Thursday, August 14, 2008

Umno bersandiwara dalam isu muzakarah - Muslimat PAS

IPOH, 14 Ogos: Muslimat PAS menyifatkan para pemimpin Umno bersandiwara sahaja dalam usaha mereka untuk bermuzakarah dengan PAS.

Sebab itulah, selepas gagal meyakinkan PAS dengan janji-janji mereka, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri bertindak mendedahkan pertemuan ini kepada umum.

Demikian kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika memberikan Ucapan Tema Muktamar Dewan Muslimat PAS ke 48 di dewan hotel Hillcity, Jalan Gopeng Khamis lepas.

Lebih 150 para perwakilan Muslimat PAS dari seluruh negara menyertai muktamar itu di samping beratus-ratus lagi pemerhati yang memenuhi Dewan Muskamar itu.

Muslimat PAS bermuktamar kali ini dengan tiga dari empat Adun mereka adalah Exco kerajaan negeri iaitu Wan Ubaidah Omar (Kelantan), Dr Halimah Ali (Selangor) dan Siti Ashah Ghazali (Kedah).

Mereka juga kini mempunyai tiga anggota Parlimen iaitu Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Siti Zailah Yusof (Rantau Panjang). Menurut Nuridah, selepas saja PRU12 selesai, sandiwara pemimpin UMNO semakin ketara.

Pelbagai tawaran, katanya, diajukan kepada PAS umpamanya untuk bergabung, berkongsi kuasa dan mengadakan muzakarah di atas nama perjuangan agama dan bangsa Melayu.

"UMNO beriya-iya menjemput pimpinan tertinggi PAS untuk mengadakan pertemuan. PAS menyambut baik undangan pertemuan atau muqabalah ini dan bersedia mendengar apa-apa yang dihajati UMNO," beritahu beliau kepada peserta muktamar.

Seiring dengan pendedahan Abdullah, kata Nuridah, media arus perdana milik mereka riuh-rendah menjaja isu ini bagi menanam bibit keraguan dalam usaha memecah-belah gabungan Pakatan Rakyat.

Namun PAS telah lama belajar tentang sepak terajang politik mereka khususnya pengalaman pahit bersama Barisan Nasional pada awal 70an dulu, katanya.

Sebenarnya, tambah Nuridah lagi, kedudukan PAS adalah sangat jelas dalam isu ini.

"Kita konsisten sejak dulu lagi bersedia bermuqabalah atau bermuzakarah dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam dan masyarakat majmuk di Malaysia," kartanya.

Politik muzakarah

Bagi beliau, politik muzakarah ini sudah menjadi pendekatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak dahulu lagi.

Malah, katanya, ia selari dengan pandangan NGO-NGO Islam di satu perhimpunan di Johor Bahru selepas PRU12 yang lalu.

"Siapa yang menganjurkannya tidak penting. Tetapi resolusinya menyeru parti-parti orang Islam di negara ini bersatu atas dasar kepentingan Islam dan bangsa Melayu," katanya.

Namun begitu, kata Nuridah, sejak dua dekad berlalu UMNO tidak menunjukkan reaksinya dan tetap membisu dalam isu muzakarah ini.

Senario ini menampakkan saingan sengit antara UMNO dan PAS, katanya.

Bagi beliau, rakyat jelas dapat melihat sikap terbuka PAS dan pandangan kehadapan, berbanding dengan UMNO.

"Namun kini dalam suasana UMNO tersepit, tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak PAS bersatu di atas kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

"PAS di bawah kepimpinan ulama telah mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu ini dan dalam masa yang sama mengambil peluang menyampaikan dakwah dan nasihat kepada semua termasuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional," tambah beliau lagi.

7 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

cakap pandai, tak semestinya buat kerja boleh. siapa yang tidak mahu bermuzakarah? PAS atau UMNO?

PAS cakap dah jadi keling muslim (bukan mamat). Sekejap pergi masjid, sekejap pergi KUIL.

MOHD AFIF said...

YUP... ADA LAGI KOMEN ABE MIE GILA....

bn@umno said...

penyokong PR,

Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.

“Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?


Petikan di atas dipetik drpd ucapan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di awal ucapan beliau sempena mesyuarat pemuda PAS di Ipoh semalam.Kalaulah kenyataan seperti di atas boleh keluar drpd mulut Timbalan Presiden PAS sendiri, maka tak mustahil PAS akan menyertai Umno.

abe MIE 'TERJAH' said...

Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti daripada mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.

Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Menurut mereka, sikap segelintir pemimpin Pas yang terlalu mengagumi dan mengagungkan Anwar seolah-oleh tidak mengiktiraf keupayaan kepimpinan ulama dalam Pas.

Wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Zulkifli Ahmad berkata, jika pemimpin daripada parti lain dalam pakatan pembangkang yang menerajui negara, dibimbangi perjuangan Pas yang berlandaskan Islam akan dipinggirkan.

"Sekarang kita hendak sangat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Di mana Tok Guru dan pemimpin kita yang ikhlas memperjuangkan Islam?

"Kenapa kita perlu keluar daripada perjuangan, adakah kerana kita rasa tidak tentu arah dan mabuk kuasa disebabkan (ura-ura) pembentukan kerajaan pada 16 September ini," katanya pada sesi perbahasan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Oleh itu katanya, kepimpinan Pas tidak boleh diketepikan dan tidak boleh sekadar dijadikan tempelan dalam apa juga perkara yang membabitkan pakatan pembangkang.

