Thursday, August 14, 2008

Bertenang dalam hadapi isu muzakarah PAS-Umno, kata Nasharudin

IPOH, 14 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meminta ahli dan para penyokong PAS agar bertenang menghadapi isu muzakarah PAS dan Umno yang ada sekarang.

"Sebenarnya, di saat ini kita mesti bertenang dan follow perkembangan dari semua sudut very very closely. Jangan dikalutkan suasana," kata beliau ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke 49 di Stadium Indra Mulia malam tadi.

Menurutnya, apa yang dibuat oleh pemimpin PAS adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama pada 23 April dan bukan untuk berunding kerusi.

"Yang paling penting, pimpinan kita bertemu pimpinan UMNO dengan mandat dan keputusan
Syura. Mereka pergi bukan untuk berunding kerusi jawatan menteri tetapi untuk beritahu pimpinan UMNO supaya terima Islam sebagai penyelesaian masalah ummat Malaysia. Benar, UMNO sedang lemah dan mereka mengajak kita dalam keadaan mereka lemah. Jika mereka kuat, mereka tidak mengajak kita," katanya di muktamar itu.

Bagi beliau, ruang dan medan dakwah terbentang luas dan PAS berdakwah dengan mengambil pentas politik berasaskan amalan prinsip demokrasi moden.

Majlis Syura Ulamak yang telah bersidang pada 23 April 2008 telah memutuskan untuk membenarkan beberapa pimpinan PAS bertemu dan berbincang dengan pimpinan UMNO mengenai permasalahan Islam dan orang Melayu akibat pasca PRU 12.

"Kita berpegang pada konsep tahalluf as-siyasi dan di atas konsep inilah kita berkerjasama dengan PKR dan DAP.

"Siapakah mad’u kita yang paling hampir dengan kita kalau bukan ahli PKR, DAP malah UMNO sekalipun? Benarkah ahli PKR dan DAP bukan mad’u yang perlu kita dakwahkan lagi kerana mereka sudah menjadi rakan sekutu kita?

"Barangkali sekutu politik ya, tapi bukan benar-benar memahami kita. Bukan sekutu yang memahami Islam sefaham kita. Bukankah DAP terang-terang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan Islam dari dulu sampai sekarang, tak padam-padam. Tapi DAP masih sekutu politik PAS!

"Nisbahnya, jika sedemikian maka bermuzakarah dengan siapa sahaja perlu dilihat dalam rangka dakwah yang lebih luas," kata Nasharudin dalam ucapannya.

25 comments:

Unknown said...

Timbalan patut letak jawatan ....ucapan hambar tiada isi hanya cuba bela diri.

ALI MAIDIN said...

Porah. Sudah lama jadi baruah Najib

Unknown said...

jangan cepat melatah kita tunggu dan lihat dulu...

Siapalah aku said...
This comment has been removed by the author.
Siapalah aku said...

NASHARUDIN JANGAN NAK JADI SEPERTI PEMIMPIN UMNO YANG TAK BERI PELUANG UNTUK AHLI-AHLINYA BERSUARA. KAMU BERADA DI ATAS JUGA ADALAH DISEBABKAN ORANG BAWAH YANG MENOLAK-NOLAK KAMU KE ATAS.

NAK AMBIL TINDAKAN KEPADA AHLI JIKA AHLI MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT? SEDAR DIRI KAMU... WALAU APAPUN KAMU INGIN LAKUKAN, WALAU KAMU HENDAK MENYETAI UMNO SEKALIPUN, ITU ADALAH HAK KAMU. AHLI DI BAWAH BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI SEPERTIMANA KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN KAMU. JANGANLAH JADI SEPERTI PARTI UMNO YANG SENTIASA TERPAKSA MENGANGGOK ANGGOKKAN KEPALA MEREKA WALAUPUN DI HATI TIDAK RELA.

NASHARUDIN PERLU BERPIJAK DIBUMI NYATA.

webmaster said...

Yang tak ada kena mengena dengan PAS tak perlu nak komen lebih2 pasal Timbalan Presiden kami.

