Saturday, August 16, 2008

Selepas Najib, kini Saiful pula bersumpah

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Selepas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah dengan nama Allah dia tidak pernah kenal wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula bersumpah dia diliwat oleh bekas bosnya itu malam tadi.

Bezanya, Najib bersumpah di depan perwakilan Umno di PWTC manakala Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di siarkan ke seluruh negara selepas itu.

Namun kenyataan Saiful selepas bersumpah bercanggah dengan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar kerana Saiful mendakwa dia diliwat secara paksa sedangkan dakwaan ke atas Anwar adalah di bawah seksyen 377B Penal Kod iaitu melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Sebelum ini, dokumen dari Hospital Pusrawi tidak menunjukkan sebarang kejadian liwat berlaku ke atas Saiful dalam pemeriksaan yang dibuat pada 28 Julai. Saiful mendakwa diliwat pada 26 Julai.

Anwar ketika mengulas dakwaan di bawah 317B ini bertanya, "Jika suka sama suka, kenapa saya saja didakwa." Ulasan ini dibuat di luar mahkamah sesyen Kuala Lumpur selepas sahaja dakwaan ke atasnya dikenakan.

16 comments:

Unknown said...

tunggu dan lihat saje..

bonzer said...

Assalam.........

Perkara kecil saja bersumpah itu ????

Orang politik akan melakukan apa saja kerana kuasa.

Perkara yang besar pernah dilakukan semata-mata kerana politik.

Pembunuhan Altantuya- mayatnya dibom
Datuk Mazlan Idris -jasadnya dipotong 18 kerat
Penyokong Pas mati di pukul di Lubuk Merbau Kedah
Peristiwa Memali - Gunakan kereta kebal
Abdul Samad Goh Ahmad- kepalanya di kapak.

Bersumpah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan peristiwa2 di atas.

Fikir-fikirlah.

AJK-UMNO said...

Sesi soalan jawab say fool dengan wartawan..

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

cikgi said...

nampaknya ada pihak yang betol-betol tedesak nak menang dalam p/raya d p/pauh tu nanti yang keputusanya memang kita dah tau. kepada budak si fool ni... hoi budak berhati-hati lah kau dengan sumpahmu itu nanti makan diri. Sama-sama kita lihat dan dengar apa akan terjadi pada budak ini hanya kepada Allah terletak semua kebenarannya.

MOHD AFIQ said...

Boleh jadi saudara Saiful diugut bunuh untuk bersumpah. Altantuya dibunuh atas kepentingan politik, tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku ke atas Saiful,.

fadlah said...

abe mie xjwb ape2 ker???ke tgh membace lg?hahaha

kayemsee said...

abe nie tu takut dimakan sumpah la kalau dia nak bela si saifool tu sbb dia tahu sumpah bohong...tau jugak takut yer...

bn@umno said...

tahniah kepada saiful kerana telah selesai melakukan sumpah laknat dan DSAI ni bila pulak nak bersumpah?

bn@umno said...

bagi aku saifol adalah seorang wira dan memegang pada pepatah berani kerana benar, takut kerana salah.Kalau DSAI tu rasa dia berada di pihak yg benar, kenapakah DSAI sampai sekarang masih berdolak-dalik tentang sumpahan itu.DSAI sepatutnya melakukan sumpahan seperti yg dibuat oleh saiful barulah orang boleh percaya kat beliau.

AJK-UMNO said...

say fool dah bersumpah..!!adakah sumpah nyer boleh diparcayai??
kenapa perlu mempermainkan agama islam?? adakah dengan bersumpah membuktikan dia betul2 benar..??

apa pulak akan jadi jika dsai jugak bersumpah??(SUMPAH SIAPA YG HARUS KITER PERCAYAI??) apakah pandangan2 org bukan islam pada agama kita?? (INI SUNGGUH TIDAK MASUK AKAL.. BAGAIMANA ALQURAAN ITU DIPERMAIN2KAN OLEH SAYFOOL INI)

DAN BAYANGKAN JIKA RAJA PETRA JUGA BERSUMPAH YANG APA YG DITULIS DIDALAM BLOGNYER TENTANG TIMBALAN PERDANA MENTERI KITER BENAR ??