Lagi pula katanya, jika impian 16 September itu menjadi kenyataan, ia membabitkan kemasukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pembangkang yang sudah tentu akan didominasi oleh bukan Islam.

"Bayangkan apa akan jadi (jika Anwar jadi Perdana Menteri), Timbalan Perdana Menteri bukan Islam dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjadi Menteri Belia dan Sukan atau sekadar Menteri Perpaduan dan Kebudayaan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa apabila bercakap soal melantik kepimpinan negara, nama Abdul Hadi langsung tidak disebut termasuk oleh pemimpin Pas sendiri.

"Berfikirlah banyak kali dan tidak membabi buta menyokong. Kenapa Hadi Awang tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang harus didaulatkan," tanya Zulkifli.

Sementara itu, wakil Dewan Pemuda Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pemimpin dan ahli-ahli parti perlu berhati-hati kerana Anwar pernah menjadi musuh Pas ketika bersama UMNO dan BN selama 16 tahun.

Katanya, Anwar dalam UMNO dan BN merupakan penghalang besar kepada kebangkitan Pas yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

"Jangan terlalu kagum secara berlebih-lebihan dengan Anwar. Boleh sokong, boleh kagum tetapi kena berhati-hati dengan apa yang berlaku sebelum ini.

''Ini kerana sebelum ini banyak ucapan beliau yang telah mengelirukan ahli di peringkat akar umbi apabila banyak menggunakan slogan yang nampaknya tidak ingin melihat ketuanan Islam di negara ini," katanya.

Menurut Wan Sukairi, langkah berhati-hati Pas itu penting kerana sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP buat masa ini juga begitu jahil dan degil untuk menerima kebaikan kewujudan sebuah negara Islam.

Jelas beliau, persoalan mengenai peranan Pas dalam pakatan pembangkang sekarang juga sudah mula timbul terutama sekali di Perak dan Selangor kerana parti itu hanya merupakan minoriti.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum jelas sejauh mana ideologi Pas untuk mewujudkan negara Islam boleh diterima oleh pakatan pembangkang.

Wan Sukairi turut menyatakan kekecewaannya apabila Naib Presiden Pas, Husam Musa sendiri pernah menyuarakan bahawa usaha mewujudkan negara Islam hanyalah idealisme ahli.

Katanya, kenyataan pemimpin tertinggi Pas itu sangat mengelirukan sedangkan tujuan orang ramai menyertai parti berkenaan adalah untuk merealisasikan kewujudan negara Islam.

Wakil Dewan Pemuda Pas Perlis, Azmal Zaid Ahmad Azmi juga mahu Pas berhati-hati dan menilai semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Katanya, ia bukan bermakna Pas kena keluar pakatan tetapi tidak mahu parti itu hanya menjadi tempelan sahaja.

"Bawa dasar Islam dalam pakatan, bukan setakat bagi Pas kuasai masjid di negeri-negeri yang dikuasai sahaja," tambahnya.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Walau apa 'sandiwara' yg di lakun kan oleh UMNO ia nye akan jadi bahan ketawa rakyat sahaja.

Apa yg ada tinggal pada UMNO?

Harapan kemenangan UMNO bergantung kpd BN.

BN ibarat kan se pohon kokok yg nak mampus dan hampir tumbang!

"Semua burung2 dan tupai2 yg cerdik dah lari mencari pokok yg lebih subur dan rendang.

Yg tinggal hanya segelintir beruk2 tua dan beruk2 terbodoh dari kumpulan beruk2 yg memang nye bodoh.

Maka beruk2 ini lah yg ter lolong2 melaung minta tolong di selamat kan.

Sudi kah PAS menolong menyelamat kan beruk2 terbodoh ini?

Sdr YB Nasaruddin sebenar nye cuma simpathy dan kasehan melihat beruk2 terbodoh itu, bukan nye dia nak tolong.

Malang nye ramai beruk2 bodoh mengata kan dia hendak menolong.

Minta maaf ye beruk2 bodoh, kami tidak akan tolong anda. Biar kan beruk2 bodoh itu tumbang bersama pokok tua yg nak mampus tu."

Siapalah aku said...

Sokong 100% Muslimat PAS. Ini adalah berdasarkan sejarah 1969 dimana PAS telah ditipu oleh UMNO yang terdesak pada waktu itu. Walaupun mereka (UMNO) pada waktu itu telah pupus, namun mereka masih meninggalkan gen-gen yang akan menyambung perilaku induknya terdahulu.

Muzakarah tidak salah, asal jangan tertipu. Bagi saya, ia adalah satu perkara yang sia-sia dan membuang masa. Ia juga hanya untuk melayan dan memberi sedikit sokongan pada politik UMNO yang semakin parah pada hari ini.

sapphire said...

lebih baik bersekutu dgn DAP dari UMNO, golongan munafik lebih teruk dari kafir..di zaman Rasulullah SAW, golongan munafiklah yang baginda lebih berhati-hati sbb sering menjadi punca kekalahan org muslimin di medan perang...siapa org munafik ini? org ISLAM yg ciri-cirinya dh diterangkan oleh baginda...sama dgn ciri-ciri sesetgh pemimpin umno...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...