Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh: PKR hadapi cabaran getir, tetapi terus yakin


Oleh Haris Zalkapli


PERMATANG PAUH, 26 Ogos: Persaingan di pilihan raya kecil Permatang Pauh terus rancak dengan kedua-dua pihak, Parti Keadilan Rakyat dan Umno menunjukkan keyakinan masing-masing, walaupun kempen Umno terjejas teruk akibat kemunculan imam Ramlang Porigi yang berkempen bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Semalam, malam menjelang hari mengundi, kempen kedua-dua pihak meneruskan kempen dalam hujan lebat dan di tengah-tengah kesesakan jalan raya menuju ke pekan Penanti dan Permatang Pauh.


Umno meneruskan kempen saat akhir dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti, manakala PKR dibantu oleh pemimpin PAS dan imam yang mendakwa diperintah menyaksikan sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberikan kempen Anwar kredibiliti agama yang jauh lebih kuat berbanding Umno.


Kempen Umno, yang menumpukan pada usaha merosakkan imej Anwar dengan label ajen asing dan pengkhianat bangsa, dilihat tidak mendatangkan kesan pada menyokong kuat Anwar, tetapi mampu memberi kesan pada pengundi Melayu atas pagar.


Kehadiran ulama PAS menguatkan dorongan kepada ahli dan penyokong PAS untuk mengundi Anwar, walaupun ada yang masih mahu meneruskan boikot dengan menafikan undi.


Hari ini, menjelang tengah hari tadi, PKR mendakwa masih ramai belum keluar mengundi, disebabkan usaha parti pemerintah menghalang penduduk keluar mengundi.


“Peratus keluar mengundi masih rendah, disebabkan polis membuat sekatan jalan raya, bukan sahaja di kawasan ini tetapi juga di Rawang,” kata Shamsul Iskandar Mohd Akin, ketua Angkatan Muda PKR kepada Siasah.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor menyatakan sehingga pukul 12 tengahari tadi, jumlah yang telah mengundi mengundi ialah 44.8 peratus.


“Ini ialah usaha untuk mengurangkan pengundi dengan cara menyekat mereka daripada keluar, termasuk mereka yang pulang dari Lembah Kelang,” dakwa Shamsul.


Pihak pemerintah dilihat cuba menghalang orang ramai keluar mengundi sejak awal lagi dengan menetapkan hari mengundi pada hari bekerja.


Usaha ini bagaimanapun mengundang tindak balas DAP yang memerintah Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan cuti umum di seluruh negeri untuk hari ini.


Mengulas perang imej yang berlangsung, Shamsul berpendapat kempen negatif untuk menjejaskan imej Anwar - seperti pendedahan Datuk S Nallakarupan yang Anwar menerima wang RM60 juta daripadanya – “tidak memberi kesan besar.”


Shamsul berkata, beliau yakin pendedahan imam yang menyaksikan sumpah Saiful pada saat akhir boleh membantu kempen Anwar.


Bagaimanapun, seorang pekerja Umno berpendapat kempen negatif Umno memberi kesan pada pengundi atas pagar dan pengundi warga tua, yang semakin ragu dengan imej bersih Anwar.


“Berdasarkan perkembangan peminggiran hak-hak Melayu oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang, projek babi di Selangor dan banyak lagi, Umno yakin kempen kami telah berjaya meyakinkan orang Melayu di sini, terutama atas pagar dan warga emas,” katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.


Di Pulau Pinang, PAS turut melahirkan sikap kritikal terhadap Anwar yang secara de facto memimpin Pakatan Rakyat, walaupun pendirian ini lebih mudah dinyatakan dalam perbualan santai.


Bagaimanapun, beberapa penyokong PAS yang ditemui menunjukkan kesediaan bekerja untuk Pakatan Rakyat demi memastikan kerajaan Barisan Nasional dijatuhkan.


Sepanjang tempoh kempen, jentera PAS, termasuk dari luar Pulau Pinang kelihatan di seluruh Permatang Pauh, dan paling jelas dilihat di kediaman Adun Permatang Pasir, YB Hamdan Abdul Rahman.


Seorang aktivis PAS Permatang Pauh, Mohd Shukri Mustaffa berkata disebabkan kematangan PAS berpolitik, sentimen negatif itu berjaya diketepikan, tetapi pada masa sama menegaskan PAS perlu terus fokus pada haluan perjuangannya dalam meneruskan perkongsian dalam Pakatan Rakyat.


“Kita ketepikan sentimen dan mematuhi ketetapan yang telah dibuat oleh pimpinan parti,” tegasnya kepada Siasah.


“Selepas ini, berdasarkan usaha petugas-petugas PAS dalam pilihan raya kecil ini, parti-parti lain dalam Pakatan mesti lebih menghormati PAS yang telah menunjukkan peranan pentingnya dalam pilihan raya,” kata Mohd Shukri.

6 comments:

cikgi said...

Alangkah bagusnya aku jadi warga permatang pauh.Betapa bernilainya undi itu ku rasa.Adanya rakyat maka wujudnya pentadbir,oleh itu rakyat mempunyai kuasa 100% untuk menilai siapa yang berhak untuk mentadbir.Jangan biarkan diri anda ditakut2kan kerana mereka itulah yang sepatutnya takut kepada rakyat kerana rakyat adalah RAJA yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara.Perubahan bukanlah sesuatu yang jahat,malah perubahan yang luarbiasa akan menghasilkan kejayaan yang luarbiasa juga.

bn@umno said...

Aku cukup yakin PKR pasti kalah ditangan BN.

cikgi said...

tak baik riak dan takbur,itu sifat syaitan,we've to wait and see,than we can talk about who win and who go down.

Mr Green said...

REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!

Fauzi HBP 89 said...

Editor, updatelah web tuan, anwar menang dengan majoriti meningkat 14.56% dari mac 08. Ini bermakna sokongan kepada PKR meningkat dan sokongan Pakatan Rakyat juga meningkat dan BN pula merosot sokongan rakyat.

BN tak dapat mengurangkan majoriti PKR dan ini menunjukan politik fitnah BN di tolak rakyat Permatang Pauh

http://koleksiparlimen.blogspot.com

bunga melati said...

bn@umno said :

Aku cukup yakin PKR pasti kalah ditangan BN

selepas pilihanraya...

bn@umno said :

kita cuba lagi PRU ke-13

'kita gelak kan lah pada bn@umno ni... muahahahaha....'

salam reformasi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...