Siapalah aku said...

Janganlah jadi seperti UMNO. Anggok-anggok... Islam itu agama tegur menegur.

Siapalah aku said...

"Yang tak ada kena mengena dengan PAS tak perlu nak komen lebih2 pasal Timbalan Presiden kami."

Dah macam PAS itu kamu seorang sahaja ahlinya. Kamu punyakah PAS itu? Jangan jadi orang fanatik kepada seseorang pemimpin. Tak semestinya dengan menjadi ahli sahaja boleh cerita tentang PAS.

Tuan,
Saya tak berminat untuk melanjutkan perbualan dengan orang seperti tuan ini. Namun Fikiran sempit bak Ahli UMNO tuan telah menggerakkan hati saya untuk terus membuat komen tentang kata-kata tuan di atas.

Untuk pengetahuan tuan, saya adalah salah seorang yang memangkah dan memilih PAS di PRU yang lalu. Maka saya berhak untuk bersuara walau saya bukan ahli kepada parti yang saya pilih. Percakapan tuan sepatutnya didahului dengan fikiran yang waras dan nyata, bukan taksub terhadap pemimpin yang tuan sanjungi.

Saya tidak mahu PAS menjadi seperti UMNO dimana pemimpin mereka tidak boleh ditegur. Semuanya apa yang mereka buat betul belaka, walaupun kadang-kala menampakkan kesalahan yang nyata. Kadang-kala kesilapan tidak disedari oleh mereka yang melakukannya, tetapi mereka yang disekeliling yang nampak akan apa yang berlaku. Perlu juga diambil kira suara ramai.

Akhir sekali, berpijaklah dibumi nyata wahai saudaraku.

bn@umno said...

hahahhahahah akukan dah cakap mmg PAS masih ada hati nak menyertai Umno cuma masa belum sesuai lagi oleh pemimpin PAS untuk membuat pengumuman tersebut.di sini sudah cukup jelas terbukti bahawa PAS sudah tak berminat menyertai Pakatan Rakyat lagi.Nampaknya penyokong PAS ni dah kena tipu dgn pemimpin PAS yg mereka sanjungi tu.tapi masalahnya walaupun kena tipu, penyokong PAS masih setia menyokong PAS lagi.aku cukup tak paham dgn kebengapan penyokong PAS ni.

atzmand said...

...bukankan berkali dinyatakan semua keputusan yg melibatkan dasar dibuat selepas dapat restu majlis syura ulama'..dan kemuncaknya ialah kenyataan presiden baru2 ini.
fail dah tutup. apa nak bising2 lagi. pemerintahan PR di 5+1 negeri dah masuk fasa kedua. sekarang masa untuk bekerja dan tunai janji manifesto bukan masa nak layan rintihan si nazak.
timbalan presiden tak perlu refresh balik isu ini... kecuali ada mesej lain yg beliau nak sampaikan.

bn@umno said...

atzmand

mesej yg hendak disampaikan oleh Nasharuddin adalah bahawa pemimpin PAS masih ada niat menyertai BN.Itu pun tak paham ke?bodoh sungguhlah ko ni, benda yg macam tu pun buat-buat tak paham atau ko mmg bengap tak paham?

Siapalah aku said...
This comment has been removed by the author.
Siapalah aku said...

Terima kasih saudara Atzmand.

Saya sungguh tertarik dengan ucapan ketua pemuda PAS YB Salahudin Ayub dalam ucapan pembukaan muktamar PAS baru baru ini.

Sebenarnya, tindakan Nasharudin yang berjumpa dengan Abdullah dan beberapa pemimpin UMNO lain sehingga kedengaran mendapat tawaran tertentu sekiranya PAS bergabung dengan UMNO telah membuatkan banyak ahli dan penyokong PAS lain marah.

Namun, dengan ucapan yang diberikan oleh YB Salahudin Ayub dimana PRK Permatang Pauh ini adalah peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam Pakatan Rakyat, ia sugguh menarik dan sedikit sebanyak telah berjaya meredakan luka-luka yang terguris di pihak Pakatan Rakyat yang membantah tidakan berjumpa dengan Abdullah dan pemimpin UMNO yang lalu.

