rakan bukan seagama saya bertanya spontan Islam tak malukah dan tak ada cara lain ke...? mana kau orang punya mahkamah syariaah....terpaku dan tersentak saya sekita pertanyaan sebegitu keluar dari sahabat non muslim....dan apa sudah jadi dunia dan malaysia....? hai saiful bagang bertaubat lah semuga.....jangan ulangi lagi untuk memalukan agama......
Bila tengok majlis sumpah Say Fool di masjid yang disiarkan TV, saya terperasan kegugupan pemuda itu. Pertama, dia tersilap menyebut teks sumpah hingga ada suara di sisinya yang membuat pembetulan. Kedua, tarikh kononnya dia diliwat itu pun silap disebutnya dan dia membuatpembetulan kemudiannya. Seolah-olah ketika itu Say Fool lupa pula tarikh ia diliwat yang merupakan sesuatu yang penting dan tidak mungkin dilupakan, jika ia benar-benar berlku. Saya tertnya-tanya dalam hati tak kan kira-kira sebulan menghafal teks dalam kamar VIP yang disediakan oleh pihak polis, Say Fool masih melakuklan terlupa dan melakukan kesilapan bodoh? Atau kebodohan yang dipamerkannya itu bagi disesuaikan dengan namanya yang berbunyi Say Fool itu?
Apa-apa pun kegugupan Say Fool termasuk tidak mengingati tarikh ia diliwat menampakkan kekuasaan Allah yang sengaja menunjukkan kekuasaanNya dan tidak suka sumpah itu menjadi barang mainan.
http://pkrasdap.blogspot.com
TANYA KENAPA RAKYAT TERENGGANU LEBIH SUKA MEMILIH IDRIS YUSUF DARIPADA HADHI.
KENAPA RAKYAT KELANTAN MEMILIK NIK AZIZ BERBANDING AWANG ADEK?
Kedua-duanya berlatar belakang agama, tapi peribadi dan kelakuannya amat berbeza. Satu sesuai digelar pemimpin dan tok guru, satu lagi sebagai pemimpin PANAS BARAN dan tidak berfikiran waras dalam banyak hal.
http://pkrpasdap.blogspot.com
Anwar dah nak jadi Tuhan. Dia dah jadi macam Ayah PIN dan al-maunah dan setaraf ABUNYA. Sumpah 50 kalipun tak ada guna. DIA DAH LAMA KAT BARAT DAH LUPA PASAL ISLAM.
Haji Hadhi anggap sumpah ini macam ajaran Kristian, angkat Al-Quran. DIa memang perangai macam nie. Patutlah rakyat terengganu menolak PAS.
Dr. Asri, memberitahu bila ANwar hendak bersumpah? Jangan main-main dengan sumpah.
Nik Aziz akui sumpah Saiful betul dan mengikut Syariat Islam. Sama diakui oleh JAWI dan ulama tertentu. Patutlah rakyat Kelantan suka pada ulama yang tidak campur aduk dengan politik.
Dr. Harun Din mempersoal kepada Saiful mengangkat sumpah sedangkan Anwar sepatutnya dahulu berbuat demikian. Mungkin Harun Din 'tidak pernah hendak' tahu kenapa Anwar tidak mahu bersumpah.
Bagi abe MIE- Anwar macam Al-Gore. Mana pandang Islam melainkan sebagai pengganas dan menyokong Islam untuk bunuh Islam lain.
Syabas Ibrahim Ali. Anda seorang manusia yang bermaruah. Walaupun menyokong PAS, anda adalah manusia berani kerana benar tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.
Ni belum jalankan hudud lagi.. bayangkan selepas tangan pencuri itu dipotong, ulama2 berbalah kaedah kerat tangan tu sah ke tak sah.
Ade kate sah..
Ade kate tak sah.. kerat ikut cara lain.
Tangan sudah kena potong..
Hudud memangla wajib. Tapi manusia tu menjalankannya mungkin tak betul.
Nak tahu tak.. Kaffarah bg org yg melanggar sumpah adalah dgn menyembelih seekor kambing.. Si sepol tu dah sembelih kambing kot..
Dua biji mcm drama kat TB3 suku je. Pegang Quran dgn tangan kiri! ngapa tak di junjung.
Mcm pegang bible aje!
Masa bersumpah sebut tarikh pun tak betul.
Sepatut nye imam kena suruh di baca habis satu jusuk dulu sebelum bersumpah.
Buat saiful sekeluarge.
Biar ape pun alasan kamu tampe kamu sedar yg kamu telah terang2 mengaibkn maruah org,kamu terlupe arahan Junjungan kamu n kamu terlupe amaran Tuhan kamu tentang KEAIBAN yg Tak Bolih di buat.
Elok kamu bertaubat n jgn lah kamu terus leke bersubahat dgn mereke2 yg telah disesatkn.Antare Firman Allah "beruntonglah org2 yg Aku beri petunjuk n celake lah org2 yg Aku sesat kan".
Cube difikirkn apekah kamu dilandasan yg benar bilemane kamu menuduh Dsai melakukn liwat bersame kamu tampe 4rg saksi yg nabi tuntut itu ddk nye didlm yg benar?,bkn kah nabi dah kate selagi tak ade 4or saksi ienye tetap didlm Fitnah.
Sdh lah saiful,tak perlu kamu MENJUAL AGAME dgn wang yg sedikit,ingatlah AMARAN tuhan kamu yg Dia pasti membuke AIB kamu andai kamu membuke AIB org.
Aku yakin kamu akan lebih MULIE bilemane kamu mengutamekn perintah tuhan drpd kamu mendahulukn perintah manusie,sdg kn kamu skrg pun ddk nye dlm HINE n MALU yg amat sgt bile satu dunie tahu yg dubur kamu telah digasak.
n andai akulah bakal ibu/bape mertue kamu sdh tentu akn aku kaji semule soal pertunangan kamu dgn anak aku.(tp tak tau la bakal mertue kamu tu)bagi aku tak akn aku rele bermenantukn kaki bontot(sbb kamu kate rele,bkn dirogol).
ape pun aku berdoa agar kamu akn kembali kepangkal jln,jd lah seorg manusie yg BERMARWAH n BKN YG SGT KEJI N HINE.Adelah lebih elok kamu mendahulukn Allah drpd manusie.
"dan tdklah layak bagi or2 mukmin lelaki n perempuan apabile Allah n rasulnye memutuskn sesuatu perkare bahawe mereke memilih dari urusan2 mereke.dan barang siape yg mendurhake terhadap Allah n rasul nye make ie telah sesat didlm kesesatan yang sangat nyate" (al Ahzab,36)
Post a Comment