DAN BAYANGKAN JIKA SEMUA ORG2 YG JAHIL AGAMA NYER MENGUNAKAN SUMPAH BG MENYAKINKAN PENIPUAN YG DIA CIPTA??

peon pencen said...

sdr 'bonzer,

anda ter lupa kes Dato Taha!

bn@umno said...

ajk-umno

tak payahlah ko menegakkan benang yg basah tu.kalaulah si 'dia' tu rasa dia tak bersalah, dia sepatutnya melakukan sumpah laknat seperti apa yg saiful lakukan tu.perlu diingat, sumpah menggunakan al-quran memang berat dosanya jika didapati palsu malah aku rasa saiful pun tahu akan natijah yg bakal ditanggung jika dia melakukan sumpahan palsu tersebut.kalaulah kejadian liwat ini tidak betul-betul berlaku takkan saiful berani melakukan sumpahan malah secara langsung ia juga akan mencemarkan nama baik keluarga beliau sendiri.Aku pun rasa tindakkan saiful buat sumpahan sedemikian bukan kerana wang tapi untuk menegakkan keadilan.

roh_insan said...

BNUMNO.

aku setujulah dgn kamu yg kamu kate say fool tu wira,tp perlu kamu tau yg say fool tu hanye wira didunie umno sahaje,bkn wira Akhirat,kamu carilah mane2 guru pun tak akn dikate nye betul sumpah n tuduhan say fool tu melain guru islam haddari je.

Dan aku juge AKAN bersetuju dgn kamu yg tujuan say fool itu semate mate utk menegakkn KEADILAN andai kamu berani kate yg SARANAN NABI WAJIB ADE SAKSI itu tdk betul.

bnumno,kamu lupe yg kamu dah melebihkn parti kamu drpd ape yg dah nabi perintahkn.

AJK-UMNO said...
This comment has been removed by the author.
AJK-UMNO said...

BN@UMNO bile aku kata ko nie bingai ko tanak dengar..

mana ko tau dia bersumpah bukan kerana duit?? atau kepentingan diri dia.. apa kejadah nyer dia jujung al quraan kalau dia tak memahami kandungan2 didalam nyer>?? org jahil mcm say fool tu jangan kan jujung al quraan pijak pun dia berani sebab dia tu spesis jahil agama mcm ko.. mcm ko penah kata "allah tu sama jer ngan tuhan lain" bingai tul ko nie..

nie soalan cepu emas..

** jika anda berada di tempat sayfool ketika anuar nak meliwat.. jubo anda.. apakah anda akan laku kan.. ???

A) menungeng sahaja buntut.. (hehe)

B) mengunakan kekuatan seorg ---lelaki (belawan/mempertahankan ---diri)

C) merelakan diri dilawat.. lain ---kali ajak liwat lagi.. (patut ---la aduan dibuat mengatakan ---diliwat lebih dari sekali..)

D) menjerit2 mintak tolong.. ---tulun!! tulun!!! tulun!! aku ---dirogol.. macam pondan atau ---kaum hawa yg lemah

harap maklum nie soalan hanya untuk org2 bingai... akal pendek mudah kena tipu..

perahudarat said...

Allow Najib!!!
Ko dah abis pikir ke?Ko ingat ko berani sumpah kerana balasan Allah SWT hanya diAkhirat?Ko sanggup bersumpah Jib????Memanglah ko ni pentingkan duniawi dan takut bini!Takut bini melebihi dari takut pada Allah Ta'ala.
Satu dunia dah tahu ko kenal Altantuya.Altantuya datang kesini mencari ko,macam Melur mencari siTuah.Akulah sebenarnya Jebatderhaka sebelum menukar nick perahudarat ini.
Bila umno tersingkir,harap DSAI korek habis2an.Kembalikan Bala untuk menegakan kebenaran.Maka hukum Allah SWT akan sampai didunia yang fana ni...maka akan jahanamlah Najib dan Rosmah kerana berdusta.MENGAPA ROSMAH TAK BERANI BERSUMPAH?kENAPA HANYA BERSUMPAH DALAM MESJID,BERSUMPAHLAH DENGAN MENJUNJUNG ALQURAN!
Sudah2lah menipu rakyat wahai kerajaan BN!!!!
Islam hadhari konon....patutlah Pack Lah ambil Jeane duduk diistana PM kerana kesian kat Jeane..yang penat melayan pelanggan dipubnya..yerlah...sekurang2nya boleh cuci mangkuk adik iparnya...MEMANG HAMPEH!
Kita sama2 tunggu balasan Tuhan kerana bersumpah palsu.Kan Allah bayar tunai sejak akhir2 zaman ni?
bn@umno nampaknya berbangga dengan sumpah sepol pandey tu.Sama2lah ko pandey.Tak ada maruah!Jantan apa sapol tu?Lubang jubo pun boleh ditibai dek orang.Kalau alasannya dibagi pil khayal atau apa2 bolehlah diterima akal.Mula2 dituduh secara paksa,lepass tu tukar seksyen lak,suka sama suka.Kalau dah sama2 suka diam ajalah...sempena menyambut Ramadhan ni ramai orang2 kampong buat lemang.Meh sini ko Sepol,aku radak lubang jubo ko yang miang tu dengan lemang panas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...