Apapun, pandangan dan pendapat yang kita lontarkan, walaupun ianya berbeza, tetapi perlu diingat bahawa kita mempunyai matlamat yang sama yakni ingin melihat perubahan tampuk pemerintahan negara. Yang nyata adalah, PAS dan UMNO walapun mempunyai perkataan Melayu disetiap ahli dan penyokongnya, tetapi matlamat mereka adalah berbeza dan matlamat yang dituju oleh UMNO adalah tidak sama sekali sama sepertimana matlamat yang diperjuangkan dalam Pakatan Rakyat.

Bersama-sama berdoa agar, janganlah ada diantara pemimpin kita yang gila kuasa sepertimana yang berlaku dalam UMNO. Perkara inilah yang membuatkan mereka (UMNO) hancur lebur pada waktu ini.

Sekian,
Wallahualam.

bn@umno said...

aku cukup malu. melayu sama melayu pun mahu bergaduh(PAS dan Umno).adakah ini yg diajar oleh islam?lu pikirlah sendiri beb

Siapalah aku said...

Saudara bn@umno,

Melayu dan Islam itu berbeza. Melayu adalah Bangsa, dan Islam itu adalah Agama. Melayu UMNO hanya memperjuangkan bangsa, itupun hanya sekadar laungan kosong mereka, bertujuan untuk mendapat sokongan semata-mata.

MOHD AFIF said...

KEPADA BLOGGER PR...

JANGAN DIBERI NASIHAT KEPADA BN@UMNO, ABE MIE, ANTI HUSAM, DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA... MEREKA INI SEBENARNYA TIDAK MAKAN DEK NASIHAT...
HATI MEREKA DAH KOTOR... KEPALA DAH BEBAL..

atzmand said...

tq siapalah aku..
saya tak nampak ada "masalah besar" dalam jemaah berhubung isu muzakarah. cuma sedikit kekeliruan di akar umbi. betul, tindakan presiden & timbalan atas keputusan majlis syura & isu ini tak terlepas dari perbahasan di muktamar nanti.
apa pun, bersediakah warga lama dalam PAS menerima perubahan setelah memasuki era baru politik pasca PRU12? bersediakah kita nak terima "saudara2 baru" dengan membuka pintu parti kepada non-muslim dari kelab penyokong dan diujudkan satu sayap berstatus Dewan?
PAS tidak tertubuh atas desakan politik semata. politik jatuh no. 2 & pilihanraya adalah platform sebagai menyahut seruan bernegara dalam konteks demokrasi. ada agenda lain yang lebih utama. itu maksud saya...& ini tidak terjangkau dek fikiran kita.
& ahli2 tak mahu lihat slogan PAS FOR ALL hanya tinggal slogan tanpa apa2 pengisian ke arah agenda yg utama tadi.

atzmand said...

rusilaboy:

terimakasih atas ingatan tuan.

bn@umno said...

penyokong PR,

Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.

“Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?


Petikan di atas dipetik drpd ucapan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di awal ucapan beliau sempena mesyuarat pemuda PAS di Ipoh semalam.Kalaulah kenyataan seperti di atas boleh keluar drpd mulut Timbalan Presiden PAS sendiri, maka tak mustahil PAS akan menyertai Umno.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu mesti difahami secara jelas memandangkan kini timbul isu bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri dan bukannya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sepanjang pengetahuannya, Anwar sendiri tidak pernah mendakwa dirinya bakal memegang jawatan itu jika berjaya mewujudkan kerajaan baru.

"Kita pula mempunyai seorang Tok Guru (Abdul Hadi) yang mempunyai akhlak Islam takkan pula hendak tonjolkan diri sebagai calon Perdana Menteri.

''Tidak timbul masalah siapa jadi Perdana Menteri sebab kita tidak pernah bincang pun perkara itu sebelum ini," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-49 di sini hari ini.

Salahuddin pada masa yang sama juga menegaskan bahawa Pas tidak akan kerugian apa-apa jika impian pakatan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya itu tidak menjadi kenyataan.

