Saturday, August 16, 2008

Pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentang dua calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh iaitu Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari Akin.

Seorang calon bebas, Dr Mansor Othman (bekas pengerusi PKR Pulau Pinang) menarik balik kertas pencalonannya.

Dr Mansor dikatakan calon 'stand by' PKR jika kertas pencalonan Anwar ditolak.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anwar dah nak jadi Tuhan. Dia dah jadi macam Ayah PIN dan al-maunah dan setaraf ABUNYA. Sumpah 50 kalipun tak ada guna. DIA DAH LAMA KAT BARAT DAH LUPA PASAL ISLAM.

Haji Hadhi anggap sumpah ini macam ajaran Kristian, angkat Al-Quran. DIa memang perangai macam nie. Patutlah rakyat terengganu menolak PAS.

Dr. Asri, memberitahu bila ANwar hendak bersumpah? Jangan main-main dengan sumpah.

Nik Aziz akui sumpah Saiful betul dan mengikut Syariat Islam. Sama diakui oleh JAWI dan ulama tertentu. Patutlah rakyat Kelantan suka pada ulama yang tidak campur aduk dengan politik.

Dr. Harun Din mempersoal kepada Saiful mengangkat sumpah sedangkan Anwar sepatutnya dahulu berbuat demikian. Mungkin Harun Din 'tidak pernah hendak' tahu kenapa Anwar tidak mahu bersumpah.

Bagi abe MIE- Anwar macam Al-Gore. Mana pandang Islam melainkan sebagai pengganas dan menyokong Islam untuk bunuh Islam lain.

Syabas Ibrahim Ali. Anda seorang manusia yang bermaruah. Walaupun menyokong PAS, anda adalah manusia berani kerana benar tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

abe MIE 'TERJAH' said...

kenapa saiful bersumpah ketika Anwar hendak menghadapi PP ialah saiful tidak mahu orang berperibadi buruk menjadi wakil rakyat. Kira itu satu tanggungjawab muslin menghalang amar makhruf nahi mungkar.

Apa yang tidak kena dengan Saiful? Dia dah buat dah. Anwar tidak, dan bila?

putra revolusi said...

Saya baru kembali dari Institut Perguruan Tuanku Bainun, Kubang Semang, Ptg Pauh. Terkejut melihat penyokong-penyokong BN yang biasanya nampak 'menang' di hari penamaan calon dengan jumlah yang begitu ramai, tetapi kali ini terang-terangan sudah tewas di pusingan awal. Saya bukan bijak membuat congak, kerana itu saya tidak tahu berapa ramai bilangan sebenar penyokong BN yang hadir. Namun berapa pun bilangannya, penyokong PR nampak lebih ramai, lebih kurang dalam nisbah 1:3, jika tidakpun 1:4. Jadi jika dikatakan bilangan penyokong BN ialah 3,000 orang, boleh disimpulkan penyokong PR sekitar 12,000 orang.

Seronok melihat gelagat penyokong terutama BN yang tidak tahan dengan sindiran penyokong PR. Ramai penyokong PR yang mengibarkan wang kertas kepada penyokong BN bagi mebggambarkan amalan rasuah haprak yang telah menjadi branded UMNO sejak sekian lama. Seorang penyokong PR di sebelah saya menyatakan bahwa sehingga kelmarin dia masih penyokong kuat BN. Tapi sebaik melihat sumpah Say Fool di TV malam tadi, tiba-tiba dia & keluarga menjadi begitu benci & marah & terus hilang kepercayaan terhadap UMNO. Ini kerana dia yakin sumpah Say Fool menjelang penamaan calon Ptg Pauh itu adalah satu lagi drama bodoh & kotor ciptaan UMNO. Bagaimanapun dia mengucapkan terima kasih kepada Say Fool kerana sumpah bodoh yang disiarkan di TV itu telah menyedar & membangunkan dia dari lamunan mimpi yang selama ini begitu mengkagumi UMNO.

Saya juga melihat dari segi perang poster pun setakat ini PKR telah mengalahkan BN. Poster PKR kelihatan bergantungan merata-rata, poster BN pula tidak banyak kelihatan. Dalam hati saya tertanya-tanya adakah 'kemiskinan' poster BN itu disebabkan BN masih pening kepala dengan keputusan mahkamah baru-baru ini yang memerintahkan BN menjelaskan hutang percetakan poster pilihanraya 2004 yang berjumlah lebih dari RM200 juta yang masih belum dijelaskannya itu? Jika hutang lama pun belum dilunaskan, bagaimana orang kaya BN hendak membeli kepercayaan pencetak untuk berhutang lagi?

Selain dari poster, pondok PKR yg telah didirikan juga berkali-kali ganda lebih banyak dari pondok BN. Nampak BN yang sedang kelemasan itu seperti belum yakin dengan kekuatannya.

Apa pun kita tunggulah sahaja 26 hb ini untuk melihat keputusan pengundi. BN yang terkenal kepada rakyat dengan gelaran 'Raja Fitnah' dan 'Raja Rasuah' pasti telah bersedia dengan lebih banyak rasuah dan fitnah utk hidangan pengundi Ptg Pauh. Biasanya dalam pilihanraya kecil BN menang selesa kerana pengundi termakan dengan rasuah kotor yang mereka sogok dan kehadiran pengundi hantu seperti dalam pilihanraya kecil Ijok dan Permatang Pasir dahulu. Tapi apabila tiba pilihanraya umum 2008 dan BN gagal memberi tumpuan untuk menyogok pengundi dengan rasuah yang begitu lumayan, Ijok dan Permatang Pasir jatuh ke tangan PR.

Apakah pengundi-pengundi Permatang Pauh yang selama ini begitu tabah menghadapi sogokan & fitnah kotor BN akan meneruskan ketabahan mereka? Ramai yang pastinya tidak tahan dengan godaan iblis. Malangnya saya bukan salah seorang dari mereka yang mempercayai iblis....

keADILan Bayan Baru™ said...

yo bro..nih dia penerangan detail dari timbalan mursyidul pas, ust haron din..http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16462&Itemid=1

...bukan nak mngajor, tapi cuba selidik sehabis-nya dulu..ni tak, nak serbu x pakei helmet..

peon pencen said...

Nampak bebeno UMNO dah tak de calon lain yg boleh lawan DSAI.

Kabo gas sebelum tu kunun nye si Ezam yg banyak ber timbun2 rahsia keburukan DSAI nak di calun kan, ngapa tak letak si Ezam tu?

Klu letak Ezam dah tentu UMNO hilang wang pertaruhan nye.

shikoku said...

Sumpah si Saiful adalah supaya org yg bersalah...cthnya (si abg mie mencuri,tiba2 dia di tangkap polis secara terkejut dan abg mie terkebil-kebil menjawab...to..tlong En..saya tak bersalah sumpah! En saya tak bersalah..)itulah yg dikatakan sumpah siSaiful.Dia yg bersalah dan dia yg bersumpah.Lu fikirlah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...