Jelas beliau, ini kerana apa yang lebih utama bagi Pas adalah usaha untuk menyebarkan dakwah supaya Islam diterima semua pihak dan akhirnya dilaksanakan di negara ini.

''Jadi janganlah tuduh kita ini terlalu syok sangat dengan Anwar dan terlalu inginkan tarikh 16 September itu menjadi kenyataan.

''Kalau saya hendak jadi menteri bila-bila masa saja saya boleh jumpa Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tetapi itu bukanlah matlamat kita, matlamat kita adalah untuk hidup dan mati dengan Islam," tegasnya.

Salahuddin ketika mengulas lanjut semasa sidang akhbar selepas itu berkata, Pas tidak mahu ahlinya mempunyai satu persepsi bahawa akan berlaku pembahagian kuasa dan jawatan politik pada 16 September ini.

Jelasnya, adalah lebih baik jika semua ahli memperkukuhkan kekuatan Pas di dalam pakatan pembangkang dan terus membina kerjasama yang utuh.

Mengenai muzakarah antara Pas dengan UMNO, Salahuddin mendakwa Perdana Menteri merupakan pihak bertanggungjawab yang membocorkan rahsia pertemuan tersebut.

Katanya, tindakan itu menyebabkan ahli-ahli Pas mula hilang fokus hingga menimbulkan bibit perpecahan di dalam parti.

''Bagi saya isu muzakarah atau muqabalah ini sudah selesai dan Majlis Syura Ulama bersama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah membuat keputusan bahawa Pas boleh berbincang dengan sesiapa sahaja.

''Pada masa sama keputusan juga telah dibuat bahawa Pas tidak akan sekali-kali bergabung dengan Barisan Nasional (BN) atau UMNO,'' tegasnya.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Sebenar nya pemimpin2 PAS tidak ada niat untuk ber satu dgn UMNO.

Apa yg mereka lakukan tidak lebih seperti melawati jiran yg sakit tenat. (Tak kira le sama ada jiran itu cina atau india itu kewajipan)

Malang nye ada yg salah sangka, terutama nye UMNO. Semua media UMNO heboh dan penyokong2 nye juge dah jadi tidak tentu arah kerana ke gembiraan.

PAS, sebuah parti yg ber pengelaman luas tidak akan mudah ter tipu oleh pemimpin2 UMNO yg tamak dan gila kuasa itu.

Sebenar nye UMNO sudah sampai ke penghujung jalan. BN sudah lumpuh. talian hayat nya cuma bergantung kpd Sabah dan Sarawak.

Sekarang rakyat di Sabah dan Sarawak sudah sedar mereka ter tipu di bawah perintah BN(UMNO).

Pada PRU13 nanti kita tentu akan melihat peralihan pimpinan BN(UMNO) kepada Pakatan Rakyat.

Dgn izin ALLAH, UMNO telah mendedahkan kelemahan dan keburukan nye dlm pemilihan ketua cawangan dan ketua bahagian.

UMNO juga telah menyuarakan 'sikap perkauman' nye melalui isu babi dan UiTM dgn meng galak kan melayu berpiket tunjuk perasaan ber ramai2 menentang kaum bukan melayu.

Sekarang kaum cina dan india sudah benci kepada BN terutama nye UMNO!

UMNO SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNG JALAN.

webmaster said...

saudara siapalah_aku,

Kalau pendirian tuan sebegitu, habistu.. kes saya pulak, saya pangkah Keadilan... Layakla bagi saya nak komen banyak2 pasal kepimpinan Keadilan. Begitu?

Siapalah aku said...

Tuan Webmaster,

Tuan,
Adalah sesuai dengan apa yang telah saya katakan, yakni- Agama Islam adalah agama tegur menegur. Tidak kira kita bertuankan siapa sahaja, atau kita menjadi tuan kepada sesiapapun, maka kita dalam Islam wajib menegur dan menyatakan pendapat kita tetang saudara seIslam lain.

Tuan,
Di zaman Tun Dr. Mahathir, kezaliman dan kegilaan kuasa jelas sekali terbukti. Sayang sekali, setiap ahli dan pemimpin dibawahnya tidak pernah berani menegur dan menentang apa yang dilakukannya sehingga membawa padah kepada penduduk negara. Tindakan ahli UMNO dan pemimpin mereka pada waktu itu yang gagal menegur dan memberi tentang terhadap Tun Dr. Mahathir telah merosakkan negara dan rakyatnya.

Tuan,
TAAT kepada pemimpin, tidak bermakna kita tidak boleh menegur dan memberi pandangan terhadap perkara yang kita anggap tidak betul. Rangkuman pendapat ramai adalah lebih cantik daripada pendapat yang mengikut-ngikut satu pendapat yang sama.

Maaf saudara sekiranya terkasar bahasa.

Wassalam.

atzmand said...

tq webmaster & utohkacil.

ketaksuban kepada pemimpin mmg tak boleh dielakkan, mana2 parti sekalipun ada penyokong fanatik masing2. cuma dalam PAS, kes begini tak banyak/begitu minimum. itupun pada penyokong2 veteran di kampung2 aje. contohnya di tempat saya di felda, senario kefanatikan kepada perjuangan PAS begitu menebal dalm tahun2 80-an. keadaan jauh berubah sekarang.. patuh pada pimpinan lain, taksub lain.. minta dibezakan.

secara peribadi saya tak nampak yg tak kena dgn statement timbalan presiden ttg isu muzakarah. bahkan majoriti ahli setuju jika segala tindakan adalah dgn restu majlis syura. TAPI kalau jawapannya hanya sekadar nak bela diri, untuk menghalalkan tindakan sebelumnya, maka perwakilan PAS boleh pilih timb presiden baru dlm muktamar nanti. itu aje. bagi saya pimpinan dlm PAS cukup perihatin rungutan & suara ahli akar umbi.

dulu ustaz nakhaei keluar parti dan masuk umno. PAS tetap berdiri teguh malah lebih stabil & berkembang. bukan batang tubuh presiden, timbalan atau naib presiden yang diperjuangkan tapi DASAR PARTI. saya tidak mahu bersangka buruk, tapi kalau timb presiden nak bergabung dgn umno, KALAU BETUL SEKALIPUN,
apa nak dikesahkan sbb PAS hanya akan hilang 1 ahli saja! hardcore dlm PAS tetap berdiri teguh di belakang ulama bersama rakyat.

PAS boleh berdiri dgn sendiri tanpa bergabung dgn mana2 parti politik lain kerana PAS ada kepakaran & modal insan. dari segi teknologi, apa beza PAS dgn parti2 lain? hatta dgn parti2 nyamuk yg bernaung bawah Timbang Kati, PAS lebih terkehadapan!

tapi PAS tidak sedemikian.
suara akar umbi mahu PAS kekal & komited dalam PR. saya juga ahli PAS, cukup senang bekerja untuk DAP dalam 3 PRU yg lepas (atas arahan & kepercayaan pimpinan).
kerjasama di akar umbi juga sangat erat dengan PKR. apa masalahnya jika pangkah roket atau pangkah mata lebam? semuanya terkupas dalam konsep tahaluf as-siyassi.

wassalam.

Siapalah aku said...

Terima Kasih Saudara Atzmand.

Kata-kata saudara banyak bersesuaian dengan keadaan semasa. Apa yang saya rasa tidak selesa terhadap Nasharudin adalah, perkataan yang seolah memberi amaran kepada ahli dan penyokong terhadap tentangan yang dibuat di atas isu muzakarah.

Selain daripada itu, perjumpaan beliau dengan Abdullah dan beberapa pemimpin UMNO lain secara senyap tanpa pengetahuan ahli dan penyokong bahkan peringkat tertinggi juga, telah membuatkan rasa gusar kepada semua yang berada di dalam mahupun di sekeliling parti.

Apapun, saya banyak bersetuju dengan ulasan saudara yang penuh dengan realiti serta menepati isu-isu semasa yang timbul pada hari ini.

Terima kasih,
Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...